Khamis, 25 Mac 2010

Luka Lama Berdarah Semula - Maskot Bangsa Siapa Yang Gah Nama Di Dunia Miskin Tanpa Harta

Kita buat baik bukan untuk nama tetapi perlu dibiasakan berbuat baik kerana itu adalah tanggungjawab.


Kebelakangan ini semakin jelas penunaian tanggungjawab hanya dilihat sebagai tugas dan kewajipan pihak tertentu sahaja sedangkan sosial masyarakat semakin tergugah kesejahteraannya oleh kitar dan kirai hurai makna tanggungjawab yang tidak sepenuhnya dibenarkan untuk diaplikasikan oleh warga awam.


Pernah dinyatakan secara berterus terang dia tidak suka program MTV biarpun mesejnya baik.

Baik dari sudut yang mana tatkala itu tidak terfikir di mindannya kerana sememangnya pun dia hanya terlihat beberapa wajah rakyat tanah airnya mendapat undangan setelah berjaya menduduki tempat teratas pada satu acara yang berada di bawah MTV (siaran yang dipancarkan dari selatan tanah air).

Mungkin hanya itu sudut yang terfikirnya sebagai baik. Bersangka baik. Mungkin.


Bintang bukan dilahirkan semata-mata tetapi mereka dituntun dipandu ditunjuk arah untuk berhibur semata-mata selain bermatlamatkan menjadikannya sebagai karier untuk berpendapatan yang membawa keuntungan pihak penaja yang memodalkan penginteraksian medan hiburan.

Benarkah begitu?


Bagaimanakah mereka mengorientasikan moral dan nilai-nilai kemanusiaan yang menghubungkan kehidupan sebenar masyarakat semasa?

Bagaimana mereka menyedari ranking yang didapati juga hasil dari billion jiwa raga penyokong mereka di dunia muslim yang membeli produk yang diterbitkan?

Bagaimana kemiskinan dari kebanyakan 'penyokong' mereka adalah dari wilayah yang dikancahi oleh peperangan hanya akibat dari persaingan mendapatkan pentenderan?

Bagaimanakah wanita dan anak-anak yang hanya menjadi balu dan yatim natijah dari pemiki peluru yang sesekali dihiburkan atau terhibur oleh penampilan mereka di sempadan tanah yang merdeka di abad 19 dan 20 ini?

Apabila ada sesetengah penghibur ini disukai tidak bermakna kita juga perlu menjadikan diri kita seperti mereka. Berimaginasi dengan minda mereka. Bergaya dengan stail dan cita rasa mereka.

Salahkah pula kali ini fikiran ini tatkala kematian dan syurga itu malah neraka juga tidak memilih atau mengecualikan sesiapa di antara manusia sama ada dia Raja Ratu bangsawan eliet atau hamba?


Salah yang bagaimana jika mahu mengenal syurga tujuannya adalah untuk bersama-sama beramai-ramai
layak memasuki syurga walau pintunya miliki syarat yang tidak sukar terbuka?

Salah yang bagaimana jika mahu mengenal neraka tujuannya adalah untuk bersama-sama beramai-ramai menjauhi dari ditempatkan di neraka walau pintunya mudah dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu tetapi kita tidak upaya menahan bahang dari panasnya neraka.


Salam hormat untuk mereka dengan harapan bersatulah demi kemanusiaan dan kasih sayang.

Wang akan subur bercambah menjadi bertambah banyak tatkala mereka sudi menghargai perbezaan agama, budaya,cara fikir dan cara hidup malah menerima sistem syariat sebagai sumber penguatkuasaan undang-undang.
Juga sedia dan sudi berkongsi kemewahan dengan insan-insan yang tertindas terbuang terpinggir terabai terbiar dimiskinkan oleh pengagihan kekayaan yang tidak adil dan saksama.

Tiba-tiba sanubarinya yang paling dalam tidak menggemari lintas interaksi 50 buah lagu di udara.

Aduhai.

Hari ini face book menghilangkan kesemua nota utama saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan