Kendiri itu sendiri yang mana individu yang bersendirian itu sesungguhnya tidak menyendiri bila Allah Ta'ala menjadi saksinya. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri kerana persaksian syahadah yang bertunjangkan akar akidah. Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Sabtu, 31 Disember 2011
Kelab Fakir Vs Kelab Jutawan - Siapa Juara?
Isnin, 26 Disember 2011
Kesabaran Ini Mulai Menipis
Dan pada hari ini pemilihan tema juga mulai menolak pilihan yang dibuat bagi menggantikan pilihan tema yang tidak berjaya memuatnaikkan paparan gambar wajah thanaif.
Ia mengimbas semula 'sengketa kata dengan bahasa' di antara saya dengan Yahoo yang melupuskan akaun nlma_126@yahoo.co.uk tatkala website itu mengujarkan tentang tawaran pengemaskinikan (update) bagi kata laluan sekitar tahun 2007 atau 2008, setelah akaun email yahoo atas nama thanaif dikesan telah digunakan ke atas email peribadi saya thanaif@yahoo.com.
Menurut catatan di dalam simpanan, saya mulai menggunakan yahoo (member) semenjak 11/9/2006.
Saya tertanya apakah laman-laman interaksi seperti Yahoo, Google malah facebook dan Twitter telah menjadikan laman interaksi mereka bersekutu untuk menjadi 'master mind' yang memangsakan pengguna yang menggunakan kemudahan perkhidmatan di capaian komuniksi gelombang?
Adakah sikap kolonial diperbaharui melalui pembinaan sifat penglipur lara untuk menjadikan tekanan khalayak yang tidak beriman dengan agama dipikulkan ke atas kelompok para komedian dan khalayak seni yang arah fokusnya hanyalah untuk mendapatkan hiburan?
Mereka menjadi bintang yang dibina pentasnya dengan imaginasi sehingga bintang-bintang ini menjadi pemotivasi yang bertindak menjadii 'guru' kepada masyarakat moden yang kini diaktifkan menjadi penggemar kepada siaran-siaran televisyen yang isu-isu moralnya upaya dipertikaikan.
Apakah yang akan terjadi ke atas pemikiran kanak-kanak yang berhadapan dengan kekurangan kecerdasan, tidak matang untuk memproses di antara realiti dan imaginasi, di antara keinginan untuk mempunyai cita-cita dengan yang hanya sekadar diberikan harapan?
Bagaimanakah kita kekal mengabaikan saksiyah yang bercirikan negetif turut menjadi ikon untuk diteladani tatkala kita juga mencabar untuk diabaikan komuniti masyarakat yang tidak berkelulusan? Umpamanya individu yang suka melihat dada pejal di kalangan intelektual profesional yang berkemahiran tinggi dengan kanak-kanak yang sudah mulai memiliki sifat malu.
Bagaimanakah ini difahami?
Semisal yang lain bagaimanakah mereka yang suka melihat ponggong, mendengar bualan lucah (ada perkhidmatan yang dibenarkan untuk mendapatkan bualan lucah oleh sistem telekomunikasi dan syarikat telefonis) bagi mendapatkan birahi di kalangan esekutif berprofil tinggi, mereka yang bergaji rendah atau kutu jalanan dengan stuasi yang dihadapi oleh wanita-wanita yang mendidik anak-anak agar menghormati dan beradab terhadap ketua rumah tangga atau saudara yang lebih tua difahami?
Sistem pendidikankah yang mengasuh kecacatan pancaindera seperti ini?
Jumaat, 23 Disember 2011
Halal Itu Sebahagian Dari Syariat Agama Ku
Bagaimana mahu melihat halal yang tidak dikomersialkan apabila ia menjadi asas keperluan awam?
You Never Cutting The Jugular Vein?
Selasa, 20 Disember 2011
Siapa Kancil Tatkala Mereka Gajah?
Hari-hari yang menuju ke pengakhiran tahun, negara permaustautinan kami berada di dalam kedinginan meski berdekatan dengan gurun luas Saudi Arabia.
Jendela dunianya sering menjadi halilintar kepada minda saya sehingga wujud rahsia di antara diri dengan hati setelah minda sering dijadikan alat untuk menterjemahkan apa yang dihayati oleh pancaindera.
Sabtu, 10 Disember 2011
Masih
Bagi mengurangkan tekanan yang sering mendatangi minda saya cuba menonton bicara bualan ekonomi di stesyen televisyen yang sama selain Bloomberg. Terpegun apabila pengacara-pengacara keewangan kian diikonkan dalam menarik perhatian penonton agar lebih terhibur dengan dailog-dailog yang sukar difahami oleh anak-anak.
Minda tertanya apakah agaknya khalayak penghibur di hollywood sudah tidak lagi berperanan dalam berhadapan dengan hakikat akhir zaman ialah ummah perlukan sentuhan keinsafan bagi lebih memuliakan sifat insan yang kian berhajat kepada kehiduapan yang lebih damai dengan dakapan agama?
Pemberian wang percuma untuk meluaskan penggunaan $US di medan siber yang dilakukan di serata benua adakah meninggalkan kesan?
Di manakah tempat terbaik untuk dilakukan pembaharuan setelah Amerika memperlihatkan kampus dan sekolah menjadi tempat ‘amuk’ dilakukan akibar kegagalan menghadapi tekanan di kalangan pelajar-pelajar?
Tatkala bertentangan pendapat dengan 'rakan udara' saya mengirimkan pesanan dari Sony Ericsson dengan pandangan bahawa cara hidup mewah amat sukar direalitikan walau pun dibina imaginasi dan mimpi mengenainya kerana kita, mereka dan semua yang telah dan akan dilahirkan memerlukan tabung dengan wang tunai bukan kertas hutang.
Bagaimana jika jiwa penduduk itu berjangka hayatkan usia yang lanjut kesan dari cara hidup yang bermoral dan amalan cara serta gaya hidup yang sihat di samping pemakanan yang baik?
Adakah kawasan dan lokasi ini akan turut direncanakan pelupusannya yang membolehkan penghijrahan berlaku? Bukankah keluasan sesebuah lokasi itu tidak wajar disempadankan atau dikontangkan dengan alasan pembangunan?
Rutin harian saya masih kekal serupa sepanjang enam tahun ini.
Selasa, 6 Disember 2011
Jumaat, 2 Disember 2011
Milik Siapakah 99 nafsu dan Siapakah Yang Memiliki 99 Akal?
Bagaimanakah dikau mensusilakan sembilan puluh sembilan kuasa nafsu, duhai wanita?
Mengapa?
Porno dan tayangan filem serta drama di tv yang meningkatkan jenama Hollywood telah meletakkan kita di bawah kesedaran bahawa untuk menjadi berani ialah dengan berani memperlihatkan anggota badan yang dianugerahkan sebagai kemuliaan manusia yang berbeza dengan haiwan.
'Apakah maksud mu thanaif?'
Suara teja berseiring dengan suara R kian mengganggu minda saya.
'Untai rasa mu dibelit oleh apa thanaif apabila sering suara mu menyindir kami di setiap segi sudut dan ruang?'
Mahukah dikau menerima soalan ku?
Mengapakah ikatan gigal sering menjadikan lelaki-lelaki mu mempunyai mirip seperti sifat wanita mereka dengan sering bercermin di hadapan apa sahaja walau di tengah khalayak yang amat ketara pada mata ku sebagai imej masyarakat mu?
Berdandan seolah-olah mirip model dengan peragaan jubah panjang berpesak kiri dan kanan untuk ditiruskan buka pinggang setelah dilebarkan buka paras dadanya?
Tanpa seluar yang tebal menjadi pakaian menutup lonjong bungkal di depan melentik juga kegebuan punggong di belakang?
'Memiripkan kewanitaan mereka di dalam pemakaian baju-baju membuatkan dikau sering menyimpan senyumkah thanaif?'
Mereka kata berpakaian kini turut dipengaruhi oleh ekonomi dan politik malah sikap keibubapaan juga kini diberikan pengaruh untuk diteladani dari ikon seni sehingga remaja sudah tidak berhaluan dek dominasi begini.
Ekonomi masih tidak dipersetujui bukan satu-satunya penentu pembangunan ummah. Ummah pula mahu turut memasukkan atheis yang tidak beragama, mereka yang beragama tetapi tidakk mahu beriman sebagai sebahagian ummat.
'Adakah kita disengajakan untuk turut berasa bertanggungjawab terhadap nilai $US yang dikatakan semakin rendah akibat pelepasan ikatan kebanyakan negara-negara terhadap nilai mata wang mereka?'
Menjawablah teja saat R kian disempadani oleh jarak dunia dengan alam rohnya.
Apakah tunggakan yang mulai dilihat membebankan masyarakat hasil dari sistem keewangan yang ada menjadi antara sebab dibebaskan tambatan nilai $US sementelahan sudah diketahui kenaikan bagi hitungan faedah keuntungan dianggap riba yang meninggalkan kesan tanggungan hutang yang mengikis kuasa beli kita?
Di manakah gerangan mu?
Khamis, 1 Disember 2011
WARKAH BUAT YB Elizabeth dan YB Theresa (lantaran kejayaan YB bersikap jujur)
No 'Super Bowl' Please
Bagaimana mahu diterjemahkan apabila pemblog TIDAK SUKA MENONTON SUPER BOWL berbanding Rugby, tidak suka menonton pertandingan golf atau kriket atau baseball, mereka dikenali sebagai apa?