Kendiri itu sendiri yang mana individu yang bersendirian itu sesungguhnya tidak menyendiri bila Allah Ta'ala menjadi saksinya. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri kerana persaksian syahadah yang bertunjangkan akar akidah. Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Selasa, 23 Ogos 2011
Saat Khabar Diberitakan Tentang Pemergian Mu
Andai mahu pergi mengapakah tanpa ada bicara yang boleh dikenang?
Andai tiba saat mahu pulang tiadakah masa yang tertempuh untuk diulang-ulang mata memandang?
Andai kembali mu upaya dihitung hari yang berbilang-bilang khilafkah andai upaya kita lansungkan sapa, ujar, lambai, dan bual suara sebagai kenangan?
Apabila rasa gembira itu milik mu seorang
Harus jugakah yang berseka tangis melinang jiwa mereka yang kau tinggalkan?
Fatihah buat Inah dan TtW
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan