Kendiri itu sendiri yang mana individu yang bersendirian itu sesungguhnya tidak menyendiri bila Allah Ta'ala menjadi saksinya. Itu maksud kendiri. Ibarat berjalan tentunya di atas kaki sendiri kerana persaksian syahadah yang bertunjangkan akar akidah. Blog ini ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
Rabu, 31 Mac 2010
Saya Tiada 'Semangat' Itu !
'What is better then yours' perlahan lirik lagu separuh makna antara bebas emosi dengan separa lucah diamatinya lalu tercatat, 'when materialism is part of European and American deal to rescheduling to rescue one nation to rule this world,that it the true answer i m better then yours!'
Lawaknya kian berserakah mengikut alunan komedi capaian pecahan 10% lulusan universiti sebagai peminat utama berbanding 49% lulusan sekolah menengah yang tidak begitu upaya ditepati variasi pilihan mereka terhadap komedi.
'Come on yours is worst then snake hole or much worst then black hole,' marahnya menjadi 'streotype' mengikut rentak yang sengaja ditalunkan oleh para peggiat yang menaakul mengikut cita rasa sendiri.
'One leadership is falling down by lobbying American presidential.'
Ketuhar gelombang mikronya berbunyi mengikut masa yang telah ditetapkan.
'Lets talk more on poor people that don’t have enough money to feed their self,' saudari itu memujuk tatkala memahami kemarahan ku.
Kita mahu menipu siapa?
Menipu Allah dengan mematikan talian internet tetapi masih dilansungkan menggunakan satelit?
Islam agama akidah yang menyatukan ummah tanpa perlu dijilidkan semula untuk mengikat erat penyatuan manusia.
Maklum balasnya terhadap apa yang telah terungkapkan menerusi senikata separa lucah irama lagu yang diudarakan, atau perbualan yang didailogkan menerusi sitcom komedi, telah disalah tafsirkan oleh kebanyakan pelayar rahsianya sehingga melemaskan pemikiran mereka sendiri yang berasa bersalah, bagaimana wajar pendekatan upaya dilakukan bagi membantu menjelaskannya bagi pihak saya tanpa keterlaluan mendedahkan kegiatan rahsia mereka mengikuti pelayaran siber saya tanpa hak.
Dia mungkin keterlaluan berfikiran demikian tetapi dia masih berusaha berbaik sangka walau tahu kekecewaan kebanyakan mereka yang sudah tidak upaya sehaluan dengannya. Mindanya tertimpa perasaan tatkala itu.
Isu pengurusan pentadbiran New American Century ini upaya memberdayakan secara sihat penyertaan wanita tanpa kelulusan. Terima kasih memberikan peluang.
Pujukan itu cuba dihormatinya.
Namun apa yang penting sudah tidak wajar wujud rahsia untuk memusnahkan zaman dan dekad yang diperuntukkan untuk Islam dan perundangan syariatnya mengatur sistem alam ini.
Mengharamkan burqa bukan isu ekonomi Tuan!
Sabtu, 27 Mac 2010
Bukan Mengusir Tetapi Sila Meminggir
Tidak membaca menjadikan kita kehilangan sebahagian besar dari kecerdikan.
Seakan ternampak jelingan-jelingan mereka yang sememangnya tidak menjadikan membaca sebagai satu kaedah memahir dan meningkatkan keupayaan berinteraksi di antara pemikiran dan kemahiran.
Sesuatu yang merugikan nilai estetika dari kecantikan akal yang diberikan oleh Pencipta bagi mengistimewakan insan berbanding haiwan apabila membaca itu bukan minat dan menjadi kegemaran.
Bagaimanakah mahu disorotkan nilai pembacaan di dalam membudayakan tabiat peka dan sedia memahami realiti asas pelbagaian masalah di dalam masyarakat tanpa terhad fokusnya misal, hiburan di tanah air tidak merealitikan keperluan dirintis tuntutan berhadapan dengan akhir zaman yang saingannya hanya didominasikan pro-aktifnya oleh istilah ‘holly bolly’yang melandaskan tema-tema kebebasan tanpa kerohanian, persamaan tanpa kebersamaan yang menghukum sifat warga sebagai pengguna.
Ketahuikah dia bahawa diri ini melihat nilai trillion kepadatan dunia menuntut pengaksesan muslim mukmin yang miskin dan mundur diberdayakan dengan bahasa ibunda mereka untuk lebih diterjemahkan etika amanah bertanggungjawab dan berkreatif membela kehidupan sendiri?
Yang miskin di dalam ratap bagaimana dituntut agar memaafkan yang kaya?
Yang kaya di dalam ceria bagaimana dituntut agar memaafkan yang miskin?
Susahkah?
Tetapi ini realiti yang tidak berlaku untuk digerak usaha saling memaafkan.
Namun awas. Memaafkan siapa demi apa?
Entah mengapa masih belum upaya dilupa mengenai sesuatu.
Sesuatu yang menjadikan sukar lagi mahu wujud interaksi dengan mereka yang berada di sini.
Realitinya Pelajaran Islam di dalam IGCSE adalah mata pelajaran yang tidak wajib dipilih menjadi mata pelajaran di dalam peperiksaan oleh pelajar muslim. Pelajar muslim dialu-alukan untuk tidak memilih pelajaran ini.
Mengapa Nusantara tidak mampu mewujudkan piawaian tinggi peperiksaan seumpama ini di dalam bahasanya sendiri?
Dahulu ada pelajar berbangsa tionghua yang sentiasa mendapat markah 100% untuk peperiksaan Pendidikan Islam di sekolahnya. Mengetahui asas-asas pembahagian zakat asas-asas pembinaan iman dari penghuraian Rukun Islam dan Rukun Iman, cara-cara asas bersuci untuk beribadah dan sejarah Rasul Ulul Azmi dan sejarah ringkas Khalifah Berempat tidak pula menjadikan pelajar itu meninggalkan agamanya (entah apa khabar dirinya sekarang)
Berapa banyak jenama tanah air diberikan pemilikan kepada negara lain apabila ‘sharing and caring’ menjadi konsep pendiplomasian masa kini?
Kerugian apabila hak penerbitan buku-buku diberikan kepada negara luar.
Ini isu moral dan ekonomi!
Ini di antara punca dia tidak lagi suka mahu berkomuniti biar pun hidupnya sepi.
Khamis, 25 Mac 2010
Luka Lama Berdarah Semula - Maskot Bangsa Siapa Yang Gah Nama Di Dunia Miskin Tanpa Harta
Kebelakangan ini semakin jelas penunaian tanggungjawab hanya dilihat sebagai tugas dan kewajipan pihak tertentu sahaja sedangkan sosial masyarakat semakin tergugah kesejahteraannya oleh kitar dan kirai hurai makna tanggungjawab yang tidak sepenuhnya dibenarkan untuk diaplikasikan oleh warga awam.
Pernah dinyatakan secara berterus terang dia tidak suka program MTV biarpun mesejnya baik.
Baik dari sudut yang mana tatkala itu tidak terfikir di mindannya kerana sememangnya pun dia hanya terlihat beberapa wajah rakyat tanah airnya mendapat undangan setelah berjaya menduduki tempat teratas pada satu acara yang berada di bawah MTV (siaran yang dipancarkan dari selatan tanah air).
Mungkin hanya itu sudut yang terfikirnya sebagai baik. Bersangka baik. Mungkin.
Bintang bukan dilahirkan semata-mata tetapi mereka dituntun dipandu ditunjuk arah untuk berhibur semata-mata selain bermatlamatkan menjadikannya sebagai karier untuk berpendapatan yang membawa keuntungan pihak penaja yang memodalkan penginteraksian medan hiburan.
Benarkah begitu?
Bagaimanakah mereka mengorientasikan moral dan nilai-nilai kemanusiaan yang menghubungkan kehidupan sebenar masyarakat semasa?
Bagaimana mereka menyedari ranking yang didapati juga hasil dari billion jiwa raga penyokong mereka di dunia muslim yang membeli produk yang diterbitkan?
Bagaimana kemiskinan dari kebanyakan 'penyokong' mereka adalah dari wilayah yang dikancahi oleh peperangan hanya akibat dari persaingan mendapatkan pentenderan?
Bagaimanakah wanita dan anak-anak yang hanya menjadi balu dan yatim natijah dari pemiki peluru yang sesekali dihiburkan atau terhibur oleh penampilan mereka di sempadan tanah yang merdeka di abad 19 dan 20 ini?
Apabila ada sesetengah penghibur ini disukai tidak bermakna kita juga perlu menjadikan diri kita seperti mereka. Berimaginasi dengan minda mereka. Bergaya dengan stail dan cita rasa mereka.
Salahkah pula kali ini fikiran ini tatkala kematian dan syurga itu malah neraka juga tidak memilih atau mengecualikan sesiapa di antara manusia sama ada dia Raja Ratu bangsawan eliet atau hamba?
Salah yang bagaimana jika mahu mengenal syurga tujuannya adalah untuk bersama-sama beramai-ramai
layak memasuki syurga walau pintunya miliki syarat yang tidak sukar terbuka?
Salah yang bagaimana jika mahu mengenal neraka tujuannya adalah untuk bersama-sama beramai-ramai menjauhi dari ditempatkan di neraka walau pintunya mudah dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu tetapi kita tidak upaya menahan bahang dari panasnya neraka.
Salam hormat untuk mereka dengan harapan bersatulah demi kemanusiaan dan kasih sayang.
Wang akan subur bercambah menjadi bertambah banyak tatkala mereka sudi menghargai perbezaan agama, budaya,cara fikir dan cara hidup malah menerima sistem syariat sebagai sumber penguatkuasaan undang-undang.
Juga sedia dan sudi berkongsi kemewahan dengan insan-insan yang tertindas terbuang terpinggir terabai terbiar dimiskinkan oleh pengagihan kekayaan yang tidak adil dan saksama.
Tiba-tiba sanubarinya yang paling dalam tidak menggemari lintas interaksi 50 buah lagu di udara.
Aduhai.
Hari ini face book menghilangkan kesemua nota utama saya.
Selasa, 23 Mac 2010
Mengitar Hati Buruk Dari Karat Benguk
"Siapa kata?"
"Saya yang berkata!"
"Lalu apa solusinya?"
"Mari bertanya pada mereka di universiti."
"Analisa Professor Madya berusia tiga puluhan itu lebih ketara memihak pada mentornya."
"Itu pakar bicara generasi muda."
"Ada gaji dan dana penaja seluruh dunia upaya dijelajahi. Cuba keluar wang dari saku sendiri baru diketahui diam itu setuju atau benci."
Kini berbeza sekali penampilan seluruh kempen kepimpinan di seluruh dunia yang mencari ruang kesempatan memindahkan kesalahan dan kesilapan kepada mereka yang tidak pernah terlibat melumpuhkan ekonomi dan politik juga arah kepimpinan sehingga keliru juga kaedah menanganinya kerana punca masalah tidak bersedia diselesaikan sebaliknya dicambah-cambahkan penyesalan ke atas warga yang tidak berdosa.
Umpamanya apakah perkaitan pengganas dan militan juga tahanan yang tidak pernah mendapat pengadilan dengan krisis keewangan Amerika (contoh sahaja) jika masih tidak dinasabkan kepada kesan ketiadaan integriti dan sifat kebertanggung-jawaban kepimpinan yakni krisis pecah amanah dan ketidakberdayaan individu yang mengetuai kuasa esekutif sesebuah pentadbiran?
Ada kalanya semangat berapi mereka tidak menepati keperluan dan memenuhi tuntutan kehendak pembaharuan.
Paling dikesali penimbaan idea seringkali menjadikan kita yang tidak pernah mengutip/ meraih apa-apa keuntungan dipersaingkan secara tidak sihat.
"Pakatan Rakyat ternyata miliki kewibawaan yang upaya mendapat sandaran kekuatan kerana gerakan mereka adalah bersama suara pakatan bukan sekadar perkongsian dengan marhaen."
"Usah terlalu memuja memuji."
"Apakah air mata mereka juga menitis hiba dengan paparan hampir kesemua lokasi kemiskinan warga yang dinatijjahkan oleh dasar ekonomi yang mengutamakan kebajikan pelabur."
Sayang sekali andai kemewahan yang berlimpah ruah terus dizahirkan dengan penerusan gaya kehidupan mewah memiliki kelab-kelab utama dan pemain utama bertaraf dunia untuk sesuatu jenis permainan.
Keterlaluan membicarakan ekonomi juga seperti kurang relevan lantaran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sepenuhnya di tangan dasar dan polisi dari sistem kerajaan yang sama sehingga golongan miskin yang ketinggalan dari arus pembangunan lansung tidak tahu dan sedar akan kenaikan harga minyak turun naik indeks angka esekutif bertukar nama, lalu sasar yang sebenarnya adalah bagaimana golongan yang tinggi pendapatan dan mewah cita gaya hidupnya dibantu penghayatannya agar menjadi pengguna yang berhemah dan lebih berimbang di dalam perbelanjaan?
"Apakah mereka masih tidak sedarkan diri lagi?"
"Ubat pelali itu mungkin terlalu mustajab sehingga mereka masih di dalam keadaan koma."
"Golongan inikah yang semakin jelas mahu diwar-warkan menjadi pemangkin agar berterusan mengujar dan mempertikai cara hidup yang sihat dengan menjimat belanja tatkala pengagihan kekayaan negara yang menterjemahkan ketidak mampuan dan penyurutan keberdayaan mengurus keewangan dan ekonomi negara lebih dituntut tindakannya?
"Wajar juga kita mempersoalkan apakah keperluan pemimpin dan partinya berniaga dan bagaimanakah pendapatan itu dianggap sebagai hak negara?"
Kita tidak boleh hanya menjadi pengikut yang hanya mahu bermindakan mahu memuaskan hati pemimpin.
"Besi buruk besi buruk siapa mahu beli besi buruk."
Irama peraih surat khabar lama sudah lama tidak kedengaran.
Ahad, 21 Mac 2010
Medan Menang Mu Di Mana?
Tidak faham soalan.
Keberanian jenis baculkah yang kita miliki tatkala kita hanya berani berbicara selepas kematian seseorang berbanding berbicara mengenai mereka tatkala masih hidup.
Senyuman saling berbalas dengan manis dan bahasa mata.
Bohong itu muliakah jika terhadap diri sendiri ia dibenarkan?
Itu cela diri namanya.
Keberanian mengaibkan menerusi pendedahan rahsia apakah matlamat mengadilinya tanpa pembelaan?
Berbelit tidak difahami.
Semangat toleransi mahukan ia menjadi begitu.
Sekali lagi senyuman saling berbalas.
Bagaimanakah dilihat kemanafaatan berbicara mengenai mereka yang telah meninggalkan dunia berbanding ketakutan kegentaran dan kebimbangan membicarakan kesalahan dari salah laku penyelewengan yang tidak upaya diadili ke atas kesalahan pelakunya yang masih hidup dan upaya membela diri?
Berikan contohnya.
Bolehkah?
Jumaat, 19 Mac 2010
Di Antara Lidah Minda Dan Jiwa Mana Pilihannya
Tiada sesalur longkang besar yang mengalirkan kotoran yang upaya dilihat selain bentangan lautan dan dataran luas pantai.
Uniknya ialah pantai ini bersih dan begitu jernih airnya sehinggalah sesampah sarap bertaburan memenuhi lapangan dataran akibat tidak upaya disembunyikan oleh tong-tong sampah yang kian padat muatannya kebelakangan ini.
Fenomena ini semakin ketara walau di mana dilayangkan pandangannya.
Kekotoran longgokan sampah sarap bekas pembungkus makanan botol-botol dan cawan-cawan plastik setelah aktiviti riadhah, setelah selesai menonton filem di pawagam, setelah selesai berkelah, setelah menikmati juadah di premis, setelah selesai menikmati rehlah keluarga sajian pandangan kini ialah sisa-sisa buangan sampah pembungkus makanan longgokan buah tangan buat pekerja buruh yang berpakaian jingga mengutipnya.
Namun lautannya masih jernih masih telus bagai kilauan mutiara yang upaya menterjemahkan isi akar lapis putihan pasir.
Kebersihan permukaan laut masih melambai manis meminta disentuh kedinginan airnya walau begitu dalam konflik dan krisis yang sedang didepani. Seolah-olahnya dizahirkan hak penentu untuk tidak diambil mudah bahawa nyawa masih perlu dinilai berharga.
Sesudah nama tertuba cela sumbang apa pun namanya tetap tidak menyalur ria.
Kami kebelakangan ini kehilangan bahasa jati diri penduduk tempatan.
Kami semakin jaarang mendengar lagi perbualan di dalam bahasa arab fasya apa tah lagi bahasa arab yang dianggap bahasa murni rohani diri.
Seolah-olahnya kami berada di India atau Filipina atau di England atau Amerika jauh dari ras asli pohonan rendang yang memayungi nasab mulia jejak akar tunjang bumi ini.
Seperti sudah tiada wujud entiti bahasa diri pribumi.
Di kiri kanan kami adalah warga asing sama seperti kami.
Pendatang dari kalangan pekerja berbayar yang perlu berlabuh di dermaga yang menjanjikan pulangan-pulangan lumayan bertitik dari toleransi saling melayani tawaran dan permintaan.
Kami mencari kembali entiti bentala kendiri yang pernah satu masa dahulu mencuba mengibar hakikat akidah tatkala sering lesu melihat acara bantah membantah demi mengasihi pelari-pelari yang didewasakan di khemah kanvas ehsan dari bantuan kebajikan.
Pohon kekeluargaan kiranya telah terpaksa digenetikkan oleh keturunan caca merba etnik yang dibunuh oleh Firaun satu masa dahulu.
Semakin sengit samba semakin bernafsu tari afrika namun tidak upaya merubah bahawa keamanan bukan anugerah yang berwibawa lagi oleh pertaruhan yang hanya dicetuskan demi membangkitkan semangat proaktif yang kreatif mindanya didakwa bagi mengilhamkan usaha membaharui teknik mengurus cara dan rasanya di masa mendatang akan berasa silu andai teranugerah menjadi pemenang hadiah novel keamanan.
Apakah nanti akan berbondong-bondong wajah yang enggan diiktiraf untuk menjulang anugerah?
Rabu, 17 Mac 2010
Menilai Berani
Tiada yang lama tiada ada yang menjadi baru
Terpingakah sayu hingga menyeru?
Atau
Gusar bila dihambat keliru?
Bagaimana tidak dirasakan begitu...
Banding membeza akan sesuatu
Mustahil jahil bila berilmu
Terkedu juga bila hanya untung yang dipujuk rayu.
Masih perlukah didakwa kecewa...
Tatkala sendu hilang oleh lena
Dibuai leka hangat kasih global dunia
Teriring lemah imunisasi jwa?
Bagaimanakah Dieja Bunyi Keluhan?
Setelah ketiadaan mu mereka kian berpesta dengan kemeriahan menyanyangi 'insan-insan yang lemah'
Siapakah yang lemah R?
Gadis yang dilukai oleh lelaki perkasa di atas traktor?
Begitulah realiti tatkala keterlaluan mahu memenangkan pemimpin yang sukar lagi mahu disembunyikan.
Marahkah dirimu jika ku katakan mempersaing gender juga bermakna mempersaingkan tender?
Bahasa kita tatkala terlalu santun hati dan sanubari jiwa mudah dilentur
Tatkala kita melantunkan suara mudah pula diduga bagaikan seringai Sang Serigala
Akhirnya,
Kesemuanya tidak ada yang menarik hati untuk diamati.
Manusia adalah bangsa yang mahu terus dipegunkan oleh laman kanak-kanaknya.
Aku masih meratapi kematian insan lemah yang bukan lelaki.
Agar tiada wanita yang turut mempermainkan tangisan ini.
Selasa, 16 Mac 2010
Menilik Akar Budaya Siapa?
Keadaan menjadi lebih tidka keruan apabila salah satu email dan penggunaan nama terpaksa ditukar dan hilang untuk dikesan.
Catatan itu tertulis :
Apakah di dalam kegiatan berkarya, insan seni tidak membataskan kreatif kerana ia telah membudayakan akal untuk tiada duri di dalam berbudi, tiada marah kerana susilanya diperhalusi oleh nurani yang mengukur dan menilai hubung kait budaya dengan peradaban yang akarnya dimutlakkan dengan fitrah jiwa asli pengabdian kepada Ilahi?
Ditambahnya lagi : Ini jika penggiatbudaya itu seorang muslim.
Tatkala melayari laman Islam Di Talian dia menukilkan lagi catatan :
Saya mengambil kesempatan di atas penolakan burqa oleh ulamak-ulamak muda yang mempunyai persepsi dan pendirian bebas berpandangan dengan bertanyaan burqa adalah sebahagian dari pemakaian budaya arab bagaimana cara berfikir mereka diterima sebagai budaya tetapi tidak pula sedia menerima burqa sebagai susila santun yang upaya menterapikan moral?
Alasan : wajar diketahui bahawa pemakaian burqa/purdah hanya dilakukan oleh wanita lalu tidakkah elemen kekuatan untuk mereka memilih menggunakannya hanya mereka sahaja yang layak menyatakannya tanpa perlu diwakili oleh pihak yang tidak memakainya?
Bagaimana imej dari harga diri mahu dijadikan unsur yang melengkapi globlalisasi apabila kita masih mengabaikan agama?
Adalah tidak wajar dalam usaha mewujudkan teladan untuk diikuti ia menjadikan kita berhadapan dengan krisis dan konflik tatkala terserlah kehendak untuk menzahirkan contoh ikutan masih teladannya perlu dipautkan dengan nilai material.
Adakah khilaf untuk dianjurkan pandangan bahawa apabila kita menolak agama sebenarnya kita tidak menuju sifat kesejagatan/keuniversalan/kegloblalisasian lantaran tidak dipergunakan keseluruhan potensi yang memberdayakan insan sebagai pelaku budaya.
Saya mendapat nasihat agar tidak menggunakan yahoo lantaran ia tidak benar-benar upaya menjamin ciri keselamatan hak harta intelek.
Apakah benar demikian?
Isnin, 15 Mac 2010
Ayuh Mari Melihat Insan Mulia Yang Tidak Sedia Berdusta
Mengapa masih bahasa English memerlukan proses dibangunkan penyebaran penggunaannya?
Adakah salah satu yang berikut?
1- Kegagalan menukar pemikiran
2- Kelemahan mengkaedahkan cara
3- Kekontangan idea
4- Antara proses melambat dan menangguhkan pencapaian pembangunan masyarakat untuk menerima kewujudan Pencipta dan kehidupan beragama.
5- Egoistik bahasa untuk gagal menilai kemandirian potensi manusia
6- Gagal menyingkirkan akar tunjang kewarasan akal untuk menilai keperluan rohani.
Mesej saya yang bukan pembaca Utusan Malaysia bukan pembaca Berita Harian bukan pembaca The Star bukan pembaca The Sun bukan pembaca New Straits Times bukan juga penonton siaran televisyen mereka ialah hormati hak berkemandirian bahasa rasmi berkomunikasi kita iaitu bahasa melayu.
Jumaat, 12 Mac 2010
Salahkah Sesekali Menjadi Tamak?
Bagaimanakah upaya dirasakan tekanan yang kini dirasakan hasil dari keterbukaan yang menyingkap satu persatu rencana khianat hubungan barat dan timur yang menjadikan kepanasan kian menghangatkan suasana. :)
Apabila kita mengambil apa yang bukan menjadi hak kita ia akan memburukkan keadaan.
Apakah benar syurga itu benar-benar hanya dihuni oleh orang miskin?
Tidakkah ada orang kaya memasuki syurga?
Lantas bagaimana mahu menjadi kaya jika kesemuanya tidak berpiawaian untuk diintegrasikan keuntungan secara tidak saksama?
Bolehkah dicatatkan ayat-ayat ini?
Arab telah mendedahkan dengan sendirinya siapa diri mereka kepada dunia yang hasil gabungan interaksi dengan yahudi yang dimanipulasi sepenuhnya oleh nasrani.
Atau dituliskan begini.
Melayu telah mendedahkan dengan sendirinya siapa diri mereka kepada warganya yang hasil gabungan interaksi dengan cina india bagi memanipulasikan keadaan?
Isu di sini ialah apabila kami mencontohi cara dan kaedah tuan puan mempiawaikan pemikiran mengapa kini mahu berjauh hati dengan persamaan nilai pemikiran yang kami miliki?
Rabu, 10 Mac 2010
Buatan Mana?
Kedinamikan peniaga-peniaga pasar mini milik usahawan Cina dan kedai-kedai runcit kecil milik usahawan India menjadi kunjungan kami biarpun tidak banyak barangan untuk dipilih.
Semakin sedar kesan perniagaan ke atas masyarakat tetap dibina oleh etika dan sifat moral yang jujur untuk kegiatan yang bermanafaat dengan hanya mengambil semaksimum keuntungan yang dikitar semula untuk faedah bersama bukan semata-mata kepentingan diri sahaja dipelihara.
Asas menjadikan mereka popular kerana terzahir perniagaan yang berorientasikan modal kecil dan sederhana andai diintegrasi-lazimkan dengan nilai etika moral yang tinggi dengan keaedah yang jujur tanpa dasar monopoli atau salutan anutan pembudayaan kapitalis yang meneroka berinovasi mengeksploitasi pemikiran kepenggunaan dengan pelbagai gaya yang ditrampilkan sekadar memenuhi keinginan memiliki kepuasan berbanding memenuhi keperluan dari tuntuan kehendak,rangkaian kecil para usahawan ini akan terus memiliki himpunan pelanggan tetap yang setia yang memfokus hanya berbelanja untuk keperluan dan bijak memberi keutamaan dalam mengagihkan pendapatan tanpa perlu dibantukukuhkan oleh kad-kad kredit.
Kehilangan nikmat berfikir berkait erat dengan kehilangan nikmat beragama.
Komunikasi akal dan rohani tidak terintegrasi tatkala khusyuk ibadah tidak lagi menjadi sebahagian tanggunjawab yang dihayati.
Terdorong tanya adakah perubahan sikap dan sistem oleh isu dan persoalan baru yang dihadapi oleh ummah tidak upaya dilakukan kerana sifat peribadi yang tidak memandang jauh.
Dari masa ke masa hasrat mahu melihat premis yang menjulang mercu tanda nama tempatan kian terpadam.
Isnin, 8 Mac 2010
Edisi Jalan-Jalan Tabur Duit - Kayanya
Apabila dahi saling berkerut
Wang kecil dan besar berlipat bersudut-sudut
Dari saku yang lipatannya licin berkedut-kedut
Gambaran benar minda lusuh berserabut
Warga ditaja krisis berkemelut
Tegar menghindari mohon berlutut
Namun tenaga dan kudrat tetap disedut
Sepatu yang nama lainnya kasut
Saiz ukuran ditentu dari satu sudut
Kelayakan kelulusan ia bermaksud
Bayaran tinggi ujarkan ‘ ini tak patut !’
Adapkan akhlak yang suka berebut
Milik kita milik dia juga disebut
Milik dia kita tidak ingin membelot
Namun tahukah licinnya belut?
Terlepas dan sukar diselut.
Kesabaran Ini Di Ujikah?
Pengalaman memandu di sini amat mengejutkan.
Tabiat pemanduan anak-anak muda tempatan seakan-akan menggambarkan pewarisan sikap kecuaian pemanduan generasi berusia mereka.
Ia memangsakan kejujuran dan kesederhanaan pemanduan pemandu yang berhikmah dengan ketertiban kerana pengalaman-pengalaman kemahiran tinggi kebanyakan pemandu Asia khususnya di Asia Tenggara dan tidak keterlaluan memaksudkan pemandu wanitanya yang lebih beretika sesuai dengan sifat hikmah para ibu.
Jalan raya menyerlahkan sikap dan karektor sebenar pemandu-pemandu arab dan barat.
Apakah sedia dihindari khilaf andai diri tersilap mengujarkannya?
Sombong dan angkuh tidak keterlaluan untuk mempaparkan tabiat yang dibentuk oleh pendominasian sikap lelaki arab ke atas kaum wanitanya.
Apakah sedia dielakkan khilaf faham andai diujarkan bahawa ia bukan merujukkan kepada semua para bapa?
Kesabaran juga tidak diseimbangkan dengan kesopanan pakaian jubah putih yang dilengkapkan oleh lilitan serban di kepala kerana mereka tidak sedia menunggu lama barisan kenderaan yang memanjang akibat penutupan jalan, lampu-lampu isyarat yang jaraknya berdekatan dengan susur bulatan atau kerja-kerja penurapan jalan.
Apakah terkesan reaksi radang dari pandangan ini?
Kenderaan mereka yang besar saiznya itu akan mulai memotong deretan pemandu kenderaan yang lebih beretika malah pemandu ini sedia menaiki tebing-tebing laluan berturap simen di bahu jalan atau pembahagi jalan bagi menunjukkan ketiadaan sifat sabar mereka.
Menyalakan lampu-lampu tinggi sewaktu berada di lorong sebelah kiri atau tengah jelas perlakuan yang mengganggu pemanduan yang mematuhi had kelajuan.
Sesuatu yang sukar digambarkan apabila pemandu-pemandu muda negara ini turut dilakukan oleh kebanyakan remaja luar yang mendapat lesen pemanduan dikompromikan oleh polis traffik dengan menutup laluan utama jalan awam sehingga ditukar laluan asal semata-mata bagi meraikan sesuatu kemenangan khususnya liga kelab-kelab bola mereka.
Wajarkah setiap yang terkesan di hati dituntut kemaafan?
Skil ini jelas tidak menjadi tabiat kebanyakan pemandu dari tanah air kerana kemeriahan hanya berlaku dan diraikan di dalam stadium sahaja dan tidak di atas jalan raya awam.
Pemanduan di sini kerap menimbulkan gangguan yang mendera perasaan pemandu wanita yang umumnya lebih bersifat sabar menerusi corak pemanduan yang perlahan dan mematuhi tanda had kelajuan.
Namun tatkala keterlaluan diprovokasi wanita juga upaya memandu dengan meletakkan kerasionalan untuk diuji.
Memprovokasi di atas jalan raya menjadi ciri penderaan ke atas jiwa yang kadangkala ditemui pada cara pemanduan pemandu-pemandu dari India Nepal Pakistan juga lelaki-lelaki berusia.
Kebelakangan ini sistem pengaturan lalulintas traffik kerap mengeluarkan saman ke atas pemanduan berdasarkan rakaman video ‘photo kamera’ di simpang berdekatan lampu isyarat dan ‘speed camera’ yang kerap menimbulkan kekeliruan dan bahan senda kami.
Pemantauan dianggap menyempadani undang-undang untuk lebih dihadami lantaran sudut kematangan keterbukaan adalah dengan upaya menilai proses mengapa undang-undnag tidak dihayati?
Misalannya tatkala kenderaan berada pada kedudukan jarak antara 100-200 meter di saat lampu hijau masih bernyala. apabila masa pertukaran berubah kenderaan yang dipandu di sekitar melebihi had tanda (dengan kiraan lebih 1 kilometer) saman yang dikeluarkan adalah bernilai 300 hingga 500 riyal.
Misal lainnya wujud keadaan yang menganiaya pemandu apabila disengajakan diletakkan kenderaan lama di bahu jalan lokasi tertentu yang disediakan kamera di dalamnya (jalan yang lurus yang biasanya dipandu melebihi 110 kilometer pada keadaan sunyi – tidak banyak kenderaan).
Aniaya kerana kenderaan ini tidak diletakkan di ke dua-dua belah bahu jalan dan ia dianggap keterlaluan kerana tidak ada imej atau lambang jabatan traffik sebagai amaran yang meminta disederhanakan kelajuan pemanduan.
Apakah hubungan sehala paya menatijjahkan keadilan khususnya terhadap wanita?
Lebih keliru apabila lampu berwarna kuning bukan bermakna bersedia yang wajar menunggu, sehingga warna hijau bernyala tetapi lama masa bernyalanya itu membenarkan diteruskan laluan kenderaan di simpang yang telah terpadam lampu merahnya mengakibatkan terganggu laluan pemanduan kenderaan dari simpang yang lain pada susur laluan persiaran bulatan.
Kami juga bersua keadaan di mana secara tiba-tiba pada waktu laluan di bulatan dikawal, secara rawak dan tiba-tiba hanya beberapa kenderaan diberikan saman kerana tidak menggunakan tali pinggang keselamatan.
Mengapa ia memeranjatkan?
Lantaran kesalahan itu turut dilakukan oleh pemandu kenderaan di lorong lain yang berada berhampiran dengan pemandu yang dikenakan tindakan.
Ada juga ditemui amalan sikap memilih untuk dikenakan tindakan oleh pasukan traffik ini di mana saman yang dikeluarkan hanya menyebut ‘kenderaan ini telah dipandu secara merbahaya kepada awam’ tanpa menjelaskan sebab-sebab yang pasti tentang jenis kesalahan yang disaman dengan 900 riyal setiap satu kesalahan yang sama atau diletakkan di bahu jalan yakni tebing tinggi di premis tertentu yang membawa saman berjumlah 500 hingga 1000 riyal (tidak pasti).
Musykil kami ialah saman-saman ini dikeluarkan ke atas pemandu bukan arab.
Mengapa?
Lantaran berlaku di hadapan mata kami kesalahan sebegini tidak dikenakan tindakan apabila pemandu adalah dari penduduk tempatan atau pemandu dari barat.
Mahukah ditolak kita sedang menguji reaksi bebas emosi?
Rasanya setakat ini sejumlah menghampiri 10,000 riyal nilai saman menjadi tanggungan kami.
Adil?
Kami menjadi lebih tinggi kesabarannya walaupun telah diberitahu bahawa saman berjumlah 6,000 riyal akan dikenakan apabila membuat pusingan semula di simpang bersebelahan Villagio dan premis perniagaan Hayat.
Di lokasi ini kenderaan lebih bervariasikan kepelbagaian jenama yang ekslusif dipandu umumnya oleh pemandu lelaki.
Kini fenomena kekal dengan kenderaan-kenderaan berterusan membuat pusingan di simpang tersebut sehingga menjadikan kami turut menyertainya.
Adakalanya hangat yang memijar ini ditelaah oleh minda meminta kebanyakan warga berusaha giat mencari kaedah menukarkan minyak dan gas kepada sumber lain bagi menghidupkan enjin-enjin agar kebergantungan kepada telaga-telaga Pak Syeikh ini tidak keterlaluan diharapkan.
Marahkah dengan luahan ini?
Bagaimana menghasilkan sel-sel bateri dari penggunaan solar yang lansung tidak memerlukan minyak dan gas wajar diberikan tempat untuk dihasilkan sebagai alternatif?
Sering disabarkan kepada anak lelaki yang kian ramai kenalannya dari warga tempatan, agar memahami bahawa pihak di sini mahu mendisplinkan warga mereka yang kelihatan begitu sukar untuk dididik atau dimotivasikan oleh kelaziman bertabiat hidup di dalam keselesaan dan kemewahan.
Hak-hak ketuanan mereka ini telah menjadikan ego sebagai sistem nilai berkemandirian lantaran mereka umumnya bukan di dalam kategori pekerja tetapi sebagai majikan.
Ini mungkin adunan budaya untuk berada selesa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat barat khususnya Amerika dan Eropah?
Dakwaan ini hanya pendapat peribadi tidak ada perkaitan dengan pandangan orang lain.
“Ya, jika pun mahu mendisplinkan warga mereka usahlah sehingga menganiaya warga yang datang ke sini untuk turut bersama membangunkan negara mereka. Kita bukannya kaya seperti mereka.”
Dan stuasi di rumah kami sering tegang di antara penghuni lelaki sesama sendiri oleh tuntutan-tuntutan dibayar semula bayaran saman yang didahulukan.
Inikah penanda baru persaingan mellinium abad ini dalam menuju kesempurnaan?
Punca sumber yang upaya meruntuhkan satu persatu binaan unit di dalam keluarga?
Saman itu perlu dibayar oleh bapa kerana anak masih tidak berpendapatan malah sepanjang usia remajanya tidak dinafkahkan sebahagian pendapatan bapa untuk dia memulakan sesuatu usaha yang bermakna untuk dirinya.
Tahniah.
Mengapa diucapkan tahniah?
Menjadi kelaziman masyarakat tempatan menyamakan nilai kehidupan bekeluarga sama seperti masyarakat barat di mana mereka tidak melihat keperluan berterusan menjadikan anak-anak remaja sebagai unit keluarga yang perlu dikasihi dan tidak dibebaskan awal dari menjadi sebahagian ahli keluarga.
Mereka dituntut mencari pekerjaan dan menyara kos kehidupan sendiri tanpa diutamakan pengasuhan yang berterusan menghadirkan anak-anak sebagai orang ke tiga penting selepas bapa dan ibu.
Anak-anak tidak wajar dibenarkan tinggal berasingan dengan ibu bapa sebelum dia benar-benar layak memahami kewajipan dan tanggungjawab hidup berkeluarga.
Anak lelaki wajar tahu muhrim yang perlu diberikan keutamaan untuk ditanggung penanggungjawabannya.
Ibu/nenek/ibu saudara sebelah ayah dan ibunya/saudara-saudara perempuannya/sepupunya di ke dua pihak ibu bapanya/anak perempuan dari adik beradiknya sebelum dia benar-benar memberikan perhatian kepada wanita lain melalui pernikahan dan sebelum saudara-saudara perempuannya berkahwin.
Apakah anak-anak lelaki ini faham kewajipan dan tangung-jawab mereka?
Apakah yang terjadi tatkala anak-anak yang masih rendah usianya ini diberikan kesempatan dan ruang kepada ‘mereka’ yang berada di luar lengkungan keluarga bagi menikmati hasil usaha dan mendapat lebih keutamaan berbanding ahli keluarganya?
Bagaimanakah caranya untuk dipelajari tugas dan peranan sebagai ketua keluarga seandainya hanya berada di dalam garisan cinta dan kasih sayang sahaja?
Adil yang bagaimana mahu direlevankan?
Menjadi tabiat yang telah diketahui bagaimana remaja-remaja apabila mencapai had umur antara 17 hingga 21 mereka ditunjukkan jalan keluar untuk hidup sendiri. Berdikari.
Aduhai apabila kajian dan pengalaman orang kaya menjadi tiruan dimodelkan pembinaan syaksiah remaja dan generasi entah di mana mahu diletakkan kewarasan.
Sedangkan hakikat dari tarbiah Rasul SAW anak-anak diangkatkan menjadi ahli keluarga yang memberi kesempatan untuk mereka bertanggungjawab.
Mengapakah keberkatan hilang dari aktiviti kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara pada zaman ini?
Mengapa?
Hanya untuk menjadi kaya.
Siapa kata?
Ibu dan bapa.
Aduhai.
Andai orang miskin bagaimanakah diajar menjadi kaya?
Sentiasa jujur. Ia bukan perlu dimodalkan. Walau pun tidak upaya menjadi kaya, kita hidup bahagia kerana tidak menipu malah tidak berhutang.
Mudah.
Kehidupan berkeluarga masyarakat tempatan juga lebih menempatkan ruang-ruang pemisahan di antara ahli keluaraga apabila hujung minggu di sini kaum bapa lebih senang meninggalkan isteri dan anak-anak mereka di premis perdagangan utama dan mereka sendiri berada atau berkumpul beramai-ramai di ruang-ruang mewah untuk menikmati kehidupan berperibadi.
Ia sesuatu yang agak ganjil.
Lambang penyatuan keluarga lebih terarah kepada kehidupan bernafsi-nafsi yang memutlakkan hak berperibadi.
Anih.
Setelah bersusah payah memiliki kehidupan berkeluarga tiba-tiba sahaja inginkan kelainan. Tetiba sahaja inginkan konsep dan ciri yang lebih memfungsikan kehendak naluri dari sanubari yang paling dalam.
Sensasi kedengarannya atau lebih dieksklusifkan kehendaknya berbanding keperluan?
Kehidupan bersosial ini menimbulkan persoalan tentang landas tanda pembinaan ummah andai masyarakat yang didirikan tidak bertabiat dengan keislaman sebagai agamanya keimanan sebagai budayanya.
Ya masyarakat di sini telah ditandai dengan liberalisme sekular.
P/S :
Mari ku ajarkan kamu bahasa melayu ku yang bebas tanpa perlu berhipokrasi atau dijual beli buat memiliki calitan kroni.
Tertanya mengapa dia masih mahu menginggeriskan minda ku walau pun dia sudah terlalu kaya dan hebat untuk tidak lagi wajar mendapat bantuan selain sokongan.
Usah membuatkan rasa benci ini semakin tinggi.
Kerana kayu yang besar jugalah yang terus bersakat sedang yang layu berlumur karat masih marhaen yang padat dengan selaut jaki diberdayakan untuk menjadi insani.
Wanita
Lebih baik menjadi usang dari menjadi berkarat oleh kerana dilaknat dek sumpah-sumpah mereka yang dikhianat !
Bagaimana diambil tanggungjawab buat seorang wanita?
Dengan ijab qabulnya?
Dengan mungkir dari setianya?
Dengan khianat dari tulus niat?
Dengan kesumat dari peri yang berkat?
Dengan apa diambil tanggungjawab buat wanita?
Sabtu, 6 Mac 2010
Bukan 'Bed Time' Story !
Kehidupan haiwan-haiwan itu masih dengan rutin harian yang sama semenjak berada di sana. Makanannya disuap dengan penghantaran yang berjadual apakah masih serupa jenis menunya? Apakah sememangnya haiwan-haiwan itu tidak sengsara tatkala membesarnya juga masih dengan dodoian bunyian berbagai kenderaan di jalanan yang sering pula dikejutkan dengan dentuman yang disengajakan seiring dengan bunyian hon yang panjang.
Kami melihat haiwan-haiwan peliharaan yang mendapat penjanaan syarikat korporat berada di habitat yang diduplikasikan petempatannya tanpa upaya disedari oleh haiwan-haiwan itu bahawa mereka diperdayakan kerana dikurung dan dibelenggu di dalam sangkar kurungan.
Taraf haiwan itu sama dengan haiwan-haiwan yang tidak mendapat penajaan atau keluarga angkat dari kalangan kumpulan manusia yakni taraf haiwan ini tidak bebas dan diimaginasikan persekitarannya bagaikan rimba raya yang pekat malar hijaunya.
Mergas tua juga sudah kian dihilaikan dengan sahutan kicauan kehibaan oleh sayu rasa kepiluan dihinakan menjadi haiwan tontonan untuk ditertawakan.
Taman kurungan yang luas itu disempadani oleh kejiranan penempatan manusia yang terlihat jelas bangunan-bangunan persekitarannya yang usang diperbaharui menjadi bangunan indah manakala lereng-lereng di garisan kontor perbukitan yang telah semakin direndahkan semakin terlihat bagaikan ganjil oleh terpegun batuan tertongok atas nama kekayaan.
Hujan renyai yang turun sejak awal ketibaan kami kian lebat menjadikan angsa bangau dan ostrich tidak berbangga dengan keadaan rupa dirinya yang mungkin diwar-warkan jelita oleh kebasahan bebulu ditimpa siraman hujan bercampur aduk dengan lumpur kotoran haiwan-haiwan di perbukitan yang lebih tinggi kedudukannya.
Habitan angsa itek ostrich kasawari semakin didalamkan lubuknya oleh kekotoran tanah-tanah dan sesampah yang menuruni di sepanjang kaki lima lurah-lurah kecil mengikut jalur kecil rerumput yang meliar menempatkan wujud tumbuhnya.
Sesudah hujan teduh kami menemui kertas tulisan jawi penunjuk jalan yang kembang dakwatnya oleh siraman hujan. Apabila diamati ia adalah kalimah dari bahasa arab.
Hati dan minda berbunga bangga.
Dan perasaan itu hilang tatkala di musollah tempat berhimpunnya para pelajar penjaya promosian tulisan itu tidak upaya menghidupkan roh kejiwaan laras penanda lughah bahasa yang mahu diaptasikan itu apabila kami bersolat dalam keadaan yang hingar bingar selang seli kelitah bualan, senda gurau tawa hilai, anika bunyian mesej mesin digital yang sesekali bernada deringkan pelbagai irama yang menjadikan bacaan solat tersasul seketika.
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah tanpa roh dan jiwanya?
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah dengan jasad trampilan gayanya?
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah dihitung pada kemegahan untuk rasa berbangga sahaja?
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah dimundurkan maju minda tatkala upaya dilahirkan ketajaman pemikiran hasil hikmat beramat pada taakul teladan dengan perumpamaan?
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah dirahsiakan kebenaran untuk berterusan dibuka kepalsuan penguatkuasaan undang-undang mengenainya yang sepenuhnya dikawal tata nafsu beracara?
Khamis, 4 Mac 2010
Celsius Ini Meningkatkan Raksanya!
"Bagaimana?"
"Sebagai warga kita wajar sedar tiada status kelas yang boleh diberikan kepada mana-mana keturunan dan setiap dari kita wajar menerima kebenaran dan upaya mengoptimumkan kebolehan dan potensi diri untuk berubah dengan lebih beretika."
"Ashik-ashik menuturkan perubahan. Masih belum terlihat pun sistem yang mahu diubah atau dipinda."
"Peribadi warga yang bijak ia akan meletakkan emosinya di tempat yang betul dan menjadi daya untuk memelihara dan membela kebenaran bukan semata tradisi yang dihikayatkan."
"Hikayat 'Orang-Orangan' yang mengkomoditikan pemikiran itu yang dikau gusarkan?"
"Kepadamu ia metos yang bukan dongeng!!
"Tidak!Tidak benar sangkaan itu.Metos 'Orang-Orangan' itu pada ku umpama manifesto yang bersasarkan motivasi bagi menggerak dan menjana kebangkitan jiwa untuk merasa.
Ia juga adalah kaedah pendidikan untuk dituntut pemikiran yang matang telus dan terbuka untuk dinilai integriti kewajipan beramanah bukan sekadar janji yang tidak sedia diungkit lantaran kekuatan emosi hanya dipasak mengikut musim beralih waktu."
"Merlin itu? Bagaiman dengan skrip Mr. Orwell yang mensahihkan kebenaran dunia ini diurustadbirkan oleh hanya sekumpulan manusia?"
Kami sudah semakin sering berbantah dan berbalah dan irama lagunya sudah bukan menjadi terapi yang ku nanti-nantikan seperti mana sebelumnya.
Selasa, 2 Mac 2010
Kroni Ku Di Mana Kamu?
"Mengapa berasa begitu?"
"Di dalam merenung taakulkan kesan didikan Rasul-Rasul ke atas jiwa masyarakat pada waktu itu,sukar mahu memahami makna yang tepat tentang sifat malu yang dimiliki oleh kanak-kanak khususnya apabila dibawa ke realiti alam cyber masa kini."
"Bagaimana prosesnya maksudmu?"
"Keluasan sempadan yang dibina hadnya oleh Amerika, Jepun dan lembah-lembah silicon yang kini dimuat turunkan dengan mudah di paparan bualan-bualan santai di laman-laman website para pelayar tanpa disedari."
"Menurut pandanganmu bagaimana pula? Waris-waris yakjuj makjujkah telah menetaskan telor-telor yang telah lama dieramkan untuk menyambut ketibaan Dajjal?"
"Ehsan dan realiti dua perkara yang berbeza. Malulah kepada Tuhan.|
"Hati-hati menggunakan ungkapan dalam bicaramu. Kata imbuhan lah itu merupakan pengarahan dan hanya yang berstatus sahaja berhak menggunakannya."
"Mengujarkan malulah kepada Allah juga termasuk di dalam seruanmu itu?"
Salah satu catatannya bertulis:
Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu.
Sahabat berujar: Kami memang malu kepada Allah ya Rasulullah salallahhualaihiwasalam.
Nabi: Alhamdulillah.Namun bukan itu yang aku maksudkan.Malu kepada Allah dengan sebenar- benar malu itu adalah, kamu memelihara kepala dengan apa yang disedarkannya.
(Di dalam nota kakinya tertanda ujaran - minda dan akal miliki kewarasan ilmu. Tertanya apakah nilai kemajuan ilmu jika ia mengurangi kewibawaaan insan tatkala dikaitkan dengan globlalisasi. Di setiap sudut aktiviti memerlukan keberanian untuk meletakkan pemikiran yang baik dan sihat yang dijelaskan dari keperluan sudut akhlak buat mencernakan kehalusan budi dalam mengatur penyusunan hati agar terpelihara adab dan hormat menghormati. Siapakah yang tidak dihormat ya? Mungkin kepada yang berterusan mengambil kesempatan tanpa kebenaran dan alasan dan mewakili tanpa diminta yang menafikan hak diri untuk membuat pilihan sendiri)
Nabi : Malu itu juga ialah apabila kamu memelihara perut dan apa yang dipenuhi dan memenuhinya.
(Di dalam notanya tercatat makanan yang bersumber dari penghasilan halal tanpa ikat janji dan akad yang menganiaya, tertanya bagaimanakah keutamaan memiliki medan dan kegiatan jual- belinya dianggap bersih? Wang yang bersumber dari aktiviti bersih jika perjudian sumbernya tanpa pengeluaran zakat mungkinkah juga termasuk antara pesanan Rasul sallallahhualaiswassalam?)
Nabi : Malu juga maksudnya kamu mengingati mati dan kehancurannya.
(Tercatat di nota kaki masa hadapan adalah akhirat.)
Nabi : Jika kamu inginkan akhirat tinggalkanlah perhiasan kehidupan.
( Catatan tertera sikap memonopoli mendominasi sesama keluarga,anak,menantu,ipar sepupu, mertua selain kroni menjadikan kesengsaraan ummat hanya dirasakan oleh mereka yang hidup di dalam kesederhanaan dan serba miskin bukannya di kalangan elit yang sedia kaya dan berharta. Mungkin ketika itu barulah bekalan wang tidak dicetak berulang-ulang sehingga inflasi menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang menuntut pasaran saham menjadi satu-satunya rujukan kehebatan ekonomi sesebuah negara sedangkan aktiviti menyelamatkan kroni melalui ‘bail-out’ berterusan menggunakan simpanan dari dana dan tabung awam yang dikutip dari cukai berterusan berlaku.Bagaimanakah kerasionalan keperluan warga memikul beban hutang dan khilaf pengurusan kekayaan dari pendapatan negara yang tidak upaya dibezakan hasil dari sumber perdagangan negara atau perdagangan syarikat sendiri?)
Nabi : Mengutamakan akhirat berbanding dunia upaya didakwa seseorang itu memiliki kesempurnaan sifat malu.
(Notanya padat tercatat - setelah Tuan meninggalkan kami masih basah dan tetap sempurna tutur bicara Tuan yang menanda dalamnya kasih Tuan kepada kami.
Namun tidak ramai yang mahu menjadikan Tuan sebagai rujukan bahkan kesarjanaan Tuan dari ‘Darjat yang Tinggi’ digempar-gempur Tuan seorang yang ‘ummi’.Setiap tahun berulangan wajah dan roh Ramadhan saksi pengiktirafan Pemilik Alam kepada Tuan. Diri masih menghitung dosa-dosa saat berakal baligh dari kewarasan akal andai dosa disabitkan dengan angka, sehari menghitung dosa berapakah jumlah sifar yang semakin berganda di hujung usia.)
Upayakah menjadi jiran kepada isteri dan anak Tuan?