Agak keterlaluan
apabila masyarakat cina masih sedia disentimenkan dengan isu perkauman andai
ditanyakan benarkah masyarakat Yang Berhormat masih
mahu mendominasi hak bagi saudara senegara mereka yakni masyarakat orang melayu impak dari
kesan salah urus dan tidak mampu beramanah kepimpinan parti utama tanah air
kita UMNO serta MIC dan MCA/Gerakan?
Kami telah
berhadapan dengan kehilangan memandaikan diri kami dengan bahasa kebangsaan.
Kami telah
berhadapan dengan kehilangan kesedaran bersiasah dengan hak istimewa orang melayu
yang tidak menyeluruh pemeliharaan dan pembelaannya.
Kami telah
berhadapan dengan pelupusan jati diri berbangsa serta berbudaya (untuk lebih
jujur kerana apabila menyatakan mengenai kehilangan jati diri beragama ia akan
dianggap kewujudan ciri ekstrim dan pembinaan ciri radikal)
Kami telah
kehilangan persaingan sihat di mana-mana pasaran terbuka oleh penetapan
kelayakan dan intelek sepenuhnya dipiawaikan oleh bahasa inggeris yang menjadi
kelemahan untuk berkemandirian kebanyakan masyarakat melayu yang tidak berjaya
berkelulusan tetapi berpengetahuan serta berkemahiran.
Adakah benar kini prioriti diberikan kepada kebolehan memahami bahasa mandarin bagi mendapatkan pekerjaan?
Kami
kehilangan keberdayaan untuk berkemandirian apabila kebolehan berfikiran kritis
sepenuhnya ditolak untuk dipelihara oleh peruntukkan Perlembagaan ke atas hak dan kebebasannya.
Samakah
'margin' dengan makna tujuan memberi hutang ialah bagi mendapatkan keuntungan?
Lalu apakah makna istilah 'margin emas' sama makna dengan margin yang
dianggarkan keuntungannya tatkala diketahui bahawa pengambilan untung dari
kaedah ini ialah riba yang menjadi larangan kepada kami mendapatkan pendapatan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan