Isnin, 8 Mac 2010

Kesabaran Ini Di Ujikah?


Pengalaman memandu di sini amat mengejutkan.

 

Tabiat pemanduan anak-anak muda tempatan seakan-akan menggambarkan pewarisan sikap kecuaian pemanduan generasi berusia mereka.

 

Ia memangsakan kejujuran dan kesederhanaan pemanduan pemandu yang berhikmah dengan ketertiban kerana pengalaman-pengalaman kemahiran tinggi kebanyakan pemandu Asia khususnya di Asia Tenggara dan tidak keterlaluan memaksudkan pemandu wanitanya yang lebih beretika sesuai dengan sifat hikmah para ibu.

 

Jalan raya menyerlahkan sikap dan karektor sebenar pemandu-pemandu arab dan barat.

Apakah sedia dihindari khilaf andai diri tersilap mengujarkannya?

Sombong dan angkuh tidak keterlaluan untuk mempaparkan tabiat yang dibentuk oleh pendominasian sikap lelaki arab  ke atas kaum wanitanya.

Apakah sedia dielakkan khilaf faham andai diujarkan bahawa ia bukan merujukkan kepada semua para bapa?


Kesabaran juga tidak diseimbangkan dengan kesopanan pakaian jubah putih yang dilengkapkan oleh lilitan serban di kepala kerana mereka tidak sedia menunggu lama barisan kenderaan yang memanjang akibat penutupan jalan, lampu-lampu isyarat yang jaraknya berdekatan dengan susur bulatan atau kerja-kerja penurapan jalan.

Apakah terkesan reaksi radang dari pandangan ini?

 

Kenderaan mereka yang besar saiznya itu akan mulai memotong deretan pemandu kenderaan yang lebih beretika malah pemandu ini sedia menaiki tebing-tebing laluan berturap simen di bahu jalan atau pembahagi jalan bagi menunjukkan ketiadaan sifat sabar mereka.

Menyalakan lampu-lampu tinggi sewaktu berada di lorong sebelah kiri atau tengah jelas perlakuan yang mengganggu pemanduan yang mematuhi had kelajuan.

Sesuatu yang sukar digambarkan apabila pemandu-pemandu muda negara ini turut dilakukan oleh kebanyakan remaja luar yang mendapat lesen pemanduan dikompromikan oleh polis traffik dengan menutup laluan utama jalan awam sehingga ditukar laluan asal semata-mata bagi meraikan sesuatu kemenangan khususnya liga kelab-kelab bola mereka.

Wajarkah setiap yang terkesan di hati dituntut kemaafan?


Skil ini jelas tidak menjadi tabiat kebanyakan pemandu dari tanah air kerana kemeriahan hanya berlaku dan diraikan di dalam stadium sahaja dan tidak di atas jalan raya awam.

 

Pemanduan di sini kerap menimbulkan gangguan yang mendera perasaan  pemandu wanita yang umumnya lebih bersifat sabar menerusi corak pemanduan yang perlahan dan mematuhi tanda had kelajuan.

Namun tatkala keterlaluan diprovokasi wanita juga upaya memandu dengan meletakkan kerasionalan untuk diuji.


Memprovokasi di atas jalan raya menjadi ciri penderaan ke atas jiwa yang kadangkala ditemui pada cara pemanduan pemandu-pemandu dari India Nepal Pakistan juga lelaki-lelaki berusia.

 

Kebelakangan ini sistem pengaturan lalulintas traffik kerap mengeluarkan saman ke atas pemanduan berdasarkan rakaman video ‘photo kamera’ di simpang berdekatan lampu isyarat dan ‘speed camera’ yang kerap menimbulkan kekeliruan dan bahan senda kami.

Pemantauan dianggap menyempadani undang-undang untuk lebih dihadami lantaran sudut kematangan keterbukaan adalah dengan upaya menilai proses mengapa undang-undnag tidak dihayati?

 

Misalannya tatkala kenderaan berada pada kedudukan jarak antara 100-200 meter di saat lampu hijau masih bernyala. apabila masa pertukaran berubah kenderaan yang dipandu di sekitar melebihi had tanda (dengan kiraan lebih 1 kilometer) saman yang dikeluarkan adalah bernilai 300 hingga 500 riyal.

Misal lainnya wujud keadaan yang menganiaya pemandu apabila disengajakan diletakkan kenderaan lama di bahu jalan lokasi tertentu yang disediakan kamera di dalamnya (jalan yang lurus yang biasanya dipandu melebihi 110 kilometer pada keadaan sunyi – tidak banyak kenderaan).

Aniaya kerana kenderaan ini tidak diletakkan di ke dua-dua belah bahu jalan dan ia dianggap keterlaluan kerana tidak ada imej atau lambang jabatan traffik sebagai amaran yang meminta disederhanakan kelajuan pemanduan.

Apakah hubungan sehala paya menatijjahkan keadilan khususnya terhadap wanita?

 

Lebih keliru apabila lampu berwarna kuning bukan bermakna bersedia yang wajar menunggu, sehingga warna hijau bernyala tetapi lama masa bernyalanya itu membenarkan diteruskan laluan kenderaan di simpang yang telah terpadam lampu merahnya mengakibatkan terganggu laluan pemanduan kenderaan dari simpang yang lain pada susur laluan persiaran bulatan.

 

Kami juga bersua keadaan di mana secara tiba-tiba pada waktu laluan di bulatan dikawal, secara rawak dan tiba-tiba hanya beberapa kenderaan diberikan saman kerana tidak menggunakan tali pinggang keselamatan.

Mengapa ia memeranjatkan?

Lantaran kesalahan itu turut dilakukan oleh pemandu kenderaan di lorong lain yang berada berhampiran dengan pemandu yang dikenakan tindakan.

 

Ada juga ditemui amalan sikap memilih untuk dikenakan tindakan oleh pasukan traffik ini di mana saman yang dikeluarkan hanya menyebut ‘kenderaan ini telah dipandu secara merbahaya kepada awam’ tanpa menjelaskan sebab-sebab yang pasti tentang jenis kesalahan yang disaman dengan 900 riyal setiap satu kesalahan yang sama atau diletakkan di bahu jalan yakni tebing tinggi di premis tertentu yang membawa saman berjumlah 500 hingga 1000 riyal (tidak pasti).

Musykil kami ialah saman-saman ini dikeluarkan ke atas pemandu bukan arab.

Mengapa?

Lantaran berlaku di hadapan mata kami kesalahan sebegini tidak dikenakan tindakan apabila pemandu adalah dari penduduk tempatan atau pemandu dari barat.

Mahukah ditolak kita sedang menguji reaksi bebas emosi?

Rasanya setakat ini sejumlah menghampiri 10,000 riyal nilai saman menjadi tanggungan kami.

 

Adil?

 

Kami menjadi lebih tinggi kesabarannya walaupun telah diberitahu bahawa saman berjumlah 6,000 riyal akan dikenakan apabila membuat pusingan semula di simpang bersebelahan Villagio dan premis perniagaan Hayat.

Di lokasi ini kenderaan lebih bervariasikan kepelbagaian jenama yang ekslusif dipandu umumnya oleh pemandu lelaki.

Kini fenomena kekal dengan kenderaan-kenderaan berterusan membuat pusingan di simpang tersebut sehingga menjadikan kami turut menyertainya.

 

Adakalanya hangat yang memijar ini ditelaah oleh minda meminta kebanyakan warga berusaha giat mencari kaedah menukarkan minyak dan gas kepada sumber lain bagi menghidupkan enjin-enjin agar kebergantungan kepada telaga-telaga Pak Syeikh ini tidak keterlaluan diharapkan. 

Marahkah dengan luahan ini?

 

Bagaimana menghasilkan sel-sel bateri dari penggunaan solar yang lansung tidak memerlukan minyak dan gas wajar diberikan tempat untuk dihasilkan sebagai alternatif?


Sering disabarkan kepada anak lelaki yang kian ramai kenalannya dari warga tempatan, agar memahami bahawa pihak di sini mahu mendisplinkan warga mereka yang kelihatan begitu sukar untuk dididik atau dimotivasikan oleh kelaziman bertabiat hidup di dalam keselesaan dan kemewahan.

Hak-hak ketuanan mereka ini telah menjadikan ego sebagai sistem nilai berkemandirian lantaran mereka umumnya bukan di dalam kategori pekerja tetapi sebagai majikan.

Ini mungkin adunan budaya untuk berada selesa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat barat khususnya Amerika dan Eropah?

Dakwaan ini hanya pendapat peribadi tidak ada perkaitan dengan pandangan orang lain.

 

“Ya, jika pun mahu mendisplinkan warga mereka usahlah sehingga menganiaya warga yang datang ke sini untuk turut bersama membangunkan negara mereka. Kita bukannya kaya seperti mereka.”


Dan stuasi di rumah kami sering tegang di antara penghuni lelaki sesama sendiri oleh tuntutan-tuntutan dibayar semula bayaran saman yang didahulukan.

Inikah penanda baru persaingan mellinium abad ini dalam menuju kesempurnaan?

 

Punca sumber yang upaya meruntuhkan satu persatu binaan unit di dalam keluarga?

 

Saman itu perlu dibayar oleh bapa kerana anak masih tidak berpendapatan malah sepanjang usia remajanya tidak dinafkahkan sebahagian pendapatan bapa untuk dia memulakan sesuatu usaha yang bermakna untuk dirinya.

 

Tahniah.

 

Mengapa diucapkan tahniah?

 

Menjadi kelaziman masyarakat tempatan menyamakan nilai kehidupan bekeluarga sama seperti masyarakat barat di mana mereka tidak melihat keperluan berterusan menjadikan anak-anak remaja sebagai unit keluarga yang perlu dikasihi dan tidak dibebaskan awal dari menjadi sebahagian ahli keluarga.

Mereka dituntut mencari pekerjaan dan menyara kos kehidupan sendiri tanpa diutamakan pengasuhan yang berterusan menghadirkan anak-anak sebagai orang ke tiga penting selepas bapa dan ibu.

 

Anak-anak tidak wajar dibenarkan tinggal berasingan dengan ibu bapa sebelum dia benar-benar layak memahami kewajipan dan tanggungjawab hidup berkeluarga.

Anak lelaki wajar tahu muhrim yang perlu diberikan keutamaan untuk ditanggung penanggungjawabannya.

Ibu/nenek/ibu saudara sebelah ayah dan ibunya/saudara-saudara perempuannya/sepupunya di ke dua pihak ibu bapanya/anak perempuan dari adik beradiknya sebelum dia benar-benar memberikan perhatian kepada wanita lain melalui pernikahan dan sebelum saudara-saudara perempuannya berkahwin.

Apakah anak-anak lelaki ini faham kewajipan dan tangung-jawab mereka?

 

Apakah yang terjadi tatkala anak-anak yang masih rendah usianya ini diberikan kesempatan dan ruang kepada ‘mereka’ yang berada di luar lengkungan keluarga bagi menikmati hasil usaha dan mendapat lebih keutamaan berbanding ahli keluarganya?


Bagaimanakah caranya untuk dipelajari tugas dan peranan sebagai ketua keluarga seandainya hanya berada di dalam garisan cinta dan kasih sayang sahaja?

 

Adil yang bagaimana mahu direlevankan?

 

Menjadi tabiat yang telah diketahui bagaimana remaja-remaja apabila mencapai had umur antara 17 hingga 21 mereka ditunjukkan jalan keluar untuk hidup sendiri. Berdikari.

Aduhai apabila kajian dan pengalaman orang kaya menjadi tiruan dimodelkan pembinaan syaksiah remaja dan generasi entah di mana mahu diletakkan kewarasan.

 

Sedangkan hakikat dari tarbiah Rasul SAW anak-anak diangkatkan menjadi ahli keluarga yang memberi kesempatan untuk mereka bertanggungjawab.

 

Mengapakah keberkatan hilang dari aktiviti kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan  bernegara pada zaman ini?

 

Mengapa?

 

Hanya untuk menjadi kaya. 

 

Siapa kata?

 

Ibu dan bapa.

 

Aduhai.

 

Andai orang miskin bagaimanakah diajar menjadi kaya?

Sentiasa jujur. Ia bukan perlu dimodalkan. Walau pun tidak upaya menjadi kaya, kita hidup bahagia kerana tidak menipu malah tidak berhutang.

 

Mudah.

 

Kehidupan berkeluarga masyarakat tempatan juga lebih menempatkan ruang-ruang pemisahan di antara ahli keluaraga apabila hujung minggu di sini kaum bapa lebih senang meninggalkan isteri dan anak-anak mereka di premis perdagangan utama dan mereka sendiri berada atau berkumpul beramai-ramai di ruang-ruang mewah untuk menikmati kehidupan berperibadi.

 

Ia sesuatu yang agak ganjil.

 

Lambang penyatuan keluarga lebih terarah kepada kehidupan bernafsi-nafsi yang memutlakkan hak berperibadi.

 

Anih.

 

Setelah bersusah payah memiliki kehidupan berkeluarga tiba-tiba sahaja inginkan kelainan. Tetiba sahaja inginkan konsep dan ciri yang lebih memfungsikan kehendak naluri dari sanubari yang paling dalam.


Sensasi kedengarannya atau lebih dieksklusifkan kehendaknya berbanding keperluan?

 

Kehidupan bersosial ini menimbulkan persoalan tentang landas tanda pembinaan ummah andai masyarakat yang didirikan tidak bertabiat dengan keislaman sebagai agamanya keimanan sebagai budayanya.


Ya masyarakat di sini telah ditandai dengan liberalisme sekular.


P/S :

Mari ku ajarkan kamu bahasa melayu ku yang bebas tanpa perlu berhipokrasi atau dijual beli buat memiliki calitan kroni.


Tertanya mengapa dia masih mahu menginggeriskan minda ku walau pun dia sudah terlalu kaya dan hebat untuk tidak lagi wajar mendapat bantuan selain sokongan.


Usah membuatkan rasa benci  ini semakin tinggi.


Kerana kayu yang besar jugalah yang terus bersakat sedang yang layu berlumur karat masih marhaen yang padat dengan selaut jaki diberdayakan untuk menjadi insani.

 

1 ulasan: