Adakah lingkaran paip minyak dan air memerlukan dunia bersengketa?
Saya cuba berjujur menyatakan maksud sebenar dari kiriman-kiriman pesanan ringkas yang dinafikannya selama ini bukan dikirimkan oleh telefon bimbit Samsung atau Nokia atau Motorola atau BlackBerry atau HTC atau IPhone.
Dia boleh membaca huruf-huruf yang dikirimkan?
Saya tidak pasti tetapi saya semakin mual dengan cara dia menunjukkan statusnya.
Adakah hanya mahu mendiamkan sahaja sikap yang begitu?
Semua perkara mahu isu-isu yang baru tatkala sejak berzaman semua idea dibentangkan semula untuk diberikan pragdigma baru. Dan saya hanya mampu bersabar.
Saya mencuba memberikan pandangan baru padanya dengan pendekatan baru tetapi masih berasaskan isu lama.
Ini catatan lama tetapi saya gandingkan dengan pendekatan baru.
2008
Bagaimanakah ketidakseimbangan ekonomi dilihat antara
punca melebarnya jenayah di dalam sosial masyarakat dan bagaimanakah jurang
yang dalam antara status di dalam masyarakat membudayakan penyalahgunaan amanah
dalam ertikata yang lain adakah lingkaran paip minyak dan air memerlukan dunia bersengketa sedangkan sumber-sumber tenaga upaya dikitar dan
ditukarganti dalam bentuk yang lain oleh penyelidikan, konflik terus wujud
apabila agihan pendapatan kekal tidak seimbang dari dasar memonopoli hingga
demokrasi dijadikan sasaran untuk tidak berfungsi.
Lama saya membiarkan catatan di atas tersimpan di dalam usb yang diberi nama tejathanaif tetapi dipadamkan oleh seseorang di usb yang saya beri nama thanaif.
Lalu saya gandingkan catatan lama itu dengan pendekatan baru agar dia membuka fikirannya yang sering menyatakan bahawa dia yang memberikan peluang kesempatan dan medan untuk saya berbicara. Dia terlalu banyak memelihara kepentingan. Dia cuba berahsia tetapi saya mengetahuinya.
Januari 2012
Saya
kini berada di salah sebuah negara teluk yang kaya kepekatan mineral dan
kandungan uraian molekul airnya.
Namun
saya lebih cenderung untuk memperkatakan
air semula jadi dari produk tanah air yang menjadi kepercayaan saya kerana ia
upaya mencambahkan kecergasan daya fikir fizikal serta emosi.
Beyond
Water salah satu produk tempatan yang sepenuhnya dikilangkan di tanah air wajar
diberikan satu
dimensi baru ke arah menjadikan ia sebagai sebuah empangan terusan bagi dibina
ia sebagai Terminal Penstabil Aliran Air yang Keperlahanannya sesuai dibina oleh
kerana kadar kandungan dari mineral pada gugusan air di negara Teluk, dengan kadar penurunan hujan yang
sedikit tetapi memiliki mata air wadi yang banyak, empangan Beyond Water upaya
dibina dan tidak lagi hanya menjadi mesin pengaliran aliran air untuk menjana
air minuman di masa hadapan.
Lantaran
mineral ini menjadi pemangkin kepada pengekalan ph di dalam air, kita
memerlukan kesesuaian kandungan yang secara semula jadi dapat diperolehi oleh
sifat dan ciri rupa bumi serta kandungan yang didapati agak tepat oleh
kewujudan paksi magnet di tengah-tengah Semenanjung Arab ini.
Zeolite
yang digunakan untuk menyahkan kandungan logam berat yang menjadikan sulfur
yang terkandung di dalam tanah menerusi pyrolog salah satu jenis penapisan yang
penting pada Beyond Water apakah upaya menjadi ciri empangan saliran air di
permukaan bumi yang di dapati di kebanyakan negara teluk.
Saya
sedang dalam proses memahami dan menguji untuk menukar sentimen dan elemen
bahaya menjadi tidak bahaya.
Saya
bukan gila untuk menyatakan kepada masyarakat yahudi atau arab nasrani di teluk bahawa mereka hanya membuang
masa jika terlalu berseteru dengan muslim umumnya kerana mereka sedar mereka TIDAK BOLEH
MEMINUM AIR LAUT dan mereka tidak memiliki minyak sebagai sumber untuk manusia
beraktiviti.
Dia melumpuhkan minda wanita seperti saya dengan tujuan bagi memperolehi wang mudah
sedangkan apa yang mereka mahukan ialah idea saya!
Mereka melihat keamanan hanya dengan bekalan senjata tatkala saya melihat keamanan itu
adalah dengan mensolusikan kepentingan ummah mengatasi kepentingan peribadi
apabila minyak dan air tidak mungkin bercampur oleh kandungan nilai manusia
beraktiviti.
Dikau menzahirkan penjualan diri thanaif, tejathanaif berbisik perlahan.
Benar setelah mereka melelong menebus menggadai nama ku yang tidak diberikan tanda nama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan