"Minda ini tersentak tatkala terasa empayar halunisasi kini semakin bersistematik."
"Mengapa berasa begitu?"
"Di dalam merenung taakulkan kesan didikan Rasul-Rasul ke atas jiwa masyarakat pada waktu itu,sukar mahu memahami makna yang tepat tentang sifat malu yang dimiliki oleh kanak-kanak khususnya apabila dibawa ke realiti alam cyber masa kini."
"Bagaimana prosesnya maksudmu?"
"Keluasan sempadan yang dibina hadnya oleh Amerika, Jepun dan lembah-lembah silicon yang kini dimuat turunkan dengan mudah di paparan bualan-bualan santai di laman-laman website para pelayar tanpa disedari."
"Menurut pandanganmu bagaimana pula? Waris-waris yakjuj makjujkah telah menetaskan telor-telor yang telah lama dieramkan untuk menyambut ketibaan Dajjal?"
"Ehsan dan realiti dua perkara yang berbeza. Malulah kepada Tuhan.|
"Hati-hati menggunakan ungkapan dalam bicaramu. Kata imbuhan lah itu merupakan pengarahan dan hanya yang berstatus sahaja berhak menggunakannya."
"Mengujarkan malulah kepada Allah juga termasuk di dalam seruanmu itu?"
Salah satu catatannya bertulis:
Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu.
Sahabat berujar: Kami memang malu kepada Allah ya Rasulullah salallahhualaihiwasalam.
Nabi: Alhamdulillah.Namun bukan itu yang aku maksudkan.Malu kepada Allah dengan sebenar- benar malu itu adalah, kamu memelihara kepala dengan apa yang disedarkannya.
(Di dalam nota kakinya tertanda ujaran - minda dan akal miliki kewarasan ilmu. Tertanya apakah nilai kemajuan ilmu jika ia mengurangi kewibawaaan insan tatkala dikaitkan dengan globlalisasi. Di setiap sudut aktiviti memerlukan keberanian untuk meletakkan pemikiran yang baik dan sihat yang dijelaskan dari keperluan sudut akhlak buat mencernakan kehalusan budi dalam mengatur penyusunan hati agar terpelihara adab dan hormat menghormati. Siapakah yang tidak dihormat ya? Mungkin kepada yang berterusan mengambil kesempatan tanpa kebenaran dan alasan dan mewakili tanpa diminta yang menafikan hak diri untuk membuat pilihan sendiri)
Nabi : Malu itu juga ialah apabila kamu memelihara perut dan apa yang dipenuhi dan memenuhinya.
(Di dalam notanya tercatat makanan yang bersumber dari penghasilan halal tanpa ikat janji dan akad yang menganiaya, tertanya bagaimanakah keutamaan memiliki medan dan kegiatan jual- belinya dianggap bersih? Wang yang bersumber dari aktiviti bersih jika perjudian sumbernya tanpa pengeluaran zakat mungkinkah juga termasuk antara pesanan Rasul sallallahhualaiswassalam?)
Nabi : Malu juga maksudnya kamu mengingati mati dan kehancurannya.
(Tercatat di nota kaki masa hadapan adalah akhirat.)
Nabi : Jika kamu inginkan akhirat tinggalkanlah perhiasan kehidupan.
( Catatan tertera sikap memonopoli mendominasi sesama keluarga,anak,menantu,ipar sepupu, mertua selain kroni menjadikan kesengsaraan ummat hanya dirasakan oleh mereka yang hidup di dalam kesederhanaan dan serba miskin bukannya di kalangan elit yang sedia kaya dan berharta. Mungkin ketika itu barulah bekalan wang tidak dicetak berulang-ulang sehingga inflasi menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang menuntut pasaran saham menjadi satu-satunya rujukan kehebatan ekonomi sesebuah negara sedangkan aktiviti menyelamatkan kroni melalui ‘bail-out’ berterusan menggunakan simpanan dari dana dan tabung awam yang dikutip dari cukai berterusan berlaku.Bagaimanakah kerasionalan keperluan warga memikul beban hutang dan khilaf pengurusan kekayaan dari pendapatan negara yang tidak upaya dibezakan hasil dari sumber perdagangan negara atau perdagangan syarikat sendiri?)
Nabi : Mengutamakan akhirat berbanding dunia upaya didakwa seseorang itu memiliki kesempurnaan sifat malu.
(Notanya padat tercatat - setelah Tuan meninggalkan kami masih basah dan tetap sempurna tutur bicara Tuan yang menanda dalamnya kasih Tuan kepada kami.
Namun tidak ramai yang mahu menjadikan Tuan sebagai rujukan bahkan kesarjanaan Tuan dari ‘Darjat yang Tinggi’ digempar-gempur Tuan seorang yang ‘ummi’.Setiap tahun berulangan wajah dan roh Ramadhan saksi pengiktirafan Pemilik Alam kepada Tuan. Diri masih menghitung dosa-dosa saat berakal baligh dari kewarasan akal andai dosa disabitkan dengan angka, sehari menghitung dosa berapakah jumlah sifar yang semakin berganda di hujung usia.)
Upayakah menjadi jiran kepada isteri dan anak Tuan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan