Isnin, 4 April 2011

Budi Mengusung Nama?

Berasa bosan.


Mengapa?


Bosan mendengar ubah suai yang mencemarkan keaslian sesebuah hasil karya.


Apa pun kebudayaan tanpa akar akidah tidak terlihat agamanya.



Adakah kebudayaan pada anggapan mu seperti plastik yang boleh dianjal dan diregangkan mengikut kesesuaian?


Sotong yang tidak bertulang belakangkan pun mampu memiliki identiti diri berperibadi bila mana walau dirumpunkan menjadi komuniti hidupan laut tidak sedia ia menukar sifat yang diberi Tuhan untuk hanya mendapat iktiraf menjadi nasab amfibia kecuali spesis katak yang mahu menjadi reptilian.


Tetapi manusia mahu dan sedia sahaja menukar identiti untuk berperibadi?


Separuh tin – separuh tong – separuh nikel – separuh fibre – separuh emas – separuh metal – separuh pasir – separuh raksa - separuh gas – dengan campuran segala jenis bahan asas yang disadurkan dengan berbagai saduran celupan untuk awet oleh formula sifat yang bersimbol E.


Apakah Bovine Somatropin juga mahu mengawetkan manusia?


Seperti telor-telor penyu maksud mu, yang tidak ditunggui oleh bapa penyu?


Moral tentang bapa penyu ini ialah wajar dihormati setiap pencatat blog ada yang telah bersuami atau beristeri dan mempunyai anak-anak remaja yang sentiasa mengambil endah hal ehwal ibu bapa mereka. Anak-anak biologi kami mengambil tahu keadaan dan urusan ibu bapa mereka dengan cara mereka sendiri.


Bila tidak ada yang mahu menjadi 'budak'suruhan tentunya tidak wujud kehendak untuk menjadi 'tuan besar'.


Apa sebenarnya yang masih berada di dalam hati mu?


Hormati kami apabila tidak menjadikan undi sebagai rahsia.

Mahu dicabar kemampuan dan kesediaan untuk menerima kenyataan bahawa undi bukan lagi rahsia?


Alasan saya ialah bagaimana undi pos menjadi rahsia tatkala tidak ramai anggota pasukan keselamatan yang bertugas di seberang laut berbanding dengan mereka yang berkhidmat di luar Negara dan pelajar-pelajar yang sedang belajar di universiti luar Negara?

Bagaimana setiap undi rakyat yang berada di luar Negara tidak disalah gunakan akibat dari ketidak bolehan mereka untuk pulang membuang undi?

Apakah boleh undi suami mereka dijadikan penentu untuk undi isteri-isteri mereka dipastikan turut bersetuju dengan pemilihan undi suami mereka selaku penjawat kerajaan dan swasta yang mempunyai kecenderungan untuk memihak kroni syarikat atau jabatan di mana mereka berkhidmat?


Hanya itu?


Bagaimana anda mahu memulihkan sistem auto save yang dijadikan kaedah dan cara kepada Microsoft Words yang menggunakannya sebagai kesempatan untuk mengambil catatan pengguna-pengguna mereka?
Adakah kawalan sistem perlindungan (back up ) cakera padat termasuk ke dalam FTA yang sedia merugikan pelayar peribadi?


Perkaitannya?


Kos belanja mingguan kami di Doha semakin meningkat.Jika dahulu dua minggu sekali purata perbelanjaan makan dan barang kegunaan untuk keluarga seramai 6 orang jumlahnya antara 300-400 riyal (antara 700-800 sebulan) kini purata belanja kami ialah antara 700-800 dalam tempuh dua minggu (anggaran 1600 riyal sebulan).


Lalu?


Apakah Negara-negara Teluk memahami isu FTA apabila kebanyakan mereka adalah pencinta dan menjadi kekasih barangan buatan Amerika dan England selain Eropah?
Sementelahan mereka bukan Negara pengeluar barangan makanan dan menjadi pengimport (utama barangan pengeluaran makanan dari Amerika, Eropah dan England).


Boleh dilihat Negara-negara yang menjadi regu FTA?


Anda tahu keadaan realiti kos rawatan kami di sini? Produk dari kegunaan peralatan dan ubatan tidak semuanya dibeli dari klinik. Sesetengahnya kami perlu beli di kedai.Tahukah harga antibiotik bagi gusi yang sakit? Ianya bernilai 120 riyal. Produk dari UK.


Setakat ini tidak ditemuikah barangan perubatan dari Negara muslim atau negara OIC?


Jawab pertanyaan ku apakah nilai dari sisi pandang yang mana untuk dilihat kesan pengisian kemerdekaan yang berjaya diperolehi oleh Negara-negara di dunia ini?


Apakah pemimpin-pemimpin ini boleh diselidik dan diperiksa tahap piawai prestasi mereka membuat keputusan yang tidak sepenuhnya memelihara kebajikan rakyat pertengahan dan berpendapatan rendah? Begitukah maksud mu?