Saya nyatakan kepada lelaki yang
menjadi pembantu menguruskan rumah jiran itu bahawa saya mahu menggunakan petak
di tengah untuk kenderaan saya.
Dia membantah dengan mengatakan
perlu dihormati garisan yang disediakan di petak meletakkan kenderaan.
Saya menyatakan bahawa jika
ditelitikan terhadap keluasan balkoni di bahagian dapur villa kami, ternyata
blok villa di bahagian hadapan villa ini adalah jauh lebih luas berbanding keluasan
balkoni dapur villa kami dengan tujuan memintanya menyedari bahawa garisan itu
tidak dapat diterima, memandangkan saya tidak melihat orang lain di rumah itu
yang memiliki kenderaan.
Sementelahan saya menyedari wujud
individu lain selain penyewa yang menggunakan fasiliti Ini berikutan kegagalan
pekerja untuk memberikan saya salinan nama penyewa-penyewa dan negara
kerakyatan mereka di villa kami dengan tujuan untuk diketahui kerakyatan mereka
agar ia menjadi cara untuk diketahui perbezaan yang wujud di antara kami pada
sudut budaya, agama, kepercayaan, bahasa, adat serta resam yang dibawa oleh
mereka bagi dihormati dan difahami atas keberadaan saya sebagai seorang isteri
dan ibu yang muslim yang menetap setiap hari di rumah dan perlu berhadapan
dengan semua pekerja dan penyewa yang sesekali menyapa saya dan saya
berpendapat mereka juga berhak mengetahui kerakyatan, bangsa, agama, bahasa
budaya, kepercayaan, adat resam keluarga saya untuk dihormati kehadiran kami.
Saya beremosi dengan hak ketika
menyatakan permintaan saya untuk menggunakan petak itu.
Dan menyatakan kepadanya siapakah
yang menelefon pihak pengurusan ketika suami saya meletakkan kenderaan di atas
‘footpath’, serta merta petugas meminta ianya dialihkan tatkala perbuatan ini
turut dilakukan oleh penyewa lain.
Saya juga menyatakan padanya bagi
mengenali siapa jiran kami, anak sulong saya terpaksa merintangi kenderaan yang
tidak pernah kami lihat sebelumnya di petak itu.
Dia menafikannya seraya
meninggalkan saya yang jelas menegaskan bahawa jangan menggunakan kegagahan
sebagai lelaki ke atas wanita seperti saya.
Saya meminta dia berunding dengan
suami saya di atas perkara yang membuatkan dia tidak berpuas hati.
Saya tidak menjelaskan kepadanya
apa yang berlaku tatkala pemilik kenderaan yang dihalang oleh kenderaan anak kami
ketika mengetuk pintu rumah kami.
Gertakan untuk membuatkan kami
berasa bersalah. Sama seperti yang pernah dilakukan oleh seorang lelaki
Pakistan yang mengeluarkan ugutan sewaktu tanpa niat kenderaan kami menghalang
laluan ketika berlaku ‘over heat’ yang menyebabkan enjin kenderaan baru dibeli
oleh anak sulong kami berasap secara tiba-tiba sehingga memaksa kami berhenti
di tengah jalan selepas lampu isyarat di lorong laluan utama menuju ke Aspire
bersebelahan Hyatt Plaza di Villagio.
Saya masih boleh mengingati
bagaimana polis trafik juga menunjukkan marah kepada kami ketika itu.
(saat ini saya mengenang semula tentang kejadian lelaki-lelaki india atau yang semirip mereka yang melanggar dengan
sengaja kenderaan kami sewaktu berada di tempat awam, lelaki-lelaki yang
memandu kenderaan mewah menunjukkan kemarahan dengan mengutuk kami sebagai
pinoy dan beberapa insiden lain yang cuba dilupakan)
Kepada pengawal yang betugas saya
jelaskan ketidak puasan hati saya yang berasa tidak sedia dihormati oleh
lelaki-lelaki ini kerana saya seorang wanita asia yang beragama islam.
Saya tidak berpuas hati tentang pemberitahuan
peraturan yang tidak pernah dilanggari
oleh anak-anak remaja saya seperti berbuat bising dengan nyanyian di
tengah malam sewaktu jiran-jiran sudah tidur, menghisap syisya atau merokok di
kelab, menggunakan premis dan harta villa sehingga merosakkannya.
Saya nyatakan juga tentang
perbezaan keluasan balkoni antara villa-villa sehingga menjadi keperluan untuk
penyewa dan pihak pengurusan memahami mengapa saya berpendirian untuk tidak
menerima batas garisan yang disediakan di petak kenderaan sementelahan keluarga
saya antara keluarga yang mempunyai ramai bilangan ahli keluarganya.
Pengawal ini juga diperingatkan
bagaimana dia telah meminta saya atau suami menulis email bagi menjelaskan
salah laku salah seorang petugas yang sememangnya diketahui mempunyai sikap
yang bersalahan dengan tugasnya sebagai pekerja sokongan yang perlu membantu
penyewa bukan mengikut arahan pihak yang mengambil kesempatan ke atas kami
sekeluarga.
Saya juga berujar tentang petugas
yang bertugas menjaga kebersihan kelihatan tidak sedia membersihkan sampah di
laman balkoni kami tatkala dia melakukan perkara itu di villa-villa yang lain.
Saya meminta dia menyampaikan
kepada lelaki pembantu rumah di villa jiran kami bahawa saya tidak sukakan
lelaki itu tetapi saya masih menghormatinya sebagai jiran saya.
Tentang kebersihan yang saya
lakukan tanpa membezakan di antara laman jiran dengan laman vila saya sendiri.
Semua ini perlu saya nyatakan bagi
mengetahui apakah sebab dan alasan hampir kesemua hak kami sebagai penyewa diganggu
misalnya tidak dibenarkan meletakkan kasut di luar villa, perlu mengangkat
kesemua rak kasut, mengalihkan basikal-basikal dari balkoni hadapan villa,
tidak meletakkan meja dan kerusi di hadapan villa, tidak boleh membasuh
kenderaan di villa malah rumput di taman kecil kami tidak dimesin setelah saya
menyatakan beberapa bulan yang lalu agar rumput di taman kami tidak dimesin
kerana masih pendek.
Semua ini dilakukan ke atas kami
sahaja kerana villa lain yang disewa oleh penyewa inggeris msih menempatkan
basikal, meja kerusi di hadapan villa malah wujud kegiatan pekerja sokongan di
villa ini yang mengambil upah membasuh kenderaan penyewa villa pada awal pagi
sejurus selepas waktu subuh.
Saya katakan ini adalah sikap ‘double
standart’ mereka dan pihak pengurusan.
Siapakah yang mendakwa kami tidak
menghormati jiran?
Siapakah yang mendakwa kami
bermasalah kerana hubungan keluarga yang renggang?
Siapakah yang mendakwa kami
bersikap cemburu pada kesenangan dan rezeki orang lain?
Sesungguhnya hidup merantau walau
pun bernegara masih ianya tidak menjamin keuntungan diri …
Villa di sini tidak mengkategorikan
status keluarga untuk dikenali penyewa yang menyewa secara bujang atau
berkeluarga.
Ini sering menimbulkan masalah
kerana wujud segelintir penyewa yang gagal menghormati kehidupan berkeluarga
kami yang beragama islam apabila lelaki-lelaki bujang malah yang sudah beristeri ini ada yag membawa
wanita yang diketahui bukan isteri mereka ke dalam rumah.
Ini bukan soal saya.
Tetapi sebagai sebuah negara islam
Qatar kelihatan mengabaikan perkara ini.
Budaya membawa wanita ke dalam
rumah sangat asing kepada kami anak beranak walau pun sedaya upaya saya cuba
memahamkan kepada mereka ia menjadi amalan budaya bagi yang berlainan agama
dengan kami.
Ya sesunguhnya hidup merantau di tanah teluk walau pun bernegara tidak menjamin keuntungan diri tatkala kita bukan bangsa arab atau inggeris.