Pejabat Pos Qatar |
Sepanjang bulan puasa ini tidak banyak masa dapat digunakan untuk mencatat.
Waktu sahur kami adalah pada pukul 3 pagi sebelum subuh bermula sekitar tiga 3.30 pagi setelah secara rutinnya kami tidur pada pukul 11 malam.
Cuaca ketika ini panas. Tidak banyak aktiviti di luar rumah sesuai dilakukan sepanjang bulan mulia ini.
Tetapi terlalu banyak perkara yang boleh dijadikan bahan untuk menulis.
Ketika bulan Syakban menghampiri waktunya suami meminta saya mengambil surat berdaftarnya di pejabat pos.
Ini kali ke
dua saya membantu menguruskan hal-hal yang tidak dapat dilakukan oleh suami
yang kini bertugas di Ras Laffan, sebuah lokasi industrial yang agak jauh dari
kediaman kami, antaranya ialah membantu mengambil suratnya di pejabat pos yang
tidak sempat diambilnya apabila dia hanya tiba di rumah sekitar jam empat
setengah petang.
Bangunan kerajaan ini masih berupa bangunan yang lama dan terlalu sederhana rupa dan bentuknya jika saya bandingkan dengan rupa bentuk pejabat pos di Singapura. Agaknya ianya memadai begitu memandangkan Qatar tidak mempunyai posmen yang menghantar surat dari rumah ke rumah melainkan diwujudkan perkhidmatan penyewaan peti surat.
Urus guna bagi mendinginkan bangunan tua itu dikitari oleh pengaliran air yang menjadi pemandangan utama di pintu masuk. Namun bukan ini yang bermain di minda saya.
Akibat ‘surn
name’ yang diikuti dari kaedah perundangan sivil saya tercari-cari ke manakah
fokus berjati diri ummat setelah kebanyakan kami meninggalkan dunia ini khususnya dari kalangan muslimin.
Akibat nama
keluarga yakni ‘surname’ yang digunakan mengikut perundangan sivil menjadi
amalan di negara arab, saya tertanya apakah mereka tidak mengetahui tentang
syariah yang upaya menginstitusikan undang-undang keluarga islam.
Sebenarnya
orang-orang arab ini menggunakan syariah tanpa undang-undang dan penguat
kuasaannya atau apa?
Cuba
bayangkan apabila di rumah kami ada tiga Ahmad dan diterima pakai oleh akses
siber dan bank-bank ialah Ahmad Harith merujuk kepada anak-anak lelaki saya yang mempunyai pangkal namanya Ahmad.
Siapakah yang
akan diberikan fokus?
Ahmad yang
mana satu?
Adakah urusan bapa mereka Harith yang mahu dipikulkan ke atas bahu anak-anaknya (Ahmad Muttaqin, Ahmad Mustaqim dan Ahmad Hilman)?
Samada disengajakan atau tidak nama anak lelaki kedua saya Ahamd Mustaqim telah didakwa sebagai pekerja di syarikat abahnya tatkala anak saya itu baru berusia 16 tahun.
Logik akal
ku juga yang mahu mereka pertikaikan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan