Sudah lama tidak menulis.
Sudah lama tidak membariskan huruf-huruf yang berbagai bentuk bila jari-jari ini menari.
Sudah lama tidak memetakan untuk susunan berbagai ungkapan dan bicara bahasa dari hati.
Apakah benar jarak yang mendalamkan sengsara telah dibina oleh garis cinta?
Apakah benar sengsara yang melumpuhkan mata pena telah dikunci oleh kata-kata yang dibina?
Atau sudah terlupakah bahawa untuk membaca perlu ada bahasa?
Bahasa tidak dibina oleh gambar-gambar yang bisu walaupun ada cerita.
Bahasa juga mewujudkan dalil serta saksi
Apabila masa hadapan kesemuanya menuju masa hadapan yang pasti
Lantaran akhirat bukan imaginasi bukan mimpi-mimpi...
Bahasa-bahasa dibina dari Al-Quran kerana taakulan dan penelahan
Diasuh untuk menjadi faham dari pesan dan qudwah hasanah Rasullullah sallallah hu alaihiwasalam
'Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah
Yang mengajar manusia dengan pena'
Terlalu ashikkah kita sehingga 'pena ' Pencipta disamakan dengan pena milik hamba-hambaNya?
Terlalu ujubkah kita sehingga terlupa
Penegasan Allah Ta'ala bahawa tiada tuhan selain Dia yang diakui oleh malaikat dan
Diperakui juga oleh orang yang berilmu yang menegakkan keadilan.
Justeru inginkah kita berbudi kerana ibadat berbahasa kerana amanat?
Kendiri itu sendiri yang mana individu yang bersendirian itu sesungguhnya tidak menyendiri bila Allah Ta'ala menjadi saksinya. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri kerana persaksian syahadah yang bertunjangkan akar akidah. Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Jumaat, 15 April 2016
Antara Susut Kerana Diet Dengan Nilai Wang Yang Disusut Kerana Niat.
"Cikgu, saya masih ada soalan untuk mendapatkan kefahamannya."
"Ya Allah, kamu masih di sini?"
Aduhai mengapakah cikgu masih perlu bersinis kepada saya sama seperti masa-masa yang lalu?
"Bolehkah saya bertanya soalan, cikgu?"
Wajah cikgu yang cantik berseri mulai kelam. Matanya merenung jauh ke luar kelas.
Suaranya yang lembut juga seolah-olah telah tersimpan setelah mendengar bicara saya.
Terlalu siniskah saya kepada setiap mereka yang tidak benar-benar mengenali saya?
Ahhh tiba-tiba berpuitis pula minda saya tatkala mereka yang benar-benar rapat dengan saya juga sebenarnya tidak benar-benar bersedia mengenali saya dengan hati mereka yang menempatkan qalbu untuk difahami terbitnya niat yang menjadi lurus atau bengkokkah minda andai hanya berkisar pada jiwa dan fikiran sahaja.
"Saya akan meminta kelas memberikan pandangan mereka jika soalan kamu sesuai untuk dibincangkan."
"Apakah syirik yang tidak menyebabkan seseorang terkeluar dari agamanya?"
"Saya guru ekonomi dan soalan kamu ditolak."
"Tetapi cikgu seorang muslim sama seperti kami."
"Apa perkaitannya?"
"Dunia muslim telah dikenali masyarakatnya. Bina diri dan asas mereka berkerajaan telah disahkan oleh undang-undang dunia lalu apakah alasan masih kita diberikan persamaan sebagaimana masyarakat yang tidak beriman walaupun beragama?"
"Kaitkan dengan faktor ekonomi."
"Saya tidak tahu pesanan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam ini hadis sahih atau hadis tanpa sanad, bahawa sesungguhnya jampi-jampi (yang tidak menggunakan nama Allah atau doa-doa yang baik yang diterima dari Rasulullah sallalla hu alaihiwassalam sendiri) dan memakai azimat adalah syirik."
"Urusan hukum di dalam fikh ditangani oleh ulamak bukan saya."
"Riba telah dinyatakan haram tetapi kami masih mempelajari teorinya sehingga kami mempraktikkan teori itu di dalam amali kami."
"Wang yang disusutkan nilainyakah soalan kamu?"
Cikguku memang pintar walaupun dia seorang perempuan.
"Kelas, bagaimanakah kamu mengaplikasikan akhirat di dalam ekonomi?"
"Bayar zakat cikgu."
"Cuma orang kaya sahaja yang membayar zakat cikgu, bila mereka memiliki emas, mereka juga memiliki wang simpanan, mereka juga yang memiliki perniagaan, mempunyai ladang dan ternakan, miliki pendapatan yang dicukai serta saham, cikgu."
"Riba dizakatkah cikgu?"
Tiba-tiba mata cikgu membulat dan bahasa wajahnya menzahirkan emosi amarah.
Kemarahan seorang wanita sangat menggusarkan.
"Saya juga kenal Abu Daud dan Ibnu Majah."
"Mengapa dengan Abu Daud dan Ibnu Majah cikgu?"
"Saya cuma dapat mengingati tentang kitab yang berbicara, sunat berdiri tegak dan kalimah 'laa adri."
Kiranya cikguku juga tahu berkalimah arab.

Jumaat, 8 Januari 2016
Bertanya Itu Supaya Tidak Lagi Tersesat Jalan
Tahun 2016 setelah 1437 memasukki peredaran orbit dunia, adakah menjauhkan kita dari akhirat apabila masa hadapan ummah perlu ditentukan oleh Negara Cina?
Maksudku masihkah
materialistik menjadi fokus membina ummah?
Adakah
pemerintahan akhir zaman kekal tidak menjadikan akhirat sebagai masa hadapan ummah?
Setelah
memandang ke Barat setelah memandang ke Timur setelah memandang ke Utara dan kini memandang ke Selatan masihkah ekonomi yang melestarikan
materialism menjadi fokus
pengisian kebangkitan ummah khususnya generasi Muhammad sallallah hu
alaihiwassallam?
Kemiskinan
tidak dipindahkan setelah lama memandang ke mana-mana arah.
Kekayaan
yang telah dipindahkan setelah lama memandang ke sana ke sini.
Kebaikan
dan kebajikan ditawarkankah untuk menjadi pakej kemanusiaan kesan dari dasar
memandang ke sana ke sinikah?
“Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu kea rah timur dan
barat tetapi kebajikan itu ialah :
Orang yang beriman kepada Allah Ta’ala.
Beriman kepada hari akhirat.
Beriman kepada malaikat-malaikat.
Beriman kepada kitab-kitab.
Beriman kepada nabi-nabi.
Memberikan harta yang dicintai kepada :
Kaum kerabat.
Anak yatim.
Orang-orang miskin.
Musafir.
Peminta-peminta (sedeqah).
Memerdekakan hamba sahaya (pelarian?)
Orang-orang yang bersolat.
Orang-orang yang membayar zakat.
Orang yang melunasi janji setelah berjanji (pembayar hutang?)
Orang yang bersabar di dalam kemiskinan.
Orang yang menderita kerana peperangan.
Di manakah dinar dan dirham jika riyal masih tidak
relevan menjadi alat mengukur
materialism ini?
?
Aqidah
masih belum menjadi muslimin berbudaya?
Rabu, 2 Disember 2015
Allah Saksi Saya
Catatan Peribadi Hajjah Lelawati binti Mohd Ali
11/Safar/1437
23/November/2015
Isnin.
A long time ago i had found one website name AISJ edu dot sa which use my email by my pen name thanaif after i created a blog
named Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah.
They have a board directors.
I tell about this to someone i trust in Malaysia that not
my family members when i trace the websites had stop at one of Kuala Lumpur
street.
As i said many times, i never took others money.
I don't have an account in Qatar banks.
My husband give my rights from his saving even it just a
little money.
I told you i never have any money under my own name here
in Qatar and once i force my husband to open my own account bank in Malaysia.
J
He just gave me RM 5,000.00 and it the first and the last big
money i got from him J
because he the only one who earn money for our big family who face a high cost
living in Qatar.
And his salary not too high, with car loan and with four
kids who have to go to international school, we spend more money on our kids school fees.
My husband move to Qatar on 20/Oktober/2005. Then all my
kids and i came along on 21/11/2005.
I still remember the fees that only can be claimed after
we pay the fees by our own money.
Year 2 - QR
3840.00
Year 7 - QR 4950.00
Year 9 – QR 5500.00
Year 11 – QR 6834.00
All this too much for my husband who be employed for a
small firm even though the payment can be make in two times.
This experience is the same for each of us who be a
foreigner professional workers in gulf countries.
What are you doing by using english in your own favorite blog?
I am suffer on the claiming by too many persons (that i don't know who are they) on my pen names on my blogs. And it hurt when international persons claim my pen names and my real name as theirs. My stories was an ordinary stories same as others and it don't have any bad intention on others.
I never ask others to write for me as what a few people think when they realized i never have any books to claim as mine.
I never took anyone money!
I can have my own money by writing. I do work it out now by manage all the blogs by adding and re arrange by up date the stories. I never ask others money as what people may think when i tag or like pictures or on my social media.
I can earn my own money by my collection pictures too.
Please take yours if you think you have earn money from what you think may have in me.
I do not know anything about it but i do understand my rights in my intellectual property in writing and my photos that be protected by cyber digital laws.

Sabtu, 17 Oktober 2015
Apabila Kita Tidak Berharta
| Blog saya disahkan selamat untuk dibaca isi kandungannya. |
Abu Zar ada berujar kepada Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam:
Ya Rasulullah, orang-orang yanng kaya mempunyai banyak peluang membuat pahala kerana amalan mereka.
Mereka bersolat sebagaimana muslimin yang lainnya.
Mereka berpuasa sebagaimana kita berpuasa.
Mereka bersedeqah kerana kelebihan harta.
Muhajirin yang umumnya miskin kerana sering berpindah randah menyedari tentang kemiskinan untuk berbuat pahala dianjurkan oleh Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam supaya bertasbih, bertakbir dan bertahmid bagi meraih pahala.
Lalu mencatat sebagai usaha yang kecil untuk mencari pahala dengan kisah orang-orang biasa adakah menjadi kesalahan juga?
Isnin, 14 September 2015
27 Zulkaedah 1436
Di Mekah perjanjian itu tiba
Jarak yang jauh kelian lalui penuh reda
Walau tiada sesaat kelian menduga
Bila takdir itu genab usia
Seupaya terdaya kelian tepati masa
Berada tepat pada qadar yang rahsia
Bertemu Malaikat Izrail di dalam rumah Allah Subhanahu Wata'ala.
Biar remuk atau patah hingga berpisah tubuh anggota
Bukan hak kami untuk menghitung dosa atau pahala
Biar remuk atau patah hingga berpisah tubuh anggota
Bukan hak kami untuk menghitung dosa atau pahala
Dalam sifat ujub malu untuk kami bertaksub
Bila kami yang masih bernyawa ini juga faqir yang banyak dosa
Bila kami yang masih bernyawa ini juga faqir yang banyak dosa
Masih berusaha untuk terbit kerinduan kepada Al-Haq Al-Wadud.
Bila pilihan Allah pilihan yang tepat
Usahlah kehendak kita kekal dicita
Tatkala rindu kita masih berbeza
Terhadap Pemilik nyawa, Yang Maha Berkuasa.
Bila pilihan Allah pilihan yang tepat
Usahlah kehendak kita kekal dicita
Tatkala rindu kita masih berbeza
Terhadap Pemilik nyawa, Yang Maha Berkuasa.
Sesungguhnya Nabi Ayub alaihiwassalam sering menyeru:
"Sesungguhnya diriku ditimpa kepayahan."
Saat ia masih belum menjadi jenazah.
Kami dilarang untuk menyakiti kelian yang telah menjadi jenazah...
Al-Fatehah buat allahyarhamhu dan allahyarhamha yang ditakdirkan bertemu dengan Allah Ta'ala sewaktu tumbangnya kren di Babul Salam Masjidil Haram, Mekah Al-Mukarramah, pada 11September 2015 hari Ju
Rabu, 9 September 2015
Isnin, 15 Jun 2015
Langit Dunia Akan Terbuka Lalu Teroponglah Oleh Mu Cakerawala
Mengapakah berpuasa walau telah berdekad- dekad Ramadhan itu silih tiba dan pergi?
Mengapakah berpuasa meski telah berkurun-kurun Kekasih Allah (sallallah hu alaihiwassalam) itu pergi tanpa kembali lagi?
Rindukah yang terbit atau rasa keterpaksaan bila malu andai diketahui tidak berpuasa tanpa uzur syaraei?
Resahkah yang dihela pabila beramai-ramai roh-roh allahyarhamhu dan allahyarhamha datuk, bapa, uwan atau nenek dan ibu-ibu kembali berziarah kepada mereka yang pernah dikasihi tetapi telah dilupai?
Mengapakah berpuasa dalam jam-jam yang diedarkan oleh bulan dan matahari?
Hibakah yang tiba atau sayukah kerana rindu itu masih tidak menjelma meskipun entah esok atau lusa Ramadhan itu muncul menepati janji?
Sabda Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam yang diriwayatkan oleh Muslim dan Bukhari
"Tibanya Ramadhan nanti pintu-pintu langit akan terbuka dan pintu-pintu neraka akan tertutup."
Dari Abu Hurairah radiallah hu anhu yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan At-Tarmizi
"Pada malam pertama bulan Ramadhan terikatlah para syaithan dan jin-jin dengan tertutupnya pintu-pintu neraka apabila pintu-pintu syurga dibiarkan terbuka. Terdengar nanti seruan, 'wahai orang yang berbuat kebaikan mendekatlah kelian, wahai orang yang berbuat kejahatan undurlah (tangguh) kelian. Sesungguhnya Allah memiliki ahli neraka yang dibebaskan sepanjang bulan Ramadhan.'
Ramadhan berbicara tanpa bahasa kepada ummat Muhammad sallallah hu alaihiwassalam :
Kuatkan kesabaran kelian dalam meniti hari-hari ku pada setiap detik
Apabila solat taraweh itu menanti berdirinya kita kerana niatnya
Solat taraweh itu ingin melihat kita qiam oleh tamakninah pada ketika rukuk, iktidal dan sujud sebelum bertasyahhud kerana nilai lafaz makhraj pada fatehah dan ayat-ayat bacaan surah mendenyutkan qalbu untuk membangunkan roh-roh dan batin serta seluruh panca indera kita...
Berdoalah pada ketika-ketika kita ingin berbicara dengan Ar-Rabb
Agar kita dipimpinNya untuk mengetuk pintu-pintu syurga dan membina jarak yang sangat jauh dari medan neraka
Inilah saat-saat ummat bersatu untuk bersama-sama beristighfar, bertahlil oleh ucapan syahadah, tasbih, taázim, tahmid dan haukalah di samping selawat...
Bersedekah dengan keupayaan menyediakan hidangan iftar walau sebiji khurma ...
Alhamdulillah masih ada rezeqi untuk kami menanti Ramadhan lagi, insya Allah.

Jumaat, 15 Mei 2015
Ajarkan Kami Membina Syurga, Cikgu.
Mukaddimah membina ummah berkalimah menyebut dengan bismillah, cikgu.
Berkongsi untuk berperanan mendalamkan erti menunaikan kewajipan,
kewajarannya mendekati bukan sekadar memerhati, menghayati bukan sekadar
menganalis, merawat bukan sekadar merangka dengan melawat, cikgu.
Zaman mahu diperbaharui dengan sikap niat tujuan yang luhur agar alir
ubahnya laksana air yang tenang stabil dan seragam biar di mana tempat alir
mudiknya, cikgu.
Kenyang biarlah dengan suapan buat zahir dan batin bukan sekadar menyelerakan mengenyangkan
tetapi memberi tempat naungan agar yang bermusafir biar tentu tempat pulang kediaman, bergerak dengan aktif cemerlang, bebas tanpa kurungan tanpa masa hadapan bila
didikannya tidak menyubur kembangkan budaya berakal, celik jiwa berintelek mahir
dengan daya oleh iman, cikgu.
Makanan harus dengan niat memberi kekuatan mewaraskan kesihatan, mencerdaskan keupayaan melorong dengan cahaya kebenaran, cikgu.
Iman dengan rasa
yakin, tidak sekadar basahan di lidah tanpa hadaman di qalbu untuk mudah
dicernakan di dalam amali, cikgu.
Kesihatan juga bersama kebersihan bukan semata-mata kecantikan bukan sekadar zahir tanpa
batin, sanubari murni jujur membawa kemuliaan, cikgu.
“Kemuliaan itu adalah bagi Allah,bagi RasulNya,dan bagi kaum mukminin
yang benar-benar beriman akan tetapi kaum munafikin itu tidak mengetahui.”
Selamat hari guru buat Cikgu Musa, Ustaz Shamsul, Cikgu Kamariah, Cikgu Idris, Cikgu Mustapha Rafaei, Cikgu Abdul Jalil, Cikgu Normah yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda, Kelang dan Sekolah Kebangsaan Jalan Low Ti Kok, Kajang.
Selamat hari guru kepada Cikgu Zaidah Marjan, Cikgu Norzailan Mohd Nor, Cikgu Abdul Jalil, Ustaz Muhammad, Cikgu Abdul Malek, Cikgu Rohani, Cikgu Abdullah Busu, Ustaz Talib, Cikgu Maimunah, Cikgu Maimun, Cikgu Sujak, Cikgu Norizam, Cikgu Kamil Juseh, Cikgu Hafiz Kampo Radjo, Cikgu Rahim, Cikgu Halimah, Cikgu Zainon, Cikgu Noraziah, Cikgu Ramizah yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang.
Selamat hari guru kepada Cikgu Syarifah, Cikgu Alias, Cikgu Adnan Nawang dan guru ekonomi serta geografi yang pernah mengajar di Sekolah Menengah (Lelaki) ACS, Jalan Raya Barat, Kelang.
Agar roh-roh allahyarhamhu dan allahyarhamha guru-guru beragama islam yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Perempuan, Jalan Bukit Istana Kelang memperolehi kedudukan yang baik di sisi Allah Taála.
Juga ditujukan selamat hari guru buat guru akidah, quran dan bahasa arab ku Ukht Najlah, Ukht Salma, Ukht Najwa, Ukht Farida, Ukht Reema, Ukht Sanaá, Ukht Rehab, Ukht Amani, Ukht Marwa, Ukht Heba, Ukht Rameeza, Ukht Amal, Ukht Fatimah dan Ukht Nahlah.

Sabtu, 9 Mei 2015
'Auzubillah hi minash syaithon nir rajimm
SAYA TIDAK BERNIAGA DAN TIDAK ADA PERNIAGAAN!
Saya tidak pasti apakah ini jenis code atau gantian bagi menduplikasikan gambar dan peragaan hak pengenalan saya sebagai penulis di blog lelawatibintimohdali.blogspot.com tatkala gambar dan peragaan pengenalan diri saya di blog-blog wordpress tidak berkeadaan seperti ini.
| Apabila diklik pada paparan profil pada gambar kedua imej coding tertera di gambar pertama. |
Jumaat, 1 Mei 2015
Tanpa Peperangan Tetap Kemusnahan Berlaku
Bagaimanakah cara terbaik bagi menjelaskan bahawa kita yakni muslimin dan muslimah bukan dan tidak terlibat dengan aktiviti pengganas dan keganasan?
Dengan pakaiankah atau tanpa pakaian?
Dengan gaya dan cara hidup yang mewahkah atau hidup dengan mengamalkan sunnah atau kesederhanaan atau dengan penampilan kemiskinan?
Dengan jenis makanan yang tinggi penyediaan kosnyakah atau dengan jenis makanan yang murah kerana diusahakan sendiri dirapikan kebersihan dan dipelihara kesuciannya dari unsur yang dilarang oleh Tuhannya?
Dari sumber bahan bacaankah atau dari tontonan filem dan televisyenkah seseorang muslimin atau muslimah itu dinyatakan sebagai seorang pengganas atau terlibat dengan aktiviti keganasan meskipun bacaan itu dihasilkan oleh penulis-penulis dan pengarah dari negara barat?
Atau dari jenis huruf apakah yang disediakan oleh Microsoft Words serta Apple bagi mewakili catatan tulisan muslimin dan muslimat yang turut menggunakan radas peralatan eletronik komunikasi yang kesemuanya buatan dari negara-negara barat dan Kesatuan Eropah selain negara-negara di Asia seperti Rusia, Cina, Jepun, Korea sebagai contoh bagi mensabitkan seseorang pengguna yang menganut islam itu sebagai pengganas dan terlibat dengan keganasan?
Pada masa yang sama bolehkah diketahui
berapakah gaji bagi seorang ahli musik serta penyanyi bagi orkestra ala saprano di negara-negara barat setelah rekod jualan yang meraihkan jualan tinggi kesemuanya didominasi oleh penyanyi-penyanyi bukan muslim baik yang lelaki mahupun perempuan tetapi dibeli dan didengari serta ditontoni oleh mereka?
Lalu ku tinggalkan pertanyaan kepada Madame Halena Cobban," may i know Madame,have American had a puppet leader,too?"
Jumaat, 17 April 2015
Saya Berhutang Dengan Sesiapakah?
Catatan-catatan saya tidak ada kena mengena dengan siri penulisan siasatan sains semenjak saya mula mencatat di blog spot dot com pada bulan May 2006.
Saya tidak berminat untuk mendapatkan pertalian dengan mana-mana penulis apabila saya tidak pernah mengetahui wujud mana-mana penulis yang benar-benar saya kenali sedia membantu masalah yang didepani di sini.
Saya cuma pernah bertemu mata dengan Saudari Norziati binti Mohd Rosman di Bandar Baru Bangi di samping bertentang mata dengan Cik Puan Ainon binti Mohd di pejabatnya di Wangsa Maju Kuala Lumpur. Dan saya hanya menerima sekali sahaja kiriman berbayar buku tulisan Cik Puan Nisah binti Harun.
Lantaran saya adalah penulis yang tidak mempunyai buku, saya meminta jasa baik komuniti-komuniti di tempat saya tinggal di Abu Hamur, Doha di Qatar dan di Malaysia agar menghormati kesemua laman internet saya yang menyukai dan mengikuti laman-laman profil individu-individu dan laman kumpulan melayu muslim Malaysia.
Saya sangat kecewa apabila wujud komuniti dan individu yang menyamar dan meletakkan gambar-gambar tidak bermoral seperti (punggong, buah dada, kemaluan lelaki, dubur dan seumpamanya) ke atas kesemua akaun twitter, facebook whaataapp dan pencarian blog di +Google saya yang menggunakan nama-nama pena yang tidak dikongsikan dengan sesiapa hak miliknya, meskipun wujud robot atau setting mesin yang mengendalikan akses internet, wi fi, mobile dari aplikasi smartphone serta telekomunikasi dari satelite saya tetap berasa kecewa dengan kesemua ini memandangkan saya adalah seorang muslim yang memahami erti mengapa saya seorang islam biarpun pengetahuan saya masih berada pada tahap minima.
Saya tidak berada di Afrika dan saya tidak faham apakah alasan terlalu banyak individu ini mengirimkan imej-imej porno ke facebook saya.
Saya juga tidak terkait dan membatalkan mempunyai perkaitan dengan penuliscyber dot ucoz dot com kerana saya tidak pernah diberitahu niat sebenar bantuan diberikan setelah saya menyatakan tentang minat dan kegemaran saya untuk menulis.
Sesungguhnya bukan kesemua perbuatan yang baik perlu kekal dirahsiakan apabila ia telah mewujudkan kerumitan dan gangguan ke atas diri saya.

Selasa, 17 Mac 2015
The Gulf Cooperation Council
"Apakah makna GCC?"
Setelah hampir sepuluh tahun masih soalan ini berlingkar memenuhi serebelum saya
"Mengapakah negara GCC ini berlainan dari negara-negara teluk yang lain?"
Projek globlalisasi telah lama dinukilkan oleh Al-Quran bila menyudutkan 'qasas-qasas' yang benar-benar berlaku di Al-Balad Al-Qarya, Yashrib, Mesir selain tanah-tanah yang menguburkan kaum-kaum Ád dan Thamud di sekitar antara Basrah hingga ke Israel, Jordan dan Syria malah ke Yaman.
Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab apabila GCC hanya merujuk negara Kuwait, Qatar, Emeriah Arab Bersatu, Saudi Arabia, Bahrain dan Oman tatkala kebanyakan negara-negara di benua Afrika menjadikan bahasa arab sebagai bahasa utama yakni bahasa kebangsaan bagi negara mereka?
Adakah jazirah arab hanya terbatas kepada Lembah Najd sahaja?
Adakah jazirah arab hanya terbatas kepada Lembah Najd sahaja?
Apakah keistimewaan bagi tanah jazirah ini hanya terbatas kepada
negara-negara teluk sahaja?
Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab apabila kerajaan Saba' itu juga
turut membina peradaban awal bagi bangsa arab?
Siapakah penduduk asli bagi jazirah arab apabila Nabi Hud alaihisalam merupakan nabi yang terawal menggunakan bahasa arab?
Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab?
Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab apabila Mesir juga adalah sebagai
tanah yang menjadi pusat perkumpulan para anbiak dan tempat berlakunya
peristiwa-peristiwa yang disebutkan di dalam Al-Quran selain tanah suci Mekah
Al-Mukarramah dan tanah suci Madinah Al-Munawwarah di Saudi.
Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab?
Siapakah penduduk asal bagi jazirah arab apabila Syam itu
turut melewati Israel, Lebanon, Jordan sehingga Syria, Iraq dan Iran setelah
sepupu-sepupu Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwasalam yang terdiri dari
nabi-nabi berbangsa yahudi berpusat di Baitul Muqaddis?
Apakah keistimewaan bagi bangsa arab hanya terhad ke atas bangsa arab di
negara-negara Saudi, Kuwait, Emeriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain dan Oman sahaja?
Jika benar, mengapakah demikian?
Tatkala saya bukan berbangsa arab mengapakah talian komunikasi di jalur fiber optik yang akan menjadikan laptop sebagai kertas eletronik bagi menyusun nasab keluarga sendiri diganggu sehingga menghilangkan catatan saya melalui permusnahan laptop peribadi (NURLAILA VAIO PC)?
Sabtu, 24 Januari 2015
Manzil
"Cikgu, bagaimanakah ledakan emosi dibenarkan diluahkan oleh penguatkuasaan di sekolah ini?"
"Tiada soalan lain?"
"Apakah ertinya menjadi seorang muslim di zaman moden ini, bila sudah diketahui asas-asas seorang penganut nasrani, penganut hindu, penganut buddha, penganut syiah malah seseorang yang tidak bergama juga sudah diketahui sifat dan identiti imej yang didirikan untuk mereka?"
"Saya suka jika kamu tidak hadir... kelas menjadi senyap dari isu-isu sensetif seperti ini."
"Baik, saya akan menulisnya supaya kelas tidak terganggu."
Nasab keluarga pemilik nama pena tejathanaif serta thanaif dan kini nurtejathanaif (Hajjah Lelawati binti Mohd Ali) bukan dari nasab keturunan cina bukan dari nasab bangsa india dan bukan dari nasab rumpun pribumi bumiputra yang berada di Malaysia atau yang berada di luar Semenanjung Malaysia.
Saya tidak ada keturunan dari bangsa cina yang bermaksud ke dua ibu bapa saya tidak mempunyai jurai keturunan dari keturunan cina atau india atau mana-mana pribumi dan bumiputra yang lain.
Saya tidak bersikap perkauman tetapi saya berkata benar mengenai rumpun keturunan keluarga saya sendiri yang bernasabkan kepada allahyarham Mohd Ali bin Ahmad bin Samah.
Manakala ibu saya Nafsiah binti Salleh yang kini berusia lapan puluh tiga tahun merupakan bangsa melayu yang muslim sejak lahir.
Manakala ibu saya Nafsiah binti Salleh yang kini berusia lapan puluh tiga tahun merupakan bangsa melayu yang muslim sejak lahir.
Saya muak bila perlu mengulangi penjelasan yang serupa berkali-kali hanya kerana sejarah saya dilupuskan oleh generasi baru yang masih tidak mempunyai asas-asas pembinaan sejarah sendiri kerana masih terlalu muda usia untuk menggalas makna keperluan membina keluarga.
Bangsa tetap penting kepada saya kerana saya dilahirkan dengan ijab, akad dan nikah ke dua emak dan abah.
Saya bukan seorang pelarian yang tidak mempunyai kediaman kerana saya memiliki alamat rasmi yang boleh disahkan walaupun saya hanya menggunakan alamat rumah emak saya sahaja satu ketika dahulu.
Dengan sendirinya saya (menerusi suami yang tidak mempunyai rumah di Malaysia bagi disabitkan dengan apa-apa harta) bukan berstatus pelarian seperti mana sesetengah rakyat dari bangsa arab.
Rumah sebagai aset manusia berperadaban dan maju tamaddunnya.
Siapa yang masih tidak memiliki kediaman atau bangunan atau kotak dari kayu kayan untuk dijadikan sebagai sebuah rumah yang boleh disewa atau dibeli memperlihatkan stuasi paling rendah akal kemandirian.
Adakah khemah-khemah pelarian upaya dijadikan sebagai taman perumahan oleh masyarakat mellinium abad ini setelah jelas dizahirkan masalah-masalah kemanusiaan yang gagal ditangani oleh Konvensyen Geneva?
Saya melihat kerasionalan yang wajar tidak diemosikan agar Konvensyen Geneva ditukar dan diubah garis perundangan bagi mereka yang menjadi mangsa di dalam konflik antarabangsa setelah kebanyakan isu kemanusiaan dan konfliknya terarah serta berlingkar kepada negara-negara muslim yang berada di tengah-tengah kekayaan masyarakat arab.
Ini sejajar dengan kecenderungan masyarakat mellinium yang keterlaluan meletakkan islam sebagai mangsa ketaksuban mereka dalam menjustifikasikan kefalsafahan politik ekonomi sosiologi sains teknologi komunikasi media sebaran am ke atas kemanusiaan.
Siapakah tahanan dan tawanan perang ketika ini yang memerlukan perlindungan Konvensyen Geneva?
Penggunaan senjata kimia dan biologi telah menzahirkan kesannya di negara-negara berhampiran dengan Timur Tengah dengan sejumlah pelarian yang diabaikan kebajikan mereka bagi mendapatkan hak kebersamaan kemanusiaan seperti mana yang telah digariskan oleh Konvensyen Geneva.
Apakah perlindungan kepada warga awam yang menjadi mangsa konflik bersenjata antarabangsa kekal diabaikan?
Halakanlah seketika kepada masyarakat yang diberi petempatan di sempadan garis-garis yang dijelaskan dengan sah oleh undang-undang tubuh bagi sebuah negara yang wajar tidak dicerobohi oleh mana-mana dasar sebuah negara.
Keaiban kepimpinan yang bersedia menjadikan warganegaranya sebagai pelarian adalah kecacatan minda yang amat parah bagi mellinium ini.
Cacat pemikiran kepimpinan yang dibina oleh kecacatan dasar kini dikompromikan oleh para pengamal media yang mengarak memeriahkan siri wawancara kepimpinan bertaraf dunia di skrin-skrin plasma bukan lagi rahsia.
Cacat pemikiran sehingga semakin meningkat pelarian apakah benar-benar mahu disantuni oleh komunikasi teknologi?
Kemiskinan para pelarian yang diusir oleh dasar yang cacat bukan kreativiti politik walaupun ia mungkin menjadi sumber kepelbagaian aktiviti perekonomian dalam menguruskan keewangan.
Cacat pemikiran kerana mencetuskan dasar-dasar yang memusnahkan sebuah negara, mengusir rakyat yang bernegara, memiskinkan masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan, tidak berpendidikan yang sememangnya tidak layak untuk ditawarkan pinjaman, bagaimanakah ditangani oleh demokrasi yang masih tempang walaupun setelah diberikan pentakrifan baru oleh kejayaan pengumpulan dana bagi memprojekkan pelbagai agenda dan kempen kepimpinan baru.
Emak saya kini berusia lapan puluh tahun.
Dia tidak berpendapatan selain menerima wang pencen dari gaji terakhir arwah suaminya.
Proses emak memiliki rumah sebagai aset kekal tidak menjadikan emak saya memikul beban hutang seumur hidupya walaupun dia dibebankan dengan kadar faedah riba yang sangat tinggi oleh tawaran pinjaman bagi membeli sebuah rumah kos rendah.
Rumah kos rendah di Taman Kampung Kuantan Kelang dibeli dengan harga RM18,ooo.oo jika saya tidak silap.
Kaedah pembayaran pinjaman membeli secara bayaran ansuran rumah itu dibayar secara hutang gandaan dari dividen bunga, kiraan pada kadar faedah pinjaman bank yang dibayar setiap bulan sebanyak RM36.00 selama lebih 20 tahun oleh emak dengan menggunakan wang dari satu-satunya pendapatan tetap iaitu dari wang pencen arwah abah berjumlah RM77.00 sebulan.
Bagaimanakah seorang wanita yang tidak berpendapatan yang memperoleh wang pencen suaminya upaya melunaskan pembayaran berjumlah lapan belas ribu ringgit sekitar tahun 1971?
Luahan dari ledakan emosi saya yang cikgu bantah untuk dinyatakan ialah rekod kegagalan membayar hutang adakah di kalangan pengguna miskin atau peminjam bank yang ditawarkan pendanaannya dan bagaimanakah kadar minimum dan maksimum diwujudkan dalam penetapan harga apabila fikh islam menolak riba?
Rabu, 10 Disember 2014
Khamis, 4 Disember 2014
Tidak Ada Iklan Perniagaan Berbayar Dipaparkan Di Blog Ini.
Saya tidak meletakkan iklan perniagaan di blog saya ini.
Harap Maklum.
Harap Maklum.
Sabtu, 27 September 2014
Bagaimanakah Manusia Dan Organisasi Terantai/Terbelenggu?
"Adakah sunni dan syiah itu bersumber dari akidah La ilaha illa Allah atau adakah kristian dan agama yahudi yang bersumber dari akidah syahadah, Ustazah?"
"Tidak bolehkah kamu berdiam diri seketika?"
"Tidakkah Ustazah memahami bahawa soalan dan pertanyaan-pertanyaan saya adalah jihad ta'alim?"
"Mana ada peperangan pada abad 21 ini? Usah wewenang menggunakan kalimat jihad."
"Saya mahu memahami dan mendalami hakikat keluasan makna dari kalimat arab Ustazah, bila mengungkapkan jihad ta'alim."
"Sesekali saya memang menanti-nanti soalan kamu kelas, dari kelas yang kecil ini pertanyaan dan soalan kamu wajar diperhalusi kerana kita dapat melihat pada masa kini bagaimana masyarakat yang berkhidmat di rantau Teluk masih tidak menemukan sebab dan alasan bagaimanakah masih ingin mencurigai cara penganut islam mengamalkan ajaran yang diperintahkan oleh Al-Quran yang diterjemahkan oleh sunnah Rasullullah sallallah hu alaihiwassalam."
"Jihad ta'alim itu sama seperti halakah kecil perbincangan intelektual di pusat pengajian, serupa dengan majlis kursus-kursus jangka pendek seperti khemah percutian pelajar pada musim panas dan aktiviti serta program 'study group' cuma perkataan jihad sahaja digunakan bagi menterjemahkan ruang lingkup yang luas bahasa yang disumberkan dari Al-Quran."
"Sikap buta bahasa ini sudah sangat jelas disumberkan dari wilayah dan benua yang mana. Usah kamu semua memberikan perhatian kerana kejumudan fikiran kesan dari tradisi menyembunyikan atau merahsiakan kebenaran yang diturunkan oleh Al-Kitab telah diminta pertanggungjawabankan ke atas mereka oleh Allah. Dagangan yang mereka lakukan dari kebenaran haq Al-Kitab yang dirahsiakan sehingga menjadi konflik oleh kekeliruan kepada ummat manusia sebenarnya diuruskan oleh Ar Raqib Al-Hafidh."
"Mengapakah kelas kita tidak upaya mewujudkan halakah zikir atau selawat dalam masa kurang seminit sebelum kelas bermula, Ustazah?"
"Pengetua tidak membenarkannya. Saya berkhidmat di bawah kelolaan Pengetua dan Pengetua pula wajib memenuhi Aku Janjinya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan yang perlu pula bersetia kepada Ketua Setiausaha Kementerian yang wajib pula akur pada Menteri yang mengetuai Kementerian. Dan Menteri itu pula perlu tertakluk kepada Perlembagaan perundangan pada klausa yang diperuntukkan dalam pentadbiran institusi pendidikan yang perlu pula tidak terkeluar dari dasar-dasar negara kita."
"Ya Allah, seperti surat berantai Ustazah. Terlalu panjang prosedurnya. Apakah kita juga perlu mendapatkan rujukan dasar-dasar kesatuan negara Komanwel untuk memulakan kelas dengan zikirullah dan selawat?"
"Kami tidak dapat melihat pula kebenaran yang perlu diperolehi dari Allah dan Rasulnya (sallallah hu alaihiwassalam), Ustazah."
"Ujaran kamu sudah berbaur dengan sindiran. Saya tidak menggemarinya sama sekali."
""Allah tidak menjadikan pembaca Al-Quran itu berkeadaan bengkok, Ustazah."
"Benar Ustazah. Kita tidak termasuk ke dalam kumpulan mereka yang ditidurkan di dalam gua."
"Individu dan organisasi berantai? Kamu merujukkan mereka sebagai surat berantai? Jaga adab kamu bila mengeluarkan pandangan!"
"Usahlah Ustazah berhangat hati dengan kami apabila saya dapat merasakan bahawa dengan sendirinya Ustazah mengakui bahawa konsep se per a itu tidak tepat kerana tidak mungkin seseorang individu itu berupaya mengendalikan keseluruhan perkara secara bersendirian."
"Masih kamu semua mahu memandang sinis dengan kelemahan saya sebelum ini?"
"Bagi merebut sebiji bola seramai dua puluh dua orang pemain termasuk seorang pengadil dan dua orang penjaga garisan telah berlari-lari di sebuah padang...bukankah itu jelas menzahirkan konsep se per a itu tidak lagi relevan untuk dijejaki proses kewujudannya."
"Sudah lama Israel dan bangsa yahudi berkhilaf sebagaimana bangsa nasrani juga bangsa muslimin seperti kita. Bukalah Al-Quran sebagai sebuah buku apabila orang-orang yang 'alim itu boleh maju melalui buku sahaja. Sumber ilmu adalah dari Al-Quran. Masalah yang kita depani adalah kita tidak sepenuhnya memahami apa yang kita baca selama ini."
"Adakah tujuan kebenaran disembunyikan kerana ianya tidak diterima oleh pemimpin dan kerajaan yang memerintah, Ustazah?"
"Kamu ingin perkaitkan dengan para pemuda yang ditidurkan di dalam gua itukah maksud soalan ini? Jika kamu ingin mendapatkan kemuliaan yang tidak rosak maka janganlah membanggakan kemuliaan yang telah rosak."
My Akidah
Di dalam kelas Pengajian Islam:
"Ustazah, mengapakah setelah membaca quran dan hadis kita tidak dibenarkan membentangkan masalah-masalah ummat-ummat yang beragama?"
"Quran dan hadis hanya untuk penganut islam sahaja. Huraikan soalan kamu dengan tepat."
"Mengapakah murtad bukan dianggap masalah ummat?"
"Masih banyak soalan kamu mahu bertanya soalan murtad?"
"Pengkhususan pengajian syariah dan usuluddin, perbankan keewangan islam serta pengajian islam tidak berhubung kait dengan perbuatan murtad,Ustazah?"
"Alasan kamu?"
"Nilai materialistik dan kebendaan juga wujud menjadi sifat membina diri seorang lulusan syariah, Ustazah."
"Kamu menyindir saya?"
"Murtad itu bidang kajian pelajar syariah,Ustazah."
"Kelas sila nyatakan di manakah benua islam di atas peta dunia ketika ini?"
"Wujudkah benua islam di atas peta dunia, Ustazah?"
"Jawatan Khalifah masih belum diisi kekosongannya, Ustazah. Mungkin kerana itu masih belum wujud benua islam."
"Apakah benar kita sudah memasuki dekad akhir zaman, Ustazah?"
"Kesan pergaulan pada sudut akidah mempunyai kesan pada kesihatan apabila sakinah ummat itu mempunyai keberdayaan untuk membangunkan ketenteraman habitat dan masyarakatnya."
"Boleh cikgu jelaskan?"
"Kita hidup dengan rohani. Apakah makanan bagi rohani?"
"Muzik, cikgu."
" اَسْتَغْفِرُا لله "
"Ramai mereka yang berkelulusan dari fakulti pengajian islam menyumbangkan aktiviti begini, Ustazah."
"Syariah bukan terhad kepada bidang munakahat dan tarbiatul aulad sahaja. Paling utama ialah akidah itu sendiri yang memuktamadkan amalan-amalan dari ucapan syahadah. Akidah itu menjadikan muslim bersifat mukmin."
"Maksud Ustazah setiap muslim itu upaya menjadi murtad tetapi seorang mukmin itu insya Allah dapat menghindari perbuatan murtad kerana penghayatan ilmu imannya?"
"Tidak sangka pula saya kamu mampu meringkaskan maksud saya."
Ku lihat senyuman yang manis menawan.
"Mukmin itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad sallalla hu alaihiwassalam. Tidak meninggalkan Allah dan RasulNya walau apapun yang terjadi."
"Adakah murtad itu boleh dikenali sifatnya, Ustazah?"
"Kelas, kamu semua ada jawapannya?"
"Pemikiran intelek, Ustazah."
"Kehidupan bertamadun aras tinggi, Ustazah."
"Rendahkan sedikit nilai jawapan kamu. Umum sangat."
"Perbuatan zina, minum arak, ambil riba, Ustazah."
"Jangan kamu lupa mereka ini percaya kewujudan kepada Allah, solat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji."
"Ummat Islam kini telah bertaraf antarabangsa, Ustazah."
"Adakah mereka menukar agama setelah menjadikan diri mereka sebagai muslim bertaraf antarabangsa?"
"Mereka menjadi pelupa, Ustazah."
"Dan tidak sekali-kali Allahmu pelupa."
"Perlukah kita berasa malu oleh hukum-hukum yang ditetapkan untuk kita, Ustazah?"
"Berikan contoh hukum-hukumnya."
"Tutup aurat."
"Tinggalkan solat."
"Tidak puasa."
"Tidak bayar zakat."
"Bagaimanakah dengan akhirat sebagai masa hadapan ummah Ustazah?"
"Hanya mereka yang menolak dan tidak mempercayai kiamat dan alam ghaib sahaja yang awal-awal lagi menolak cadangan kamu. Bukankah itu jawapan yang kamu nanti-nantikan selama ini?
Saya harap kamu berpuas hati."

Isnin, 18 Ogos 2014
Negara Atau Bangsa Atau Bendera Yang Beragama?
| Bendera negara Malaysia |
Merdeka pada makna kata sebenar adalah menerima hak Allah ke atas alam dan setiap isinya.
Apabila perkataan merdeka berbeza makna dan erti dengan maksud perkataan 'freedom' jenama antarabangsa, semakin terbukti bahawa 'freedom' antarabangsa lebih menjurus kepada makna 'kebebasan', persamaan dan persaudaraan yang tidak diperuntukkan dan tidak diberikan kepada kesemua individu, bangsa dan sesetengah negara seperti mana yang difahami oleh masyarakat dunia sejak berdekad lamanya.
Tidak wujud negara tanpa bangsa walau pun berbendera?
Namun mengapakah masih wujud bangsa tanpa negara?
Kemerdekaan bagi sebuah negara muslim wajar diberikan pentakrifan sejajar dengan akidah apabila asas bagi pewarisan kepada generasi yang ditinggaalkan menjadi keutamaan kepada pembina pejuang dan penjasa yang berusaha membebaskan tanah air mereka dari penjajah.
![]() |
| Bendera negeri Selangor tanah tempat tumpah darah pemblog dan anak-anaknya. |
Undang-undang sewajarnya tidak digunakan untuk melucutkan kemerdekaan seorang individu yang dilahirkan oleh ibu mereka bahkan undang-undang wajar memberikan perlindungan kepada pencabulan dan pencerobohan yang ditimpakan ke atas sesiapa sahaja yang dilahirkan ke atas dunia ini setelah terbatalnya dasar apartheid yang mendiskriminasikan sesama manusia.
Al-Quran dan hadis adalah kekayaan yang kekal untuk ummat yang berasa diri mereka adalah merdeka pada zahir dan batinnya yang meletakkan taqwa sebagai ciri yang mempersamakan perbezaan gender.
"Kami telah berikan mereka dan nenek moyangnya kenikmatan (hidup di dunia) hingga lanjut usianya. Maka apakah mereka tidak melihat bahawa Kami datangi bumi itu (negara yang dikuasai oleh bukan muslim) : Kami kurangi keluasannya dari pinggir-pinggir negeri. Apakah mereka yang menang?"
Apakah khazanah kekayaan sesebuah negara wajar melucutkan hak-hak rakyatnya dan hutang-hutang kesan pengurangan pendapatan menjadi hak rakyat yang tidak wajar dipertikaikan?
Agar Allah memberkatimu tanah air kami yang tercinta.
| Nenek moyang dan emak serta aruah abah pemblog berasal dari Negeri Sembilan |
| Suami pemblog berasal dari Johor. |
Jumaat, 1 Ogos 2014
Syariat Itu Bolehkah Diubah?
الله اكبر - الله اكبر - الله اكبر
لا اله الاالله والله اكبر
الله اكبر والله الحمد
الله اكبر - الله اكبر - الله اكبر
وصلى الله على سيدنا محمد
وعلى اله وصحبه وسلم تسليمن كثيرا
Pengertian Syawal kali ini memenuhi seluruh pancaindera
Minda tidak hanya berukurkan intelek semata-mata
Emosi tidak pada hiba rasa ria untuk ladungan airmata sahaja
Adakah dek bersimbahnya cahaya di nurani, bercahaya di aqal hingga hati tidak buta?
Haruman Al-Qadr tidak lagi ditenun pada penantian yang hampa?
Kiranya solat itu sudah memaniskan iman para musliminkah?
Hingga marah benci duka dan suka terletak pada tempatnya...
"Jika Aku mencintainya, Aku akan menjadi telinga dan matanya."
"Dan bukan kamu yang melontar ketika kamu melontar tapi Allahlah yang melontar."
"Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hambaNya."
Langgan:
Catatan (Atom)