Memaparkan catatan dengan label Hacker. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hacker. Papar semua catatan

Rabu, 12 Disember 2012

Dot Net Dan Dot Com


Bidadari-bidadari ku yang masih terpenjara angkara dotnet dan dotcom


Saya masih kekal berhadapan dengan kehilangan catatan-catatan yang disimpan di microsoft word walau pun Sony Vaio saya telah diperbaharui 'setting programmernya'.

Mungkin ini kesan dari usaha-usaha menterjemahkab catatan thanaif yang ditulis menggunakan bahasa melayu/malaysia ke bahasa lain.
Mungkin juga terencana ke arah untuk menjadikan nama-nama pena saya kehilangan hak milik ke atas hak cipta apabila saya mahu menuntut hak pemilikannya.

Ini amat mengganggu saya berfokus untuk menulis.

Dan ia sangat mengecewakan apabila teknologi dari capaian itech dikatakan menjadi sumber masyarakat berpengetahuan tatkala undang-undang masih gagal menghukum aktiviti teknikal bagi sistem pengkomputeran yang dibela walau pun telah memanipulasikan hak-hak pengguna yang menjadi pembeli laptop dan komputer.

Saya tidak lagi dapat merasakan bakat dan potensi diri seseorang itu benar-benar dibantu untuk dijayakan atau untuk dikembangkan kemajuannya oleh dasar-dasar yang tidak adil ini.

Lalu saya kirimkan pesanan ringkas bukan dari samrtphone :

"Mind to accept? I think english and its western have long enough to be a colonist. I am tired to learn about the colonists about the dream to become a free man on my own land."


Khamis, 21 Mei 2009

Bunian Berpuaka?



Contoh kiriman yang dihantar ke thanaif@yahoo.com tatkala saya tidak pernah menaikki Air Asia.


"Bertanya boleh?"

"Silalah."

"Bagaimanakah kemusykilan terhadap penggunaan perisian komputer yang sepenuhnya tidak memiliki perjanjian bertulis atau bertanda tangan secara bersaksi (yakni ditangani menerusi komputer)dianggap sebagai tidak melindungi hak-hak pengguna?"

"Apakah maksudnya itu?"

"Pengguna yakni pelayar yang memilih untuk memberi kepercayaan tidak mengetahui dan tidak menyedari bahawa mereka tidak dilindungi untuk pengekalan hak-hak cipta terpelihara dan adakah masalah seperti ini di bidang digital tidak upaya didepani?"

"Bolehkah diberikan contoh?"

"Boleh, misalnya -saat mencatat di blog atau di mana-mana 'shout box' setiap kali berakhir perenggan, laman itu akan tergendala oleh gangguan 'no responding'yang mengkaburkan keseluruhan paparan yang sedang dilayari itu.
Malah penulisan email-email juga dihilangkan sewaktu di dalam proses penyimpanan dan penghantaran kiriman."

"Apakah yang dihasaratkan dari permasalahan ini?"

"Bagaimanakah prinsip-prinsip di dalam membuat kontrak perdagangan di millenium ini upaya diterima hanya menerusi perakuan dipersetujui perkhidmatan yang ditentukan oleh batas waktu tertentu dan oleh sebelah pihak sahaja yang ketelusan untuk bersifat terbuka dilupuskan merujuk era permaklumatan informasi digital dan bukannya wujud persaksian untuk mengenali pihak-pihak terlibat?"

"Apakah penggubalan Parlimen oleh ahli sidang tidak upaya menghalang perkara seperti ini berterusan setelah mengambil kira wujud pemalsuan perjanjian dengan niat muslihat yang menyalahi undang-undang di dalam Akta Kontrak?"

"Bagaimanakah syariah juga upaya meliputi perundangan perdagangan yang menjelaskan kewujudan sesebuah negara Islam terbatal apabila peruntukan kepada undang-undang Inggeris masih diterima pakai ke atas warganya yang muslim?"

"Bagaimanakah rasuah dan salah guna kuasa diasingkan dari pengadilan sivil dan jenayah apabila prosiding mahkamah tidak berlaku oleh pengendalian Tribunal-Tribunal PesuruhJaya-PesuruhJaya yang berjaya mencerakinkan fungsi-fungsi Mahkamah secara teknikal?"

"Banyaknya, ada lagi?"

Selasa, 19 Mei 2009

Bunian

Saya membantah dihilangkan buat kali kedua catatan yang dilakukan di blog ini semalam.
Disertakan rujukan sebagai bukti ia telah sah diterima untuk proses penyimpanan di peti simpanan sebelum berjaya dipaparkan.

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8051053272201490370

Agar mendapat perhatian.