Saya tersenyum apabila dinyatakan iklan yang tertera mengenai Universiti Liverpool di blog-blog saya sebagai spam. Bagaimanakah boleh disahihkan wujud tawaran pembiayaan untuk pendidikan tinggi di blog ini tatkala ianya adalah mustahil kerana pemilik blog ini tidak berkelulusan.
Catatan mengenai zaman kanak-kanak
dan persekolahan saya dikesan tiada di dalam fail usb yang disimpan di dalam dokumen microsoft word.
Bertanya pada yang mahir mengenai software tidak membantu apa-apa kerana terasa saya diperlekehkan kerana tidak ada pengetahuan tentang komputer.
Cara mudah untuk menafikan hak yang sah boleh dituntut.
Saya merungut di dalam diam.
Memang benar laluan ke sekolah saya pada
tahun 1970 adalah melalui sebuah istana.
Istana Alam Shah Klang di negeri
Selangor salah sebuah negeri terkaya di Semenanjung Malaysia.
Sekolah pertama saya ialah Sekolah
Kebangsaan (Perempuan) Jalan Bukit Istana Klang sebuah sekolah yang terletak berhampiran dengan istana rasmi Sultan Selangor yang juga berhampiran dengan hospital di mana saya dilahirkan yang berlokasi di atas bukit.
Saya masih mengingati guru besar ketika itu ialah seorang wanita yang telah berusia dengan stail cermin mata
serta baju kebaya labuh dengan kain batik setiap hari.
Ada dinukilkan juga kenangan bersama
aruah abah saya yang menjadi anggota polis traffik yang mengiring ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika itu.
Mengapakah 'dicuri' kisah sejarah orang lain yang sudah tentu tidak sama dan tidak serupa di antara satu sama lain?
Saya memandang tinggi keupayaan saya
mengimbas kenangan lama yang banyak tersimpan jauh di dalam sudut minda ini
dengan menyusunnya satu persatu mengikut
kekuatan emosi dan jiwa yang dibantu oleh irama dari frekuensi gelombang.
Adakah ini juga menjadi salah?
Adakah anda tahu bagaimana gagalnya
masyarakat baru dalam menilai sejarah yang telah diperbaharui oleh Amerika?
Mengapakah mereka membetulkan sejarah?
Sila kita menjawab sendiri setelah
kebanyakan kita telah mulai berasa mual dengan ungkapan istilah baru Asian
Amerikan setelah Afrikan Amerikan.
Nah lihat bagaimana rasa aib yang
tertumpah ke atas makna Asian yang kian hilang dan rapuh identiti jati diri
berperibadi.
Apabila masyarakat muda di Teluk
segan dan berasa malu untuk mengakui kedudukan negara mereka adalah di Asia
kini masyarakat baru Asia yang dilahirkan di Amerika tidak ragu-ragu melabelkan
diri mereka sebagai Asian Amerikan.
Memualkan kerana wajah roman saiz
tubuh mereka amat-amat berbeza dengan wajah imej fizikal dan roman Amerikan
yang mendapat kemerdekaannya dari Belanda pada 1830.
Belanda?
Wajar masyarakat baru ini berasa malu
dengan sifat bina pembentukkan jati asli berperibadi masyarakat di Eropah yang
saya lihat masih mempunyai keaslian imej perawakan perwatakan dan kekal dengan
kukuh dan berasa bangga dengan imej diri mereka sebagai Eropah.
Salahkah jika melihat hanya Eropah sahaja yang benar-benar upaya mencabar Amerika dari pelbagaian sudut politik ekonomi, sosial, budaya
selain perkembangan sains dan teknologi mereka tatkala kelemahan negara kita semua
yang setelah sekian laman merdeka masih dipenuhi oleh aktiviti dan kegiatan serta hasrat adalah untuk menjadi seperti Amerika?
Ia memalukan sanubari minda saya.
Amerika mendapat kemerdekaan dari
Belanda?
Biar betul.
Dan apabila ada antara kita mengikonkan Kamal Artartuk kelihatannya kita memang buta sejarah dan tidak tahu sejarah.
Tanah sebagai sifat asli bumi sendiri menolak untuk memberi
tempat kepada jenazah Kamal Artatuk dikebumikan anda mahu menjadikan dia sebagai ikon!
Kita mesti bertanya dengan jujur
kepada rakyat di Turki apakah benar atau sesuatu yang dipalsukan bahawa jenazah
Kamal Artartuk hanya dikebumikan di atas pelantar simen dan tidak menjejak di
atas tanah kerana tanah tidak mahukannya?
Apakah kita masih mahu mengkomedikan
tentang ahli syurga?
Bolehkah kita bertanya kepada media
dan stesyen radio televisyen apakah tidak boleh ditiadakan unsur-unsur maksiat
yang menjadi imej kebanyakan perbadanan penyiaran?
Mungkin anda tidak tahu tentang
sejarah diri anda sendiri kerana bercampur aduk dengan pelbagai jenis gen.
MEMUALKAN.
'Western people need entertainment.
Not all of us need a same
entertainment.'
This is the issue.
They want to have entertainment in
everywhere they go but they have their own country to have what they want not
in here after UAE, Algeria, Morocco, Turkey, Egypt, Mauritania and all over the world.
Arab is not in Asia?
How arab young people forgot
about the fact they are from Asia when
their soil part of Asian continent?
May be they are migrate from others
space or planet – I wonder.
If I have a choose – I do pray Qatar
will never have too much entertainment field like UAE.
Mengapa saya katakan bahawa
masyarakat baru buta sejarah?
Adakah sesiapa boleh membantu
menerangkan mengenai apa yang terjadi pada 14 hb Febuari 1981 di Dublin tatkala
perayaan memperingati St Valentine di Stardust yang dikendalikan oleh dj telah
menjadi saksi bagaimana generasi muda pada masa itu diuji dengan kemalangan
yang penuh tragis dan memilukan?
Mengapa masyarakat muda dari generasi
yang berbangga menjadi orang muda tidak mahu menyorot mengenai kemalangan yang
menimpa belia dan remaja pada waktu itu?
Saya masih membaca dan menilai fakta
bukan mahu bersenda 'and make fun on everything.'
Anda semua menolak dan bersikap
prejudis pada catatan di blog-blog saya
kerana saya seorang wanita melayu muslim yang sudah berusia, telah berkahwin
dan mempunyai anak-anak remaja.
Apakah perkaitan antara jenazah Kamal
Artartuk dengan tragedi di Stardust?
Ia mengenai iman ketika kita memilih
untuk beragama.
Ia mengenai akhirat sebagai masa
hadapan ummah.
Tanah dan bumi tidak menerima Kamal
Artartuk kerana penafian hak-hak Allah dan Rasulullah SAW yang dilakukannya ke
atas bumi yang diperdaya muslihatkan dengan khianat sewaktu kerajaan Khalifah
Othmaniah masih berusaha untuk beramanah ke atas tanah Palestein yang menjadi
fokus yahudi dan nasrani untuk memadamkan roh iman hidup beragama.
Anak-anak muda di Stardust terbakar
sehingga sukar dikenali oleh kesan pembakaran yang menjadi sebab kemalangan kerana
suratan takdir Allah walau pun puncanya disebabkan oleh sesuatu yang normal
terjadi apabila ada acara yang melibatkan kemeriahan dan perayaan yang menjadi
kelaziman bagi budaya barat.
Saya lebih menghormati masyarakat di
Eropah meski pun mereka menolak dan menafikan kemandirian dan bakat saya kerana
saya tidak berkelulusan.
Mereka hanya pentingkan kertas kerja 'paper work' tatkala saya menggunakan konsep penceritaan bagi membuka minda
untuk membina hubungan.
Amerika hanya menganuti kebebasan
tanpa batas di mana mereka akan menjadi seumpama ‘penyelamat’ tatkala individu atau seseorang atau
sekumpulan memerlukan bantuan untuk beroleh kejayaan.
Saya tidak memerlukan method dan
kaedah seperti itu.
Jujur saya masih tidak menyukai
Amerika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan