Sesungguhnya seorang raja yang menjadi pemerintah adalah berbeza dengan makna pemerintah yang diberikan kuasa oleh undi bagi memimpin kerajaan di rantau Teluk kerana mereka memiliki kekayaan yang dikongsikan dengan rakyat bukan memiliki kekayaan yang dikongsikan dengan parti.
Kendiri itu sendiri yang mana individu yang bersendirian itu sesungguhnya tidak menyendiri bila Allah Ta'ala menjadi saksinya. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri kerana persaksian syahadah yang bertunjangkan akar akidah. Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Khamis, 21 Jun 2012
Innalillahhiwainna Lillahhi Rajiun
Sesungguhnya seorang raja yang menjadi pemerintah adalah berbeza dengan makna pemerintah yang diberikan kuasa oleh undi bagi memimpin kerajaan di rantau Teluk kerana mereka memiliki kekayaan yang dikongsikan dengan rakyat bukan memiliki kekayaan yang dikongsikan dengan parti.
Saya Tidak Sudi (Tatkala Tiada Pernah Ada Janji)
Rabu, 20 Jun 2012
Kata-Kata Yang Kerap Diulang Suara
Setelah idea ‘sistem butter’ digunakan ke atas nilai yang tidak sama misalnya minyak dinilaikan dengan makanan, pendapat siapakah lagi yang didakwa tidak berasaskan kepada realiti dan makenisme keperluan rakyat, masyarakat dan dunia ini?
Adakah dengan fakta :
‘ the city of London were control by private enterprise, owned and ruled by The Crown of the City of London whose representatives had the power of life or death over the people’,memberi makna bahawa sesiapa sahaja boleh membeli Kota London?
teja tersenyum di mata saya. Diakah yang terasa atau dia yang terluka?
Satu IP Address kini sudah menjadi perkongsian siapa, teja?
Saat saya sedang menulis ada seorang lagi dengan IP yang serupa sedang berada di laman 'living' di sana. Pemantauan mu membuat saya tertawa.
Fikiran mu menerawang bagaikan roh saya, thanaif. Di manakah ia dikau layangkan?
R juga terluka dengan rahsia?
Saya katakan dengan sesungguhnya apabila terlalu banyak yang berbeza usah disalahkan sesiapa bila ada yang tidak suka menonton baseball, american football, netball, kariket, malah golf juga ping pong.
Masih ada yang dikau sembunyikan, teja bersuara memecah kesunyian.
Adakah jawatan bagi Setiausaha PBB juga perlu menyempurnakan pendominasian syarikat negaranya ke atas sistem dan medium korporat perdagangan ke atas dunia?
Tender dunia maksud mu thanaif?
Kata-kata yang terlalu kerap diulang suara.
Sabtu, 9 Jun 2012
Apabila 'Kanak-Kanak' Bersembang
Dari kiri di atas Ahmad Hilman (1999), Ahmad Mustaqim (1995), Siti Hanan Ahmad Muttaqin dan Ahmad Mustaqim (1995) dan Siti Hanan bersama Ahmad Mustaqim (1996) |
Mengikut kepercayaan toyol di dalam bahasa melayu ialah anak jin yang berkepala botak diasuh supaya menjadi pencuri wang syiling perak dan kupram yang dimiliki oleh seseorang.
Siapakah toyol pada zaman mellinium ini yang mencuri syiling emas?
Toyol dikatakan sangat takut kepada kacang kecil yang berwarna hijau.
Bukan takut tetapi toyol dikatakan akan berleka-leka dan ashik jika menemukan kacang kecil berwarna hijau.
Adakah toyol takut kepada epal yang berwarna hijau?
Tidak tahulah pula. Kena tanya pada 'daddy atau mummy' kita dulu,
Kita tidak panggil daddy kita panggi bapak.
Kita tak panggi mummy kita panggil mama.
Kita lagi best, panggil nama sahaja untuk ayah dan ibu.
Ehh awak tidak ada adabkah? Memanggil bapak dengan nama sahaja?
Mummy dan daddy kita suka begitu, macam orang muda katanya bila panggil nama sahaja.
Woooowwwwwwwwwwwwwwwww!
Atuk dengan nenek awak panggil nama juga?
Apa salahnya. Bila ada nama kena panggil namalah. Mengapakah kita memberi nama apabila sememangnya mereka mempunyai nama?
Baiklah. Mengapa tulang dan tengkorak mereka yang telah mati dijadikan perniagaan?
Maksud awak?
Nama-nama pena saya sahaja sudah lebih puluhan ribu diiraskan kepada orang lain.
Saya tidak fahamlah apa maksud awak.
Nama pena mana boleh mewujudkan ribuan pengguna berbanding nama sebenar. Di dalam dunia ini ada banyak nama Mohammad atau Ahmad tetapi yang digelar Al Amin Khatamun Nabi cuma seorang sahaja.
Awak masih marah dengan penyalahgunaan nama pena awak ya.
Tuhan saya menjadi saksi hak saya yang dimusnahkan.
Jawablah. Awak masih marah lagikah?
Nama-nama pena saya bukan milik orang lain sesuka gila digunakan oleh sesiapa sahaja.
Awak tidak sembahyang?
Tidak sebab saya orang perempuan yang dibenarkan tidak sembahyang beberapa hari di dalam sebulan.
Ehhh kita tiap-tiap minggu ‘bersembahyang’.
Mengapa seminggu sekali sahaja awak bersembahyang?