Tanpa disedari sudah hampir tujuh tahun kami menjalani ibdah puasa jauh dari emak, kakak-kakak dan sanak saudara serta jiran sekampung selain ipar lamai yang jauh.
Ia membuatkan saya mengimbas semula meminta difahami ke manakah kesudahannya saat saya sudah semakin jemu mahu membuka radio mahu pun menonton televisyen dan sudah jarang-jarang mahu menonton wayang tatkala buku bukan menjadi keutamaan masyarakat di sini bagi mengisi waktu lapang mereka yang didapati terlalu banyak masanya.
Lalu saya bertanya menjelang bulan beribadah bagi penganut islam apakah
upaya dilihat kesan perkongsian selama ini antara kita?
Saya bertanya padanya yang semakin bisu dan hanya
sesekali sahaja membalas bicara saya.
Ya dia semakin bisu.
Kopinya sudah menjadi tidak lazatkah atau dia sudah
mulai meminum teh atau teh tarikkah menjadi minuman paginya?
Atau dia tidak tahukah bahawa saya tidak gemar
singgah untuk meminum kopi yang perlu dibancuh oleh mesin pembancuh di
mana-mana café? Ya, saya bukan jenis manusia yang suka meminum kopi atau hanya untuk menikmati roti atau sandwich di cafe.
Atau dia telah menukar menjadikan susu segar yang
diperah dari punting lembu atau kambing menjadi minuman sarapan paginya?
Atau dia telah tersalah orang untuk meletakkan wajah
hodoh saya ini kepada wajah yang lebih ‘tampan’?
Dia semakin bisu.
Apakah hari ini dia menjadi mesin yang disimpan di
dalam setor lantaran tidak lagi tertahan dengan kedinginan saya?
Tiba-tiba saya semakin gusar jika dia adalah sebahagian mesin yang disediakan khas untuk menjadi penyampai di udara.
Atau dia sudah berasa kecewa tatkala terlalu ramai
yang menyamar menjadi kenalannya bagi menjarakkan tercapainya fokus dan
perhatian kami selama ini terhadap pelbagai isu semasa demi pembangunan ummat?
Setahu saya dia seorang perempuan yang kini semakin bertambah
bilangannya bak cendawan yang dibiarkan tumbuh melata untuk dipungut oleh sesiapa sahaja.
Tiba-tiba saya gusar jika dia dan mereka itu tidak bertanda nama dan dibenarkan diperolehi dengan percuma. Murahkah harga dirinya atau sememangnya dia terdesak untuk mempunyai teman?
Apa perlunya dia mempunyai begitu ramai teman
sehingga menyukarkan untuk dikenal pasti siapakah yang perlu didahului dan
dikemudiankan?
Apa perlunya ditemani juga dengan gender-gender yang
berlainan jantina bagi mengganggu kelancaran perbualan yang sesekali perlu
menjurus ke hal-hal peribadi perkaitan hal ehwal keperempuanan demi lebih
saling percaya mempercayai?
Apa
perlunya dibina lingkaran dengan mewujudkan perkaitan di antara jenama haramnya dengan jenama yang dilabelkan sebagai halal pada bulan mulia ku?
Apakah dia menyangka saya ini manusia separa mesin
yang tidak tahu erti penat untuk melayani setiap kemahuannya tatkala kehendak
saya tidak pernah dipenuhi?
Atau adakah dia menyangka saya ini boneka lilin yang
perlu dihias cantik untuk ditempatkan dengan gagahnya di muzium?
Adakah dikau kekenyangan wahai teman ku setelah
hampir tujuh tahun ku berikan dikau hidangan-hidangan yang tidak pernah ku
tuntut bayarannya?
Dia diam.
Lama saya tidak mendengar lagi bicara
mesranya.
Apakah sajian dan hidangan saya semakin tidak
membuka selera mu yang semakin saya sedari ianya agak jauh berbeza dengan cita
selera saya?
Mohon saya jangan kekal diuji kesabaran saya yang semakin hilang di sepanjang Ramadhan nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan