Saya tersenyum apabila dinyatakan iklan yang tertera mengenai Universiti Liverpool di blog-blog saya sebagai spam. Bagaimanakah boleh disahihkan wujud tawaran pembiayaan untuk pendidikan tinggi di blog ini tatkala ianya adalah mustahil kerana pemilik blog ini tidak berkelulusan.
Kendiri itu sendiri yang mana individu yang bersendirian itu sesungguhnya tidak menyendiri bila Allah Ta'ala menjadi saksinya. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri kerana persaksian syahadah yang bertunjangkan akar akidah. Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Rabu, 29 Februari 2012
Dan ... Kami Masih 'Berbalah'
Saya tersenyum apabila dinyatakan iklan yang tertera mengenai Universiti Liverpool di blog-blog saya sebagai spam. Bagaimanakah boleh disahihkan wujud tawaran pembiayaan untuk pendidikan tinggi di blog ini tatkala ianya adalah mustahil kerana pemilik blog ini tidak berkelulusan.
Jumaat, 24 Februari 2012
Allah, Saya Bencikan Mereka.
Rabu, 22 Februari 2012
Mengapa Sering Berujar 'Bangsat'
Saya terdengar dia meminta diluahkan segalanya untuk dia lebih memahami kesukaran saya.
Khamis, 16 Februari 2012
Keraguan
Khamis, 9 Februari 2012
'Have A Nice Day'
Bagaimanakah isu-isu keamanan dan permasalahan ekonomi mendewasakan makna hubungan antarabangsa tatkala mengambil sikap dari makna peristiwa Nakhbah.
Radio itu masih tuli walaupun ianya tidak bisu. Lantas saya bertanya adakah masyarakat atau kepimpinan dunia masih kekal mahukan holly wood menaja isu-isu ummat?
Radio itu tetap tuli malah semakin pekun.
Sehingga rasa mahu 'dibunuh' sahaja kesempatan yang selalu disambar secara rakus oleh khalayak yang tidak pernah untuk menghormati perbezaan di antara mereka yang menjadi penyokong atau peminat lakonan, arahan, gubahan, lukisan, rekaan, tulisan khalayak yang digelar seniman dan artis tatkala banyak minda yang lelah kekal dimanipulasi oleh keinginan mereka untuk kekal popular.
Apakah yang diketahui oleh pemenang anugerah Globe atau setaraf dengannya terhadap peminat mereka yang beragama Islam yang tidak sedia melihat buah dada dan ponggong artis kesukaan mereka?
Adakah khalayak ini tidak sedar bahawa ranking kepopularan mereka juga dipengaruhi oleh peminat mereka yang beragama islam yang sering dipersendakan oleh pengacara komedia dari siri komedi dan 'talk show' yang ada di antaranya telah lanjut usia tetapi masih kelihatan pelik apabila masih mempersoalkan tentang beza cara hidup oleh pegangan nilai agama, budaya dan bahasa bangsa di negara-negara yang berbeza?
Bukankah Hollywood itu sudah terlalu tua usianya?
Apakah hubungan yang dibina olehnya masih di kalangan mereka sahaja pada saat dan ketika begitu mudah interaksi dan hubungan komunikasi dijalinkan?
Minda saya berujar lazimnya kita hanya nampak Cina Jepun Korea sahaja dan kini India.
Saya tersenyum seorang.
Masihkah terasa mahu 'membunuh'?
Ada cara lain?
Entah, saya tidak tahu jika ada cara lain tetapi khalayak ini juga ada yang boleh digolongkan sebagai penjenayah. Menipu di dalam berkarya.
Bagaimana pula distabilkan harga komoditi, memadaikah cita rasa dan gaya hidup di Hollywood memberi impak kepada kita?
Samalah soalan itu bagaimanakah kewujudan undang-undang antarabangsa masih tidak mampu mengecualikan bangunan ibdah dari dicabuli oleh keganasan? Tiada jawapan walaupun banyak tindakan.
Minda saya masih bermonolog sendirian.
Adakah Raja Thitis mewariskan zuriatnya untuk terus memunahkan bangunan ibdah?
Nah wahai bangsa yahudi, bukan muslim yang merobohkan bangunan ibdat mu satu ketika lalu tetapi bangsa eropah.
Mahukah Jurusalem membisu pada sejarah yang benar-benar berlaku?
Mahukah dikau mempelajari sejarah sebagaimana daku memahami sejarah?
Sediakah dikau memahami betapa marahnya diriku apabila jalur nasab keluarga ku dikelirukan sebegitu rupa? Mustahil tejathanaif@thanaif mempunyai hampir enam puluh ribu waris keturunan tatkala usia ku hanya empat puluh lapan tahun.
Rabu, 8 Februari 2012
Kekasih ku Kekasih Allah- Rasulullah SAW
Wanita ku dikau harus tahu saya memerlukan ‘kebebasan’ mencatat bukan dikronikan dengan majikan mu. Saya seorang yang bebas tidak terikat dengan mu.
Dia tidak tahu membaca catatan saya dan menjadi lebih buruk kesemua catatan saya dibacanya hanya melalui bantuan mesin terjemahan yang disediakan oleh google chrome.
Akhirnya saya bertengkar dengan beberapa 'orang udara' yang tidak dikenali.
Puncanya ialah Bulan Memperingati Kekasih buat saya bermula esok ( 12 Rabiul Awal 1433) iaitu meraikan seorang ahli syurga yang menjadi kekasih kepada Pencipta manusia.
Catatan di dalam bahasa inggeris :
Muslim do not have to celebrate Hari Kekasih.
I am challenging you on Febuary as a courtesan month when all media cronies being circle by the prostitute love which is not prohibit by religion which wants people to know the road to the heaven according those who have a habit to follow the path of hell.
Sekali ini bahang kemarahan antara kami sukar diredakan.
Berhadapan Dengan Broker
Dan semalam menerusia skrin Sony Bravia kami terkejut dengan sikap bias laporan dari Al Jazeera versi di dalam bahasa inggeris yang memimikkan Presien Syria berdoa untuk memperolehi kekuatan tatkala rakyatnya berhadapan dengan kekejamnannya.
Saya mulai ingin mengujar apakah dengan berlututnya Pope maka generasi 'wedlock' berjaya ditangani?
Begitulah sengsaranya batin saya saat melalui proses berfikiran kritikal yang diminta oleh minda.
Sabtu, 4 Februari 2012
Saya Tidak Suka 'Mereka' R.
26/1/2012
0643 pagi
Seseorang bertanyakan pandangan saya mengenai sekolah anak-anak saya di Doha.
Saya tidak pasti mahu menjawab secara jujur atau berkata bohong R, kerana tidak adil untuk menyatakannya tatkala saya lansung tidak mengambil tahu mengenainya selain menyiapkan keperluan anak-anak saya untuk ke sekolah dan memastikan mereka menyiapkan kerja sekolah di samping mendengar pengalaman hari-hari persekolahan mereka.
Mahukah dikau mendengar kesimpulan yang saya diperolehi, R?
Penilaian yang sangat rendah terhadap sekolah mereka disebabkan banyak faktor:
1- Sikap pengurusan yang tidak peka pada kehendak dan keperluan pelajar berbanding sensetif kepada kehendak dan kepentingan sumber memperolehi keewangan.
2- Kelemahan guru-guru yang tidak mengenali beza budaya, beza sosial dan beza anutan kepercayaan pelajar.
3- Persekitaran yang tidak bersifat kondusif (ini tidak boleh dielakkan kerana keluasan agak terhad)
4- Sistem disiplin yang tidak difahami oleh pelajar.
5- Pihak pengurusan sedia berkhianah kepada urusan keewangan yang diperolehi oleh pelajar (sedia menggunakan wang pelajar tanpa meminta kebenaran)
6- Guru-guru tidak benar-benar bersedia berhadapan dengan keantarabangsaan pelajar yang mempunyai berbagai kerakyatan.
7- Masalah kefasihan pembunyian lafaz dan laras kata sesetengah guru-guru tidak difahami oleh pelajar.
8- Pihak pengurusan dari kumpulan sokongan keterlaluan diberikan hak yang adakalanya menekan pelajar.
9- Merokok menjadi budaya bersama di antara guru dan pelajar serta kaki tangan sokongan.
Moral tidak menjadi sebahagian dari pendidikan di sekolah mereka kerana tidak ada pendisplinan dari sudut etika berpakaian sehingga kelihatan ketiadaan penyertaan Kementerian atau Jabatan Pendidikan Qatar memberi garis panduan yang upaya melihat dasar dan sistem pendidikan negara ini sendiri sebagai sebuah negara muslim.
10- Guru mempunyai tempuh yang dihadkan oleh ikatan kontrak memberi kesan kepada kelas-kelas yang akan menduduki peperiksaan.
11- Walau pun kebanyakan guru-guru mempunyai kelulusan pada peringkat master (didakwa oleh pelajar) mereka seperti tidak tahu mengajar kerana tidak upaya membezakan keupayaan di antara pelajar bijak dan pertengahan, lemah dan perlukan perhatian.
12- Adakah mengajar di kelas (di sekolah) sama seperti mana menjadi tutor di kolej dan universiti?
13- Di Malaysia kekuatan guru-guru kami kebanyakannya diperolehi dari Maktab-Maktab Perguruan. Adakah wujud Maktab Perguruan di Qatar?
Umumnya guru-guru dari kerakyatan England lebih digemari oleh pelajar.
14- Harga makanan di cafeteria/kantin dan mutunya mungkin perlu mendapat perhatian.
15- Wujud perbezaan yang ketara dari sudut fizikal sekolah-sekolah di kawasan Al Mamoura membawa ke Al Sadd, di mana sekolah antarabangsa di bawah kelolaan England (Iran/Pakistan/India) kelihatan ‘terperosok’ manakala sekolah-sekolah antarabangsa di bawah kelolaan Amerika dilokasikan di kawasan bercirikan kemewahan.
Keadilan juga tidak mampu dilakukan oleh pendidikan.
16- Pendominasian oleh keperluan mendapatkan keuntungan dari pendidikan amat-amat merugikan masyarakat Qatar sendiri kerana ia tidak membawa banyak kemanafaatan berbanding kerugian pada masa, tenaga dan wang.
17- Adakah masa hadapan Qatar akan sepenuhnya ditandakan oleh dasar negara barat apabila nilai persamaan sistem masih dikitar agih dan dipinda mengikut Amerika dan England selain Eropah?
BAGAIMANAKAH UPAYA BEBAN PINJAMAN KEEWANGAN PENDIDIKAN DIGALAS SENDIRI KE BAHU PELAJAR DALAM KETERPAKSAAN MEMBANTU AGAR IBU BAPA TIDAK DIBEBANKAN DENGAN HUTANG PINJAMAN APABILA KEBANYAKAN IBU BAPA MEMULAKAN TEMPUH PERSARAAN?
Saya tidak pasti R, adakah ini juga akan menjadikankan saya dengan mereka kekal berkonflik?
Ingin saya ketahui adakah kami upaya mewujudkan satu perlaksaan sistem yang membolehkan tanggungan pendidikan tidak menjadi alasan anak-anak kami tidak berminat meneruskan pelajaran mereka R, tetapi mereka yang mengawal medium ini bukan khalayak yang tepat untuk saya luahkan rasa minda.
Bagaimanakah diselesaikan/disolusikan tatkala terzahir Tuan Puan di sini lebih memerlukan lulusan yang berijazah, upayakah dijadikan universiti seperti sekolah yang wajib dimasuki oleh setiap rakyat agar mendapat jaminan pendidikan tidak dijadikan perniagaan yang dikomersialkan, R?
Saya tidak tahu dan saya kurang menyukai mereka yang bertindak mahu mengawal penginteraksian ini lalu saya semskin kurang sedia mahu terus berbcara.