Menolak resah yang gelisah.
Terbaca catatan-catatan lama yang masih tersimpan kemas di dalam telefon bimbit, sewaktu bermusafir ke Johor Bharu hampir setahun yang lalu yang jatuh pada 30. Ogos. 2013
Pada ketika itu hati teringin sekali memeriahkan hari ulang tahun tanah air di Dataran Shah Alam setelah hanya sekali sahaja berpeluang terlibat bagi memeriahkanya hampir lima puluh tahun yang lalu.
Bagaimanakah boleh dilipatkan resah?
Bagaimanakah upaya diusir gelisah?
24 Syawal 1434 hampir setahun yang lalu, kami menyusuri laluan menuju ke selatan tanah air.
Ia amat berbeza dari perjalanan-perjalanan yang lalu pada masa dan saat ke dua mertua masih ada.
Tanpa saudara atau kenalan, musafir ini terasa terlalu melesukan walhal bandar ini adalah tempat kelahiran suamiku.
Terserlah dia tidak mempunyai ramai kenalan apabila saudara-saudara dari generasi tuanya telah ramai meninggalkan dunia.
Dan bandar ini seakan-akan hanya bernyawa oleh ikatan-ikatan perhubungan dari persaudaraan mahu pun persahabatan.
Bandar ini seolah-olah sangat naif seperti bandar yang tidak membangun rohaninya walau pun terkategori sebagai negeri paling awal mengalami kemodenana berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia yang mana semakin menzahirkan Singapura menjadi pengaut keuntungan yang kekal aktif bila berjaya menjadikan negeri di selatan ini sebagai batu loncatan bagi mengekalkan pembangunan pesat negara kecil mereka.
Setelah bernikah pada 25.12.1988 hampir dua puluh enam tahun yang lalu pemandangan ketika pulang untuk bereidil fitri menyerlahkan kelemahan pengurusan dan pentadbiran orang-orang melayu Johor yang meninggalkan wajah hodoh makna berpolitik bagi pentadbiran dinasti eliet bangsawan melayu muslim dalam menyusun masyarakat melayu.
Saya melihatnya pada kejiranan di taman-taman perumahan juga kampung-kampung melayu di pinggir bandar Johor Bharu sementelahan rumah arwah mertua di Taman Sri Tebrau sangat menzahirkan keadaan itu bila mana pembelian rumah-rumah kediaman dibenarkan buat warga Singapura dan Brunei dari kalangan orang-orang tionghua ketika itu.
Apakah kerajaan umno dan Barisan Nasional sedia menjawab sekiranya saya bertanya apakah negeri Johor boleh dibeli negerinya jika ada yang mampu membelinya?
Berapakah nilai sebuah negeri Johor jika diukur dengan nilai rupiah dan jika turut diukur dengan nilai $ (dollar/ringgit) setelah ditolak nilai hutang piutang yang pasti akan menyusutkan banyak nilai harta semasanya jika diukur dengan nilai €/£ apabila susut nilai bagi harga emas tidak dapat dikekalkan penstabilannya bagi digunakan sukatan dinar atau dirham.
Apakah negeri Johor boleh dibeli?
Kendiri itu sendiri yang mana individu yang bersendirian itu sesungguhnya tidak menyendiri bila Allah Ta'ala menjadi saksinya. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri kerana persaksian syahadah yang bertunjangkan akar akidah. Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan
Selasa, 22 April 2014
Khamis, 3 Mei 2012
Jangan Ada Fitnah
Catatan ini dituliskan di laptop Mini Compaq ku pemberian anak sulung kami Ahmad Muttaqin yang bertarikh 10.10.11 :
Suamiku (Lelawati binti Mohd Ali)
seorang berbangsa melayu yang beragama islam.
Ir. Harith bin Abdul Hamid adalah
seorang jurutera pengkhususan Eletrik dan Kuasa yang turut terlibat menyusun
dan menyediakan dokumen bagi kontrak-kontrak penyedian modeul syarikatnya
sesuai dengan kapasitinya sebagai juru perunding bagi projek-projek berkaitan
dengan ‘Gas Coal Fired Terma Plant’
dengan kerajaan atau ‘vendor’ yang melibatkan turbine gas dan generator
serta berkelayakan untuk menguji unit-unit ‘switch gear jenis transformer
penggunaan minyak dan gas (dahulu arang batu sewaktu berkhidmat dengan Tenaga
Nasional Berhad) yang melayakkannya
menguji ‘equipments at manufacturer’s'.
Suami ku juga seorang yang
berkelayakan menjadi ‘Orang Kompeten’ iaitu salah satu jawatan yang
bidangkuasanya ialah meliputi pengendalian penyenggaraan kelengkapan untuk
penjanakuasaan penghantaran pengagihan penggunaan perlindungan dan permeteran
dalam pepasangan eletrik dan pengurusan kecekapan tenaga selain berpengetahuan
luas untuk mengesan kerosakan kabel di samping mempunyai pengetahuan asas
bantuan kecemasan bagi merawat mangsa kemalangan yang melibatkan renjatan
eletrik yang memerlukan dia menduduki peperiksaan kelayakan yang dikendalikan
oleh Lembaga Pemeriksaan yang terdiri dari Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah
di tenaga Nasional Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara
sebelum ianya diswastakan.
Ujian kecekapan ini hanya
diperuntukkan untuk rakyat warganegara Malaysia sahaja.
Sesuatu yang dianggap
menguntungkan bagi mana-mana syarikat yang mempunyai Jurutera Eletrik Kompetan
atau Juruteknik Eletrik Kompetan kerana
bagi urusan menguji kapasiti tenaga melalui gear suis upaya menjimatkan kos
kerana perkhidmatan ini perlu dibayar tinggi jika dikelolakan oleh Jurutera
yang diupah bagi mengendalikan urusan ujian alat dan radas pepasangan eletrik.
Suamiku seorang jurutera
professional yang berstatus IR yakni Jurutera Profesional yang berdaftar
dengan Lembaga Jurutera-Jurutera Malaysia. Suami ku juga menjadi ahli berdaftar kepada Institution of Eletrical Engineers sebuah badan professional bagi mengiktiraf keupayaan kemahiran lulusan eletrical dari Great Britain.
Kecekapan ini upaya menjadikan
suamiku diperakui juga untuk kerja-kerja sebagai seorang Penyelia Eletrik
merangkap tugasnya sebagai seorang Jurutera Eletrik yang upaya menguji
pepasangan melebihi 11,000 volt atau lebih bagi tenaga yang melalui gear suis.
Secara umumnya saya mengikuti jejak
berintelek suami walau pun saya seorang wanita yang tidak berkelulusan
universiti kerana memahami bidang tugasnya yang terpaksa berhadapan hampir 95%
dengan komputer bagi kerja-kerja ‘design engineering’. Dengan sendirinya secara
tabiat semula jadi sifat praktikal yang cenderung untuk melihat memerhati
mengamati perlakuan suami menjadi kemunasabahan akal diri ini untuk menerima
‘kelakuan’ jiwa dan nurani hati seorang jurutera eletrik yang seluruh harinya
bertugas secara bersendirian kerana berhadapan dengan mesin-mesin yang perlu dikawal senggaraannya.
Kitaran edar pengagihan arus dan gelombang saya taakul secara rahsia.
Naluri insan yang berjiwa banyak membantu untuk difahami watak dan bina sikapnya.
Ini antara kekuatan produk negara kami yang mempunyai perincian butir-butir piawaian yang standart untuk dikembangkan potensi kemahiran kami di dalam berbagai bidang industri pembangunan dan penyelidikan manusia sebagai sumber.
Ini antara kekuatan produk negara kami yang mempunyai perincian butir-butir piawaian yang standart untuk dikembangkan potensi kemahiran kami di dalam berbagai bidang industri pembangunan dan penyelidikan manusia sebagai sumber.
Inovasi teknologi kini turut melibatkan pemikiran yang mempunyai hubung kait dengan pembangunan yang lebih menjurus kepada pembinaan insan yang beretika dengan moral yang dicirikan oleh ahli-ahli syurga.
Kami sering bersikap serius walau pun wujud perbezaan dari sudut minat dan kecenderungan di mana saya tidak gemar menonton televisyen pada masa lapang dan tidak menonton siri-siri komedi dan hiburan melainkan apabila menemaninya dan anak-anak menonton.
Kami sering bersikap serius. Wujud perbezaan dari sudut minat dan kecenderungan di mana saya tidak gemar menonton televisyen dan tidak meminati siri-siri komedi dan hiburan melainkan apabila menemaninya dan anak-anak menonton.
Kami telah berkahwin selama dua puluh tiga tahun dan pernah mengalami ujian lazim sebagai suami isteri.
Wujudkah manusia yang sempurna?
Lalu apakah isunya jika kami sendiri tidak berasa kelemahan dan kekurangan diri wajar menjadi halangan untuk kami bersama membesarkan anak-anak yang mempunyai ragam dan karenah serta isu-isu mereka tersendiri sebagai remaja untuk didepani?
Kami telah berkahwin selama dua puluh tiga tahun dan pernah mengalami ujian lazim sebagai suami isteri.
Wujudkah manusia yang sempurna?
Lalu apakah isunya jika kami sendiri tidak berasa kelemahan dan kekurangan diri wajar menjadi halangan untuk kami bersama membesarkan anak-anak yang mempunyai ragam dan karenah serta isu-isu mereka tersendiri sebagai remaja untuk didepani?
Langgan:
Catatan (Atom)