Tatkala berkekalan catatan saya hilang dan dipadam setelah diubah dari fail dokumen microsoft word, notepad dan fail usb, saya sudah tidak mempercayai sesiapa lagi.
Karenah khalayak seni yang mendakwa penyelamat tetapi mengambil kesempatan membuatkan saya semakin ingin berada jauh dari dunia fantasi imaginasi hanya berdasarkan mimpi tatkala saya tidak memerlukan mimpi-mimpi saya ditenun dan dianyam oleh mereka yang saya tidak kenali.
Sia-sia memberikan mu kepercayaan tatkala saya masih berusaha membina kepercayaan.
Saya terdengar dia meminta diluahkan segalanya untuk dia lebih memahami kesukaran saya.
Saya terdengar dia meminta diluahkan segalanya untuk dia lebih memahami kesukaran saya.
Dikau mempermainkan nama pena ku thanaif dan tejathanaif.
Saya Lelawati
binti Mohd Ali tidak pernah membeli nama thanaif@tejathanaif sebagai nama
domain kerana saya tidak layak berbuat demikian lantaran tidak menganggotai mana-mana pertubuhan, organisasi atau menjawat
apa-apa jawatan profesional di mana-mana
jabatan atau institusi kerajaan atau swasta yang telah ditetapkan untuk menjadi syarat utama oleh
penawaran penggunaan nama domain.
Dengan sendirinya ia bermakna saya tidak terlibat dengan apa-apa projek yang bersifat kebajikan atau kemanusiaan kerana tidak mempunyai kelayakan untuk dibenarkan berbuat demikian.
Saya
tidak pernah mengisi borang maklumat yang diperlukan bagi menggunakan nama
domain thanaif@tejathanaif walaupun telah memilih dan menyemak kegunaan nama
thanaif@tejathanaif di Qatar Domain Registered yang saya amat peka bahawa laman
websitenya hanyalah kawalan capaian komunikasi yang dikendalikan secara tidak
serius.
Saya
menyedari lokasi GPS IP laptop saya telah ditukar dan diubah pada waktu-waktu
tertentu tanpa sepenuhnya dibantu untuk diperbetulkan oleh pihak yang
bertanggungjawab semenjak kami mendiami Matar Qadeem.
Saya
tidak berkongsi nama pena thanaif@tejathanaif yang mula dicipta seawal
Febuari/Mac 2006.
Saya tidak berminat dengan medan hiburan.
Saya mendengar radio kerana ia membantu penguasaan bahasa inggeris setelah saya tidak membaca akhbar.
Saya
menonton televisyen dan filem kerana hanya mahu meluangkan masa memahami
kehendak anak-anak yang menjadikan radas dan peralatan eletronik sebagai cara
berhubung dengan dunia di luar lingkaran keluarga mereka.
Memahami
mengapa mereka perlu mendengar lagu dan mengapa jenis-jensi tertentu irama itu
dipilih untuk didengari menjadikan saya berinteraksi dengan beberapa juruhebuh di
radio Q untuk
disampaikan isu-isu mengenai keperluan dan kehendak muslim adalah berbeza dan
perlu dihormati keberlainannya.
Dan kewujudan lelaki-lelaki 'jalang' di medan interaksi frekuensi telah menjadi penderaan yang disengajakan oleh pihak tertentu.
Saya
menggunakan sepenuhnya bahasa rasmi negara saya kerana menyedari pemilihan
jenis huruf di Microsoft Word tidak dapat membangunkan identiti diri saya
sebagai wanita melayu yang muslim berasal dari Malaysia (Klang Selangor) kerana berada di negara
Teluk di mana isu identiti amat jelas kepelbagaian etniknya yang sepenuhnya didominasi
oleh arab nasrani, arab yahudi, arab syiah, arab atheis, arab zarathusta di
samping arab muslim sunni yang kian dimajmukkan oleh kepelbagaian kerakyatan berkhidmat di sini.
Saya
cuba membina bukan menjalin hubungan.
Isu yang
paling utama ialah masalah terjemahan di dalam bahasa amat-amat melukakan minda
saya kerana dengan sebab inilah antaranya ummah tidak upaya diisi pembangunannya walau
pun zaman dan kurun melahirkan generasi demi generasi kesan dari salah informasi dan maklumat oleh kesalahan makna terjemahan.
Saya
tidak mahu membina hubungan dengan lelaki bukan mahram.
Prinsip
ini masih belum berubah.
Saya
tidak terlibat dengan permainan siber.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan