Rabu, 17 Mac 2010

Bagaimanakah Dieja Bunyi Keluhan?


Setelah  ketiadaan mu mereka kian berpesta dengan kemeriahan menyanyangi 'insan-insan yang lemah'

Siapakah yang lemah R?

Gadis yang dilukai oleh lelaki perkasa di atas traktor?

Begitulah realiti tatkala keterlaluan mahu memenangkan pemimpin yang sukar lagi mahu disembunyikan.

Marahkah dirimu jika ku katakan mempersaing gender juga bermakna mempersaingkan tender?

Bahasa kita tatkala terlalu santun hati dan sanubari jiwa mudah dilentur

Tatkala kita melantunkan suara mudah pula diduga bagaikan seringai Sang Serigala

Akhirnya,

Kesemuanya tidak ada yang menarik hati untuk diamati.

Manusia adalah bangsa yang mahu terus dipegunkan oleh laman kanak-kanaknya.

Aku masih meratapi kematian insan lemah yang bukan lelaki.

Agar tiada wanita yang turut mempermainkan tangisan ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan