Sabtu, 27 Mac 2010

Bukan Mengusir Tetapi Sila Meminggir

Kali ini kali yang ke enam atau ke tujuh tidak berpeluang bermundar mandir di gerai-gerai buku-buku yang selama ini menjadi frekuensi pembicaraan minda.

Tidak membaca menjadikan kita kehilangan sebahagian besar dari kecerdikan.

Seakan ternampak jelingan-jelingan mereka yang sememangnya tidak menjadikan membaca sebagai satu kaedah memahir dan meningkatkan keupayaan berinteraksi di antara pemikiran dan kemahiran.

Sesuatu yang merugikan nilai estetika dari kecantikan akal yang diberikan oleh Pencipta bagi mengistimewakan insan berbanding haiwan apabila membaca itu bukan minat dan menjadi kegemaran.

Bagaimanakah mahu disorotkan nilai pembacaan di dalam membudayakan tabiat peka dan sedia memahami realiti asas pelbagaian masalah di dalam masyarakat tanpa terhad fokusnya misal, hiburan di tanah air tidak merealitikan keperluan dirintis tuntutan berhadapan dengan akhir zaman yang saingannya hanya didominasikan pro-aktifnya oleh istilah ‘holly bolly’yang melandaskan tema-tema kebebasan tanpa kerohanian, persamaan tanpa kebersamaan yang menghukum sifat warga sebagai pengguna.

Ketahuikah dia bahawa diri ini melihat nilai trillion kepadatan dunia menuntut pengaksesan muslim mukmin yang miskin dan mundur diberdayakan dengan bahasa ibunda mereka untuk lebih diterjemahkan etika amanah bertanggungjawab dan berkreatif membela kehidupan sendiri?

Yang miskin di dalam ratap bagaimana dituntut agar memaafkan yang kaya?
Yang kaya di dalam ceria bagaimana dituntut agar memaafkan yang miskin?

Susahkah?

Tetapi ini realiti yang tidak berlaku untuk digerak usaha saling memaafkan.

Namun awas. Memaafkan siapa demi apa?

Entah mengapa masih belum upaya dilupa mengenai sesuatu.

Sesuatu yang menjadikan sukar lagi mahu wujud interaksi dengan mereka yang berada di sini.

Realitinya Pelajaran Islam di dalam IGCSE adalah mata pelajaran yang tidak wajib dipilih menjadi mata pelajaran di dalam peperiksaan oleh pelajar muslim. Pelajar muslim dialu-alukan untuk tidak memilih pelajaran ini.

Mengapa Nusantara tidak mampu mewujudkan piawaian tinggi peperiksaan seumpama ini di dalam bahasanya sendiri?

Dahulu ada pelajar berbangsa tionghua yang sentiasa mendapat markah 100% untuk peperiksaan Pendidikan Islam di sekolahnya. Mengetahui asas-asas pembahagian zakat asas-asas pembinaan iman dari penghuraian Rukun Islam dan Rukun Iman, cara-cara asas bersuci untuk beribadah dan sejarah Rasul Ulul Azmi dan sejarah ringkas Khalifah Berempat tidak pula menjadikan pelajar itu meninggalkan agamanya (entah apa khabar dirinya sekarang)

Berapa banyak jenama tanah air diberikan pemilikan kepada negara lain apabila ‘sharing and caring’ menjadi konsep pendiplomasian masa kini?

Kerugian apabila hak penerbitan buku-buku diberikan kepada negara luar.
Ini isu moral dan ekonomi!

Ini di antara punca dia tidak lagi suka mahu berkomuniti biar pun hidupnya sepi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan