Sesungguhnya dikau tidak boleh meletakkan mata saya ke atas
Amerika.
"Mengapa"? dia bertanya.
Saya tidak pernah berada di sana. Saya tidak boleh
mengatakan apa yang saya tidak lihat. Saya tidak boleh melihat dengan menggunakan mata dikau!
Apakah kamu mahu saya berkata bohong? Kita masih berada di
awal tahun yang telah saya raikan ketika hijriah islam mula memberi tanda
sebaik sahaja bulan Zulhijjahh berakhir sejurus ibadah haji disempurnakan.
Saya juga telah meraikan ulang tahun Kekasih Allah yang
dikau tidak kenal walau pun baginda Sallallahualaihiwassalam itu seorang ahli
syurga.
Saya telah menerima dengan kerasionalan hari-hari dikau
memperingati Nabi Isa alaihissalam walau pun saya menolak untuk menerima
pendirian mu yang mewarisi pendirian nenek moyang mu untuk menjadikan Nabi Isa
itu anak Tuhan.
Apakah yang masih tersemat di hati mu mengenai kehadiran
saya di sini?
Salah yang manakah yang masih saya perlu perbetulkan lagi?
Khilaf apakah yang masih membuatkan diri mu membenci
suara-suara saya yang tidak saya ucapkan di bibir.
Apakah pena saya sangat menyakitkan hati mu tatkala saya
tidak melihat keperluan untuk menerima permainan kebangsaan negara mu sebagai
antara acara sukan yang saya sukai?
Saya masih tidak suka melihat pakaian ketat pemain mu yang masih
menyerlahkan tanda seksual yang menjadi budaya pemakaian pakaian masyarakat mu!
Kami diam membisu semula.
Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan apabila saya
tidak menyukai jenis sukan itu dengan alasan yang munasabah untuk diberikan
perhatian.
Sudah berulang kali saya menyatakan padanya, memandanglah
kepada orang lain yang masih ramai dan jauh lebih berkelayakan untuk memuaskan
hatinya. Biarkan saya dengan apa yang saya suka untuk melakukan tanpa dia perlu
rasa terganggu jika saya mempunyai perbezaan minat dan kesukaan dengannya.
Pakaian semata-mata bukan budaya jika ia dibentuk oleh
karyawan dan para seniman serta budayawan semata-mata.
"Walau pun dikau sendiri menyatakan tentang ayat ke lima puluh sembilan surah Al Ahzab yang dikau minta diterima tentang keperluan wujud industri pakaian di kalangan wanita muslim?"
Tabaruj mereka dan kreativiti menzahirkan 'kecantikan' itu menjadi rintangan yang sukar untuk saya rahsiakan kesiluan yang menguasai emosi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan