Pagi itu sewaktu suami dan
anak-anak masih tidur saya berhadapan dengan lelaki jiran di villa bernombor
lima di sebelah kiri villa kami.
Kami tidak sedar bila penyewa di
villa ini menjadi jiran kami kerana tidak pernah kelihatan sesiapa untuk
dikenali sebagai penyewa kecuali seorang lelaki sahaja yang sentiasa kelihatan
berada di villa ini setiap masa.
Saya menduga mungkin dia adalah
pembantu rumah yang bertugas membersihkan villa di samping memasak untuk
majikannya yang tidak dikenali kerakyatannya.
Lelaki ini juga kelihatan sering
bersama dengan pekerja-pekerja yang dinyatakan sebelum ini.
Barulah pada pagi itu saya mengetahui
kerakyatannya ialah dari Nepal setelah mendengar dia berbicara dengan petugas
yang saya minta membersihkan selut dan lumpur kering yang ditinggalkan oleh
kenderaan majikannya yang menjadi jiran kami.
Hampir dua minggu kenderaan jiran
kami itu diletakkan di petak yang sejak awal lagi digunakan untuk meletakkan
salah satu kenderaan kami di situ.
Selaku penyewa yang lebih awal yang
menyewa berbanding jiran kami itu, kami berangapan dia wajar menghormati hak
kami tanpa membiarkan petak meletakkan kenderaan yang bersebelahan dengan
villanya terbiar kosong apabila bercuti.
Benar kata Schaopenhauer hampir kesemua kedukaan manusia bersumber dari hubungan kita dengan orang lain tatkala Imam Ghazali menganjurkan
berkenalan dengan niat yang baik ialah dengan memberi dan menerima manafaat di
dalam bermuamalat apabila wujud hak di antara jiran muslim ke atas jiran yang
bukan muslim dan sebaliknya untuk dihormati.
Jiran kami meningalkan kenderannya
yang kotor berlumpur oleh selut pasir dari debu akibat hujan yang turun sepanjang
awal Disember.
Menjadi kebiasaan saya membersihkan
laman tempat kenderaan diletakkan dan balkoni di hadapan rumah dan di ruang
laluan bersebelahan villa nombor 5 kerana debu-debu yang dibawa oleh angin ini
sering mengganggu saya.
Unsur dari alam ghaib sering dibawa
oleh angin dan saya tidak suka dengan debu yang dibawa oleh angin kerana itu
sebaik sahaja kenderaan itu dikeluarkan saya mulai membersihkan selut berlumpur
yang ditinggalkan oleh kenderaannya.
Saya himpunkan lumpur kering itu di
petak tempat kenderaan jiran sambil membersihkan petak di tengah dan petak di
bahagian villa kami.
Saya berniat untuk meminta pekerja
membersihkannya kerana selama ini saya membersihkan ruang di hadapan sehingga
ke bahagian belakang rumahnya tanpa pernah diucapkan terima kasih.
Mengutip sampah dan cerbisan
bungkusan, tisu malah sampah plastik bungkusan makanannya yang ditiup angin dari
ruang di bahagian dapurnya menjadi kebiasaan saya tatkala pekerja yang
membersih kawasan kediaman tidak berbuat demikian ke atas ruang laman villa
saya.
Apabila membersihkan laman-laman
ini saya menggunakan air dari paip villa kami sendiri yang dibayar oleh suami
saya bukan dari paip yang tidak bermeter untuk digunakan secara percuma.
Saya melakukannya dengan ikhlas
kerana saya tidak suka debu berhimpun memenuhi laman kejiranan kami dan paling
utama pada kesempatan membersihkan laman-laman itu saya membacakan ayatul kursi
bagi mengelakkan rohani saya terganggu oleh kehadiran makhluk Allah yang tidak
dapat dilihat tetapi berkongsi menghuni alam ini.
Ini berikutan saya pernah mengalami
keadaan di mana sebaik sahaja tiba di salah satu pusat pengajian, tatkala saya
baru sahaja memasuki perkarangannya, saya mendengar suara wanita memanggil nama
saya.
Berkali-kali laungan nama saya
dijeritkan persis suara salah seorang rakan kelas saya.
Tatkala saya hampir keluar semula
bagi menjawab panggilan itu seorang pekerja wanita yang bertugas sebagai pembersih
bergegas menegah saya dari berbuat demikian dengan menegaskan tidak ada sesiapa
yang memanggil nama saya.
Benar.
Makhluk di alam ghaib banyak
kedapatan di tanah-tanah arab.
Ia fenomena biasa tetapi sangat
merbahaya kepada mereka yang tidak upaya mempunyai asas ilmu bagi memelihara
batin dari terjalin interaksi dengan makhluk ini.
Lantaran itu saya tidak suka debu
yang dibawa oleh angin.
Biar pun penat saya pastikan laman
di luar villa dibersihkan sekali setiap bulan dengan siraman air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan