Lengkuk pada jalan-jalanraya utama di bandaraya Kuala Lumpur Petaling Jaya menuju ke Klang agak menceruni melebihi bearing 45 darjah yang sesekali terasa wujud bahayanya ketika memandu.
Adakah ia kerana bacaan kontour yang tidak dapat diluruskan?
Sukar untuk menghindari dari berasa ngeri apabila melalui jalanraya di sepanjang laluan berhampiran Istana Negara sehingga ke lebuh raya Persekutuan menuju ke Shah Alam dan Klang.
Adakah pemandangan rupa bentuk jalanraya dan lebuhraya ini kesan dari pemotongan cerun-cerun bukit?
Apakah kesan laluan angin lintang terkecuali dari diistilahkan kewujudan lebuhraya atau jalanraya menjadi bahaya?
Fakta tidak wajar dipertikaikan bilamana banjaran dan pergunungan tanah tinggi diciptakan untuk menjadi tulang tiang sendi daratan tanah pamah.
Udara pagi yang nyaman oleh aroma hutan rimba hujan khatulistiwa sangat disyukuri.
Lebuh raya Utara Selatan |
Lebuhraya Utara Selatan |
Subang Jaya |
Bandar Utama Damansara |
Pemandangan di bahu lebuhraya Utara Selatan berhampiran Seremban |
Membaca peristiwa yang berlaku di Sail Al-Arim pada abad ke dua apabila banjir berlaku yang membawa kabilah dari Yamen bermukim ke semenanjung arab menambah faham keberdayaan untuk tidak ditinggikan menara dan bangunan upaya memanafaatkan alam dan manusia itu sendiri jikalau sedia memahami terbinanya piramid adalah kerana Firaun mahu 'berbual' atau berdiri lebih tinggi dari Allah Subhana hu wataala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan