Alamat kediaman dan nama jalan tidak penting di zaman moden ini? |
Hampir dua bulan yang lalu saya berhadapan dengan isu-isu kecil berkaitan dengan soal kejiranan di villa kediaman kami di Building 74, Beverly Hills Garden 11, Abu Hamour berhampiran Al-Maamoura.
Sewaktu kami mula menyewa di villa nombor 6 hampir tiga tahun yang lalu
kami tidak mempunyai jiran kerana villla-villa di kiri atau kanan unit villa yang kami sewa masih tiada penyewa.
Benar, villa unit 5 dan unit 7 tidak ada penyewa ketika kami mula menyewa di vila nombor 6.
Sementelahan rumah kami tidak beralamat dan ketidaktepatan lokasi untuk digazetkan alamat setiap kediaman kelihatan tidak penting kepada kerajan di sini.
Kami tidak
mengenali siapa jiran-jiran kami selain Eula seorang wanita dari Jerman yang
menyewa di hadapan villa kami selepas setahun kami tinggal di sini dan 'Sweeaty' seorang wanita berkulit hitam yang sangat baik budi bahasanya kepada saya dan anak biar pun kami hanya berkenalan dalam masa yang amat singkat.
Saya juga
sering bersapa dengan seorang wanita dari Thailand yang sering beriadah bersendirian
pada waktu malam. Wanita
yang suka dengan tanaman-tanaman ini biar pun tidak peramah orangnya kami pernah beberapa
kali bersapa.
Hampir setahun mendiami Abu Hamur hampir setengah dari jumlah tiga puluh villa- villa
ini kosong tanpa penyewa.
Pada waktu itu juga seorang lelaki tempatan yang
hanya dikenali sebagai Ali memperkenalkan dirinya dan sering dilihat berada di
villa di hadapan villa kami, menyatakan bahawa dia menyewa di villa bernombor 7 yakni jiran di sebelah kanan villa kami. Menurutnya,
villanya sedang di dalam pengubah suaian.
Kami tidak
mengambil tahu urusan yang bukan melibatkan kami sehinggalah tatkala anak
sulong menemuinya bagi meminta persetujuan untuk berkongsi menanam rumput,
penyewa bernama Ali ini menafikan villa itu sebagai villa sewaannya dengan
mengatakan villa itu disewa oleh rakannya.
Kami
terpinga-pinga dan tidak dapat meneka siapakah sebenarnya yang menyewa villa bernombor 7 ketika itu.
Sehinggalah
tatkala saya dan suami berada di tanah air, anak-anak mengkhabarkan bahawa
penyewa di villa bernombor 23 menjadi jiran di sebelah kami di villa
bernombor 7.
Selama
berjiran kami tidak pernah bersapa atau bertegur untuk beramah mesra walau pun sesekali
kami bersama-sama berada di luar kawasan rumah.
Kami tidak
dapat mengenali mereka walau pun saya dan anak gadis ingin menghadiahkan
sesuatu tatkala mereka memperolehi seorang bayi sebagai tanda kami turut
bergembira dengan kelahiran itu.
Ini
realiti kehidupan di sini.
Telah
dinyatakan pada salah satu blog saya yang lainya bagaimana sewaktu tinggal di Matar Qadeem
kami hanya mengenali jiran yang tinggal di hadapan pintu apartment kami setelah dia
meninggal mengejut oleh serangan jantung.
Tidak ada
apa yang salah untuk berkata benar.
Setiap hari saya perlu mendepani karenah-karenah yang entah bagaimana wujudnya menjadikan kami bagaikan tidak diterima oleh
‘masyarakat pekerja’ yang menjadi pekerja sokongan di villa ini yang kesemuanya terdiri dari lelaki dari Nepal, India dan Arab (umumnya lelaki Mesir) dari pihak pengurusan ibu pejabat pemilik villa ini.
''Merekalah’ seolah-olahnya yang menentukan setiap aktiviti yang perlu kami lakukan dan menjadi pemerhati ke atas aktiviti kami sekeluarga.
Tatkala mereka hanyalah merupakan pekerja sokongan yang terdiri dari pembantu rumah dan pengawal keselamatan di samping pekerja yang bertugas sebagai pembersih di villa ini.
Tatkala mereka hanyalah merupakan pekerja sokongan yang terdiri dari pembantu rumah dan pengawal keselamatan di samping pekerja yang bertugas sebagai pembersih di villa ini.
Selain itu
kami juga seperti sengaja diminta ‘menguruskan’ emosi kami tatkala wujud
tekanan-tekanan dari pekerja-pekerja yang menguruskan pembersihan pengdingin hawa, penyembur racun serangga serta unit sokongan ‘plumber’ selain pekerja
yang memotong rumput dan menanam bunga di villa ini.
Isu kasut,
isu polisi tidak membasuh kenderaan di villa, isu rancangan televisyen, penjadualan penyemburan semboran serangga dan beberapa isu yang
kecil dan remeh temeh seperti meletakkan kenderaan di bahu jalan di hadapan unit villa 6, kami anak beranak seolah-olah diundang untuk berkonflik.
Mereka
hanya kumpulan pekerja sokongan rendah.
Saya adalah isteri kepada seorang jurutera professional yang tidak mempunyai pembantu untuk membantu menguruskan urusan rumah saya sendiri.
Apakah serupa kedudukan saya dengan pekerja-pekerja kumpulan sokongan di mata orang-orang tempatan?
Saya adalah isteri kepada seorang jurutera professional yang tidak mempunyai pembantu untuk membantu menguruskan urusan rumah saya sendiri.
Apakah serupa kedudukan saya dengan pekerja-pekerja kumpulan sokongan di mata orang-orang tempatan?
(Ya Allah rendahkanlah diri ini di mata ku sendiri)
Dengan separuh emosi saya simpan suara rasa ke sanubari.
Adakah
saya seorang pembantu rumah di dalam keluarga saya sendiri?
Adakah
Nurlaila itu seorang pembantu rumah?
Atau Laila
Ali itu pekerja am?
Atau
Lelawati itu sendiri diandaikan sebagai orang gaji?
Soalnya
kepada siapa?
Siapa
majikan saya sehingga begitu rendah sekali moral ‘para pemain’ yang tidak saya
ketahui ini?
Nama pena
saya ialah tejathanaif dan thanaif.
Tidak
ada sesiapa yang mempunyai hak ke atas nama pena ini meski pun catatan-catatan saya telah diterjemahkan(dengan perasannya :)) apabila saya tidak
pernah meminta sesiapa melakukannya bagi pihak saya.
Oleh kerana gangguan-gangguan ini saya telah menambahkan Hajjah Lelawati binti Mohd Ali bagi membezakan nama saya sebagai seorang yang beragama islam, berketurunan melayu dan bernegarakan Malaysia.
Catatan ini mengisahkan tentang jiran kami di unit 5 yang merupakan lelaki-lelaki bujang (tanpa keluarga) yang mempunyai pembantu rumah yang juga adalah lelaki (dikatakan pembantu kerana lelaki ini hanya tinggal di rumah dan sering dilihat mengemas balcony di samping sering menghidu bauan masakan)
BalasPadam