BLOG SAYA BUKAN MILIK ORANG AMERIKA ATAU BRITAIN ATAU ORANG ARAB.
BLOG SAYA TIDAK TERLIBAT DENGAN MANA-MANA JARINGAN NETWORK KERANA SAYA TIDAK MEWAKILKAN MANA-MANA INDIVIDU BAGI MEWAKILI DIRI SAYA.
BLOG SAYA MENGGUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN MALAYSIA.
BLOG INI TIDAK TERIKAT DENGAN APLIKASI RESTOREN ATAU PERMAINAN SIBER ATAU SEKOLAH. ATAU MEDIA ATAU HIBURAN.
INI ADALAH BLOG PERIBADI PENULISAN PENGALAMAN JOURNAL SEORANG WANITA MELAYU YANG MUSLIM.
Kendiri itu sendiri yang mana individu yang bersendirian itu sesungguhnya tidak menyendiri bila Allah Ta'ala menjadi saksinya. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri kerana persaksian syahadah yang bertunjangkan akar akidah. Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Ahad, 18 Mac 2012
Khamis, 15 Mac 2012
Demi Anak-Anak
14 hb Mac 2012
Kembali berulang kitaran yang sememangnya lazim beredar.
Apakah sumbangan wanita terhadap pembangunan sukan?
Dia diam dan membiarkan saya menjawab sendiri pertanyaan yang sejak awal tahun lagi dikumandangkan.
Saya ingin mendapatkan sudut persepsi seorang wanita muslim kerana pandangan dari persepsi wanita secara amnya telah diketahui. Saya mahukan pandangan wanita muslim yang mukmin dan wanita yang beragama.
Bilakah catatan-catatan lama mu tentang semua ini mahu disiapkan?
Cemuhannya tidak sukar difahami.
Mengapakah kejayaan gadis muslim arab Bahrain disepikan sedikit masa lalu pada Kejohanan Sukan Asia?
Tidakkah dikau berasa bangga dengan wanita mu?
Tidakkah wanita sendiri mengamalkan diskriminasi gender sesama sendiri hanya oleh pilihan berpakaian?
Majlis Ulamak Se Dunia tidak memperlihatkan fokus untuk membantu keuniversalan syariat dipergunakan di dalam setiap sudut aktiviti yang semakin banyak mekanisme kesempatan untuk diberdayakan cara berpakaian muslimah, antaranya menerusi sukan.
Mengapa ya?
Ulamak tidak ada dari kalangan wanita. Dia bersuara tiba-tiba.
Alasan mu boleh diterima.
Lingkaran budaya dan adat resam masyarakat arab sendiri yang tidak mudah menerima wanita sebagai pemimpin telah menjadi antara cabaran yang meninggalkan kesan kepada dunia yang terpaksa memberikan sandaran pembangunan sukan wanitanya kepada wanita bukan muslim dan anikaragam pada seni berpakaian kekal tidak terubah apabila kemuliaan wanita dijadikan sensasi untuk dighairahkan.
Apakah masyarakat ku kekal mahu menjadi hanya sekumpulan ras yang terpinggir dan terasing serta terpisah dari kelompok besar masyarakat Asia tatkala hala pandang tujuan fokus lebih terarah kepada kepimpinan ras lainnya yang lebih berwibawa? Begitukah maksud mu thanaif?
Adakah GCC dn OIC serta Liga Arab gagal menyedari suara organisasi ini kurang didengari sebagai pemangkin yang memberdayakan ummat?
Di manakah peluang dan kesempatan untuk diuniversalkan syariat di tengah krisis dan dilemma konflik ummat dan dunia saat terlalu banyak masa, wang, dan tenaga dihalakan kepada aktiviti 'ekstrimis, militan, radikal dan pengganas'?
Bukankah Ustaz Osama bin Laden telah dibunuh?
Bukankah Tuan Presiden Sadam Hussien telah dibunh?
Bukankah Tuan Presiden Muammar Ghadaffi telah dibunuh?
Dan kesemua diktator telah diturunkan dari kuasa?
Siapakah di antara organisasi dan individu serta komuniti yang memodeulkan konsep ekstrimis setelah berakhirnya dekad yang melahirkan perang guerilla dan serangan berani mati di kalangan wanita masyarakat arab (saya lupa nama penuh Leila yang terlibat dengan serangan berani semasa krisis Israel dan Palestein)
Adakah kerajaan juga turut melakukannya tatkala hala pandangan tertumpu kepada kegagalan Amerika dan Britain mengubah pandangan mereka terhadap kebebasan amalan demokrasi di kalangan negara-negara muslim walau pun pemerintah diktator telah diganti?
Bukankah kerajaan bertanggungjawab ke atas Undang-Undang Media dan kawalan yang dilakukan telah mengurangkan dasar terbuka dan menutup kesempatan untuk menolak, menafikan sifat pendusta Pendajjal?
Bukankah kerajaan juga yang mengawal dan menyelia sistem 'Integrated Database Management' yang dikendalikan oleh satelite?
Apa usulmu?
Pembindaan terhadap keanggotaan Majlis-Majlis yang diorganisasikan menurut isu semasa dunia melumpuhkan kasih sayang ummat!
Kaki Siapa Menjadi Tempat Kita Berdiri?
22 hb Januari 2012
Secara peribadi kami sekeluarga mempunyai empat komputer riba di mana hanya satu sahaja yang boleh diakses ke internet menggunakan wi fi (Vaio Sony), manakala tiga lagi tidak boleh diakses kerana bermasalah (Toshiba 1 & 2 dan Mini Compaq)
Kelemahan Mini Compaq ialah catatan-catatan lama tidak boleh dikemaskinikan apabila catatan mahu ditambah dan dibetulkan ejaannya.
Termenung kerana banyak catatan di ketiga-tiga komputer riba masih tidak sempurna pencatatannya dan kedapatan banyak gambar-gambar yang masih belum dipindahkan ke dalam hard disk.
Di antara catatan yang ingin diberi penambahannya ialah pertanyaan salah seorang anakku tentang wanita dan sumbangannya kepada aktiviti sukan.
Apakah Qatar upaya melakukan perubahan dari sikap dan proses membina nilai?
Tiba-tiba ini yang muncul tertanya di minda saya.
Apakah sumbangan wanita terhadap pembangunan sukan?
Apakah sejarah mencatatkan perubahan yang telah dimainkan oleh wanita selain pencapaian kejayaan merangkul pingat emas, mencatat rekod dunia dan mengharumkan nama negara?
Adakah
2022 upaya meletakkan batu asas kepada cabaran wanita sebagai pemangkin
keamanan dunia dan alamnya?
Siapakah
wanita Teluk?
Bagaimanakah
lingkaran yang membina sikap wanita itu sendiri:
Keluarga?
Keluarga?
Budaya?
Pendidikan?
Persekitaran?
Sosiologi dan Fisiologi?
Agama dan Falsafah?
Ekonomi dan Politik?
Sains dan Teknologi?
Adakah semua perkara di atas
memberikan kesan kepada cabaran kehidupan mereka?
Mengubah sejarah rintangan dan
halangan yang didepani oleh wanita khususnya wanita muslim apakah selama ini
berjaya ditangani oleh majlis Ulamak Islam Se Dunia dan majlis Ijtimak bagi
negara di dunia Teluk?
Kegagalan melakukannya adakah
menjadi alasan untuk barat dan masyarakat bukan muslim menentukan arah dan
fokus untuk wanita di dunia muslim memberdayakan pembangunan diri mereka sendiri?
Sediakah diterima kegagalan ini sangat merendahkan
persepsi umum terhadap wanita itu sendiri?
1 Siapakah
yang upaya dan bersedia membetulkan salah anggapan barat dan masyarakatnya
terhadap muslim dan wanita muslim itu sendiri tatkala wanita di dunia Teluk dan di dunia muslim sendiri menzahirkan kehilangan jati diri mereka berperibadi?
Dalam hal ini kita perlu meminta
dunia yang berada di luar lingkaran dunia muslim memahami bagaimana kita tidak
meletakkan sasaran kesalahan kepada pihak mereka sebelum melihat kelemahan diri
kita sendiri sebagai muslim.
Bagaimanakah
institusi kekeluargaan upaya turut mendapat fokus dan perhatian wanita menerusi
acara sukan tatkala pakaian tidak dibenarkan menjadi identiti bagi peserta
wanita muslim. Apakah Asia Barat/Timur Tengah juga mahu dilihat sebagai orang
barat?
Bagaimanakah
Wanita dan Kekeluargaan menjadi tema kita berolahraga dan beraktiviti di dalam
acara sukan? Adakah persepsi Presiden FIFA turut menjadi penentu bagi wanita
menyumbangkan pengisian kepada hak yang mencerahkan makna emansipasi wanita?
Adakah
media upaya mengambil sikap tidak bias gender terhadap penglibatan wanita
muslim khususnya kaedah berpakaian wanita muslim yang membina imej identiti
beragama mereka? Dalam hal ini media perlu mengambil tanggungjawab bahawa
mereka menjadi antara pencetus kepada kerugian ummah setelah fokus utama mereka
hanyalah tentang isu-isu murah yang tidak membina maksud kepada moden dan
berperadaban oleh matlamat untuk disensasikan ahli sukan/peserta sebagai model
yang dimiripkan seperti artis untuk menjadi model bagi peragaan pakaian dan
jenama.
Isnin, 12 Mac 2012
Tidak Tahu Sifir
Saya tidak faham sifir ini - RM 3.15 untuk 1 USD.
Semakin dibaca sifir itu semakin saya tidak dapat memahami bagaimana dikatakan penentu nilai emas ialah Amerika?
Mengapakah mereka mengalami defesit yang melemahkan sistem keewangan dunia jika mereka bertanggungjawab terhadap makna bermanah memelihara nilai emas?
Riba sudah tidak
boleh menjadi asas mewujudkan keuntungan!
Apakah dasar
Amerika benar-benar berubah?
Amerika miliki
etika kerana berpengetahuan dan mempunyai rakyat intelek? Mereka fahamkah bagaimanakah nilai emas boleh meningkat dan menurun jika ianya dijaga?
Lalu apakah mahu mu thanaif?
Masalah ummah
ialah apabila ulamak memberikan jawapan bahawa riba atau kaedah faedah yang
ditetapkan oleh bank boleh diambil dan digunakan isu ini kembali
kepada kita muslimin semula kerana mengambil wang interest untuk digunakan di
dalam bentuk yang lain seperti buat taman dan sebagainya…
Mengapa ulamak
kita tidak terus mengatakan ia haram?
Saya benar-benar
memerlukan catatan mengenai perbezaan nilai mata wang yang anda ambil melalui
C903 di mana saya menggunakan talian
QTel.
Langgan:
Catatan (Atom)