Dahulu saya ada menitipkan pesanan kepada pemblog 'Masterpieces' yang tidak dikirimkan dan disimpan sahaja di dalam fail peribadi kira-kira tujuh tahun lalu.
Saya bertanya mengapakah radio yang dipancarkan ke televisyen, penyiar dan pengacaranya dikonsumerkan oleh
media hiburan dan talian frekuensi tatkala mereka bergaji?
Adakah ini adalah tanda ketidakupayaan untuk mereka
memakanismekan ciri-ciri keadilan terhadap wadah maklumat yang sebenarnya telah
mulai dihayati milik kelebihan tersendiri tanpa menyedari bahawa tugas para
penyampai info adalah juru pengintegrasi yang kebestarian minda dijulangkan
oleh ketiadaan unsur taksub terhadap hanya sebelah pihak sahaja yakni memihak kepada pihak majikan yang membayar gaji mereka?
Masterpieces saya temui di Bandar Baru Bangi setelah kerap mengikuti tulisan-tulisan di blognya.
Namun setelah bertentang mata semuanya tidak terkeluar dan saya tidak tahu bagaimana mahu berbicara.
Kita tidak wajar hanya sedia mengendung bangsa sendiri
sahaja di alaf globlalisasi ini andai mahu dengan jujur keglobalan dunia tanpa
sempadan turut diakseskan keluasan geografinya oleh rakyat miskin yang saban
alaf ditandai sebagai warga yang perlu disubsidikan setiap keperluan asas
kehidupan mereka.
Benar bukan minda kelas bukan untuk dijenamakan juara
tetapi bagaimana mahu menjadikan ia sebagai saluran pembudayaan untuk
membebaskan hawa nafsu.
Mungkin menjadi lebih baik andai dikupas halusi
bagaimanakah kesan tauhid dalam membenih ukhuwwah agar lahir sejahtera sosial?
Wanita yang saya temui itu sama seperti saya, kami hanya mesra di atas skrin eletronik.
Bertemu pada tahun ke dua kepulangan untuk bercuti masih tidak dapat dituturkan bualan-bualan yang tersimpan dan masih keramahan kami hanya di atas skrin pada jaluran internet.
Masa tidak dimanafaatkan dan kami tidak pernah berhubung lagi selepas pertemuan kali kedua itu malah kiriman pesanan ringkas hanya sekali dua dibalas dan panggilan telefon tidak pernah dijawab.
Sombong...duga yang meresap ke dalam emosi saya.
Peradaban adakah memaju dan memodenkan sikap sahaja
tanpa menghalusi budi dan jiwa untuk
diserlah budaya sesuatu bangsa?
Dan bagaimana agamanya menyempurnakan kemuliaan
syaksyiah dan peribadi diri insan itu?
Bagaimanakah keinginan untuk menzahirkan rasa silu
untuk hanya berada di atas pagar sahaja tatkala amat memerlukan dilakukan
pilihan terhadap menyatakan kebenaran atau menafikan kebenaran, adalah petanda
lemah dan kerdilnya jiwa insan?
Jihad untuk bertoleransi sahajakah pada penegakan
hukum-hukum Allah tetapi tegas pada peraturan-peraturan lemah manusia?
Benar bukan mukmin itu ciri identitinya adalah
dicorakkan oleh hukum dan sifat yang tetap pada hukum agama adalah ia tidak
berubah.
Lalu pertanyaan saya terhambur ke talian frekuensi yang gagal memahami bahasa saya.
Keberangkalian yang pasti kesemua kiriman pesanan ringkas itu telah dibuang begitu sahaja.