Apakah yang menjadikan bangsa dari keturunanmu perlu
membunuh diri?
Saya ingin bertanya padanya yang sering memerhatikan pelayaran gelombang saya secara berahsia.
Adakah mereka perlu tewas pada persaingan yang
sengaja diwujudkan agar wujud pemonopolian hanya oleh faktor usia, ketidak
bolehan untuk dipamerkan tubuh kerana sudah tidak upaya menghairahkan, ketidak serasian oleh perbezaan stuasi yang
melingkari zaman, ketiadaan penyenaraian untuk memasukki ranking kepopularan,
ketiadaan kelulusan, ketiadaan paras persona dan inikah dimaksudkan sebagai peradaban moden?
Adakah dikau masih menyatakan wanita negaraku begitu mudah diletakkan di bawah pengaruh lelaki mereka?
Bukankah negara mu mempunyai bilangan yang tinggi rakyat yang membunuh diri?
Dia diam. Mungkin dia hanya memerlukan isu-isu besar untuk diberi perhatian.
Adakah negara yang ingin menjadi pemangkin kepada pengisian pembangunan ummat perlu mempunyai dana dan tabung serta yayasan kebajikan?
Jesteru itu saya sedikit ingin mencabarnyamengapakah keutamaan
sangat diberikan kepada pengidap kanser?
Adakah semua kita mati atas sebab kanser?
Tatkala jenis makanan yang dimakan diberikan
piawaian standart sihat kita masih menjadikan
tembakau sebagai hak peribadi, saat kita menjalani rutin kesihatan
spiritual untuk ketenangan rohani kita masih dilazimkan dengan alkohol sebagai
budaya yang menjadi entiti agama yang tidak boleh dihapuskan, tatkala kita
menguji pewarna pada bahan pengawet, sumber gelatin dari lemak khinzir yang
miliki parasite antara unsur utama digunakan untuk pengekalan kesegaran makanan
yang diproses, tatkala disaintifikkan mengenai penulenan air untuk kecergasan
fizikal oleh kadar alir darah memerlukan kecukupan seratus peratus air bagi
disenyawakan janin kandungan coliform dan escherichi coli menjadi sifat lazim
kandungan air.
Lantas dia wajar menerima bahawa saya tidak lagi mahu menjadikan kanser
sebagai prioriti untuk dikisahkan mengenai kecekalan, keazaman, ketabahan, kekuatan dan keberanian!
Sebagaimana HIV – apa perlunya ia diberikan
prioriti lagi tatkala galakan sokongan dan dorongan untuk pembiakannya
diberikan jaminan oleh undang-undang antarabangsa?
Inikah alasanmu menolak warna merah jambu hitam dan putih dan warna-warna pelangi?
Tidakkah makanan dan piawaian standartnya
ditentukan oleh status?
Siapakah yang dikau motivasikan? Orang miskin?
Saya semakin bosan apabila dikau sengaja memberikan tekanan
untuk idea baru dan pada masa yang sama menjadikan ia permainan dan adalah keterlaluan dikau meletakkan catatan saya untuk dipersenda, diperlawakkan, dikomedikan dan dianimekan.
Salahkah jika saya melihat penduplikasian nama pada jalur interaksi mu ini sebagai kegagalan mu menyekat kelahiran yang tinggi tatkala terzahir kelahiran yang tinggi seperti sengaja disekat melalui persengketaan.
Mengapa siber dan interaksimu sedia mengeksploitasi sehingga daku kehilangan banyak catatan berharga yang dikumpul sejak sekian lamanya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan