Rabu, 17 Ogos 2011

Ramadhan Ku Yang Semakin Sepi

Ramadhan ke lima belas.


'Masyarakat mu masyarakat materialistik!'


'Tidak suka?'


'Malah berasa benci yang keterlaluan di kala dikau membina kasih sayang berasas bersendi dan bertunjangkan kebendaan.Bagaimana andai kata dikau tidak berharta,siapakah yang akan mendengar kata-kata mu?'


Diamnya tidak lagi dihiraukan.


'Berjimat cermat dikau katakan sebagai sikap mundur kerana terlalu banyak menabung berbanding berbelanja.Membazir itu nilai yang sering dibawa oleh teman seperguruan mu yang mendewakan makhluk yang dicipta dari api.'


'Maksud mu guru ku setan?'


'Mengapa dikau begitu tersinggung apabila diujarkan nama setan? Bukankah ia juga makhluk Tuhan cuma setan itu penghuni neraka. Apakah masalah mu teja tatkala mahu ditawarkan mengenali ciri ahli syurga masih diaku menolak dan tatkala mengujarkan dengan jelas sifat berdirinya ciri ahli neraka dikau berasa marah. Bagaimanakah mahu ku berbicara dengan mu lagi?'


Anih sikapnya sudah tidak ku endahkan.


'Masyarakat maju kata mu ialah moden.Namun berhutang itu tidak wajar menjadi sifat moden tatkala berdekad-dekad permasalahan yang serupa menjadi isu yang diperjuangkan.Tatkala Ratu pertama mu ketiadaan zuriat kecamuk perebutan mazhab menjadi asas faedah bagi pinjaman menjadi cara etnik mu berpendapatan.Menambah aniaya apabila asas kepada kekayaan dibiarkan masyarakat didilemmakan oleh spekulasi.'


'Jaga bicara mu thanaif!'



'Apakah masyarakat yang bertamaddun bukan masyarakat intelek? Jika benar berintelek mengapa masih mahu menanggung hutang?'


'Dikau tidak profesional thanaif.Ashik dengan cemuhan.'


'Ke mana graduan mu mahu dilingkarkan dengan kadar hutang pada usia yang masih muda oleh tanggungan memandaikan diri saat mereka mengambil tempat rakan baya yang tidak berstatus graduan saat dikau panjangkan hayat ibu bapa dan datuk nenek mereka?'



Diamnya tidak lagi meresahkan.


'Menjawablah dikau teja.Ashik mu memikirkan generasi yang masih belum lahir generasi yang ada ini mahu dikau apakan? Minda ini terluka. Berhempas pulas mereka membina lapangan keilmuan mereka pulang dengan hutang dan yang menanti mereka ialah hutang. Tatkala dikau diraikan oleh para pewaris berdarjat bangsawan yang kebal dengan kelalian ealun sara diri atas nama keluarga malah nasab para kroni, di manakah dikau letakkan rangkulan kesukaran orang-orang muda ini tatkala yang menyerlah dizahirkan untuk diselamatkan ialah minoriti produk berpendidikan?


Kami saling tidak lagi upaya memahami antara satu sama lain.

1 ulasan: