Khamis, 31 Disember 2009

Trimatra Transisi 2010?

"Perlukah juga meratibkan tahun-tahun yang beberapa jam sahaja akan berlalu tatkala gobok minda telah sedia disukat dengan jiwa?"

"Masih merujuk kepada transkrip transito?"

"Transit embargo tidak mempunyai transitif dan kerana itu daku menjadi sensetif!"

Siapa yang tahu trauma para transmigran yang sempadannya berpetakan trapezium dan transmigrasi itu amat melukakan!

Nah ini senarai kegagalan untuk saya berhipokrasi terhadap diri sendiri dan sukar untuk dianggap kitaran ini akan berterusan atau tidak.

Mungkin juga ia sampah yang telah mengotorkan halaman minda diri :

1- Mengakui Islam agama rasmi tetapi tidak menghormati hukumnya ke atas warga yang muslim.
2- Mengakui kemunduran bangsa melayu tetapi tidak menghormati bahasa rasmi sebagai bahasa perantara ilmu.
3- Didilemmakan bangsa melayu keturunan pemalas tetapi agih edar taja dana untuk senasab menjadi kaya mestinya diutama kroni yang gigih berusaha dan menjadi usahawan sebagai karier.
4- Paling terbaharu boikot apa sahaja asalkan Liverpool Manchester Chelsea Arsenal beraksi upaya disaksi atau dipapar para hero seusia Beckcam dan Messi.
5- Karya Kita Hak Kita tetapi bila kena runding bicara semua boleh jadi hak semua dan ianya pula menjadi rahsia kepada empunya diri.
6- Keadilan boleh dideklarasikan tetapi tahanan jangan dibicarakan.
7- TPM boleh ditumbuk tetapi Ketua Polis miliki hak ketuanan, PM lagi dikecualikan.
8- Tahu riba itu tidak dibolehkan kepada muslim tetapi undang agar muslim upaya dijebakkan.
9- Wajar bersetia kawan kerana semangat kejiranan serantau tetapi F1 saling disengitkan beraksi di gelanggang litar diundang beronda-ronda keliling bandar.
10- Tahu muslim tidak boleh berzina, diundang agar ke rumah-rumah urut melepaskan keletihan. Judi juga tidak boleh mereka dilibatkan tetapi wang boleh dipertaruhkan dengan pengambilan untung tidak terjangka asalkan berani menanggung hutang.
11- Konsensi tawaran tender berpajakkan kroni yang upaya memindahkan ufti.
12- Kemiskinan-kemiskinan yang memperkukuhkan pegangan kuasa yang merumitkan kasta untuk dihadami sebagai peneutral untuk diplomasi menjadikan tertawa itu ubat yang pahit bagi kemajuan pencabulan tatkala berinteraksi.


Sila tambah jika sudi.

Selasa, 29 Disember 2009

Teleskopku Dan Kantamu

Rindu yang semakin rimbun
Melusuh birat jiwa yang meruntun
Minda dipuja hingga terpegun
Menikam hati mengusir santun.


Melayu yang kian melayu merapu bagai hantu dihujung kuku merah dan biru bermalu ditusuk sembilu sedia ia bermadu kerana bahasa yang kian lesu aduhai melayu yang merapu kikis rindu dengan berlagu cyberjaya apakah telah menjadi tugu?


Kata orang jawa,"melayu!melayu!melayu!"

Kataku,"lari!lari!lari tinggalkan melayu yang kian bisu."



Melayu itu kian berlari bersama keliru

Bahasa yang mahu dimadu

Kasih yang mahu dirayu

Tatkala semua telah melayu

Melayu ! Melayu ! Melayu !

Lari ! Lari ! Lari !

Mahu bertongkat dengan angka satu

Tertiarap mindanya tewas beradu

Meratib realiti menyulam tiru

Sosial setia bersegi penjuru

Sudah alpa peri pelaku?


Pada jelata yang sering memangku

Di atas jemala batu yang berat sedia dibahu,

Yang capik datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin
Yang pekak leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak bertolak-tolakan
Yang pendek tinjau-tinjauan
Yang kurap mengekor angin.

Sudah lupa kita tidak berkubukan ilmu?

Sudah alpa kita tidak bersusilakan wahyu?

Sudah teruja kita dek megah memandu?

Isnin, 28 Disember 2009

Lalang

Lalang lalang itu fitrahnya tidak berperibadi
Dihela ke kanan ia tidak mahu ke kiri
Disila ke kiri ia tidak mahu ke kanan.

Bunganya juga jenis kegadisan yang rapuh mudah dibelai bayu
Daunnya pula jenis keterunaan yang mabuknya mudah diserlah kegatalan.

Sehingga

Kulit manusia mudah alami radang oleh alahan
Tatkala bunga dan daun lalang ini bersentuhan
Lalu manusia-manusia itu tidak wajar semiang lalang.

Hujan

Hujan turun lagi.

Semalam dan hari ini.

Hujan bergirang hati

Menabur jasa dan bakti

Kepada hamba dari Ilahi

Demi mengasihi Pak Tani

Yang kini

Budinya termiskin oleh iri

Tanahnya dipajak tanpa izin dan janji!

“Aku bukan berkroni,”luah Pak Tani yang tidak pernah pilihannya dihormati.

Ahad, 27 Disember 2009

Budaya Pelacur??????????????????????????

"Amat sukar menimbus benci melarutkan mimpi tatkala jelas realiti."

Dengung radang ini masih bergema oleh terma puluhan tahun janji menebuk sengsara tatkala kaya menjadi bencana saat lingkaran talaan kilasnya bukan gabung erat saudara yang mahu mengharmonikan satu rasa pada laungan suara usaha sehingga agama tidak diberi naluri berfungsi membuat insan terpisah jiwa.

"Setiap jiwa itu bersaudara."

Terasa birat darah menyimbah ke pipi.Sukar menolak sahih seakan-akan wujud nasab manusia sebangsa yang amat terserlah sifat gemar menjual nyawa bagi mendapatkan harta.

Buku 'Serindit Hijau' itu diamati ungkapan untai kata-katanya. Aplikasi pencabulan sudah menjadi bisa racun yang membunuh Serindit. Ruang udara telah menjadi sesalan Serindit. Buku itu hanya kecaian kertas yang telah robek dan sukar dicantumkan semula akibat rakus ketamakan haloba bangsa yang didakwa berdarjat mulia.

"Bagaimanakah dikau mahu menolak pembinaan budaya dan peradaban berasaskan agama yang akan menjadi asas baru tema bergloblalisasi yang tidak hanya memfokus warga sebagai masyarakat pengguna sahaja kesan dari daya saing industri?"

"Eletrik dan masa depan ummat bagaimanakah ditangani dengan isu alaf tatkala kekurangan sumber air kepada penjanaan sumber kuasa dan tenaga yang ditentukan oleh faktor iklim dan suhu yang saling berbeza mahu dikau akseskan dengan pecahan-pecahan mimpi yang berderaian kaca-kacanya?"

"Dikau menjawab terlebih dahulu pelarian yang bernegara sebagai warga yang tidak mendapat pengiktirafan bagi mendapatkan hak-hak asas perlindungan bagaimana dikau mahu klafikasikan sebagai jenayah awam andai kewujudan undang-undang tidak upaya memelihara mereka dari didiskriminasi dan pengabaian menikmati taraf berwarganegara?"

"Padamkanlah kemarahan yang masih bernyala di mindamu itu. Pepatah mengatakan luka yang diakibatkan oleh lidah lebih parah dari luka yang disebabkan oleh pedang kerana yang cedera bukan fizikal tetapi perasaan."

Pandai sungguh dia berbicara. Apakah sudah dilupa adalah jauh lebih baik berhadapan dengan orang yang sedang marah berbanding berhadapan dengan orang yang sedang lapar!
Ya Allah usaplah jiwa ini dengan kesabaran. Semakin sukar kiranya mahu mencatat jika tidak ada ketabahan.

"Apakah kita upaya melupakan perkhemahan pelarian di sempadan dan wilayah yang berkrisis yang berterusan mahu didanakan agihan pendapatan? Selama mana dan sehingga bila? Mencubalah menjawab peningkatan yang semakin bertambah adakah ia diakibatkan oleh dagangan atau dasar atau kuasa atau sumber yang mahu dibangunkan?"

"Marahmu ini tidak mungkin terpadam."

Sabtu, 26 Disember 2009

1431 dan 2010

Dia meminta maaf kerana masih tidak tahu berbudi setelah menerima jasa.

Dia tidak tahu lagi cara yang mulia untuk tidak kemeriahan jamuan seisi keluarga tidak dicemarkan tatkala melihat utas-utas tali tidak upaya melilit bagi membelenggukan khianat.

Dia ingin meminta maaf bila terasa peraturan-peraturan itu semakin menyerlahkan salah laku.

Dia sudah tidak tahu erti teladan berbanding kritik tatkala semakin tahu makna sempadan berbanding ‘jambatan’.

Dia ingin meluahkan bahawa nyawa pemberian Tuhan tidak wajar dikorbankan meski diketahui wujud pemimpin yang sedia memperniagakan warganya.

Kesemua itu tidak diluahkan digumpal dengan cerna perasaan dengan hikmah melentur amarah dengan pegun lidah sakitnya dimamah meski lumut-lumut semakin lebat melicini hatinya,cela-bicara dan cela kata semakin mendalamkan lemas nurani sukma biarlah agar kemeriahan jamuan keluarga tetap terpelihara.



bunga 'sepatu'  kenderaan di pasir membekas rupa, bunga luka di  dalam hati ?


Perlahan dia bertanya adakah hak komunikasi perlukan kawalan?

Tindakan-tindakan manusia dikatakan usah pantas dicerca didakwa dan dipersenda sebaiknya wajar difahami terlebih dahulu.

Rabu, 23 Disember 2009

Perbicaraan Hati

Papan Tanda yang tidak disenangi oleh mata ialah papan tanda yang berada di hadapan tiang bendera menuju ke rumah mertua.

Entah mengapa sering minda berkongsi kelukaan yang dirasai oleh jiwa tatkala memandang ke arah papan tanda yang ditaja itu.

Setiap kali melaluinya serasa darah meningkat mendadak dan mulai peluh-peluh mengalir deras sehingga likatnya sama selikat darah yang mengepam udara ke jantung yang kekurangan oksigen.

“Dengan papan tanda rasaksa itu juga mahu dikau sengitkan perlawanan di hatimu?”

“Papan itu bukan bicara bisu tetapi penularan untuk disambungkan talian tangisan dunia kerana kemunduran ummat Islam.”

“Pembinaan hutan kota dengan sarat kemiskinan minda oleh suduan dan suapan pemikiran yang terjajah.” Kesalingan interaksi mereka kian suram.

"Ia tidak ada kena mengena dengan aliran sokongan dari musik seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, muzik anda hanya menjadi kata kunci di minda saya untuk berinteraksi dengan gelombang-gelombang yang sengaja dilepaskan secara berencana."

Sanggahan itu tidak wajar membuatkannya berjauh hati seperti mana tidak wajar diduga wujud ancaman tatkala dituntut negara-negara Barat mengambil sikap peka bahawa mereka tidak boleh bersikap anti dan memusuhi warga-warga muslim sebaliknya wajar diberdayakan bagaimana Islam dan penganutnya dihormati kerana dasar-dasar pegangan keimanan mereka.

Sukarkah berbudayakan etika saat kekayaan mereka dinikmati namun tidak sedia mengakui tiada ada perajurit yang jahat apabila pemimpinnya baik.

Isnin, 21 Disember 2009

Hak Kita?

Catatannya hilang lagi. Kali ini agak keterlaluan kerana ianya hilang di dalam fail peribadi tatkala dihimpunkan di tapak pelupusan yang masih belum diniatkan untuk dipaparkan pada umum. Dan kelip-kelipan di radas interaksi kotak email juga berkeadaan demikian tatkala tanpa disengaja tertekan papan pemuka laptop semuanya terhilang dan begitukah kitaran nasib individu perorangan mahu dinasabkan?

Kini diimbas kembali rintangan yang menuntut jawapan!

Mereka tahu kepada siapa catatan ini ditujukan.

Tuhan Cik Puan dan Tuhan saya masih sama kepeduliannya dalam memberikan Kasih Sayang tetapi adakah kerana ini kita tidak upaya bersikap adil sesama sendiri?

Diri berasa kesiluan untuk mengaplikasikan kemudahan interaksi komunikasi tatkala berkali-kali email di hotmail gmail dan yahoomail malah di microsoft gagal memedankan kepercayaan yang tidak dihargai.

Alasan?

Tatkala ujaran yang masih sedia menghubung-kaitkan Presiden Saddam yang telah tiada untuk mempertahankan dirinya diikuti, tercabar minda untuk dicelah bagaimanakah diabaikan Gazza sebagai bukti kegagalan Barat untuk menyatukan wilayah Teluk yang memunasabahkan wajah-wajah lain dibenarkan menggantikan kegagalan dan kelemahan ini?

Adakah kerana ketiadaan kekayaan sumber atau simpanan kekayaan yang sedang diperkira atau demi meneutralkan serantau untuk 'kesuksessan' kegagalan kepimpinan dunia menyedari kewujudan kesatuan rakyat yang kini sedang menilai kelemahan kegagalan kuasa utama dunia melahirkan etika keamanan?

Dan radang Cik Puan ditunjukkan dengan hilangnya catatan.

Apakah dirinya telah hilang kesabaran?

Cik Puan,
Bagaimana jika dicabar agar setiap wilayah serantau berusaha mengekalkan keamanan secara bebas dan berkecuali dengan memenuhi tuntutan keperluan mereka sendiri tanpa keterlaluan dipaksikan di bawah payung 'westernisasi'?
Bagaimana jika cabaran ini diasaskan di atas nama kekayaan sumber yang wajar diagih dengan adil ke atas negara yang berwargakan kemiskinan seperti yang dimiliki oleh kebanyakan negara muslim?

Dia terus tidak memberi peduli.

Sabtu, 19 Disember 2009

Cerca dan Cedera

12/12/2009


"Bolehkah diulang tanya? Di manakah pilihan huruf bagi mewakili muslim di Wordpress dan Blogger juga Microsoft?"

Soalan itu bernasib yang serupa dengan pertanyaan-pertanyaan yang lalu, diabaikan kerana kesempatan yang disambar secara berencana telah melumpuhkan keupayaan biarpun kemahiran itu sudah diberdayakan.

2012 memungkinkan kewujudan sonsangan sifat dan tabiat manusia itu sendiri lalu apa yang mahu dibanggakan dengan pencerahan zaman ini setelah ditoleransikan perampasan harta kini pemikiran juga mahu disandingkan dengan kerugian?

Menonton skrip yang memediakan minda kanak-kanak dalam proses mengubah masyarakat di lakon layar tidak upaya mententeramkan hati ini lantaran mutlaknya sifat akal difungsikan dalam mendepani hukum-hukum agama.

"Dikau menuduh daku sebagai muktazilah?"dia tiba-tiba bersuara.

Menonton filem 2012 selirat saraf-saraf perlitaran prefrontal sukar dineutralkan walau pun hanya meneguk mineral air yang tulin tidak berwarna, sukar disembunyikan keengganan minda diselarikan dengan perasaan jiwa hakikat ‘derhaka’ diri untuk menyetujui bahawa bahtera penyelamat mellinium ini sepenuhnya digalas oleh mesin yang keupayaannya mudah diganggu oleh hanya skru kecil atau tiub litar getah dan hentakan-hentakan yang tidak dapat dikesan permasalahannya.

Lantaran mesin itu dikemudikan operasinya dengan kemahiran teknikal apakah kekurangan-kekurangan lazim manusia upaya menyempurnakan penciptaan sistem robotik yang sememangnya miliki cacat cela dengan aliran eletro yang masih terbatas keluasan pengagihan kegunaannya yang kini wajar dimaksimumkan penggunaan sumber daya kebolehannya?

"Marahmu dihadapkan kepada seseorang."

"Keterlaluankah rasa yang bermain di jiwa tatkala terlihat masih muslim diabaikan kewujudannya berdiri sebagai masyarakat yang turut menghuni di dalam ini yang kebanyakan pembangunan siasah fizikal dan rohaninya menjadi sumber kemajuan pemikiran sejagat untuk dilihat entitinya di dalam filem ini?"

Solusi peradaban ternyata sisi sudut pencerahan masih tidak difahami apabila mahu dikitar bermula keseluruhan kaedah pendekatan pencapaiannya atau apakah masih mahu disandarkan hanya pada neutral nilai moden sahaja dengan sifat dari dasar dan sistem yang sama? Pertanyaan itu tidak diluahkan.

"Apa sebenarnya yang masih terpendam di hatimu?"

"Setakat ini apakah wujud pengistiharaan untuk menamatkan peperangan di Afghanistan TT Gazza Iraq dan lain-lainnya? Sedangkan kegerunan mu terhadap jihad itu menjadikan ungkapan 'militan' dan 'pengganas' begitu muluk petah fasihnya dituturkan di bibir saudara-saudaramu sendiri. Tidakkah 'tulah' pelobian itu menjeratkan leher mereka sendiri?"

"Mungkin kerana istilah jihad itu meski mereka tahu jihad sebagai perjuangan muslim bukan pada senjata semata-mata."

Mari nyatakan kepada kami bagaimanakah caranya mempertahankan :

1-Diri
2-Keluarga
3-Agama
4-Harta
5-Tanah Air
6-Bahasa
7-Budaya
8-Pemikiran
9-Kemerdekaan

tatkala wujud gerakan/perencanaan yang dimahukan oleh pihak yang mengingini pembinasaan alam, penindasan, kezaliman dan kerosakan?

Tatkala menonton 2012 tercari-cari di manakah peranan masyarakat penaja penyelidikan pembangunan ummah diwatakkan.

Masyarakat mana yang terabai?

Masyarakat dan ummat muslim!
Masyarakat arab yang mendana sumbangan!

Terabai juga tentang realiti hakikat bagaimana pasak-pasak bumi yang diganggu sejak berabad dahulu demi membangunkan struktur muka bumi kian menyerlahkan natijahnya.

Semenjak aktiviti perlombongan emas sewaktu zaman Srivijaya, Siberia pernah digerudi sehingga pelantar bumi di Nusantara semakin tergelincir akibat penggelongsoran kerak bumi oleh AKTIVITI MANUSIA dan berterusan dikekalkan tatkala penggerudian timah dan kini minyak, tanpa wajar diabaikan aktiviti ketenteraan dan penggunaan radikal kimia dan siri ujian nuklear di dasar laut yang dilakukan secara rahsia mempercepatkan terbinanya lohong-lohong kosong yang menatijjahkan ketidakseimbangan pergerakan di bawah bumi.

Bagaimanakah ia terabai dalam keadaan telah diketahui siapakah yang selama ini berbangga dengan kemenangan dan keterlaluan menunjuk-nunjukkan kemenangan dan kegagahan yang menatijahkan kebinasaan kepada alam dan manusia?

Rabu, 16 Disember 2009

Terapi Yang Kian Maung

Syurga dunia masih terus digemakan iramanya.

Lalu ku luahkan isi jiwa.

Adakalanya kepercayaan pada syurga dunia semakin menyerlahkan realiti bahawa sekular sistemnya semakin menzahirkan keperluan kepada kepercayaan beragama?

Syurga di dunia tanda belas kasih Tuhan yang bersifat Adil ke atas hambaNya yang masih menolak kewujudan Tuhan sebagai satu-satunya tempat penyembahan.

Wajahnya mulai memerah. Jiwanya mungkin tertusuk luka dengan lontaran jiwa ku.

Bagaimana kita menggunakan undang-undang untuk menghukum tetapi berpilih-pilih penguatkuasaannya sementelahan Tuhan berterusan memberikan belas kasihNya kepada kita?

Agama bukan lagi candu tetapi keperluan sebagai penyelamat ummat.

Ada bantahan dari mu atau dikau sememangnya akan berterusan kekal mengeksploitasi penzahiranku?

Ahad, 13 Disember 2009

Siapakah Di Kanan Dan Kiri Ku ?

Lama termenung melihat masa kini masih wujud seragam sekolah bagi kanak-kanak lelaki yakni berseluar pendek yang berada di atas paras lutut.

Lebih tiga puluh tahun yang lalu memakai seluar pendek bagi kanak-kanak sekolah ialah kelaziman kerana ia peraturan yang dikuatkuasakan oleh kementerian namun harga kemodenan masa kini sangat tinggi bayarannya lantaran kesediaan berkorban untuk diulangi semula tradisi pemakaian seragam sebegitu.

Peminjaman identiti penularan sejak kecil lagi seakan-akan menjadi sukar untuk diubah.

“Pengaruh moden. Buat apa mahu difikirkan. Memakai seluar pendek bukan isu bagi sesetengah kita,”senyum manis itu kekal terpahat di mata.

“Apa yang mahu dibicarakan lagi ya apabila ia menjadi pilihan ibu bapa. Anak-anak itu menurut sahaja.”

“Saya juga tidak faham lepas satu-satu isu setelah burqa kini seluar pendek pula,”penuh ria sembang kami di petang itu.

“Machiavelli tidak salah untuk kini menjadi sembang sewaktu kita sibuk di dapur,”riuh tawa ceria mengindahkan suasana.

Sekilas masih terbayang rakan-rakan sekolah dari kalangan budak lelaki yang tatkala duduk mencangkung kami sering mengukir senyum sumbing. Kenangan lebih tiga puluh tahun lalu terukir kembali tambahan pula kebanyakan mereka anak-anak orang miskin yang tidak memakai seluar kecil di dalam seluar besar dan kini di dekad kemodenan pakaian seragam begini masih tidak berubah di sesetengah tempat di penempatan muslimin.

“Kamu kelihatannya marah dengan isu ini berbanding burqa.”

“Sembang kita bukan ada ukuran untuk mengubah apa-apa.”

“Mengapa harus wujud keradangan di jiwamu?”

“Ini dunia moden. Tabiat dan sikap selari dengan kemajuan peradaban. Usah mundurkan pendirianmu.”

“Sesetengah dari sikap yang agresif semakin bermultiliteralkan pemikiran dan tindakan cuma selama ini tatkala ia terarah pada penempatan ketenteraan kita terabai perkara-perkara sekecil ini.”

“Kamu ini kurang bertimbang rasa. Kejam sesekali terasa dari pemikiran sinis mu.”

“Bukankah kita mahu memakaikan budaya kepada globlalisasi lalu mengapa harus wujud kemarahan pada dirimu? Saya tidak faham dan kini kamu mempertikaikannya.”

“Bagaimana budaya yang kamu mahukan?”

“Budaya yang jelas prinsip moralnya. Kebebasan indidvidu tidak mencemarkan keseimbangan masyarakat.”

“Hipokrasi!”

“Tidak diketahui apa lagi kemahuanmu untuk membuatkan dikau tidak menuduh begitu."

Realiti itu kadangkala memang pahit untuk dihadapi sehingga upaya menghilangkan kemanisan komunikasi.

Jumaat, 11 Disember 2009

Secekak Sekam Yang Sejuk

Kami muram semalam.

Sesuram cuaca pada pagi ini yang telah membasahkan pasir untuk tidak mudah debu-debu halusnya diterbangkan oleh angin yang kian menerjah memasuki persisiran pantai bagi memenuhi angkasa dengan tiupan angin dari Utara.

Sorakan untuk berparti dengan dansa serba menggoncangkan jasad diri membuat terpegun minda melihat aksi-aksi lelaki yang ashik menari dan santun susila hilang seketika di hadapan anak-anak dan kaum keluarga yang diundang sekali setahun untuk acara saling berkenal dan saling interaksi mengenalkan diri.

Serasa berada di dalam pub dengan neon warna sepanca juga terasimilasi seumpama berada di disko yang tidak menyantunkan majlis keluarga.

Aib imaginasi berpura diri ‘lets have a party’ kiranya seni berdiplomasi selama ini yang lelah diadaptasi dari label hipokrasi makna hubungan komunikasi.

Suram yang muram kini menebal mengapungkan hati.

Aib yang pecah di nubari kian terang menerangi siapa diri dan ia membuatkan langkah mahu terus berlari.

Maaf banyak yang tidak serupa kerana roh kita tidak serasi.

Berhadapan dengan kesukaran untuk mengikis keyakinan terhadap dasar pendidikan tanah air yang berjaya mengidentitikan keaslian diri berperibadi.

Tomahan terhadap mentaliti yang mengaplikasikan peperiksaan menjadikan pelajar seperti tidak berpengetahuan hanya sifat taklif dalam memikul tanggungjawab berakal natijah dari ketidakberdayaan menyusun keadilan di dalam kelas sosial masyarakat agar tidak ada yang diabaikan.

Anak-anak dijadikan sasar cubaan terhadap menghakikatkan realiti.

“Hasil dari pendidikan diperdagangkan kita berdilemma seketurunan.”

“Tidak faham.”

“Gelap rohani penyuluh cahayanya tidak terang.”

“Moral tidak mengendung identiti budaya yang lingkaran peradabannya ialah iman yang tamadunnya terpasak dari nurani Al-Quran dan Sunnah adakah lantaran ketiadaan hasrat untuk ‘mengglamorkan syurga’ tatkala kekuatan tidak wajar terbina dari celanya dosa?’

Terlena seketika.

Rintik hujan bertukar nada menjadi titis-titis hujan yang berentak di batu dinding yang terdera oleh kepanasan… seumpama bunyi hujan di pergunungan jauh di sebelah sana iramanya.

Pesta hujan tanpa gemuruh kilat bersahutan tanpa dentum guruh saling memeranjatkan.

Hujan nikmat di pagi Jumaat yang penuh berkat membekas di hati.

Bangun dan ayuh berdiri agar peluh dan hujan menjadi sebati walau di dalam dakapan angin yang berhembus sedingin salji neutral diri tidak usah dilayani.

Rabu, 9 Disember 2009

Surat Kiriman

Tuan,

Bagaimanakah mengintelektualkan masyarakat yang masih berkonflik dengan asli diri berperibadi tatkala agama sebagai Ad-Deen tidak melahirkan syariat sebagai budaya?

"Surat itu telah berkali-kali diperbetulkan ayatnya namun masih terasa ada kesalahan yang masih tidak dapat dikesannya."

Tuan,

Sehingga bilakah empat saksi bagi pertuduhan zina muslimin, qazaf, pengambilan rasuah dan riba perlu dikutip pungutan pandangan masyarakat dunia terlebih dahulu baru dimuktamadkan hukumannya mengikut syariat kita?

Adakah benar langganan perkhidmatan jasad menjadi orientasi yang tidak boleh diubah di dalam perhubungan awam syarikat-syarikat korporat Barat tatkala mengistilahkan kejayaan intelektual yang diprofesionalkan oleh kepakaran para esekutifnya yang menjadikannya sebagai sebahagian dari usaha-daya memotivasikan pekerja dan apakah tuan mengetahui bahawa fenomena ini tidak diperlukan oleh negara dan pekerja muslim?


"Terasa masih ada yang perlu diperbaiki nahu dan struktur ayat agar pembacanya tidak berjauh hati dan menaruh rasa amarah kepada dirinya."

Tuan,

Apabila wujud stuasi warga kita ingin merintis perlaksanaan syariat adakah wajar dilihat aib lakunya atau kesungguhannya ingin membesarkan syariat itu sendiri dianggap kehendak yang tidak munasabah?

"Apakah wujud pengungkapan yang salah pada ayat ini? Berkali mindanya mempertikaikan keperluan dipenuhi tuntutan fitrahnya yang mahukan keadilan disempurnakan namun apakah penerima warkahnya upaya menterjemahkan keterbukaan sikap kali ini?"

Tuan,

Apabila tidak ada pengakuan perlakuan dosa yang diakui upayakah perlaksanaan syariat dilaksanakan? Lantas adakah wajar lelaki berasa tercabar egonya oleh pengakuan dosa wanitanya?

"Upayakah dihayatinya nanti terhadap suasana masa kini kemanusiaan semakin terhakis kemuliaan insaniahnya sumbangan dari nilai moral yang tidak beretika yang cuba diminta diberikan perhatian."

Tuan,

Bagaimana pula pandangan Tuan mengenai penginteraksian satelit (bagi mewakili mesin) dengan pemikiran manusia yang semakin merugikan masa dan wang setelah diketahui sepenuhnya mesin itu perlu pengendalian manusia?
Adakah kemudahan IT dan pasarana satelit bermatlamatkan tiada sempadan bermakna tiada undang-undang untuk dihormati?

"Adakah benar-benar warkah ini tidak akan melukakan minda pembacanya yang nanti?"

Akhirnya buat pengetahuan Tuan, perniagaan-perniagaan di dalam Islam mencambahkan ‘tumbuhan iman’ bukan semata-mata ‘menanam tanaman’ sahaja lalu apakah dengan ketiadaan piawaiaan undang-undang bagi menyekat tindakan menggunakan sumber alam secara tidak berwaras sehingga didepani kekurangan sumber perolehan di sesetengah negara oleh ketiadaan hasil buminya (bilamana penduduk bagi negara kecil yang sedikit jumlahnya perlu membanting usaha buat negara yang besar dan tinggi jumlah kepadatan penduduknya)bagaimanakah mahu difahami realiti ini?

"Warkah itu direnungnya berkali-kali entah di perenggan yang mana penulisannya itu upaya melukakan hati penerima warkahnya itu."

Tuan,

Masih ada kemusykilan yakni mengenai isu tahanan wanita muslim (muslim kerana hanya negara Islam yang dijajah setakat ini)yang didera (perkosa) sehingga hilang kewarasan mereka natijah dari proses pentenderan semula kekayaan, menurut Tuan di manakah tanggungjawab sosial untuk diabaikan begitu sahaja kebajikan mereka?

"Warkah itu disimpannya dengan kemas di fail peribadi sebelum menyalinnya semula untuk disimpan di dalam sampul surat dengan membayangkan perasaan yang akan melanda hati penerima warkahnya ini."

Ahad, 6 Disember 2009

Pengganas?

"Saya tidak faham makna sosial.Bolehkah diterangkan?"

"Jika mengenai sikap ia kegiatan aktiviti manusia di dalam masyarakat juga kedudukan taraf yang dimiliki dan jika dari sudut sifat individu itu suka bergaul."

"Di mana pula kesan mendidik untuk hidup bermasyarakat tatkala yang terhasil ialah hubungan yang bebas dengan terabai moral?"

Dihempaskannya buku lalu memejamkan mata. Sikap sebenarnya terserlah. Skrit pendeknya yang ketat itu ditutupinya dengan bantal-bantal kecil menyerlahkan wujud rasa malu di dalam dirinya.

"Menghasut begini menjengkelkan!" perlahan dia berkata.

"Bagaimana pergaulan bebas tidak mendapat perhatianmu sementelahan dikau generasi yang mahu diiktiraf kewujudannya?"

Dia sudah terlupa wujud generasi yang terabai dari tersenarai untuk mendapat tempat di hatinya.

Generasi yang tidak mendapat hak untuk menggunakan nama bapa-bapa mereka dari perhubungan di luar perkahwinan.

Di manakah mahu disudutkan penempatan lokasi generasi ini? Lokasi yang bebas cukai sebagai telaga wang sudah menjadi keutamaan pilihan untuk keselesaan, tidak terkecuali menjadi antara lokasi wujudnya generasi ini. Lokasi ini terarah kerana ia berkiblatkan tanah-tanah suci yang didenyutkan oleh wahyu-wahyu dari langit.

Kancah stimulasi abad oleh peperangan di sini juga semakin diserlahkan sehingga ketiadaan sumber pendapatan membiakkan zuriat-zuriat yang ditaja oleh salah laku 'para pendamai' yang ingin membawa keamanan! Cela tanpa nama bapa yang kaya nafsu tetapi miskin budi menjadikan wujud generasi yang terabai masa hadapannya.

Sehingga keturunan ke berapakah mahu dinafikan hak mereka untuk memiliki dan dimiliki akibat tidak pasti taraf kewarganegaraan oleh pemusafiran status?

Generasi ini yang terlebih perlu diibu-bapakan.
Generasi ini yang terlebih perlu didakap-santunkan.
Generasi ini yang terlebih dahulu diselesa-raikan.
Generasi ini yang terlebih perlu diasuh-pimpin berpendidikan.
Generasi ini yang terlebih digagah-perkasakan.

Mereka bukan generasi genetik yang diklonkan tetapi kerana hilang pertimbangan kewarasan, wanita-wanita tidak berdosa disumbangkan oleh janin yang tidak diminta.

Bukan anak sendiri semata-mata yang perlu dilumayankan oleh belaian perasaan!

Ini mimpi ngeri.
Kadar perdagangan haram yang dihalalkan menerusi lesen-lesen kebenaran.
Perubatan yang membenarkan pengguguran.

Lantas
Usah disangsi dan dikhilaf pengertian tatkala muslimin keterlaluan mengambil peduli perhubungan-perhubungan intim pasangan tanpa nikah tanpa status agama yang sah di tengah masyarakat mereka.

"Tidakkah dikau terasa kita bertanggungjawab ke atas anak-anak kita yang terbiar tanpa bimbingan iman tatkala di dalam hati kita yang paling dalam siapa pun anak-anak itu mereka tetap insan."

"Dikau maksudkan tidak wajar Mahkamah Keadilan dan Islamic Human Right dicurigai?"

"Belum pun ada institusi itu bagaimana mahu dijawab pertanyaanmu?"

Jumaat, 4 Disember 2009

Sembah Beradab

Cik Puan-Cik Puan,

Menunggu iktiraf hanya membekukan minda untuk ditangguh jasa
Usia tidak pula upaya ditunda
Janji tidak pernah pula dicuba
Minat bagaimana pula mahu dicela
Culas pengusaha bahasa tepu dek noda budaya?
Darjat wang saudara perlu bertanda?
Demi nama diusung yang miskin dan kaya?

Ahhhh

Membuang masa hanya kerana ingin bernama
Terhasad tak kenal suara
Setelah dicabul dengan pana
Kini mahu bergeharu bersenda loka
Berencana mahu pula berpura-pura.


Tatkala ubat jauh penyakitnya hampir
Disuruh mengukur baju di badan sendiri
Diashikkan memangku tangan angan-angan upaya dimetri?
Tatkala ayam berinduk sirih berjunjung peri
Kita pula mahu diapit tidak bersanggit dan ditambat tidak bertali.

Aduhai Cik Puan Cik Puan ku,

Mendapat kuku mahu pula mencengkam
Setelah sejengkal dambakan sehasta sesudah itu sedepa sehingga rasa menjadi diam
Ibarat guna si alu-alu sesudah ditumbuk dicampak di tempat kelam
Laksananya dialukan agar mati kerana umpan kerana budi nyawa ditikam
Sedang wajah telah berconteng arang tatkala telah pecah tempayan pekasam.

Aduhai Cik Puan-Cik Puan ku
Mata tidak diundang untuk melirik tatkala jiwa digalang sendu
Ujar tidak dipinta untuk berbicara tatkala minda dihambat pilu
Bersendirian itu tidak meluka andai perlu ditebus oleh pura-pura yang dihijab malu.

Hati Nurani

Melangkah ke perkarangan gedung buku di Pyramid, kartun bebudak keletah yang bersaudarakan Rose tidak dijual di premis ini. Premis yang amat berhampiran letaknya dengan perkarangan yang diujarkan mendapat peruntukan 'istimewa' lantaran mendapat sentuhan naungan isteri pemimpin telah membolak-balikkan hati ini.
Sementelahan arca dari papan iklan besar di belakang rumah sering mengencangkan denyutan nadi tatkala dicermati paparan gaya hibur trend masa kini rentangan iklan di sepanjang laluan dilintasi bukan dari jenama budaya asli tempatan yang wajar diaplikasi.

"Sebegitu kerap melalui bangunan-bangunan persis kotak yang berwarna-warna mengapa baru hari ini terpandangkan ungkapan 'permata'?
Aduhai keluhan minda mengusap sayu rawan jiwa!

Apakah benar warga muda belia kita sudah hilang arah oleh susunan materialistik?
Sehingga di setiap bandar akan diwakili oleh imej wajah yang berbeza milik diri lalu di manakah diletakkan wajah sebenar sebahagian besar majoriti yang rata-ratanya bersawo matang tidak terlalu maskulin... sederhana rupa wajah yang tidak terlalu tersusun oleh botox juga implan sugeri...

Adakah genetik juga sudah menajdi isu cipluk tatkala pasaran bagi memperdagangkan bahan tiruan gagal sepenuhnya ditangani walau berakta peraturan?

Dan kini perisian komputer pula semakin diperlukan memasyarakatkan semula tindakan kita? Sedar yang bagaimana mahu diabaikan tatkala kepimpinan Pakatan Rakyat didiskriminasi sebegitu rupa sehingga 'senjata api' menjadi terapi penenang terhadap kematian yang didakwa 'bunuh diri' masih terawang-awang tanpa upaya fakta diadili dan khilaf intelek yang bagaimana mahu diujar saat cabul ungkapan 'penyibuk' dari bibir peguam terhadap isteri ketua negeri yang memiliki kapasiti untuk berdiri?

Malang andai benar penjawat-penjawat sedia 'diperkosa' untuk menjadi 'jalang oleh para dalang'!

Selasa, 1 Disember 2009

Peluh Percutian Keluh Kesayuan 1

Sementara menghindari penerawangan minda yang tertikam oleh selingan-selingan visual di televisyen, dicatatkan warkah buat anak yang jauh ditinggalkan.

Anakku,

Diri ini merasakan ada pihak yang tidak disenangi khususnya media kroni telah mempergunakan alasan kemudahan akses jalur lebar bagi mendapatkan keuntungan yang memelihara hak-hak berkepentingan.

Buat pengetahuanmu diri ini merasakan penulisan di siber telah menjadi sebahagian dari pengeksploitasian minda dan idea setelah penjejakkan kiriman pesanan ringkas upaya disoroti sasar kecapaian penerimaannya.

Sebelum itu,wacanakanlah seketika fikiranmu mengenai pengaplikasian imej sepupumu yang berada di balai-balai berlepas dan ketibaan yang mesra manisnya mendakap keeratan kemajmukan realiti masyarakat kita.

Isu yang meminta dirimu bukakan kematangan fikiran ialah pada bayaran RM 500 yang diterimanya membuatkan diriku beranggapan wujud keberangkalian telah luput persetujuan lisan (apakah mungkin sepupumu tidak memahami haknya tatkala dipersetujui penggunaan imej diri dan isterinya tertakluk kepada satu tempuh yang upaya luput atau sememangnya tidak wujud kontrak perjanjian yang ditandatangani bagi memelihara hak-haknya?)

Waktu itu terimbas di mindaku tentang Adi Putra yang menjadi CEO kepada dua syarikat yang dibayar RM 6000 untuk tempuh masa penampilannya oleh kegeniusan mindanya yang berupaya mempengaruhi pelanggan. Tidakkah terkenang dikau akan pengulangan yang sama terhadap penampilan berbayar angkasawan pertama kita yang dihebuhkan satu waktu dahulu tatkala mensasarkan agar wujud minat yang tinggi di kalangan pelajar terhadap pelajaran Sains yang mengabaikan informasi dan matlamat kajian untuk diketahui oleh massa?

Sasarkan tentang makna keupayaan kontraktual yang menciri gariskan kelayakan sepupumu yang telah berusia hampir 40 tahun itu dengan usia Adi Putra yang telah mencecah 1o tahun.
Sasarkan juga istimewa agama Islam mu yang meletakkan usia 18 tahun berbanding 21 tahun bagi bukan Islam di dalam peruntukkan Akta Umur Dewasa 1971 di dalam Keupayaan Berkontrak.

Mungkin kepala mu berpusing seketika dengan penjelasan ku ini bahawa atas tujuan tertentu faktor usia ini akan berubah kelayakan. Yakni umur bagi kelayakan menjadi anggota kesatuan sekerja ialah 16 tahun ke atas akan tetapi usia bagi layak menjadi pengundi adalah 21 tahun ke atas.

Seakan terlihat senyumanmu anakku. Buat pengetahuanmu kepalaku tidak berpusing tetapi darahku yang sering mendidih.

Anakku,
Apakah boleh ku ketahui sikapmu tentang konsep sewarga yang kelihatannya tidak bersasar hala tuju dan haluannya selain dari penzahiran yang memberi persamaan hak agama yang sah di sisi Allah dengan agama-agama yang telah melalui proses pembaharuan oleh pindaan yang memberi sifat baru?

Siapakah yang kian tenat di antara manusia di dunia ini menurut hemahmu?

Lantaran tidak membaca akhbar selama cuti ini telah ku balutkan kesemua barangan yang mahu dibawa pulang dengan akhbar-akhbar lama demi niat mahu mengsahihkan keprejudisan 'mereka' terhadap makna demokrasi.
Mungkinkah tatkala berada jauh dari tanah air,didh darahku tidak terjadi kerana hanya upaya bermonolog sendirian tanpa perlu diganggu secara spontan oleh ujaran-ujaran pengacara dan dailog-dailog di televisyen juga terkesima oleh irama-irama yang disengajakan putarannya bagi menghilangkan fokus minda ini.

Apakah dikau menyedari anakku stuasi stimulasi yang sedang dimedankan gelanggangnya?

(Namun tidak ku duga kelemasan tatkala berada di tanah air juga turut dirasakan di sini. Apakah kewajarannya 'mereka' bersengketa sesama sendiri, warga pula menjadi sasarannya? Upayakah dikau memahami masih terasa cengkaman kroni pada isu-isu kemanusiaan di Gazza?)

Anakku,
Apakah benar warga muda belia kita sudah kehilangan arah oleh asuhan materialistik?

Adakah daku menyakiti dan melukankan mindamu tatkala diujarkan bahawa sesekali seperti terasa tiada ada apa yang upaya disandarkan kepada mereka biarpun kelayakan mereka berstatus sarjana dan kedoktoran kerana sikap mudah diprojekkan sifat neutralisasinya yang dikembangkan oleh tuntutan sekular.

Apakah benar mereka umumnya merupakan kumpulan yang mudah 'mmebuat' duit dan keuntungan tanpa mengutamakan etika?

Tentunya dikau bertanyakan alasanku.
Di antara Utara dan Selatan malah Barat dan Timur masih warga dibelenggu oleh pergeseran 'khemah-khemah putra-putri berwarna putih dan merah jambu' yang masih ingin terus ditenatkan oleh konflik kepimpinan sehingga mengabaikan tuntutan iman yang menjadi prioriti zaman ini berperadaban.

Wabillahhitaufik wal hidayah.

Ibumu.

Peluh Percutian Keluh Kesayuan

Bacaan-bacaan ayat suci terhenti seketika. Melihat wajah saudara-saudara ku satu persatu setiap kali deringan hand phone kedengaran deria visual menangkap sebuah rasa dan sederas kilat auditori membisik kata tidak munasabah kemalangan yang ditakdirkan menjadi alasan lewat jenazah anak kecil itu disempurnakan.

Bukan syaitan membisikan tetapi akal telah mewaraskan.Fungsi vokag tidak ada perkaitan dengan sihir syaitan, berkali-kali minda menerjah minta emosi padu dikawal.

Ruang menanti di hospital itu biarpun dipenuhi penanti-penanti yang sabar berurusan, aliran darah yang sering meningkat semenjak menjejaki bumi yang cuba kembali dikasihi sukar diturunkan.

Apakah yang mewujudkan gangguan teknikal pada prosedur di kalangan penjawat perubatan dan polis terhadap aduan yang bertujuan merekodkan sesuatu kematian untuk disahkan?

Wajah salah seorang anak saudara yang sedang menduduki peperiksaan kursus autopsinya kian erat terpaku di mata. Selidik apakah yang diperlukan andai kematian telah terbukti kemalangan dan dengan wujud saksi-saksi yang waras dan sempurna akal membuktikannya permintaan untuk dilakukan postmortem tidakkah wajar ditolak?
Kronologi tidak perlu diatur seperti mana kecederaan yang diniatkan kira-kira 11 tahun yang lalu yang masih kini disimpul biawakkan lilitannya.

Ibu muda yang kehilangan anaknya memeluk bayi kecilnya persis memeluk batang tubuh anaknya yang sudah menjadi aruah yang telah dibawa 'beralih angin' jauh meninggalkan 'rumah'nya demi memuaskan hati mereka yang masih berdenyut nadi dan jantungnya untuk beraksi kuasa hanya kerana gagalnya sehelai surat akuan agar tidak diajukan pertikaian ke atas mana-mana individu di masa hadapan.

"Mereka membatalkan aduan pertama yang di buat di balai polis dan diperlukan surat akuan dari hospital yang membuat pengesahan kematian itu dan dari surat ini perlu dibuat pengaduan ke dua di balai polis bagi mengesahkan kematian."

Aduhai... ahli syurga yang kian damai dan tenangnya wajahmu... maafkanlah teknikal kuasa dan teknikal masa limpahan budi pekerti untuk berhikmah demi amanah yang murah hatinya kian memilih jenis dan rupa imej untuk disopankan susila.

Maafkan kami Ya Ibrahim.

Khamis, 26 November 2009

Muslim(?)

8/Zulhijjah/1430
24/11/2009

Dua hari yang lalu genab empat tahun berada di sini.

Kota yang bebas membenarkan burung-burung besi berterbangan ria berkicau semerdunya di angkasa dan tatkala dihemati ia adalah beburung pendatang yang sering berpindah randah mencari lokasi untuk bergerudi.

Beburung besi itu bukan terbang dengan membawa maruah diri mu duhai Sang Helang luah Serindit perlahan. Paruh itu benar tajam namun ia tumpul oleh bekas-bekas penanda luka yang tidak mudah tertanggal silu dek dosa.

Beburung besi itu tidak tangkasnya dengan membawa nama mu duhai Sang Helang bisik sayu Serindit. Sayapnya itu benar tebarnya melindungi namun ia robek oleh karat-karat iri yang tidak upaya tersantun silau dek laba.

Lab bai kallah humma labbaik.
Labbai kallahu syarika lakabaik.
Innal hamda wa nikmata lakawal mulk.
Laaa syarika lak.

Rindu

Jika dapat diulang semula pertanyaan antara negara di rantau Timur yang manakah kerap membekas syahdu meresap kasih yang menyantun jiwa untuk sentiasa berasa bahagia tentu akan disingkap kira-kira empat belas tahun yang lalu di ketika usia masih muda telah ditakdir Allah untuk ditunaikan hak-hakNya menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Suasana di sana amat membahagiakan kerana terbukti masih diusahakan pengekalan syariat yang memelihara kesinambungan warisan para anbiak.

Cuma pada waktu itu telah kelihatan dulang-dulang besi yang ibarat cendawan tumbuh tersusun kukuh di pelantar bumbung-bumbung sepi di atas kebanyakan kediaman. Andai di Jeddah ia diterima sebagai kemajuan pembangunan pemberian zaman,apabila ia di Mekah sudah tidak upaya diimbas apakah penonjolan sebaran maklumat atau acara-acara sukan yang diselangselikan dengan tayangan-tayangan filem lama yang lazimnya ia diterbitkan oleh dunia luar yang pastinya budaya yang tersebar terlihat oleh kebanyakan mata adalah yang berbeza dari kebiasaan terlihat pada kenormalan kebiasaan mata memandangnya.

Tidak pasti keadaannya di Madinah pada masa kini namun pada waktu itu setiap hari diri akan berada buat beberapa ketika di atas bumbung bangunan kediaman untuk bertafakkur dan memberi ucap dengan ahli Bait yang telah berabad berada di seberang jalan.Belum terpandang dulang-dulang besi terpacak di situ.

Tanah hitam di perkuburan sepi yang damai itu wujud kelainan yang berbeza dari yang biasa ditemui di bumi yang lain.Tanah dan warnanya biarpun memandangnya dari jauh tetap terlihat beza warnanya. Waktu itu tidak dapat dipastikan di mana letaknya kuburan ahli keluarga yang terdekat keluarga Kekasih Allah SAW. Apa yang pasti bersendirian setia hari dengan memandang sahaja membuat hati berasa sayu.Penghuni-penghuni syurga yang telah diberi jaminan oleh Allah tempat bahagianya jika diukur menurut mata,ia terletak jauh dari paras sederhana, untuk menyatakan dhaif terasa keterlaluan tetapi itulah hakikatnya.Andai begitu sederhana rupa zahirnya yang dapat dibayangkan mengapakah mereka terus-terusan diaibkan dengan perkaryaan yang menjatuhkan nilai moral pengkaryanya,malah tidak tergiur untuk pemuda dan pemudi rantau ini membina pekerti seluhur murni peribadi para saidina dan saiyyidah yang tidak ramai tercatat nama mereka sebagai antara penyumbang kemanusiaan di dalam sosial ekonomi pendidikan budaya kepahlawanan perundangan penyebaran ilmu di dalam catatan pengembaraan para pengembara barat juga dari timur.

Sememangnya zaman di waktu itu tiada nilai-nilai teknik untuk diciptakan berbagai rekaan yang memberi kemudahan di dalam urusan rumah tangga atau di dalam bidang pekerjaan tetapi ia mengalami kemajuan pemikiran yang daya renungannya melampaui zaman sehingga sesuai menjadi sumber rujukan dan ikutan.

Alam muka buminya adalah bukit-bukit yang diberi tempat istimewa yang akan ditemui di dalam syurga kerana ia adalah sejarah yang bukan direka dengan penambahan melankolik untuk diwujudkan kelagendaan atau pendewaan untuk watak-watak yang menjelmakan keperkasaan yang tidak ada tara bandingannya kerana karektor watak di lembah istimewa ini sifat semulajadinya adalah di dalam kelemahan melainkan diberi kekuatan iman sebagai pakaian yang sering menjadi teladan.

Diri paling tenteram sewaktu berada berhampiran Kekasih Allah SAW. Kubah hijau yang sentiasa damai waktu ziarah itu sering memainkan minda mahu dibayangi Saqueefat Bani Saida yang menjadi babak penting di dalam sejarah tempat pendaulatan kenegaraan Daulah Islam sesudah era pemerintahan Kekasih Allah SAW, yang mengistiharkan sahabat utama sebulat suara dipilih menjadi ketua negara untuk memulakan pemerintahan era Khalifah Ar- Rashidin yang merupakan titik bermulanya diplomasi dan mungkinkah demokrasi yang mempaparkan keluasan makna kematangan kabilah-kabilah bertoleransi di dalam meneruskan amanah sebagai Khalifah di bumi Allah ini.

Dalam perjalanan untuk berziarah ke Jabal Uhud terlihat bukit yang seperti bentuk khemah di sisi Jabal Uhud.

“Mengapa air di sini perlu dihantar oleh lori setiap pagi?”

“Mungkin kerana cuaca yang panas air akan mudah tersejat.”

“Maksud abang?”

“Di sini mungkin tiada paip saluran yang membekal air seperti di tempat kita.”

“Saluran paip yang membekalkan air di tempat kita telah berusia lebih 40 tahun hingga air yang tercurah kadangkala berwarna coklat pekat.”

“Mengumpat…”

“Benar,kebanyakan penyakit bermula dari air .”

“Makanlah sesempurna mana dari jenis makanan yang berkhasiat andai peratus air di badan kita tercemar,kita menjadi tidak sihat.”

“Adakah warna air yang diutamakan?”

“Tahukah abang warna dari mata menjadi jenama untuk kebajikan mungkin juga diraih keuntungan.”

“Kita bercakap tentang apa nie?”

“Air yang membawa penyakit.Udara yang kering mudah membawa terbang debu dan batuk sering menjadi cendera hati dari tanah haram ke tanah halal.Ada yang mendakwa jika kita batuk selama berada di sini itu tanda kasih.”

“Usah suka membuat bidaah tanpa ilmu.”

Waktu pertama kali berjemaah fardhu Subuh di masjid mulia Mekah Al-Mukarramah diri tidak khusyuk lantaran tidak dapat membaca qunut yang sudah menjadi kebiasaan.
Namun sesuatu yang masih diingati tidak lama sesudah biasa menuruti Imam bersolat Subuh tidak berqunut,diri menemui ketakjuban apabila hampir setiap waktu Subuh Imam akan membaca qunut yang tidak sama bacaannya dengan qunut yang menjadi amalan.Waktu itu qunutnya amat panjang malah saling bertukar nada antara keras,lembut yang mensayukan seakan-akan Imam sedang merintih mengadukan permohonan kepada Allah.Ada jemaah yang menangis apabila Imam bergetar suaranya menahan esakan.Begitu daif diri tidak upaya memahami.

“Kita tidak mampu memahami bahasa arab.Solat itu adalah perbuatan doa pengharapan kepada Allah.Qunut dibaca sewaktu tertimpa musibah atau bahaya dan ia adalah doa untuk kebaikan juga saat untuk memohon kebinasaan buat sesuatu kejahatan.”

“Ia hanya sunat yang dituntut dan qunut kebiasaan kita adalah bagi memperindahkan jiwa tatkala bersama Allah.”

“Dari lafaz niat yang lisan hingga keseluruhan fardhu-fardhu solat kesemuanya wajib dibaca di dalam bahasa arab biarpun hanya dengan sebutan tasbih tahmid juga takbir,andai kita belum mampu membiasakan untuk melafazkannya.”terang seorang sahabat yang menjadi ustazah di salah sebuah sekolah agama waktu diujarkan pertanyaan tentang qunut sekembali dari tanah suci.

Pemandangan yang tenang terlayang sekilas sewaktu menuruni bas di hadapan MasjidilHaram. Ada bangunan kecil yang menaut mata untuk merasa ada sesuatu yang istimewa tentangnya.Berhadapan dengan paip tempat menadah air zam-zam masih mata tidak melepaskan renungan pada bangunan kecil itu.

Ingin disua pertanyaan di manakah tapak asas terbinanya rumah Rasul SAW di Mekah?

Adakah kekuatan daya magnet dengan kuasa dan keupayaan yang asli berada di sini?

Selasa, 24 November 2009

Reaksi

Tatkala mendengar bualan para pengacara di frekuensi tatkala berada di tanah air sekonyang-konyangnya dibalas ujarannya dengan kata-kata yang tidak pernah bersambut.

“Tersangat baik dan molek apabila tuan-puan mengetahui bahawa antara kita banyak bezanya.Tidak ada makna perpaduan nasional apabila hak warga untuk memilih didiskriminasikan."

"Awas bicaramu! Kerana mulut badan binasa."

Minda semakin menjadi-jadi celuparnya.

"Mengapakah jambatan ‘fly over’ di sini sempurna pembinaannya meski wujud landasan yang tidak dimanafaatkan bagi dua gerabak ‘komuter’ yang bertutup litup di sebelah salah sebuah institiut swasta tetapi tidak pada projek jalan raya yang menjadi nadi penggerak Pelabuhan utama di salah sebuah daerah di Lembah Klang yang skandal penyelewengannya menjadikan dipertaruhkan tanah di selatan untuk menjadi hutang yang disangga ke bahu beberapa generasi?"

"Air di daun keladi ditumpah jangan!"ancaman mula menerbitkan rasa tidak senangnya minda.

Ombak dan pasir umpama teman yan akrab yang mudah ditafsir berkongsi pantai membina medan janji yang tidak pernah termetrai. Tiba-tiba pantai Batu Putih mencubit sukma.

"Pintasan jalan dari Pelabuhan ini tidakkah memungkinkan dijimatkan penggunaan kekayaan pendapatan oleh tersedia adanya lebuh raya Timur Barat yang ditergendalakan pembinaannya di dua negeri pantai timur oleh gara-gara pergantian kerajaan?"

"Apakah maksud yang tersirat?"

"Apakah demokrasi mengupayakan pertelingkahan sesama warga dan bagaimanakah cabaran demokrasi ini dipertimbangkan andai natijah yang lebih dalam krisis kepimpinannya terpaksa dihadapi oleh kebanyakan warga?"

"Mahu mu hanya mencabar tetapi tidak mahu dicabar."

"Minda kelas berapakah yang perlu dicabar kerasionalannya setelah premium dan royalti terpisah pengurusannya berbanding dengan masalah yang dilahirkan oleh Pelabuhan itu? Yang manakah mahu kita tebus untuk mendatangkan kemanafaatan kepada warga?"

“Dikau terlepas pandang terhadap ikon kartun luar negara yang dijadikan ‘maskot’ di lubuk melayu. Berapa lamakah usia merdeka diperlukan untuk dibanggakan Pembina dari kalangan kita setelah pengajar dan pendidik dari rumpun yang tumpah darahnya di tanah ini upaya dilahirkan? Sehingga takat yang mana mahu diakui rasa kepuasan di hatimu?”

“Bagaimana mahu dicari imej identiti budaya warisan tatkala wajah ‘maskot’ luar lebih mengungguli rupa diri warga kita?”

“Dikau tidak suka dengan mereka yang terbang bersama Air Asia. Lalu apa masalah mu?”

“Wajar bagaimana syarikat penerbangan utama bertempat di hati kita?”

“Marah mu kadang kala membingungkan!”

“Persekitaran ku terlalu luas untuk diabaikan kepeduliannya.Sangkar yang dikau bina bukan bersifat mesra alam. Itu yang membingungkan minda ku! Gema perintah mu ‘eco’ kitarannya berpusar-pusar keterlaluan mengikut arah angin berpaling sedang minda jiwa roh dan jasad ku hanya satu! Fahamkah dikau mengapa pengabdian rubbubiah dan uluhiyyah ku bersumber dari Tuhan Yang Esa dengan teladan contoh KekasihNya (SAW) sahaja? Namun dikau terus mendesak agar muslim ku dimodenkan dimajukan diperbaharukan dihadharikan di terapkan dan kini diperlukan pengaplikasian liberalism dan pluralism untuk gabungan progresif. Apakah makna semua ini? Yang muslim ialah diri ku bukan diri mu.”

Celupar minda ini semakin tidak tertahan.

Ahad, 22 November 2009

Berinspirasi Dari Hipokrasi Saudara- Saudari

"Bagaimanakah kesudahannya apabila dipersaingkan di antara gender tatkala yang ingin diterjemahkan ialah kaedah dan cara pendekatan agar niat tidak disalahkan."

Kerut-kerut pada dahinya berlipat-lipat. Lentik alis matanya yang hitam berkilat menjarakkan pusar alun bebulu halus yang diruncingkan di hujung ekor alis mata itu.

"Mudahnya begini dimaksudkan. Bagaimanakah boleh terjadi rezeki minyak upaya meninggalkan kesan yang begitu besar kepada keselamatan dan keamanan dunia yang sebenarnya ialah untuk memelihara kepentingan Israel yang tidak sepenuhnya upaya menjaga hak-hak Arab dan Yahudi menjadikan siapakah sebenarnya yang saling bersaing?"

Mata bundar di balik kaca itu kejam celik menguruskan nafas yang semakin kelihatan panjang alun tarik dan lepasnya.

"Benarkah dakwaan bahawa Israel negara milik pelabur dan pemodal Kristian dan Zionis dari kalangan keturunan Arab dan Yahudi?"

Raut wajah yang bersih itu ku renung resahnya.

"Umpama yang lainnya andai wujud masalah di rantau Teluk bagaimanakah interaksi dan pengorganisasian di Hong Kong Jepun dan Singapura dipertalikan? Adakah bukan hanya Bermuda sahaja miliki Triangle bahkan Perairan Sungai Kuning Laut Cina Selatan juga miliki Triangle?"

Tiba-tiba sifat malu wanita itu hilang tatkala dia mencuba menyentuh tangan ku.

Hesyyyyy.

"Wajar dikau tahu wudhuk ku masih belum terbatal."

"Soalan mu siapa sebenarnya yang saling bersaing bolehkah dijawab di tangan yang manakah faktor punca ekstrimis keganasan terwujud?"

"Memotivasikan psikologi untuk tidak merasa bersalah masihkah perlu andai 'amerggedon' itu lebih berkait dengan ekonomi kuasa berbanding agama? Menjawab dengan jujur akan mengakhirkan kesemua kemelut dunia."

"Siapakah yang akan mdemulainya tatkala kitaran ini beredar dan saling mengambil tempat pada satu-satu jangkamasa tatkala masih jenayah sosial, jenayah perang, jenayah moral, jenayah kuasa, jenayah politik, jenayah ekonomi menjadi muatan yang dibawa bersama untuk dikelompokkan sebagai krisis kemanusiaan dan konflik kepimpinan.Tanpa peperangan kelahiran anak-anak yatim, janda dan balu tanpa sepenuhnya dibela dan orang miskin yang tidak berpendapatan tetap dilahirkan."

"Tanpa peperangan malah dengan cinta juga kelahiran anak-anak di luar pernikahan, isteri-isteri yang menjual penghormatan dan kemuliaan, suami-suami yang menghilangkan status tinggi yang diberi oleh suami dan anak-anak juga remaja belia yang tidak bertuan tetap wujud mencari pendapatan,"perlahan suaranya kedengaran.

"Fahamkah dikau maksud sebenar saya ialah bagaimanakah caranya untuk benar-benar kebebasan minda untuk berfikir tidak 'dijerangkap samarkan'"?

"Rendahkan kabus!" jerkah suara yang entah dari mana datangnya mematikan bicara kami.

"Dikau dengar suara itu? Maknanya memang wujud penyamaran!"

Wanita itu tidak peduli dan semakin bertambah kerut di dahinya.

"Bagaimana andai didakwa bukan Afrika sahaja medan dan lokasi berencana kerana Amerika Selatan juga wilayah yang terencana."

Cermin matanya disibak ke kepala. Biru merah hijau pada kelopak matanya menakutkan jiwa ini secara tiba-tiba. Debar mulai terasa mengapa di situ perlu diadun seni bermain warna.

"Satelit yang dilitarkan itu bagaimanakah upaya dihindari agar paparan berita yanbg tidak sekata tidak dijadikan kewajaran untuk dieksploitasikan sebuah negara yang miliki pelbagai jenis warga?"

Dia seperti buta tidak mengendahkan kehadiran bicara ini.

"Tidak fahamkah Cik Puan? Begini. Apakah saliran sesalur paip air dan minyak oleh pelaburan korporat syarikat kerajaan negara tertentu mewajarkan dikonflik dan dikrisiskan wilayah sempadan dan warga di mana minyak itu digerudi?"

Khamis, 19 November 2009

Perpustakaan Minda Kutub Kepada Pancaindera.

Tanpa bayaran pengetahuan dimaklumatkan dengan kesedaran bagaimana tanggungjawab perlu direbut amanahnya untuk tidak berkhianah.

Masyarakat Rabbani yang mengendung kalimah hidayah bagaimanakah upaya dilahirkan?


Penyediaan generasi dari abad ke abad yang upaya ditelaah dan ditaakul dari buku-buku yang dibaca jelas menzahirkan penyediaan mereka adalah proses yang silih diatursusun melampaui dekad oleh ketidak rasionalan kegeniusan akal untuk dilampirkan keamanan yang didenyutkan semangat untuk diproksikan kembali agenda yang mulai meninggalkan kesan dan natijah ke atas pembinaan masyarakat dan sosial yang melibatkan para intelek cendekiawan agamawan dengan ahli politik sebagai perintis pengacara yang berjustifikasi hanya minda dan imaginasi yang dikebalkan oleh kepercayaan dan pendirian naskhah wahyu langit namun terpenjara oleh sekatan untuk menafikan pentauhidan kepada pengesaan Allah sebagai Khaliq yang Maha Berkuasa.

Apabila ibadah mulai difahami oleh mereka hanya di sekitar solat puasa zakat menunaikan haji sahaja ternyata kesyumulan agama sebagai cara hidup berjaya dipisahkan oleh ideologi untuk berpendirian.
Kecacatan yang tempang buat sistem pendidikan kerana graduan sekolah dan kolej lebih menjadikan sikap berimpian dan berimaginasi adalah dengan memiliki nama wang dan gelaran hingga begitu mudah mengabaikan tanggungjawab amanah di dalam beragama.
Benarkah?

“Emak tidak jemu ke sekolah waktu dulu?”

“Kami menjadi sebahagian dari anggota keluarga sekolah yang akrab mesra ceria untuk saling bekerjasama walaupun pada waktu itu sekolah lebih berorientasikan melahirkan olahragawan hingga bakat dan potensi murid gagal dimanafaatkan.”

Pelajar perempuan diasuh untuk menjadi sekurang-kurangnya suri rumah yang pandai menjahit selain memasak untuk menguruskan sebuah rumah tangga apabila dewasa kelak.

Displin dan peraturan di dalam Kelas Sains Rumah Tangga miliki kebaikan dan faedahnya untuk menyalurkan tekanan dan keresahan yang dialami oleh remaja seperti kami yang berusia lengkungan 13 dan 14 tahun apatah lagi waktu itu rembesan hormon-hormon pada kitaran edaran haidh kerap mevariasikan karektor dan perwatakan kami.

Pelajar lelaki pula diasuh untuk pandai bertukang memperbaiki peralatan rumah di dalam Kelas Seni Perusahaan selain sama-sama kami diajar untuk pandai berkebun sejak dari berusia 12 tahun lagi.Turut dikenalkan bagaimana kaedah mengahwinkan anak-anak pokok untuk tujuan mendapatkan baka baik dari hasil tanaman.

Kegiatan ini memperhalusi lagi cara dan corak kami berketrampilan.



Saya bersekolah di sini dari tahun 1976-1980


Apabila semakin meningkat usia 15 hingga 17 tahun kami berpeluang menyertai aktiviti memperkasakan fizikal menerusi Persatuan Seni Mempertahankan Diri selain sukan-sukan biasa untuk menghadamkan jiwa yang suka membantah.

Kami ceria ke sekolah kerana sikap dan perwatakan guru (tidak semua) tidak terlalu serius dan bertindak ramah menjiwai rasa keibubapaan untuk kami berasa menjadi sebahagian dari unit keluarga sekolah yang dilindungi dan diberi perhatian.

Guru yang bertakhta di hati waktu itu tidak memonopoli dan menzahirkan kuasa kerana mereka memaklumi kami adalah pelajar yang memerlukan bimbingan dan dibaiki sifat yang cela.

Pembudayaan menjadi ibu dan ayah meletakkan guru-guru yang bertakhta di hati waktu itu mudah dipercayai kerana mereka menyantuni jiwa dengan budi hingga memandang kami seperti anak-anak sendiri.

Seorang Ustaz dari Pantai Timur membayarkan yuran peperiksaan saya dan kakak apabila mengetahui kami anak yatim yang hidup di dalam kesederhaan.

Kini panggilan Puan untuk guru-guru membina jurang yang berbekas di hati. Tidak pasti guru lelaki perlu dipanggil Tuankah atau sekadar Encik.
Aduhai tidak mesra alam dan tidak mesra untuk berkasih sayang hingga ada rakan biasa dimesrai semasa berada di luar sekolah secara perlahan-lahan semakin terasa berenggang lantaran kerap bertemu waktu menghantar anak ke sekolah akibat panggilan formal Tuan dan Puan.

Benar proses asimilasi berada di setiap waktu dan keadaan rutin harian kehidupan.

Namun masih rasa terkilan kerana pada waktu bersekolah telah dianugerahkan oleh Allah seorang pelajar yang amat berbakat dalam penulisan di sekolah pada waktu itu dan kini telah menjadi seorang novelis yang terkenal di tanah air.Diri kerap memerhatikannya dari jauh menghayati alam khayalannya yang terlalu gemar memerhati alam dan manusia.Sikapnya yang suka bersendirian ditelaah dalam diam.Sayang sekolah terlalu meletakkan warna hanya pada jaguh-jaguh sukan namun…

“Emak tidak rasa terkurung?”

“Kami tidak terlalu inginkan kebebasan yang melampau kerana saluran-saluran yang ada dihormati."

Perhimpunan aman hanya sekadar mahu meminta rasa kebertanggungjawaban untuk disentuh biarpun secuit rasa untuk dimiliki keadilan dalam memilih pendirian.
Ia sesungguhnya membawa erti dan makna yang besar ke arah meletakkan aras tanda kemajuan dan kebebasan pemikiran generasi selepas merdeka.Namun kini ia dianggap sebagai 'jenayah' yang mencemarkan yang bisa dilucut kerakyatan.

Kemunduran sikap oleh ketinggian berpengetahuankah?


Namun anak mengerti emaknya lebih bahagia berada di sini kerana miliki jiwa merdeka dan di sana hanya marhaen sahaja yang menghormati saluran-saluran kebebasan tetapi pihak yang memiliki saluran itu lebih setengah abad masih bertindak serupa terhadap makna saluran kebebasan yang dilahirkan oleh moyang mereka yakni ia 'jenayah putih' walaupun dipelihara oleh Perlembagaan.

Memprotes untuk tidak didakwa sebagai kroni bagaimanakah cara yang benar?

Kerana Terpaksa !

Mac 8, 2008 by thanaif


Minda usang !
Mahu menyempurnakan yang pincang?
Pada kalam yang tidak gemar menyonsang?
Ria pura-pura menjulang yang malang !
Begitukah saat mabuk kepayang
Pada nama dan wang ???

Aduh !

Wanita-wanita yang malang !
Parlimen itu bukan hanya digubal undang-undang
Bukan membebalkan rebah pada masa yang terbuang
Berdegar-degar sumpah nista pada pembangkang
Sedang demokrasi itulah melahirkan pejuang!
Apakah mahu dilenakan semula marhaen yang mula berani berbincang?
Begitu gundah hati berwalang?
Cerdas minda tidak buta hati bagaimana stukturnya dikarang?
Industrialisme telah berjalan tempang
Kemaruk oleh mabuk petualang !
Lalu kita manabur radang
Yang tersembunyi oleh bayang-bayang
Namun jelas minda memandang.

Sekapur sireh seulas pinang
Membuka bicara indah bahasa
Ada titik tidak perlu dikenang
Oleh tibanya edaran-edaran masa.

Ubah bukan bermakna kita rebah
Tetapi berjiwa merdeka untuk berislah !
Bukan
Demi lazat nikmat daging saudara sendiri yang diratah!

Selasa, 17 November 2009

Maaf, Mak Dan Abah

"Dengung-dengungan semangat serpihan parti yang pernah diharamkan itu kini umpama irama yang bergema dengan talun tersendiri yang tidak sukar dikenali hala arah frekuensinya."

"Masih marah lagi? Sehingga bila dikau upaya menjadi tenang dan sabar?"

"Sehingga mata-mata yang mencemar sakinah naluri rasa bebasku sirna!"

"Tidakkah dia mahu mempertarungkan imunisasimu yang dipangku oleh teduhan bayangan rasaksa untuk dijana faedah lansung kerdilnya bangsa!"

Dia termanggu.

"Kelihatannya terzahir orang-orang muda yang semakin berkurangan adabnya adakah natijah dari peneutralan sikap oleh dasar-dasar sekular yang diimbangi sepenuhnya oleh nilai material akibat dari strategi dalam memenuhi keperluan dan kehendak yang menghakikikan mimpi menjadi realiti?"

"Maksudmu adakah minda mereka telah disusun mesinkan untuk dimudah ubah alihkan yang sepenuhnya rela rela dikapasitikan keupayaan oleh pendidikan moden masa kini?"

"Dinasti mesin-mesin yang dirobotikkan oleh sifat insan kian upaya dicabar keasliannya akibat gelodak wacana hendonisme yang semakin mengurai jati diri anak-anak muda berperibadi."

Tatkala membayangkan ketoleransian sikap berpengetahuan masyarakat masa kini timbul ujaran adakah ia menjadi alasan yang menjadikan perhubungan bebas berlainan gender semakin menjadi tradisi untuk tidak sedia dipertikaikan sikap dan sifat nilai warga berpendidikan?

"Berusahalah memandang realiti!"

Berapakah beza asas berpendapatan bagi yang berijazah di sektor swasta dan kerajaan?
Berapa pula asas berpendapatan bagi yang tidak berijazah?
Berapakah potongan dari skim pinjaman dan biasiswa pendidikan bagi diploma dan ijazah?
Berapakah potongan bagi bil-bil semasa?
Berapakah potongan pinjaman perumahan? (apabila layak)
Berapakah potongan pinjaman kenderaan? (apabila layak)
Berapakah potongan cukai-cukai?
(KWSP,SOCSO,Koperasi,Cukai Pendapatan dan Zakat (yang upaya mengurangkan bayaran cukai pendapatan - potongan rasmi)
(Tabung Khairat,Kutipan Kebajikan dan setarafnya - potongan tidak rasmi)
Berapakah potongan Sewa Rumah
Berapakah anggaran bulanan bagi Bayaran Tol,Minyak dan sewa pengangkutan?
Berapakah Sumbangan Amal Kepada Ibu Bapa (umumnya ibu bapa menjadi penaung anak-anak)
Berapakah anggaran bagi susu, lampin pakai buang dan lampin basuh tidak dibuang (kos biaya bayi dan anak-anak sebelum bersekolah semakin meningkat)
Persekolahan anak-anak
Kelas Tusyen

Aduhai.

Termanggunya berbaloi.

"Daku mencari kewajaran kehidupan berumah tangga itu menjadi medan bertanggungjawab dan kewajipan disempurnakan sifat insan yang upaya menghilangkan sifat haiwan."

Jumaat, 30 Oktober 2009

Ceria Ungu Hijau Kecoklatan

"Warkah-warkah ini mahu disemak semula."

Ketidak peduliannya selama ini sering menjadikan sabar ini semakin pantas berkurangan. Namun mentimun tetap dihiris andai tidak dipotong lantaran pisau sedia ternanti tanpa dapat dihalang.

"Letakkan helaian-helaian itu di situ."

"Ia pernah disangka sampah dan nyaris-nyaris terbuang,"perlahan dibisikkan antara dengar dan tidak.

9/Januari/2007
1238
Bolehkah kebiasaan yang hanya memberi sokongan kepada yang kuat sahaja dihindari dari menjadi senario normal abad kini kerana menerusinya akan upaya memesrakan alam fikir bagi melunakkan deria rasa agar kita tidak menambahkan darjah kepanasan dunia oleh kos kematian akibat sengsara perang?

Tidakkah setiap jiwa warga itu merupakan asset berharga kepada negaranya?

Manakah yang perlu disegerakan di antara melahirkan keamanan dengan meneruskan persengketaan tanpa sebarang perjanjian?

Manakah yang lebih adil menjatuhkan hukuman kerana sangsi atau berusaha untuk mengenali asal usul manusia yang berlainan perwatakan dan ketrampilan diri dan penzahiran?

Adakah mesra alam hanya dikhususkan kepada sumber hasil bumi juga tenaga tanpa manusia turut sama berusaha agar kita upaya hidup aman tanpa syak curiga untuk taat menghayati agama?

Amalan murni abad 21 ini adalah untuk memelihara keseimbangan ekologi, tidakkah wajar juga dipelihara ketelusan demokrasi yang diberi oleh marhaen tanpa memperalatkan keselamatan khususnya yang dihukum paksa menjadi miskin tidak berdaya oleh pembekuan harta milik mereka oleh sesetengah tindakan?

Khurma tidak pernah menjadi rebutan tetapi tenaga yang menjadi sumber daya menjadi pertikaian lalu ke manakah akhirnya perlarian?

Khemah-khemah semakin bercambah yang hilang adalah rumah-rumah yang tiada tiang kerana ketua yang mencari rezeki dan juga anak lelaki pergi berperang sehingga ‘kaum lelaki yang mulia’ semakin berkurangan ketrampilan keindividuannya yang mahir di dalam mengadun pemikiran meneroka teknologi di kalangan minoriti bukan dari kalangan majoriti.

Teknik pelaut teknik peladang tanpa pembaharuan sedangkan mesin pemprosesan semakin meningkatkan jumlah keuntungan di kilang-kilang.

Penjuru mana yang sering hilang kesempatan sebegini oleh ketiadaan pengetahuan?

Masa kian terabai kerana sinonim aur dengan tebing tidak saling membantu,jika membantu ia mencari sekutu.

Marhaen jugakah yang bersalah apabila sesekali bertanya mengkhabar erti demokrasi bukan mahu menyanggah kerana jasa dan budi tercatat di dalam sejarah…berlaku adil dan benarlah.

Lalu bagaimanakah sebuah kerajaan tanpa negara atau sebuah negara tanpa kuasa?

Bagaimanakah negara-negara yang kecil dan yang tidak memiliki kuasa mendapat peluang untuk mempertahankan rakyat dan negaranya dari tindakan sekatan ekonomi atau senjata
(demi memelihara keselamatan diri) dari negara kuasa besar?

Tidakkah jaminan terbaik dalam usaha menghasilkan pemulihan yang berkualiti terhadap sesuatu jenis rawatan perlu dinilai dari keberkesanan fungsi sesuatu peranan dilakukan?

Upayakah difahami maksud tersirat tentang hujan yang turunnya tetap melalui atmosfera yang tercemar oleh asid, meskipun alam tidak lagi segar setelah hujan turun akibat persekitaran yang kian tercemar, medan magnet semakin rendah keupayaannya untuk menyalur tenaga lantaran cas positif dan negetifnya semakin menurun tulennya yang terbukti dari kualiti air yang terus hilang kualiti kebersihannya oleh organisma terampai yang terus hidup biarpun dididih berkali-kali,
Kasih dan Sayang Allah masih terus menurunkan hujan untuk tanah menjadi subur untuk tanaman menjadi segar malangnya yang layu adalah diri kita yakni manusia.

8.1.2007
Jam 1931

Secara amnya perubahan yang dikehendaki era 21 disebut sebagai anjakan paradigma untuk menyantuni akal budi,jiwa yang meluhurkan pekerti.
Pendidikan disemai untuk saling dimengerti bertoleransi itu harga dan maruah peribadi bukan sekadar untuk didiskusi !

Adakah marhaen tidak wajar menyatakan bahawa budaya politik yang diterjemahkan oleh penguasa tidak mencerminkan ciri nilai pembaharuan kerana masih menangani masalah dan persoalan dengan kaedah lama yang menyukarkan dianuti sikap toleransi yang matang?

Ketahuilah billion jiwa muslimin tidak boleh disangkarkan dengan berbagai istilah kerana yang akan rugi nanti adalah pemimpin yang tidak akan upaya dikasihi oleh rakyatnya lantaran sikap yang boleh dipertikaikan diwaktu mahu dilihat demokrasi ditimbang dengan adil yang benar.

Pasaran dunia baru dengan hasrat yang dicitakan untuk melihat edaran penjenamaan global yang baru produknya tertegak dari lingkaran kehidupan muslim yang patuh kepada lima hukum yang meliputi berbagai bidang kehidupan termasuk makanan minuman yang membentuk medan urusniaga yang luas memenuhi piawaian hasrat masyarakat yang semakin memerlukan bersih suci agar kesihatan bererat dengan kewarasan.

Melalui pembacaan tercatit di dalam Perang Dunia 11 wujud penggunaan gas klorin (tidak pasti) yang digunakan hingga berlaku aterosklerosis yang meransang pembiakan barah dan mempercepatkan proses hilang daya ingatan (nyanyuk) sebelum tiba waktunya.

Generasi tidak mudah lupa kerana pasarana pendidikan, ilmu adalah antara tujuannya untuk mengenal (makrifat) bagi menjurus islah bukan hanya dengan pemikiran berteori sahaja tetapi perlu juga penghayatan dan pengamalan maksud ilmu itu sendiri.

Pengurus tadbir yang berhajat kepada perubahan mesti bervisi jujur bersifat sejagat,bermotifkan pembentukkan ummah bukan sekadar buat sekelompok sahaja.

Kita mengikuti jejak Kekasih Allah SAW yang mengubah masyarakat dengan tamadun yang diciri bentukkan dari Al-Quran.

Cuba merenung tempat suci tumpuan manusia sebelum Kaabah berdiri,penunjuk bukti manusia mendapat petunjuk dari Allah,sehinggalah berlaku perubahan penundaan yang diingini menurut hasrat yang mahu dicapai, Yahudi tetap dimusuhi.
Dari sudut apakah persamaan ciri 'penyelamat' buat Muslim, Kristian dan Yahudi tatkala ada yang tidak sedia menerima kepimpinan negara-negara yang ditunjukkan sebagai pnegemudi?

Benar bukan kerana tiada wujudnya kudwah hasanah dari saf pemimpin yang upaya memperlihatkan kesyumulan Islam akan sering setiap pandangan akan dicurigai disangsi hingga rasa hampa dan kecewa melihat sikap yang dipertontonkan kerana sukar mahu diikuti sebagai teladan.
Bagaimanakah upaya konsep ‘halal’ dan ‘haram’(sempadan batasan apa yang dibolehkan dan yang tidak dibolehkan oleh agama) yang tidak hanya di dalam penyajian pemprosesan makanan tidak diinteraksikan dengan tindakan ekstrim?

Qalbu dan jantung Islam terletak di rantau ini,denyutnya mesti menghidupkan dunia dengan iman akhlak yang amanah yakinnya adalah kerana benar.

Mahukah kelian mengabaikan tuntutan ini?

Jam 0957

Penjanaan pemikiran baru sifat universalnya tidak akan lengkap tanpa penyatuan semua ummat yang diuruskan oleh adil untuk mencapai kejayaan dan prinsip kesejagatan itu di dalam sejarah telah dibuktikan oleh Islam.

Dinamik uraian atom dan molekul mengecas eletrik pada zarah oleh proses pengionan yang memberi kekuatan kepada air sebagai daya dan tenaga, menaakul bentangan laut yang mempamerkan perlawanan arus adalah juga merupakan sumber daya yang sama formulanya bahawa penetapan dasar pengawalannya dipengaruhi bagaimanakah cara pengurusan kos pendapatan dan perbelanjaan ditadbir uruskan,tatkala kenaikan harga keperluan dan berlaku inflasi biarpun modal berlegar adakah ia ditentukan untuk diwujudkan konflik politik hingga keganasan dihubungkaitkan dengan militan?

Benarkah peradaban moden tidak harus diwakili pemeliharaannya oleh hanya seorang pemimpin,dari sekelompok penjuru sahaja dari satu warna kulit,satu keturunan sahaja.

Sejauh manakah ummah dibenarkan untuk berdiri bersama tanpa ada yang tersingkir kerana kesan penyingkiran itulah yang menjadi virus kemiskinan oleh pudarnya keyakinan dan kepercayaan diri.

Adakah akan terus wujud kemelaratan di bumi sendiri andai diteruskan sihat dan waras akal tanpa ditunjangi akidah sahih untuk dihayati?

"Ini warkah-warkah lama gelombang yang dikau dakwa dilupuskan kerana masalah bahasa. Ia sudah tidak sesuai dengan masa kini."

Khamis, 29 Oktober 2009

Gelanggang Ungu Hijau Dan Coklat Muda

Gelanggang yang bertatakan warna istimewa ungu yang dirapikan oleh warna seakan-akan hijau yang diadun dari warna coklat muda agak mengujakan seluruh panca indera.

"Usah menipu. Itu bukan suara dari hati mu."

Suara-suara rahsia itu sukar meninggalkan diri ku. Ia berterusan berbicara selagi voltan berkapasiti bekalan menyelenggarakan aliran dihidupkan.

"Baiklah ini bicara jujurku yang mahu dikau terima tanpa apa-apa rasa. Bagaimanakah sewajarnya trampilan budaya berstatus dunia diurus selenggara identitinya di wilayah yang dijanjikan kedatangan Imam Mahadi dan hadirnya semula Nabi Isa (as)?"

"Adakah kita serius selama ini?"

"Rasanya tidak. Isu menyelamatkan dunia alam dan manusia dari kemusnahan sebelum kebinasaan sebenar terjadi bagaimana dihindarkan dari kajian sains?"

"Bagaimana jasad dan fizikal pada sudut pembinaan teknologi untuk sisi keselamatan ummat disejagatkan?"

"Bagaimanakah diwujudkan undang-undang di wilayah bawah aras laut tatkala kecaman pada perlakuan menyalahi undang-undang di atas tanah menjadi bukti penguatkuasaan tidak menjamin pembelaannya ke atas mereka yang memerlukannya terabai tidak disempurnakan pembelaannya?"

"Bagaimanakah persediaan penaklukan dunia ke tangan yang adil upaya dirapikan andai budaya trampilan dunia dikhilaf ertikan?"
27/10/2009 – 1931

Dia masih bernyanyi riang.

Dan dilafazkan kata-kata usah tidak beretika terhadap wanita. Jaga bahasamu. Jaga agamamu. Jaga rupa dirimu. Jaga namamu. Jaga juga negaramu tatkala senikata berbaur lucah dipersembahkan untuk menyanggah ujaran-ujaran ku itu.
27/10/2009 – 1936

Pendidikan tidak boleh dibodek. Carilah orang lain. Saya bukan pembodek.
28/10/2009 – 0833

"Saya tidak berasa letih ‘melayan’ karenahmu tetapi masa banyak menjadi sia-sia hanya untuk mendapatkan apa yang tidak saya miliki."

Sekali lagi tata warna ungu dan hijau kecoklatan membungakan urusan terapi pada minda.

Stamina yang kekal kental bersifat 'marathon' itu sesekali menerbitkan rasa silu oleh pancar tenaga di gelanggang.

Sesekali kepantasan per jam menguji naluri sudut dalaman peraksi yang diuji untuk ditetapkan kelayakan beraksi berukuran pengalaman yang terasa amat mencederakan sukma di hati.

Ada tangisan pada kesakitan yang tidak kita rasakan.

Ada kepuasan pada kelelahan yang tidak kita raihkan.

Ada ria pada kekecewaan yang tidak upaya kita lakarkan.

Ada duka pada kemahiran yang tidak direncanakan untuk dikongsikan.

Pasarana-pasarana diri tidak akan terbuka andai keterlaluan mahu memonopoli.

"Hentikan bicaramu."

"Ia bukan ditujukan buat diri mu."

Bagaimana arena gelanggang mendidik pemain dan penonton juga penaja wahai suara tanpa rupa?

Terapi ekstrim tatkala bersaing untuk menyekat usahakah maksud bicara mu?

Bagaimana senario semasa mendiskriminasi hak muslim juga minoriti lainnya dipertanggungjawabkan kematangan keterbukaan jiwa oleh semangat?

Kita tidak upaya memisahkan agama lagi.

Sumber keberdayaan tenaga berpradigma pada juzuk fizikal radiasi wanita juga bagaimana upaya diabaikan?

Di dalam dunia ini status professional adalah lesen untuk berpendapatan bagaimanakah pula usaha distatuskan bagi yang tidak berpendapatan tetapi miliki hak?

Hak bernegara bagi pelarian dan pemaustautin di khemah pelarian.

Hak bagi berkongsi pendapatan kekayaan negara.

"Menurut mu ‘Aliyah’ berbeza dengan ‘Refugive’ dari sudut hak?"
0545

Selasa, 27 Oktober 2009

Bila Minah Berkisah Dengan Tipah

17/2/2008
1947

Minah bertanya kepada Tipah wujudkah pilihan jika dia perlu memilih?

Tipah mengiyakan sahaja.

Lalu Minah pekerja kilang menuliskan soalannya untuk Tipah membacanya.
Ia berbunyi begini :

Sesekali ingin bermanifesto diri dengan tujuan ingin bermotivasi yang menggerak dan menjana kebangkitan jiwa untuk merasa perlumbaan mencari pengampunan, mengejar syurga dengan menderma kasih tanpa mahu wakaf itu menakung pahala sendiri, tidak diduga menyimpul pintal kecewa.

Lantaran cela dek rendah pandangan mata, bermanifestolah untuk diri sendiri dengan lirik, umpama tidak mengenang budi tiada tahu khilaf diri menghasut itu bukan lidah tetapi tangan yang akan digari.

Tetapi bermanifesto kepada diri antara kaedah mendidik peribadi untuk diasuh pemikiran yang matang telus dan terbuka buat upaya dinilai integriti, kewajipan beramanah bukan sekadar janji yang tidak sedia diungkit lantaran kekuatan emosi tidak mahu dipasak mengikut musim beralih waktu, sedang gugus hari tidak pernah keliru datang dan perginya saat bertamu.

Membising betul- catatan itu sering disindir yang sesekali disinis bahawa pencatat berbusuk hati- memekak pula sesekali dilontarkan sebagai tidak tahu mengenang budi oleh tidak sedarkan diri.
(Kasihan Minah perlahan Tipah memangku rasa yang tidak terluah)

Manifesto adalah penyeruan yang tepat untuk dinilai kebenaran dan keburukan yang disuakan dengan isu-isu berbangkit.

Peribadi warga yang bijak ia akan meletakkan emosinya di tempat yang betul dan menjadi daya untuk memelihara dan membela kebenaran bukan semata tradisi yang dihikayatkan.

Selama ini warga telah dibebani dengan dasar yang tidak memulihkan jurang di antara kaya dan miskin.
Dibebani oleh hutang yang tidak wajar yang dialihkan kepada mereka sebagai pengguna.

Kekayaan tanpa pengagihan yang adil,tertuba oleh kekeliruan untuk menjadi berani berdikari dan meletakkan setiap tanggungjawab untuk tidak dikhianati beretika berprinsip berpendirian yang tegas untuk sentiasa menangani konsep mencegah adalah lebih baik dari merawat,mengenal akar umbi persoalan bukan sekadar diadaptasi penganalisaan untuk berhipotesis dengan perspektif baru tetapi terkeliru untuk mengulangi khilaf.

Warga lelaki atau wanita sama-sama upaya difungsikan untuk lebih berperanan sebagai lisan kebenaran keadilan kesaksamaan andai manifesto menjadi dasar penilaian.

Alaf ini memerlukan kritis untuk berperanan.

Tahniah kepada Barisan Alternatif yang akan mengubah sebuah negara dengan lebih berhikmah.

Tongkat Siapa Di Ketiak Mu?

9/3/2008

Dia menyurat kata di salah satu perbadanan penyiaran yang menemukannya dengan pandangan kekhuatiran warga senegaranya yang bermaustautin di luar negara dengan kemenangan yang tidak terduga, di mana di lima negeri utama telah teruji tidak akan menjadi bahaya andai sesekali kita berubah minda.

"Keaiban yang paling besar apabila tidak memahami tujuan pilihanraya adalah amalan demokrasi yang memberikan amanah untuk dipertanggunggjawabkan kewajiban berkebajikan kepada marhaen di atas kekayaan negara yang membentuk warga yang berdikari tidak perlu bertongkat kepada pembiaya-pembiaya yang menatijahkan kemiskinan andai globlalisasi itu benar-benar adil dan saksama."

Terus diamatinya kekeliruan-kekeliruan warga yang berterusan mencetuskan rasa resah tatkala kumpulan Pak Cik janggut sejemput dan bermata sepet, Mak Cik bertudung kelawar dan berambut pendek juga kakak abang yang entah siapa-siapa, ramai yang berjaya dipilih menjadi penjawat untuk mencerakinkan amanah kuasa.

"Apa juga agama atau keturunan kulit mesti dihormati hak dan prinsip kemerdekaan ia sebagai manusia."

Sinis mereka yang bukan warga juga mengkagetkan minda. Aduhai.

"Kemenangan Pakatan Rakyat adalah kemenangan warga dan rakyat Malaysia yang yakin kepimpinan di kelima negeri dan satu wilayah persekutuan akan meletakkan Malaysia sebagai contoh dan model di dunia antarabangsa."

"Badan Kehakiman antara pertubuhan awal yang akan meletakkan Malaysia sebagai juru bicara keamanan dunia setelah ia distuktur rungkaikan semula menjadi benar-benar bebas dari pengaruh politik dan tidak meletakkan mana-mana individu di atas undang-undang."

Tatkala ada yang berasa bangga tidak terlibat menjadi pemilih penjaksa, gemuruh darahnya tiba-tiba menggelorakan rasa.

"Pengalaman sebagai warga yang ternafikan hak untuk mengundi kerana berada di luar negara saat ‘berkuasa’ memilih wakil yang dipercayai mampu mewakili suara warga, dirasakan sebagai merendahkan harga diri saya sebagai seorang warganegara sehingga beranggapan diperlukan menilai semula erti hubungan diplomatik andai fungsi kedutaan tidak termasuk sebagai tempat paling wajar menjadi pusat pembuangan undi di alaf global ini yang turut bermakna tidak lagi relevan wujudnya undi-undi pos."

Adakah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan di mellinium ini sistem perjalanan piliharaya yang tidak mendiskriminasi mana-mana hak warga dan dihormati pilihan mereka? Marahnya semakin mengalirkan penyesalan.

"Pakatan Rakyat merupakan kerajaan yang sah menurut undang-undang dan kepimpinan mereka tidak perlu dicurigai kerana inisiatif mencerdaskan ekonomi akan mempiawaikan integriti dan etika sikap yang program dan aktivitinya kini bertujuan menstabilkan perbelanjaan dari pendapatan negara dengan memandaikan marhaen memahami bagaimana kekurangan sumber dan aktiviti ekonomi (kesan dari penyalah-gunaan kuasa) akan menatijahkan pemaksimuman hasil pengeluaran (yang bermakna keuntungan) apabila syarat-syarat dan terma perdagangan mengikut lunas akta perundangan atas tujuan melindungi hak-hak warga agar tidak terabai."

Kemajuan dinilai oleh pembangunan memilih Pak Cik janggut sejemput ekonomi akan dimundurkan. Aduhai pembangunan difardhu ainkan.

"Konsep dari modul pengurusan berlandaskan prinsip Islam pasti tidak akan membezakan warga atas faktor agama atau keturunannya kerana sifat universalnya telah dizahirkan pemahamannya oleh warga India dan Cina yang memberikan sokongan kerana tidak wujud ciri kuasa imprealis atau pendominasian kuasa oleh kerajaan Islam Kelantan (satu-satunya negeri contoh yang diurus-tabirkan oleh ulamak) yang amat perlu diadaptasikan ke Sabah dan Serawak demi memberikan keadilan berkebajikan kepada warga bumi putra.Penzahiran ini menjadikan warga Malaysia antara warga yang bijak membuat keputusan kerana merealitikan mereka berjaya mengisi makna berdikari yakni merdeka dan bebas dari belenggu pewarisan minda bersuka rela dalam memberi kuasa."

"Kita tidak sebahtera,"tiba-tiba kedengaran gema suara secara rahsia.

Ahad, 25 Oktober 2009

Menakluk Dunia Kuasa Atau Harta?

"Maaf andai budi tidak tersusun bahasanya andai jiwa tertusuk sentuh dek tidak beradab gelora rasanya."

"Nabi Musa (as) juga diizin berbicara dengan Allah Penguasa Alam Buana. Taraf kita sesama manusia yang bersaudara sama sahaja, beza hanya yang dewasa itu lebih diberi nilai mulia manakala yang masih muda itu dihargai kerana belianya."

"Teruja untuk turut bertanya di manakah bermukimnya agama rasmi yang dilindungi bagai menatang minyak yang penuh di dada-dada jiwa raga yang tidak rela lembing Dayang pulang ke Awang juga di manakah rasminya bahasa yang mendung mega diarak tawa saat pernah disurat perihal Perdana Menteri Seri Maharaja tatkala ashik dengan canda mesra duduk keliling bersama anak buahnya, disua tanya,"apakah mahu kelian melihat emas?"

"Lalu emas ditebar di tikar. Duduk sekeliling dengan sukat segantang adalah anak-anak buah Perdana Menteri Seri Maharaja sahaja yang dibenar bermain dengan segenggam seorang emas.Itu tatkala zaman purbakala masih sedikit jumlah warganya."

"Lunak bahasa kiasnya luka bukan menjadi tema etika, kawan."

"Selama manakah bertradisi perlu Perdana Seri Maharaja bermegah rasa yang mengungkap kata kekayaan ku datang kepada anak cucu ku makan dia tiada akan habis."

"Rahsia apakah terpendam di sukma rasa?"

Adakah krisis kepimpinan juga merupakan ideologi sedangkan ia diimpakkan oleh ketiadaan integriti?

Adakah dunia sedang berhadapan dengan ketiadaan kepimpinan seberani Iran?

Adakah embargo isu tiada kaitannya dengan etika moral?

Adakah mahu dipromosikan ketenatan kepimpinan oleh rasuah sekadar untuk dibenarkan dakwaan yang pernah mengujarkan bahawa kitaran habitat diplomatik adalah sekadar keashikan bersimposium dengan pakej pelancongan dan membeli-belah setelah dan sebelum menghadiri jamuan?

Adakah krisis kepimpinan memerlukan pesara kerajaan menjadi pilihan sebagai alternatif perwakilan sedangkan perubahan suhu sahaja tidak upaya mereka lalui oleh tahap keimunisasian yang kian merendah?

Bagaimanakah pelarian tidak tersenarai sebagai mangsa kepenggunaan tanah yang dibazirkan oleh hak berpolitik Amerika dan kuasa yang setaraf dengannya?

Sejauh manakah mendiskriminasi sejarah oleh politik melalui generasi hingga keamanan dipersendakan oleh demokrasi upaya disanggah?

Sidang korporat yang manakah pula akan mentadbirkan kroni melalui segmen memperkasa kreativiti demi gagasan ekonomi?

Adakah kerana ini semua hipokrasi seleberiti terus disensasi dengan nilai konsensi ilusi mencari realiti yang memberi sayap bersegi buat khalayak minoriti di kalangan broker keewangan pengaudit tanah pertanian agar berfungsi sebagai pengawal saluran permaklumatan bagi mendapatkan kelulusan?

Dimanakah kedudukan sebenar warga yang memberi kuasa kepada penguasa dalam tempuh hanya untuk lima tahun miliki harga dari sudut perkongsian khazanah negara sebagai kekayaan bersama?

Adakah warga-warga di Teluk sedang dibina sikapnya yang disasarkan permusuhan demi kepentingan dunia baru Amerika dan status jajah England?

Bagaimanakah Mahkamah Keadilan Antarababangsa tidak menjadi PAYUNG kepada mangsa pendiskriminasian?

"Itu sahaja?"

"Di lain masa akan diulang bicara."

Pengklonan ID Di Siber Khianat Siapa?

Dengan hormatnya saya meminta sesiapa yang telah mengubah kata laluan yahoo mesengger bagi mewakili diri saya agar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Saya membantah tindakan penyamaran ini.

Terima kasih.

Khamis, 22 Oktober 2009

Kroni Yang Kronik.

Kemalasan telah menjangkiti minda apabila dibanjiri tasik meterialistik pahatan dari pelobian termasyur mellinium ini.

Tatkala
'Kolam-Kolam Hati' mahu disanubarikan nuraninya
Di padang hijaun dengan tuak yang jelas namanya tertera
Terlupakah kisah diturunkan Yazid bin Muawiyyah oleh ketagihan araknya!
Warga Madinah tidak mahu Yazid menjadi ketua.


Konflik diri.
Konflik di dalam keluarga.
Konflik di dalam rumahtangga.
Konflik di dalam komuniti.
Konflik di dalam masyarakat.
Konflik di mana-mana.

Yang terlepas abai.

Kematian wanita Muslim yang tidak mendapat pembelaan.
Burqa yang dinilai oleh minda pemimpin baru dunia.
Kematian minoriti muslim tidak menjadi agenda pada kemeriahan FTA WTO oleh pertemuan di Tenggara Asia.
Dan dalam keashikan bersamba menanti dunia berpesta
Kematian seorang anak yang diliwat diperkosa dengan izin ibunya
Adakah ‘mensurvivorkan’ minda manusia dengan intelek haiwan acara rasmi ummah berbudaya?
Setelah mangsa-mangsa perang tidak berbela
Setelah penginap khemah-khemah berputih mata
Persaingan global kedudukan mereka entah di mana.

Perang minda ini bakal menguntungkan siapa?
Tatkala
Esok seluruh bursa ingin berpesta
Seperti mana lazimnya.

Selasa, 20 Oktober 2009

Mencari Guru Yang Tercucuk Hidung

Assalamualaikum Puan,

Bagaimanakah kemusykilan terhadap penggunaan perisian komputer yang sepenuhnya tidak memiliki perjanjian bertulis/bertanda tangan secara bersaksi ( yakni ditangani menerusi komputer) yang tidak melindungi hak-hak pengguna,di mana pengguna tidak mengetahui bahawa mereka tidak dilindungi untuk pengekalan hak-hak cipta terpelihara upaya didepani?

Misal-saat mencatat di blog ini setiap kali berakhir perenggan, laman ini tergendala oleh gangguan 'no responding'yang mengkaburkan keseluruhan laman ini.

Bagaimanakah prinsip-prinsip di dalam membuat kontrak perdagangan di millenium ini upaya diterima hanya menerusi perakuan dipersetujui perkhidmatan yang ditentukan oleh batas waktu tertentu yang ketelusan untuk bersifat terbuka dilupuskan merujuk era permaklumatan informasi digital?

Apakah penggubalan Parlimen oleh ahli sidang tidak upaya menghalang perkara seperti ini berterusan setelah mengambil kira wujud pemalsuan perjanjian dengan niat muslihat yang menyalahi undang-undang di dalam Akta Kontrak?

Bagaimanakah syariah juga upaya meliputi perundangan perdagangan yang menjelaskan kewujudan sesebuah negara Islam terbatal apabila peruntukan kepada undang-undang Inggeris masih diterima pakai ke atas warganya yang muslim?

Bagaimanakah rasuah dan salah guna kuasa diasingkan dari pengadilan sivil dan jenayah apabila prosiding mahkamah tidak berlaku oleh pengendalian Tribunal-Tribunal PesuruhJaya-PesuruhJaya yang berjaya mencerakinkan fungsi-fungsi Mahkamah secara teknikal?

Cerpen Peluk Anak Gosok Menantu Membelai Cucu Minda Kelabu

Melihat reaksi wajah anak saudara yang ini dengan suaranya yang penuh jerkah nyaring dek tidak kering gusi mengenai rumahnya yang berada jauh nun dari bangunan menerima gaji dia tertinggal keretapi.

Huhuhuhuhuhu

Sehari dua dia tahan menapak ke stesyen bagi menjimat wang dari digunakan secara sedar sewaktu terhalang di palang-palang di tol-tol gerbang memasuki Persekutuan, tambahan pula tangki muatan cairan minyak jenis super menjadikan sesekali dendam menjadi bicara yang terkunci oleh status anak kroni.

Huhuhuhuhuhu

Jantungnya masih berdenyut lagi kerana kesungguhan mahu mencari rezeki, tengah malam dan dinihari masih menjadi waktu-waktu untuk digerudi tender yang semakin menawarkan jalinan pelbagai interaksi.

Huhuhuhuhuhu

Apa yang menjadi gusi kam tidak kering tertawa geli ialah menaiki keretapi rupanya mesti dengan pakaian yang serba serbinya menggambarkan imej rupa diri.
Sekurang-kurangnya bercardigan, berblazer yang sedondon warna korporat (walau pun bertabiat keparat – dengan maaf kerana rasuah/pecah amanah yang tidak lagi menjadi musuh utama warga berintelek),kasut bergilap dengan tali leher yang sejiwa dengan tata warna kemeja sehingga gelagat lucunya yang berasa tertekan untuk menaiki keretapi menjadikan perut kami keras dek menahan tawa yang bukan dipaksa.

Huhuhuhuhuhu

Tertekan dengan aura personaliti menjadikannya kembali memandu kereta ke tempat kerja walau jenuh keletihan oleh panjangnya perjalanan.

Geli hati.

Bagaimanakah warna personaliti tidak berubah-rubah walau pun semakin berusia hingga lelah menanti bersara seorang tua?

Menyuntik darah untuk diganti edar sel darah yang lama bukan semua warga miliki kemampuan melakukannya Tuk.

Paling tidak lihat fitrah semula jadi usia sebaya yang sekurang-kurangnya memerlukan pembedahan kecil buat dipintas alteri pembuluh darah yang tidak upaya berfungsi bagai orang muda andai tidak diganti darah lama dengan darah yang baru.

Sesekali jenguklah ke rumah orang asli yang tidak pernah melintasi ‘High Country’ dalam usaha mencari pohon petai yang busuk tengiknya menjadi penawar tetapi terlebih dahulu disakat oleh bisa kerengga dan calar luka birat dek tikaman ranting dan dahan.
Diraih dengan harga murah berkilo tetapi dijual mahal di pasar dengan nilai mata sepapan.

Sesekali usah hanya sekadar memetik gambar di bangsal orang Kadazan sebagai kenang-kenangan dalam perjalanan pulang menjenguk empangan tanpa terlebih dahulu diselam hati mereka yang luka berpautan dek tanah sekangkang kera upaya digadaikan.
Usah didakwa ini dilemma bila yang rakus itu para 'dewa'untuk dinukil ungkapan orang-orang tua 'berketak ayam mandul ialah orang berketak dia berketak, orang bertelur dia tidak.

Ahad, 18 Oktober 2009

Menagih Nazak?

Sesungguhnya saya mempunyai ramai anak-anak saudara perempuan yang masih muda, ceria dan berkarier yang masih belum bertemu teman hidup di samping anak gadis saya sendiri.




Dan saya bersyukur kerana semakin hari semakin bertambah bilangan anak-anak saudara yang perempuan berstatus 'menantu',  setelah anak-anak saudara lelaki saya berumah tangga.

menjadikan perbualan di antara kami sering lebih terbuka dan kritis untuk saling bertukar pandangan berdasarkan pengalaman kami yang berbeza.

Dia mencuba berpasangan dengan setiap jenis lelaki dari yang bujang seusia sebaya, duda beranak dua (dia tidak pernah menceritakan seandainya pernah terlibat dengan lelaki yang telah berumah tangga), dia mempelajari sikap-sikap lepas laku yang tidak matang teman-temannya itu yang di antaranya ada yang senang untuk mengambil kesempatan agar dibiayai ‘lunch dan dinner’ waktu keluar bersama atau tangan-tangan yang gemar aktif pada masa dan saat yang tidak wajar kerana pendirian anak saudara ku ini ialah setelah bernikah apa-apa sahaja aktiviti aktif dibolehkan.

Dia menjadi salah seorang dari anak-anak saudara yang dibanggakan.

Malangnya dia bertugas dengan kroni yang ku gelar sang pemanipulasi.

Bersendiriannya di kamar kerap menjadikan bacaan Quran selesai dari satu juz ke juz yang lain. (ku harapkan amalan ini masih kekal dilakukannya)

Bersendiriannya juga lebih menonjolkan sikap penunaian kebertanggungjawaban kepada ke dua ibu bapanya yang memerlukan penanggungan oleh perkara-perkara yang tidak menjadi hak untuk kami perkongsikan walau pun bersaudara.

Pernah dinukilkan kisah rakan sepejabatnya yang memiliki talian-talian berbeza untuk dihindari dari diketahui hubungan-hubungan di luar pernikahan.
Pernah juga dikisahkan betapa rakannya yang melahirkan anak tanpa diketahui di mana sang suami berada sehingga bersendirian tanpa bantuan.
Dia menitiskan airmata kerana mengenang saat pengorbanan rakannya menggunakan wang sendiri demi disusun-santun untuk hidup bersama kerana ketidak mampuan bakal menantu ibu dan ayahnya itu dalam memenuhi dulang hantaran.

Walau kini dengan sifat berkroninya masih dia upaya menyantuni untuk berbudi dengan jujur menjadi sebati hubungan yang mengenal diri walau tahu di antara kami miliki perbezaan pendirian yang wajar dihormati.

Ia menjadikan kesukaran berkompromi sehingga tertanya sehingga titisan keringat yang mana upaya dihentikan kesemua lingkaran ganas para kroni terhadap kasih sayang persaudaraan insan yang bersaudara?

Korupsi pelaburan ini sangat dalam luka interaksi industrinya.

Bilakah ia akan berpenghujung bila mana saat-saat musim berguguran bunga disambut dengan dingin beku sejuk sekujur jasad untuk dibilang hari-hari hangat membara tanpa sedikit pun rungutan yang didengari bilamana mekar kuntuman bunga penanda bumi masih subur untuk dipertahankan ikatan tautan warna-warnanya?

Menemui kesempatan untuk dihayati sesalur jiwa salah seorang anak saudara lelaki yang sudah semenjak awal lagi mulai menaja dan mengusahakan pengumpulan bekalan dari bentuk wang dan barangan keperluan buat sekumpulan anak-anak yatim yang juga piatu, menjadikan kebanggaan ini melimpah ruah.
Bersama isterinya diri berkesempatan menyinggahi kediaman anak-anak yatim yang diserahkan oleh kedhaifan keluarga untuk diberikan perhatian dan kasih sayang.
Mereka saling menginteraksikan rakan-rakan sebaya yang lebih berkemampuan untuk dikongsikan pendapatan menaja keperluan harian buat anak-anak yang sepi dari sentuhan kasih dan perhatian.

Mereka melakukannya tanpa pendedahan media tidak juga dengan menjadikan sasaran untuk berpopular (benarkah ini wahai anakku?)

Mereka melansungkan interaksi hubungan berkomunikasi dari kecapaian perbagai radas bukan dengan tujuan interaksi intim jasad disegandingkan yang hak diabaikan yang batil didakapkan tetapi sudut kemanusiaan dari jiwa insan memiliki kejujuran.
Kejujuran yang mudah dihilangkan oleh rakus tindakan lupa diri lupa akal untuk menjadi penunjuk jalan agar tidak berada di luar kawalan.

Anak-anak ini masih muda pada usia penghujung dua puluhan awal dan pertengahan tiga puluhan.

Memandang sudut pada sisi yang lain rakan sebaya diri, masih enaknya pada bualan untuk menyempurnakan kekosongan quota empat isteri, mencari jenis makanan penguat batin, menjejaki cara hidup yang hanya menzahirkan perwatakan abnormal fitrah semula jadi sehingga diabaikan keperluan kesihatan itu ialah tidak wajar disebar-biakkan parasit 'human immunodeficiency' kepada mereka yang tidak bersalah dan tidak turut sama terlibat dengan perlakuan abnormal yang telah menjadi budaya para esekutif pra keterbukaan yang diimprealis-kapataliskan keperluan memiliki hubungan pengiring peribadi demi memeriahkan sosial yang diterma-barukan sebagai reaksi riadhah peribadi seni mengurut dengan spa yang dilansungkan keperluan menjadikan hubungan seks itu bukan kesalahan sebelum pernikahan termetri.

Bersaing untuk mendapatkan rahsia syarikat atau tender laba bukan begini caranya yang ditamadunkan oleh peradaban.

Apakah ahli-ahli penerbitan di bidang penyiaran juga melakukan tugasan seperti ini?

Apakah ahli-ahli penerbitan percetakan juga melakukan tugasan seperti ini?

Apakah ahli-ahli penerbitan media eletronik juga melakukan tugasan seperti ini?

Aduhai …

Ini memerlukan kejujuran memerlukan perubahan memerlukan pradigma baru di dalam konteks mengagendakan ekonomi dan makna penglibatan esekutif di dalam perhubungan sektor awam.

Apakah yang upaya disensasikan oleh isu ini?

Minda ku mulai dikuntum dengan senyuman yang manis meski jiwa digagahi untuk menyimpan kudis yang manis bernanah …

Sabarlah wahai hati …