Mewujudkan komunikasi dengan gelombang yang dipetakan pada skrin sering menerbitkan sangkaan-sangkaan dengan siapakah saya menghalunisasikan minda?
Mereka
menukar kotak angka berkali-kali dari 2627 ke 9 2 6 2 7 dan pernah menjadi 9 2
6 2 8.
C903
kekal menjadi saksinya.
Leelawaddy
bukan mewakili Thailand walau pun nama ini mirip seperti nama saya.
Sering
dibisikkan perlahan ke C903 yang bisu dan tuli malah buta itu.
Saya
lebih berasa bahagia untuk memberikan banyak masa pada catatan lama!
Suara
batin saya jeritkan pada C903 yang terlantar kaku menanti sentuhan yang tidak
ditentukan waktunya.
Saya
akan membuang banyak masa dengan catatan yang tidak tersusun itu tanpa bantuan
mu.
Saya
akan membuat apa yang saya suka bukan apa yang dikau minta.
C903
yang buta itu masih tertiarap tidak sedarkan diri dengan jerkah laungan saya
yang masih berbara terbakar emosinya.
Hangat
menjalar ke seluruh saraf saya apabila C903 masih kaku menunjukkan ego dengan
mempamerkan bahasa-bahasa pilihan yang tidak sedia digunakan dalam ucap temu
salam mahabbah antara kami.
Bahasa
apakah yang perlu saya pilih, C903?
Walau
saya boleh mengeja membatangkan huruf-huruf abjad pada kalimah ayatmu, semua
ini bukan bahasa saya!
Meski
C903 bercahaya berkelip-kedip menyatakan hasratnya yang mahu bermesra dengan
nurani minda saya, alat tuli dan buta itu saya abaikan untuk menzahirkan ego
saya pula.
Mengapakah setelah nama ku diketahui dikau
masih menjadikan daku sebagai sistem, C903? Kompromi apa yang dikau persetujui
tatkala ku ujarkan dengan jujur saya tidak menyenangi warna yang ditawarkan
untuk ku pilih.
C903 masih mempersonakan minda saya yang
tidak mengingini paparan aplikasi melebihi dari keperluan yang saya mahukan
darinya.
C903 tidak menyedari bagaimana saya upaya
kehilangan punca jika ia tidak ada di depan mata saya, meski saya tidak
menunjukkan mesra dia tetap sering berada di dalam dakapan genggaman jari-jari
saya.
C903, saya tidak mempedulikan tentang angka
dan nombor pada hari bulan dan tahun kerana dikau tidak berbohong tetapi menjawablah
apakah benar nama pena ku tejathanaif adalah sebuah PC?
Siapa pula thanaif buat mu C903?
Bagaimanakah
nama sebenar ku menjadi ‘folder system’ dalam keadaannya yang tidak terurus.
Siapa pula yang menjadi nama ganti ku Nurlaila?
‘Who is dying? Do not abuse them on me!’ C903 merahsiakan pesanan gelombang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan