21.11.11
Hari ini genab enam tahun kami
bermaustautin di Qatar yang bermakna semakin bertambah usia untuk memaksa diri
menguasai minda agar tidak dipegunkan oleh kepentingan yang kelihatannya
sengaja dipihakkan kepada negara-negara sekutu negara ini.
Minda yang masih gagal
dilestarikan oleh tuntutan keinginan menimbulkan sengketa dan hura hara ini
sepenuhnya berjaya dikawal oleh akal tt.
Meski pun dirintangi oleh
pintasan gelombang. rohani ini masih jelas dengan tujuan yang ditakdirkan
untuknya mengenai akhirat yang memanafaatkan dunia.
Ya tt tidak membuang dunia untuk
menjadi manusia suci.
Tidak hanya berpuasa untuk
mengelakkan fitrah yang menyihatkan jasad dan akal juga fikiran menjadi sihat.
Tidak pula perlu hanya memikirkan
senggama untuk ditaburkan sperma di mana-mana ovari yang hanya dilakukan oleh
haiwan yang sah tidak berakal.
Melihat cara dipakaikan Mellinium
jelas memberikan kesempatan untuk minda berfokus tentang budaya dan peradaban
amat perlu diasaskan dengan pembinaan agama.
Mengapa tidak dikenali agama
untuk membina negara walau pun di negara Kristian dan Yahudi?
Tatkala hanya
Islam dilihat berjaya menonjolkan rupa dan ciri bagaimana agama memberikan asas
untuk penganutnya berbudaya.
'Soalnya thanaif, semua orang
beragama tetapi masih sedia berzina atau paling ringan sedia meminum alkohol
walau pun dia muslim.'
Saya benci wanita ini … sering
mengganggu ketabahan saya dengan cabaran yang disengajakan agar wujud
kekeliruan di dalam mengambil pendekatan memahami apa yang sengaja diwujudkan
oleh gagasan imprealis secara rahsia.
'Kamu tidak tahu teja
(tejathanaif) bahawa ramai wanita segender mu yang sedia memperlihatkan lurah
dadanya dan warna rambut mereka? Apakah disengajakan dizahirkan rupa betuk
benjolan di dada mereka walau pun bertudung teja?'
Teja bermasam muka dan ia
membahagiakan saya di dalam diam.
'Tidak beriman walau pun beragama
telah menjadi masalah kepada mereka bukan kita teja! Faham makna kata-kata saya
selama ini. Sudah enam tahun dinukilkan catatan pada mu, Adakah sekadar haiwan
maging mahu diberikan suara sehingga nasib mereka dibela di parlimen menjadi natijahnya?'
'Saya sudah semakin jemu diperlakukan begini teja, bertegas dikatakan
saya buta indera rasa – berlembut diujar saya hilang semangat – menunjukkan
simpati dan toleransi didakwa diwewenangkan kasih sayang tanpa sempadan, menunjukkan rasa sinis dianggap saya suka bermusuh. Apa yang kamu mahukan dari
saya sebenarnya teja?'
Menjawablah teja di mana tempat yang wajar untuk menulis di dalam bahasa melayu apabila interaksi
siber menggunakan slot penterjemahan untuk semua catatan di blog.
Kita
mahu memandaikan siapa sekarang ini?
Bangsa
yang telah jauh maju dan berada di zaman serba moden tatkala memandang kita hanya dengan sebelah mata?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan