R
Saya masih keliru dengan rakan-rakan mu
Yang datang bertamu tanpa mengenal jemu.
Kami tidak bersapa malah saya sendiri dicemburu.
Dikau tahu R?
Heineken ' The Date ' telah menjadi iklan di ruang kita bertemu
Dikaukah yang memilikinya dahulu?
Menggemburkan semangat untuk diusir curiga dan keliru
Sehingga daku sudah tidak dapat memasuki rumah mu
Saya mendengar dikau mengujarkan perlahan dengan rasa silu
' Pelobian yang menjadi arah tuju kami berdestinasi sepanjang musim 'summer' apakah menjadi penanda penurunan minda generasi ku? '
Saya tidak tahu R
Apakah dikau dahulunya dicagarkan demi menyelamatkan tradisi menjadi pelobi?
Saat ini saya jujur R bahawa saya tidak suka mendengar bunyian muzik eletrik rakan mu
Pernyataan pemendaman perasaan dan naluri apakah disebarkan ilmu atau rindu dek nafsu?
Diam mu R?
Menjadikan saya tersangat ingin mengetahui berapakah harga yang dibayar dengan tragedi mu?
Cara bernegara, cara berfikir, cara bercita rasa, cara hidup, cara berbahasa, cara berbudaya, cara bersusila, cara bertata rasa, cara beraktiviti, cara berekonomi, cara berdemontrasi, cara berhak asasi, cara berperakuan perundangan, cara berorganisasi, cara berkomuniti, cara bersosialisasi, cara berprojek, cara mengembargo, cara berteknologi, kesemuanya telah diajari dan diikuti walau telah berakhir dekad koloni lantas apakah lagi pengAmerikanisasian atau pembaratan mahukan duhai R?
R berbicara perlahan ...
Selagi saudara seagama mu tidak menjadi pembela kepada pendirian Palestien
Selagi kewajaran khemah pelarian masih merimbun di mana-mana sempadan
Selagi pembasmian kemiskinan bukan menjadi tema bagi Badan Dunia bebas berkroni
Selagi rakyat masih kekal disengsarakan oleh dasar yang tidak adil kerana pembaziran
Selagi masa dan dana peruntukanya upaya disoal dan dipertanya dipertikai oleh gagal diplomasi
Ahhhhh R,
Bagaimana mungkin semua menjadi sedia tatkala semangat rakan usia baya mu masih perlukan suntikan sehingga nilai perjuangan direncanakan oleh ganjaran ...
Antara saya dengan R saling kian tidak memahami lagi.