Ahad, 21 Mac 2010

Medan Menang Mu Di Mana?

Mengapakah masyarakat kita hanya berani berbicara selepas kematian orang yang dibicarakan berbanding berbicara tatkala mereka masih hidup?

Tidak faham soalan.

Keberanian jenis baculkah yang kita miliki tatkala kita hanya berani berbicara selepas kematian seseorang berbanding berbicara mengenai mereka tatkala masih hidup.

Senyuman saling berbalas dengan manis dan bahasa mata.

Bohong itu muliakah jika terhadap diri sendiri ia dibenarkan?

Itu cela diri namanya.

Keberanian mengaibkan menerusi pendedahan rahsia apakah matlamat mengadilinya tanpa pembelaan?

Berbelit tidak difahami.

Semangat toleransi mahukan ia menjadi begitu.

Sekali lagi senyuman saling berbalas.

Bagaimanakah dilihat kemanafaatan berbicara mengenai mereka yang telah meninggalkan dunia berbanding ketakutan kegentaran dan kebimbangan membicarakan kesalahan dari salah laku penyelewengan yang tidak upaya diadili ke atas kesalahan pelakunya yang masih hidup dan upaya membela diri?

Berikan contohnya.

Bolehkah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan