Jumaat, 12 Ogos 2011

Lingkaran Litar Mu Mengganggu Ku


Masih ada sesuatu yang saya ingin R menerimanya.

Usah terlalu perasan dengan huruf yang membina nama mu!


Selain itu kesemua yang didatangkan buatnya usah dipolemikkan!


Tetapi dikau kerap mencabar ketenangannya thanaif. 


Saya hanya mahu dia menjawab apakah warga muslim sudah tidak upaya membebaskan pemikiran yang dianjurkan oleh Amerika? 


Selama mana mahu dikau mencemuh negara itu?

 

Saya gusar kerana kegunaan psikologi dari minda muslimin sepenuhnya diminta kebertanggungjawaban untuk memulihkan maruah Amerika dan keperluan mereka.

 

Bolehkah sejenak berhenti dari memikirkan Amerika?

 

Atas kewajaran bagaimana kita masih memerlukan penghormatan dan pengiktirafan mereka?

 

Kita membantu hanya kerana dorongan jiwa kemanusiaan kita?


Ianya berbezakah tatkala erti pengubudiahan itu adalah setiap denyut gerak usaha kita kepada Pencipta ianya ibadah dan keluasan ibadah itu menjadikan kita memerlukan berasa bertanggungjawab sebagai hamba yang memiliki Pencipta untuk dipertanggungjawabkan di akhirat yang menjadi masa hadapan ummat?

 

Segalanya bermula dari hari ini. Apakah dikau masih mahu menangguhkannya sehingga bulan hadapan untuk membuka mulut bagi mengisi kelaparan? Atau adakah kerana mereka penaja utama untuk siri pendanaan kebajikan, kesemua ruang bicara ditutup meski jelas ia upaya dipertikaikan?

 

Benar mereka sudah kehilangan arah tatkala nilai konsumer warga muslim masih upaya terarah dan berfokus kepada maksud kesederhanaan sebaliknya mereka masih perlu mengenali dan membina kejujuran.


Lalu mengapa dikau terus mendiam dan membisu? Ummat pertengahan adalah yang memahami makna realiti kehidupan.

 

Saya ingin mengemukakan kepada warga muslimin bahawa moden itu amat perlu dibina sejajar dengan makna ummat pertengahan yang sifat sederhananya tidak membenarkan rasuah dan riba menjadi sumber menjana keuntungan.

 

Gemersik R berbisik,' judi sudah menjadi sifat yang membina budaya ku, thanaif.'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan