Cik Puan Falesteenyia,
Ada beberapa soalan yang dimusykilkan.
1- Siapakah yang perlu disatukan di antara penguasa dan warga di Teluk tatkala terzahir ketidak harmonian hubungan di antaranya?
2- Siapakah yang dirugikan andai hakikat tidak mungkin ditolak bahawa Barat telah gagal menyatukan wilayah dan warga arab sementelahan kekayaan sumber telah sekian lamanya teragih dengan pengedarannya tidak upaya membasmi kemiskinan di kalangan warga Teluk?
3- Sejauh manakah peneutralan sikap oleh ketoleransian yang menjadi imej masyarakat arab berjaya mewujudkan keamanan di rantau ini tatkala Iraq menjadi bukti jelas Teluk sukar meminggirkan Barat?
Ini bererti seolah-olah stuasi yang kini dihadapi mahu berterusan kekal kerana hampir kesemua arab juga yahudi terikat kepada Demokrat dan Republican atau memilih Amerika/England/Eropah juga Rusia.
4- Apakah makna merdeka kepada negara-negara Cik Puan tanpa mampu bebas dalam membuat keputusan dan pilihan?
5- Mengapakah pengistiharan peperangan telah tamat tidak upaya dituntut di Teluk?
6- Generasi Teluk kini wajar diakui telah didominasi oleh kelebihan bilangan mereka yang semakin tiada kejatian asli mereka berperibadi.
Semoga musykil ini tidak meningkatkan suhu kepanasan di gurun ini.
Cik Puan itu tidak menoleh malah menolak pertanyaan-pertanyaan ini.
Lalu ku suratkan seuntai rasa buat seseorang yang pernah ku temui.
Saudari,
Apakah caranya buat ku menghindari tatkala jelas setiap sisi segi sendi sanding yang bertiang pasak saksinya menzahirkan kerajaan dan perniagaannya sedangkan bukan kesemua warga memilih kompenan-kompenan di dalam kerajaan sebagai parti mereka?
Marah dan akan berdendamkah dikau tatkala diumpat keji permainan ini?
Dijerat kita tanpa tali.
Apakah sama suasana di Teluk dengan di tanah air sendiri?
Siapakah yang sedang mengambil gendang untuk bertari.
Rakyat marhaenkah wahai saudari?
Warga marhaenkah duhai saudari?
Warganegara kerdilkah aduhai saudari?
Marhaen yang tidak bermodalkah, saudari?
Penasihat itu bukan warga seperti kita saudari!
Yang mengacu idea kemanusiaan mesti diadili.
Kerudung aib perpalit ke muka sendiri
Kini protes berarak sudah menjadi kesalahan yang boleh ditahan gari
Media memantulkan siaran selari
Jenaka hikayat berat menjadi komedi
Wang dilaba masuknya ke parti
Warga diarah menggigit jari
Kini litar gelanggang terbuka untuk pemuda pemudi
Sila liberalkan setiap potensi
Uncle Sam senyum simpul sedang menanti.
Perlu dihayati lopak-lopak Amerika Britain Perancis di rantau ini
Sekularis materialisnya masih tajam berkilau mengaksess abdi
Generasinya semakin terhakis oleh bilangan yang sedikit setiap km persegi.
Frekuensinya pula sedang menjajahi walau tidak lagi wujud sudi
Satelit digitalnya mempateri
Lakon tontonan layarnya pula generasi yang memonopoli
Masih gagal dan jayanya kepada kita yang ditunding jari?
Aduhai saudari.
Benarkah seluar dan kain kita tidak bersaku kerana dompet dan wallet kita yang tidak berisi?
Saya benci dengan sikap talam berbagai muka warga kita dan warga di rantau Teluk ini!
Mungkin serupa semual mereka terhadap diri ini.
Justeru saya tidak menjual tetapi mereka memaksa membeli!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan