Catatan ini dituliskan di laptop Mini Compaq ku pemberian anak sulung kami Ahmad Muttaqin yang bertarikh 10.10.11 :
Suamiku (Lelawati binti Mohd Ali)
seorang berbangsa melayu yang beragama islam.
Ir. Harith bin Abdul Hamid adalah
seorang jurutera pengkhususan Eletrik dan Kuasa yang turut terlibat menyusun
dan menyediakan dokumen bagi kontrak-kontrak penyedian modeul syarikatnya
sesuai dengan kapasitinya sebagai juru perunding bagi projek-projek berkaitan
dengan ‘Gas Coal Fired Terma Plant’
dengan kerajaan atau ‘vendor’ yang melibatkan turbine gas dan generator
serta berkelayakan untuk menguji unit-unit ‘switch gear jenis transformer
penggunaan minyak dan gas (dahulu arang batu sewaktu berkhidmat dengan Tenaga
Nasional Berhad) yang melayakkannya
menguji ‘equipments at manufacturer’s'.
Suami ku juga seorang yang
berkelayakan menjadi ‘Orang Kompeten’ iaitu salah satu jawatan yang
bidangkuasanya ialah meliputi pengendalian penyenggaraan kelengkapan untuk
penjanakuasaan penghantaran pengagihan penggunaan perlindungan dan permeteran
dalam pepasangan eletrik dan pengurusan kecekapan tenaga selain berpengetahuan
luas untuk mengesan kerosakan kabel di samping mempunyai pengetahuan asas
bantuan kecemasan bagi merawat mangsa kemalangan yang melibatkan renjatan
eletrik yang memerlukan dia menduduki peperiksaan kelayakan yang dikendalikan
oleh Lembaga Pemeriksaan yang terdiri dari Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah
di tenaga Nasional Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara
sebelum ianya diswastakan.
Ujian kecekapan ini hanya
diperuntukkan untuk rakyat warganegara Malaysia sahaja.
Sesuatu yang dianggap
menguntungkan bagi mana-mana syarikat yang mempunyai Jurutera Eletrik Kompetan
atau Juruteknik Eletrik Kompetan kerana
bagi urusan menguji kapasiti tenaga melalui gear suis upaya menjimatkan kos
kerana perkhidmatan ini perlu dibayar tinggi jika dikelolakan oleh Jurutera
yang diupah bagi mengendalikan urusan ujian alat dan radas pepasangan eletrik.
Suamiku seorang jurutera
professional yang berstatus IR yakni Jurutera Profesional yang berdaftar
dengan Lembaga Jurutera-Jurutera Malaysia. Suami ku juga menjadi ahli berdaftar kepada Institution of Eletrical Engineers sebuah badan professional bagi mengiktiraf keupayaan kemahiran lulusan eletrical dari Great Britain.
Kecekapan ini upaya menjadikan
suamiku diperakui juga untuk kerja-kerja sebagai seorang Penyelia Eletrik
merangkap tugasnya sebagai seorang Jurutera Eletrik yang upaya menguji
pepasangan melebihi 11,000 volt atau lebih bagi tenaga yang melalui gear suis.
Secara umumnya saya mengikuti jejak
berintelek suami walau pun saya seorang wanita yang tidak berkelulusan
universiti kerana memahami bidang tugasnya yang terpaksa berhadapan hampir 95%
dengan komputer bagi kerja-kerja ‘design engineering’. Dengan sendirinya secara
tabiat semula jadi sifat praktikal yang cenderung untuk melihat memerhati
mengamati perlakuan suami menjadi kemunasabahan akal diri ini untuk menerima
‘kelakuan’ jiwa dan nurani hati seorang jurutera eletrik yang seluruh harinya
bertugas secara bersendirian kerana berhadapan dengan mesin-mesin yang perlu dikawal senggaraannya.
Kitaran edar pengagihan arus dan gelombang saya taakul secara rahsia.
Naluri insan yang berjiwa banyak membantu untuk difahami watak dan bina sikapnya.
Ini antara kekuatan produk negara kami yang mempunyai perincian butir-butir piawaian yang standart untuk dikembangkan potensi kemahiran kami di dalam berbagai bidang industri pembangunan dan penyelidikan manusia sebagai sumber.
Ini antara kekuatan produk negara kami yang mempunyai perincian butir-butir piawaian yang standart untuk dikembangkan potensi kemahiran kami di dalam berbagai bidang industri pembangunan dan penyelidikan manusia sebagai sumber.
Inovasi teknologi kini turut melibatkan pemikiran yang mempunyai hubung kait dengan pembangunan yang lebih menjurus kepada pembinaan insan yang beretika dengan moral yang dicirikan oleh ahli-ahli syurga.
Kami sering bersikap serius walau pun wujud perbezaan dari sudut minat dan kecenderungan di mana saya tidak gemar menonton televisyen pada masa lapang dan tidak menonton siri-siri komedi dan hiburan melainkan apabila menemaninya dan anak-anak menonton.
Kami sering bersikap serius. Wujud perbezaan dari sudut minat dan kecenderungan di mana saya tidak gemar menonton televisyen dan tidak meminati siri-siri komedi dan hiburan melainkan apabila menemaninya dan anak-anak menonton.
Kami telah berkahwin selama dua puluh tiga tahun dan pernah mengalami ujian lazim sebagai suami isteri.
Wujudkah manusia yang sempurna?
Lalu apakah isunya jika kami sendiri tidak berasa kelemahan dan kekurangan diri wajar menjadi halangan untuk kami bersama membesarkan anak-anak yang mempunyai ragam dan karenah serta isu-isu mereka tersendiri sebagai remaja untuk didepani?
Kami telah berkahwin selama dua puluh tiga tahun dan pernah mengalami ujian lazim sebagai suami isteri.
Wujudkah manusia yang sempurna?
Lalu apakah isunya jika kami sendiri tidak berasa kelemahan dan kekurangan diri wajar menjadi halangan untuk kami bersama membesarkan anak-anak yang mempunyai ragam dan karenah serta isu-isu mereka tersendiri sebagai remaja untuk didepani?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan