Bendera negara Malaysia |
Merdeka pada makna kata sebenar adalah menerima hak Allah ke atas alam dan setiap isinya.
Apabila perkataan merdeka berbeza makna dan erti dengan maksud perkataan 'freedom' jenama antarabangsa, semakin terbukti bahawa 'freedom' antarabangsa lebih menjurus kepada makna 'kebebasan', persamaan dan persaudaraan yang tidak diperuntukkan dan tidak diberikan kepada kesemua individu, bangsa dan sesetengah negara seperti mana yang difahami oleh masyarakat dunia sejak berdekad lamanya.
Tidak wujud negara tanpa bangsa walau pun berbendera?
Namun mengapakah masih wujud bangsa tanpa negara?
Kemerdekaan bagi sebuah negara muslim wajar diberikan pentakrifan sejajar dengan akidah apabila asas bagi pewarisan kepada generasi yang ditinggaalkan menjadi keutamaan kepada pembina pejuang dan penjasa yang berusaha membebaskan tanah air mereka dari penjajah.
Bendera negeri Selangor tanah tempat tumpah darah pemblog dan anak-anaknya. |
Undang-undang sewajarnya tidak digunakan untuk melucutkan kemerdekaan seorang individu yang dilahirkan oleh ibu mereka bahkan undang-undang wajar memberikan perlindungan kepada pencabulan dan pencerobohan yang ditimpakan ke atas sesiapa sahaja yang dilahirkan ke atas dunia ini setelah terbatalnya dasar apartheid yang mendiskriminasikan sesama manusia.
Al-Quran dan hadis adalah kekayaan yang kekal untuk ummat yang berasa diri mereka adalah merdeka pada zahir dan batinnya yang meletakkan taqwa sebagai ciri yang mempersamakan perbezaan gender.
"Kami telah berikan mereka dan nenek moyangnya kenikmatan (hidup di dunia) hingga lanjut usianya. Maka apakah mereka tidak melihat bahawa Kami datangi bumi itu (negara yang dikuasai oleh bukan muslim) : Kami kurangi keluasannya dari pinggir-pinggir negeri. Apakah mereka yang menang?"
Apakah khazanah kekayaan sesebuah negara wajar melucutkan hak-hak rakyatnya dan hutang-hutang kesan pengurangan pendapatan menjadi hak rakyat yang tidak wajar dipertikaikan?
Agar Allah memberkatimu tanah air kami yang tercinta.
Nenek moyang dan emak serta aruah abah pemblog berasal dari Negeri Sembilan |
Suami pemblog berasal dari Johor. |