Bagaimana mahu membersihkan nama pena
tejathanaif @thanaif?
Nama pena saya tidak mengolahkan kisah percintaan tidak mengadunkan hikayat asmara dana walau di facebook atau twitter dan blog-blog. Sekilas perjalanan ke Arafah bukan menterjemahkan imaginasi untuk ummat manusia melintasi Titian Siratulmustaqim yang tempuh masa hadapan ummah kekal mahu diabaikan.
Siapakah yang boleh mengimaginasikan pecahan tujuh bagi sehelai rambut?
Sifat rasional walau pun sering diujar skizofrenia?
Sifat emosi walau sering diungkap genetik?
Imaginasi dan gubahan kreatif fiksyen selamanyakah disadurkan dari Taurat dan Injil?
Posted by thanaif on 29 Disember 2009 - thanaif.blogfriendster.com
AYUH MARI MELONTAR PARA SYAITHAN
Paparan dari satelit menjadi sejenak minda dan jiwa bergembira
tatkala jamratul menjadi tempat yang semakin perlu dipupuk pentelaahannya
bagaimana syaitan adalah musuh utama manusia.
Minda menelaah jauh ke segenap ruang-ruang serebelum yang
menatakan petaan di fikirannya.
Rakus kesedaran itu yang menggusarkan tatkala masih
mengabaikan bahawa ini satu-satunya upacara ritual yang menzahirkan penolakan
perkaitan ibadah dengan syaitan.
"Mereka melihat syaitan hanya di Mina sahaja tetapi tidak
di tempat lain."
Senyumannya mekar mengukir di saat jiwa ini kelemasan merintih
lara tentang pahala dan dosa yang kian tidak bertempat di medan pembangunan
etika.
"Frekuensi dan gelombang stesyen-stesyen pemancar tidak
wajar membuatkan mu menderita."
Kini kelunakan mesra ungkap dan kata bukan lagi menjadi terapi
bahkan ia semakin tidak disenangi oleh bisa cucukan jarum yang diresapkan terus
ke sanubari.
(Apakah ini yang diujarkan maksud cuak dengan ustaz-ustaz yang
gatal dan ustazah-ustazah yang lesbian juga hafizah yang berzina?)
Sudut batinkah empunya cela?
"Kamu usah salah faham. Ustaz itu maknanya Encik dan
Ustazah itu maknanya Cik/Puan. Juga mungkin juga untuk saudara/saudari atau
sir/madame."
"Bolehkah saya meminta sesuatu?"
"Tidak usahlah hanya
mengikut panduan akal sahaja untuk sesuatu analisis dan kajian disimpulkan.
Andai benar mahu mencari kebenaran dan keadilan rujukan pada Al-Quran dan
teladan Rasul perlu diperluaskan. Tidak wajar keupayaan Islam melahirkan
ahli-ahli syurga tanpa memegang kuasa tanpa ada kekayaan, nama dan darjat
diabaikan. Jihad mereka pada doa upaya mengubah kelemahan menjadi kekuatan,
kemiskinan menjadi kecukupan, kelaparan tidak menjadi penyakit malah alam ghaib
juga upaya didakap tanpa wang tanpa kuasa tanpa analisa tanpa dana dan tanpa
merosakkan kewarasan akal yang mencemar peradaban kemajuan insan dan dengan
iman dan taqwa kerajaan ghaib upaya bekerjasama seperti mana kini
diusaha-samakan interaksi manusia dengan Iblis di alam ghaib yang berada di
dasar bumi demi melengkapkan kekurangan manusia yang tidak sempurna."
"Marahmu ini masih bermaharajaliar adakah kerana pertikaian
alam roh bagi sesetengah temanmu yang menolak hakikat kewujudan alam
ghaib?"
Senyumannya masih menyimpan rahsia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan