Kendiri itu sendiri yang mana individu yang bersendirian itu sesungguhnya tidak menyendiri bila Allah Ta'ala menjadi saksinya. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri kerana persaksian syahadah yang bertunjangkan akar akidah. Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Khamis, 11 Ogos 2011
Di Mana thanaif ku?
Hari ke empat Ramadhan merupakan hari pertama tidak berpuasa.
Kasih Sayang Allah pada wanita sukar dihayati andai ego yang melindungi kelemahan diri manusia keterlaluan diutamakan.
Malah keterlaluan juga andai keuzuran syara’i ini yang dianugerahkan sebagai tanda mulia darjat insan yang diberi amanah melahirkan zuriat dijadikan alasan untuk mengemukakan hujjah betapa lemahnya insan pasangan kaum lelaki yakni wanita.
Wanita muslim yang didatangi haidh petanda ia sihat.
Rembesan hormone masih menjadikan fitrah semula jadi wanita berdaya dengan kemampuan mengikut usia.
Apakah ini juga mahu dipersaingkan?
Apakah mahligai ciptaan manusia upaya menyaingi syurga mutlak yang kekal ciptaan Tuhan?
Entah – kerasional yang menjadikan manusia intelek dan eliet sedia menjadi haiwan sesuatu yang tidak sukar difahami malah secara rahsia cara hidup sebegini ditetawakan di dalam diam.
"Kemiskinkah yang menjadikan mu kufur dan hina sehingga gemar bercemburu?"
Ikut teori Mr Karl Marxkah Mellinium ini tatkala semenjak dahulu hingga perang dunia berakhir dikitar pula oleh perang dingin, masih Tuan mu gagal membasmi kemiskinan tatkala yang kaya kerap terlihat pada kerajaan-kerajaan yang telah lama berkuasa lalu apakah asas kita untuk mengukur jurang di antara yang miskin dan yang kaya?
Adakah dengan kata lain maksud soalan mu ialah bolehkah meminta ganti rugi dari pemuflis?
Ya,apabila pemuflis itu rugi kerana berjudi atau kalah oleh pertaruhan dan lain-lain kerugian yang berpunca dari alasan yang serupa seperti itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sudah tentu thanaif mu bukan lelaki-lelaki yang wujud di alam nyata yang menjadi buih-buih hilang tatkala beradu dengan kekuatan alam.
BalasPadam