بسم الله
Mengapakah sejarah dianggap penting?
Sejarah di dalam Al-Quran didakwa sebagai sejarah purba.
Sejarah dari Al-Quran kisah yang bukan dusta.
Adakah kisah purba kala di dalam Al-Quran setaraf kisah
Israeliyat?
An-Naml dari ayat 84 – Allah bertanya :
‘Apakah kamu telah mendustakan ayat-ayat Ku padahal ilmu kamu tidak
meliputinya?’
Catatan saya di blog Encik SM Zakir pada 9/Jun/2006 atas tajuk DR.MAHATHIR vs BAHASA MELAYU :
Catatan tuan sangat hebat.
Hebat kerana membuktikan realiti ketajaman intelek
berperanan memberi fungsi kepada pencapaian pemahaman yang mendalam yang
dibangkitkan dari keyakinan diri.
Satu lagi realiti adalah sememangnya wujud
insan-insan berpendidikan yang terbiar hasil dari penarafan makna dan status
kelayakan pendidikan.
Wajar keberanian menyuarakan pandangan dan menyatakan
pendirian tidak dilihat sebagai penentang tetapi sebagai proses memperbaiki
kekhilafan dengan mencari ruang peluang untuk mempelbagaikan cara agar sesuatu
yang lebih bermanfaat dapat dilahirkan.
Cuma analisa terhadap sosial bangsa kita kurang difahami...
Pelupusan makna penghayatan Islam sering difokus kepada rupa
kulit luaran juga bentuk bentuk amalan seperti yang lumrah...(musabaqah) dan
seumpamanya... hingga makna ibadah terpisah dari kewajarann ia mesti dilihat
sebagai tuntutan yang menguatkan zahir dan batin.
Lalu pengulangan memberikan
tafsiran yang silap terhadap perlaksanaan syariah sebagai membelakangi kemajuan
dunia moden,mengundur tanpa mahu mara bersaing dan sempit haluan arah cenderung
pemikiran dihadapkan untuk ditelan hadamkan oleh generasi.
Atau lebih popular ia
diberi tanggapan sebagai ekstrim kerana mempelopori pengislahan yang menjadikan
jihad sebagai kekuatan.
Ini tidak benar dan harus ditampilkan keberanian yang
jujur untuk menangkisnya.
Pemupukan sikap sabar akan membentuk taqwa kerana penerusan
untuk meperjuangkan antara hak dan batil akan berterusan tetapi bukan dalam
makna yang difahami oleh massa kini.
Menerusi pertukaran pandangan akan memberi
ruang yang lebih luas untuk dihayati makna diplomasi kerana hubungan diplomatik
sejak sekian lamanya masih dibelenggu oleh cita cita politik untuk menguasai
secara 'radikal' yang dihasratkan dari pentafsiran agama yang silap hingga
berakar umbi persengketaan.
Generasi baru yang semakin bijak dari penguasaan ilmu hasil
pendidikan yang semakin menyerlah kelemahan dan penyelewengan dasar dasar
sesuatu ideologi, mesti menyakini seluruh peradaban dan tamadun yang
memertabatkan kemanusiaan meluhurkan nilai moral akhlak akan memastikan
kekuatan bukan dari ketenteraan semata-mata tetapi pengukuhan ekonomi yang
adil, yang melahirkan pengurus berdinamik untuk jujur mengagihkan dan
menyalurkan keuntungan untuk masyarakat.
Bahasa amat berperanan untuk memberi fokus bagaimana minda
generasi harus berpaksi kerana kemajuan teknologi akan menjadi tanda pengenalan
keupayaan mereka beraksi.
Media dan info dari internet memerlukan pengendali
yang berupaya membebaskan diri mereka dari syak prasangka dan gambaran negetif
yang meluaskan pintu pergeseran.
Dan pada 29/Disember/2006 sekali lagi saya meninggalkan catatan di atas tajuk Hubungan Kaum Yang Palsu Di Malaysia 2 :
Terimbas sebuah
cerita tentang seorang bapa bersama anak-anaknya.
Berbudi dengan
cekal dari tulang empat kerat,bapa ini telah berjaya menghasilkan dari kebunnya
tanaman yang dikongsikan hasilnya dengan penduduk kampung selain menjadi rezeki
yang lumayan kepada keluarganya.
Oleh kerana keluasan tanah bapa ini
memerlukan pekerja.
Hasil dari jualan tanaman dari kebunnya telah dijadikan punca rezeki.
Kebajikan berterusan
kerana kebarakahan dari pengeluaran zakat melalui pemberian hasil tuaian kepada orang-orang miskin.
Sayangnya dari
kebolehan berfikir anak-anaknya berasa pemberian secara percuma yang dinikmati oleh orang-orang miskin itu hanya akan
mengurangkan hasil dan hak mereka.
Lalu mereka memperingatkan bapa mereka dengan kata-kata,"kami akan
dijatuhkan sengsara hingga akan mengemis-ngemis sama seperti mereka dengan pemberian hasil tanaman secara percuma kepada mereka."
Syukur ada
seorang anak pula berkata,"usah
bersangka ikut dugaan minda semata-mata,harta dunia tidak mutlak milik kita,kebun
yang luas amanat Allah untuk diusaha,andai ikut aturan agama,hasil tuaian mesti
diurus sesempurna yang mampu,tanpa melupa yang melarat biarpun tiada datang
mengadu.Beburung juga ada haknya menikmati biar hanya sehama butir hampa bijirin
tanaman kita. Oleh itu usah bersanggah pada hak kerana ia bermakna mungkir pada
suruhan Allah."
Sang bapa pula menyahut,"pesanku
cuma dua amanat jika kamu mempergunakan nikmat dengan baik, Allah akan
menambah nikmatmu namun bila bakhil menyelimuti mu memperguna nikmat dengan cara
yang salah, nikmat itu akan diambilnya semula. Kamu semua tidak akan terlepas dari
PenglihatanNYa."
Sesudah itu
anak-anak ini mempusakai harta bapa yang telah meninggal dunia...
Pada ketika menguruskan hasil tuaian dan hasil dari pohonan yang melebatkan buah-buahan, bergema kembali nada ketamakkan di hati anak-anak peladang itu.
"Saat ini
tiada lagi bahagian buat yang suka meminta atau miskin sengsara,menjadi bebas untuk kita memilikinya tanpa berkongsi laba.
Balas anak yang paling muda usia,"rencana dari fikiranmu jelas salah. Ia akan membawa keburukan
kepada masyarakat kita. Bala yang menimpa adalah dari rasa hasad dari rasa iri yang
mungkin akan terbetik di dada mereka yang berasa ada hak pada usaha
kita. Tatkala bencana tiba, hilang aman lenyap rasa damai tatkala sakinah lenyap barakah turut luput. Ingatilah pesan
bapa agar diberikan hak pada yang berhak biarpun meraka hamba."
Direngkaskan cerita
saudara yang tua tetap dengan pendiriannya... seawal pagi tatkala mahu mengutip
hasil jelas kelihatan buah-buahannya kering dan layu tanpa sebiji dapat
dikutip...
"Bagaimanakah ini terjadi tatkala petang kelmarin masih rimbun menghijau dengan ranum
buah kini tiada lagi yang tinggal...
Disambut ujaran... "Telah Allah
menghukum kita kerana rela berbuat aniaya... segalanya mudah buatNya cuma kita
yang sering alpa kerana terlupa..."
Jelas bahawa
'teori' dari penghayatan risalah Al-Quran tetap bersifat alamiah.
Prinsip dari
sistem bercirikan sementara (kebangsaan) akan ditelan masa tetapi sistem
keadilan yang bersifat alamiah (taqwa membezakan manusia) akan kekal sesuai
sepanjang masa kerana sesuai untuk setiap rupa dan bangsa...
Selamat
berlebaran di aidil adha.
Salam ukhuwwah
dari saya, suami dan anak-anak.