Seseorang meninggalkan notanya di meja.
Catatan itu tertulis:
"Saya tidak lagi suka dengan semua ini. Ia kelihatan hodoh dan
terasa bodoh untuk menyapa kejahilan yang berdebu tebal dengan kekotoran yang
didatangkan oleh tiupan angin walau sudah diturunkan hujan untuk membersihkan
debu yang mengotorkan jejak saya selama ini.
Mungkin bayu boleh disapa, upayakah saya memintal mu wahai bayu untuk
dijadikan penjara?
Mungkin debu boleh ditanya, upayakah saya dirikan sebuah
penjara dari kotoran debu mu?
Mungkin pada titis air boleh ditanya, sediakah andai saya
lingkarkan sebuah penjara dari pusaran aliran arus gelombang mu?
Mungkin pada tanah pasir dan batuan menanti pertanyaan saya,
bolehkah dibina batu menjadi dinding buat mendirikan sebuah penjara dari
kandungan granit karst malah bitumen mu?
Mungkin bahang api juga sedia mengkubukan sebuah penjara dengan
bentuk yang lebih bersistem?
Untuk apa didirikan penjara?
Satu suara menerjah lembut ke telinga ku?
Saya mahu menjarakan tipu perdaya muslihat dan persona.
Setelah terbinanya sebuah penjara dengan saksi-saksi bisu walau pun bermata!"
Saya menyimpan catatan itu. Entah siapa penulisnya. Entah telah berpusara atau masih bernyawa.
Sebuah kekecewaan yang mendalam disuarakan dengan puitis apakah teriring dengan airmata atau marah yang bernyala. Tidak dapat saya pastikan. Namun saya memahami bahawa bahasanya itu adalah bahasa kesedihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan