Selasa, 23 Mac 2010

Mengitar Hati Buruk Dari Karat Benguk

"Kepimpinan tidak lagi miliki kewajaran sebagai peluang menambah kekayaan."

"Siapa kata?"

"Saya yang berkata!"

"Lalu apa solusinya?"

"Mari bertanya pada mereka di universiti."

"Analisa Professor Madya berusia tiga puluhan itu lebih ketara memihak pada mentornya."

"Itu pakar bicara generasi muda."

"Ada gaji dan dana penaja seluruh dunia upaya dijelajahi. Cuba keluar wang dari saku sendiri baru diketahui diam itu setuju atau benci."



Kini berbeza sekali penampilan seluruh kempen kepimpinan di seluruh dunia yang mencari ruang kesempatan memindahkan kesalahan dan kesilapan kepada mereka yang tidak pernah terlibat melumpuhkan ekonomi dan politik juga arah kepimpinan sehingga keliru juga kaedah menanganinya kerana punca masalah tidak bersedia diselesaikan sebaliknya dicambah-cambahkan penyesalan ke atas warga yang tidak berdosa.

Umpamanya apakah perkaitan pengganas dan militan juga tahanan yang tidak pernah mendapat pengadilan dengan krisis keewangan Amerika (contoh sahaja) jika masih tidak dinasabkan kepada kesan ketiadaan integriti dan sifat kebertanggung-jawaban kepimpinan yakni krisis pecah amanah dan ketidakberdayaan individu yang mengetuai kuasa esekutif sesebuah pentadbiran?

Ada kalanya semangat berapi mereka tidak menepati keperluan dan memenuhi tuntutan kehendak pembaharuan.

Paling dikesali penimbaan idea seringkali menjadikan kita yang tidak pernah mengutip/ meraih apa-apa keuntungan dipersaingkan secara tidak sihat.



"Pakatan Rakyat ternyata miliki kewibawaan yang upaya mendapat sandaran kekuatan kerana gerakan mereka adalah bersama suara pakatan bukan sekadar perkongsian dengan marhaen."

"Usah terlalu memuja memuji."

"Apakah air mata mereka juga menitis hiba dengan paparan hampir kesemua lokasi kemiskinan warga yang dinatijjahkan oleh dasar ekonomi yang mengutamakan kebajikan pelabur."


Sayang sekali andai kemewahan yang berlimpah ruah terus dizahirkan dengan penerusan gaya kehidupan mewah memiliki kelab-kelab utama dan pemain utama bertaraf dunia untuk sesuatu jenis permainan.

Keterlaluan membicarakan ekonomi juga seperti kurang relevan lantaran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sepenuhnya di tangan dasar dan polisi dari sistem kerajaan yang sama sehingga golongan miskin yang ketinggalan dari arus pembangunan lansung tidak tahu dan sedar akan kenaikan harga minyak turun naik indeks angka esekutif bertukar nama, lalu sasar yang sebenarnya adalah bagaimana golongan yang tinggi pendapatan dan mewah cita gaya hidupnya dibantu penghayatannya agar menjadi pengguna yang berhemah dan lebih berimbang di dalam perbelanjaan?



"Apakah mereka masih tidak sedarkan diri lagi?"

"Ubat pelali itu mungkin terlalu mustajab sehingga mereka masih di dalam keadaan koma."

"Golongan inikah yang semakin jelas mahu diwar-warkan menjadi pemangkin agar berterusan mengujar dan mempertikai cara hidup yang sihat dengan menjimat belanja tatkala pengagihan kekayaan negara yang menterjemahkan ketidak mampuan dan penyurutan keberdayaan mengurus keewangan dan ekonomi negara lebih dituntut tindakannya?

"Wajar juga kita mempersoalkan apakah keperluan pemimpin dan partinya berniaga dan bagaimanakah pendapatan itu dianggap sebagai hak negara?"

Kita tidak boleh hanya menjadi pengikut yang hanya mahu bermindakan mahu memuaskan hati pemimpin.



"Besi buruk besi buruk siapa mahu beli besi buruk."
Irama peraih surat khabar lama sudah lama tidak kedengaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan