Lemas! Seperti sudah tiada oksigen di ruang udara untuk menghilangkan kelemasannya.
"Apakah lagi yang menyakitkan hati mu?"
"Menyusun semangat dari aturan acara-acara sukan upayakah menjadikan
perubahan kepada kehidupan beragama ummah?"
"Jika tidak suka, dikau memeraplah di dalam rumah."
"Apakah perlu menzahirkan kekecewaan kepercayaan yang
diberikan kepada dunia arab tatkala mereka dilihat gagal menggunakan kesempatan untuk menzahirkan
peringatan kepada pengisian kehidupan beragama bagi yahudi, nasrani dan muslim?"
Temannya dilihat memalingkan wajah sambil menghela nafas yang panjang.
"Siapakah yang akan
membuka dan mengundang untuk ummat
memasuki Jurusalem dan Al Aqsa dengan tenang dan aman setelah pola komunikasi
didominasi oleh Zionis di seluruh angkasa dan disambut meriah oleh warga di sini dengan 'wa ka wa ka' yang kini sudah berbaur pelbagai tabla gegendang gong seakan-akan mahu menyabut 'Rumi' yang tidak sesekali memerlukan alunan irama bunyi bunyian.Tatkala naga tiada di dalam Al-Quran teori siapakah dijaring buat melingkari perjalanan ini?"
"Kesal mu tidak berhujung. Kesal saya kerana tidak upaya membaca tanda yang dikau sempadankan... namun mereka tidak menyesali apa-apa..."
"Ya, mereka sudah dinormalkan untuk menerima Jesus anak Mary tidak lari dari dari singa atau harimau bila tiada sesiapa yang mengejarnya ... Jesus hamba Tuhan lari dari khalayak jahil yang bodoh."
Sebuah Negara
Palestein tidakkah perlu menjadi prioriti untuk membawa jaminan keselamatan
tatkala kita yakin dunia memerlukan arkitek keamanan untuk pengembangan
ekonomi yang menambah sifat komoditinya kepada pendidikan,
kesihatan, telekomunikasi,
multimedia
yang diorganisasikan
semula dengan kaedah komposit setelah ia distrukturkan oleh itech kajian
proses permaklumatan?
Apakah wujud
perubahan tatkala politik dan ekonomi dipetakan sosialnya oleh tuan/puan yang
memiliki ‘Israel’?
Dengan keluhan dia menyatakan bahawa dia perlukan
kerelevanan untuk berasional terhadap ‘Jurusalem ke Kosovo’ kerana mereka
mempersendakan keimanannya sebagai seorang muslim ‘sejak sekian lamanya’ tanpa keterlaluan dizahirkan kemarahan’ selain
reaksi kemeluatan terhadap gandingan yang disengajakan untuk mereka yang bukan
segender dengannya.