Kami ke taman haiwan cuti yang lalu.
Kehidupan haiwan-haiwan itu masih dengan rutin harian yang sama semenjak berada di sana. Makanannya disuap dengan penghantaran yang berjadual apakah masih serupa jenis menunya? Apakah sememangnya haiwan-haiwan itu tidak sengsara tatkala membesarnya juga masih dengan dodoian bunyian berbagai kenderaan di jalanan yang sering pula dikejutkan dengan dentuman yang disengajakan seiring dengan bunyian hon yang panjang.
Kami melihat haiwan-haiwan peliharaan yang mendapat penjanaan syarikat korporat berada di habitat yang diduplikasikan petempatannya tanpa upaya disedari oleh haiwan-haiwan itu bahawa mereka diperdayakan kerana dikurung dan dibelenggu di dalam sangkar kurungan.
Taraf haiwan itu sama dengan haiwan-haiwan yang tidak mendapat penajaan atau keluarga angkat dari kalangan kumpulan manusia yakni taraf haiwan ini tidak bebas dan diimaginasikan persekitarannya bagaikan rimba raya yang pekat malar hijaunya.
Mergas tua juga sudah kian dihilaikan dengan sahutan kicauan kehibaan oleh sayu rasa kepiluan dihinakan menjadi haiwan tontonan untuk ditertawakan.
Taman kurungan yang luas itu disempadani oleh kejiranan penempatan manusia yang terlihat jelas bangunan-bangunan persekitarannya yang usang diperbaharui menjadi bangunan indah manakala lereng-lereng di garisan kontor perbukitan yang telah semakin direndahkan semakin terlihat bagaikan ganjil oleh terpegun batuan tertongok atas nama kekayaan.
Hujan renyai yang turun sejak awal ketibaan kami kian lebat menjadikan angsa bangau dan ostrich tidak berbangga dengan keadaan rupa dirinya yang mungkin diwar-warkan jelita oleh kebasahan bebulu ditimpa siraman hujan bercampur aduk dengan lumpur kotoran haiwan-haiwan di perbukitan yang lebih tinggi kedudukannya.
Habitan angsa itek ostrich kasawari semakin didalamkan lubuknya oleh kekotoran tanah-tanah dan sesampah yang menuruni di sepanjang kaki lima lurah-lurah kecil mengikut jalur kecil rerumput yang meliar menempatkan wujud tumbuhnya.
Sesudah hujan teduh kami menemui kertas tulisan jawi penunjuk jalan yang kembang dakwatnya oleh siraman hujan. Apabila diamati ia adalah kalimah dari bahasa arab.
Hati dan minda berbunga bangga.
Dan perasaan itu hilang tatkala di musollah tempat berhimpunnya para pelajar penjaya promosian tulisan itu tidak upaya menghidupkan roh kejiwaan laras penanda lughah bahasa yang mahu diaptasikan itu apabila kami bersolat dalam keadaan yang hingar bingar selang seli kelitah bualan, senda gurau tawa hilai, anika bunyian mesej mesin digital yang sesekali bernada deringkan pelbagai irama yang menjadikan bacaan solat tersasul seketika.
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah tanpa roh dan jiwanya?
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah dengan jasad trampilan gayanya?
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah dihitung pada kemegahan untuk rasa berbangga sahaja?
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah dimundurkan maju minda tatkala upaya dilahirkan ketajaman pemikiran hasil hikmat beramat pada taakul teladan dengan perumpamaan?
Melestarikan sesuatu bahasa itu apakah dirahsiakan kebenaran untuk berterusan dibuka kepalsuan penguatkuasaan undang-undang mengenainya yang sepenuhnya dikawal tata nafsu beracara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan