Rabu, 29 Februari 2012

Dan ... Kami Masih 'Berbalah'


Saya tersenyum apabila dinyatakan iklan yang tertera mengenai Universiti Liverpool di blog-blog saya sebagai spam. Bagaimanakah boleh disahihkan wujud tawaran pembiayaan untuk pendidikan tinggi di blog ini tatkala ianya adalah mustahil kerana pemilik blog ini tidak berkelulusan. 





Catatan mengenai zaman kanak-kanak dan persekolahan saya dikesan tiada di dalam fail usb yang disimpan di dalam dokumen microsoft word. 

Bertanya pada yang mahir mengenai software tidak membantu apa-apa kerana terasa saya diperlekehkan kerana tidak ada pengetahuan tentang komputer. 


Cara mudah untuk menafikan hak yang sah boleh dituntut. 

Saya merungut di dalam diam.



Memang benar laluan ke sekolah saya pada tahun 1970 adalah melalui sebuah istana.

Istana Alam Shah Klang di negeri Selangor salah sebuah negeri terkaya di Semenanjung Malaysia.

Sekolah pertama saya ialah Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Bukit Istana Klang sebuah sekolah yang terletak berhampiran dengan istana rasmi Sultan Selangor yang juga berhampiran dengan hospital di mana saya dilahirkan yang berlokasi di atas bukit.

Saya masih mengingati guru besar ketika itu  ialah seorang wanita yang telah berusia dengan stail cermin mata serta baju kebaya labuh dengan kain batik setiap hari.



Ada dinukilkan juga kenangan bersama aruah abah saya yang menjadi anggota polis traffik yang mengiring ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika itu.


Mengapakah  'dicuri' kisah sejarah orang lain yang sudah tentu tidak sama dan tidak serupa di antara satu sama lain?


Saya memandang tinggi keupayaan saya mengimbas kenangan lama yang banyak tersimpan jauh di dalam sudut minda ini dengan menyusunnya satu persatu  mengikut kekuatan emosi dan jiwa yang dibantu oleh irama dari frekuensi gelombang.


Adakah ini juga menjadi salah?



Adakah anda tahu bagaimana gagalnya masyarakat baru dalam menilai sejarah yang telah diperbaharui oleh Amerika?

Mengapakah mereka membetulkan sejarah?


Sila kita menjawab sendiri setelah kebanyakan kita telah mulai berasa mual dengan ungkapan istilah baru Asian Amerikan setelah Afrikan Amerikan.

Nah lihat bagaimana rasa aib yang tertumpah ke atas makna Asian yang kian hilang dan rapuh identiti jati diri berperibadi.


Apabila masyarakat muda di Teluk segan dan berasa malu untuk mengakui kedudukan negara mereka adalah di Asia kini masyarakat baru Asia yang dilahirkan di Amerika tidak ragu-ragu melabelkan diri mereka sebagai Asian Amerikan.

Memualkan kerana wajah roman saiz tubuh mereka amat-amat berbeza dengan wajah imej fizikal dan roman Amerikan yang mendapat kemerdekaannya dari Belanda pada 1830.

Belanda?


Wajar masyarakat baru ini berasa malu dengan sifat bina pembentukkan jati asli berperibadi masyarakat di Eropah yang saya lihat masih mempunyai keaslian imej perawakan perwatakan dan kekal dengan kukuh dan berasa bangga dengan imej diri mereka sebagai Eropah.

Salahkah jika  melihat hanya Eropah sahaja yang benar-benar upaya mencabar Amerika dari pelbagaian sudut politik ekonomi, sosial, budaya selain perkembangan sains dan teknologi mereka tatkala kelemahan negara kita semua yang setelah sekian laman merdeka masih dipenuhi oleh aktiviti dan kegiatan serta hasrat adalah untuk menjadi seperti Amerika?


Ia memalukan sanubari minda saya.


Amerika mendapat kemerdekaan dari Belanda?

Biar betul.


Dan apabila ada antara kita mengikonkan Kamal Artartuk kelihatannya kita memang buta sejarah dan tidak tahu sejarah.


Tanah sebagai sifat asli bumi sendiri menolak untuk memberi tempat kepada jenazah Kamal Artatuk dikebumikan anda mahu menjadikan dia sebagai ikon!


Kita mesti bertanya dengan jujur kepada rakyat di Turki apakah benar atau sesuatu yang dipalsukan bahawa jenazah Kamal Artartuk hanya dikebumikan di atas pelantar simen dan tidak menjejak di atas tanah kerana tanah tidak mahukannya?


Apakah kita masih mahu mengkomedikan tentang ahli syurga?


Bolehkah kita bertanya kepada media dan stesyen radio televisyen apakah tidak boleh ditiadakan unsur-unsur maksiat yang menjadi imej kebanyakan perbadanan penyiaran?


Mungkin anda tidak tahu tentang sejarah diri anda sendiri kerana bercampur aduk dengan pelbagai jenis gen.


MEMUALKAN.


'Western people need entertainment.
Not all of us need a same entertainment.'


This is the issue.


They want to have entertainment in everywhere they go but they have their own country to have what they want not in here after UAE, Algeria, Morocco, Turkey, Egypt, Mauritania  and all over the world.

Arab is not in Asia?


How arab young people forgot about  the fact they are from Asia when their soil part of Asian continent?
May be they are migrate from others space or planet – I wonder.

If I have a choose – I do pray Qatar will never have too much entertainment field like UAE.



Mengapa saya katakan bahawa masyarakat baru buta  sejarah?


Adakah sesiapa boleh membantu menerangkan mengenai apa yang terjadi pada 14 hb Febuari 1981 di Dublin tatkala perayaan memperingati St Valentine di Stardust yang dikendalikan oleh dj telah menjadi saksi bagaimana generasi muda pada masa itu diuji dengan kemalangan yang penuh tragis dan memilukan?


Mengapa masyarakat muda dari generasi yang berbangga menjadi orang muda tidak mahu menyorot mengenai kemalangan yang menimpa belia dan remaja pada waktu itu?


Saya masih membaca dan menilai fakta bukan mahu bersenda 'and make fun on everything.'


Anda semua menolak dan bersikap prejudis pada catatan di blog-blog  saya kerana saya seorang wanita melayu muslim yang sudah berusia, telah berkahwin dan mempunyai anak-anak remaja.


Apakah perkaitan antara jenazah Kamal Artartuk dengan tragedi di Stardust?

Ia mengenai iman ketika kita memilih untuk beragama.

Ia mengenai akhirat sebagai masa hadapan ummah.


Tanah dan bumi tidak menerima Kamal Artartuk kerana penafian hak-hak Allah dan Rasulullah SAW yang dilakukannya ke atas bumi yang diperdaya muslihatkan dengan khianat sewaktu kerajaan Khalifah Othmaniah masih berusaha untuk beramanah ke atas tanah Palestein yang menjadi fokus yahudi dan nasrani untuk memadamkan roh iman hidup beragama.


Anak-anak muda di Stardust terbakar sehingga sukar dikenali oleh kesan pembakaran yang menjadi sebab kemalangan kerana suratan takdir Allah walau pun puncanya disebabkan oleh sesuatu yang normal terjadi apabila ada acara yang melibatkan kemeriahan dan perayaan yang menjadi kelaziman bagi budaya barat.



Saya lebih menghormati masyarakat di Eropah meski pun mereka menolak dan menafikan kemandirian dan bakat saya kerana saya tidak berkelulusan.

Mereka hanya pentingkan kertas kerja 'paper work' tatkala saya menggunakan konsep penceritaan bagi membuka minda untuk membina hubungan.

Amerika hanya menganuti kebebasan tanpa batas di mana mereka akan menjadi seumpama ‘penyelamat’ tatkala individu atau seseorang atau sekumpulan memerlukan bantuan untuk beroleh kejayaan.

Saya tidak memerlukan method dan kaedah seperti itu.

Jujur saya masih tidak menyukai Amerika.









Jumaat, 24 Februari 2012

Allah, Saya Bencikan Mereka.


Catatan ini dicatatkan pada 22 hb Febuari 2012 jam 1857/0657 petang waktu Qatar ( Al Maamoura ) di Mini Compaq.

Ia dicatatkan oleh seorang wanita muslim yang beragama islam yang dilahirkan di Klang Selangor Malaysia.


Beginilah catatan darinya untuk dirinya sendiri :

Saya berasa kebodohan dunia sudah sampai ke kemuncaknya apabila yahudi masih menolak hakikat bahawa akidah mukmin sukar digugat walau pun mereka dimasukkan ke dalam kotak, ditutup matanya untuk dibawa berkeliling pada garisan yang sama menuju titik yang ditetapkan untuk dilakukan semula pengulangannya.


Realitinya Amerika sebagai sebuah negara yahudi masih kekal mencabar sifat akidah mukmin walau pun mereka mengalih usaha menerusi bangsa lain untuk memudarkan keteguhan akidah mukmin dalam erti kata yang lain mereka masih gagal menggunakan etnik kulit hitam untuk mempelopori usaha menghilangkan jati asli berperibadi mukmin selepas kulit putih meneraju dan mengemudikan dunia ini.


Sifat mukmin itu tidak dimiliki oleh yahudi dan nasrani?

Saya tidak tahu mahu bertanyakan soalan ini kepada siapa tatkala saya melihat mereka gagal mengorientasikan perkembangan untuk mempergunakan anak-anak muda melakukan perubahan mengikut telahan zionis setelah anak-anak muda muslim mempunyai pendirian yang kukuh mengenai keakraban hubungan kekeluargaan mereka khususnya dari Asia Nusantara kerana makna keluarga kepada mereka adalah yang terbina dari keluarga biologi yang sedarah daging dilahirkan dari perkahwinan.



Terlihat kegagalan itu disahkan oleh kelumpuhan akal nurani insan apabila terzahir kesediaan menjadikan 'anak patung boneka' seperti bayi sebagai latihan menghidupkan sifat kemanusiaan mereka.


Apakah wacana Hooly wood pada tahap ini?

Dunia sudah mengenali Hooly wood adalah jenama yahudi yang tidak dihasratkan perebutannya apa lagi mahu mewujudkan persaingannya dengan yahudi.

Namun apabila memerhatikan bayi getah dan plastik yang diberikan sifat manusia semisalnya 'Barbie' menerusi irama lagunya adakah trapi yang digunakan bagi meletakkan kanak-kanak di luar kesedaran untuk dimasukkan sentimen berahi bagi meransang imaginasi sex menerusi senikata lucah  'YOU CAN BRUSH MY HAIR , UNDRESS ME' yang kini anda kekal mengulanginya dengan pengorientasiannya kepada irama seperti 'Video Game' yang semakin mencacatkan jiwa, rohani, emosi, intelek malah jasmani remaja dan belia serta orang dewasa.


Semua ini membuatkan saya terfikir mengapakah begitu rendahnya peradaban moden hooly wood yang dikatakan hampir seratus peratus dimiliki dikemudi dan diwatakkan oleh bangsa yahudi yang dikatakan memiliki tahap keintelektualan yang tinggi kerana keberdayaan mereka melahirkan pelbagai konsep kaedah yang membina sistem hidup dan sistem nilai juga sistem status mereka serta dunia sejak berdekad lamanya.


'Adakah dikau ke sini hanya untuk meluahkan kebencianmu thanaif?' 

Pelbagai suara menyentuh hati saya.


'Mengapa sitcom 'Friends' yang usang dan lama masih dikaitkan dengan semua pemainan ini tatkala saya hanya bermula mengenali siber pada tahun 2006 tahun yang masih baru berbanding dengan 'dailog dan perbualan' sitcom yang anda sengajakan miliki perkaitan dengan pelayaran ini? Minda saya tidak wajar dirantaikan dengan keperluan sesiapa.'


'Soalan mu siapa yang mendajjal minda mu?'


'Sitcom itu mewakili peradaban dan kemodenan budaya Amerika yang masih mahu dipertahankan untuk siapa? 
Secara umumnya sesiapa sahaja boleh menjadi rakan tidur samada di luar sitcom atau di dalam sitcom pelakon yang memegang watak siri ini dan dikau melihat ia sebagai elemen yang boleh mendidik penonton?'

'Pawagam milik manusia dan pelakonnya juga manusia thanaif.'

'Ya saya faham kerana analisa mu dikau hanya perlukan tertawa sebagai ubat sahaja tatkala secara logiknya dengan tertawa dikau tidak mengurangkan apa-apa masalah. Dikau hanya perlu sifat meredakan kesakitan bukan memusnahkan virus pembiak dan bakteria yang menjadi wabak sesuatu penyakit.' 

'Dikau mahu perempuan melayu atau mana-mana perempuan yang beragama islam diwakili oleh watak-watak sitcom ini tatkala masih banyak sitcom lain yang sangat bertentangan untuk diseiringkan sebagai wakil kepada wanita segender mu, teja dan R?

Tidakkah dikau sendiri yang merendahkan akal dan nilai intelek yang Amerika banggakan kerana memiliki sumber perdanaan wang menerusi Hooly Wood sebagai jenamanya? Dikau masih mengulangi ketetapan usang bahawa dengan ke Hooly Wood sahaja kesemua kejayaan upaya diperolehi.

Bersusun anak-anak muda kami mahu menjadi apa yang mereka inginkan tetapi harga yang dibayar amat tragis apabila anak-anak kami perlu mempunyai persamaan imej seperti mu bagi mendapatkan iktiraf keberadaan kebersamaan yang telah ditetapkan.

Anak-anak kami kehilangan jati diri mereka berperibadi sebagai seorang yang beriman kepada agamanya.

Anak-anak kami kehilangan nilai kepimpinan untuk diteladani apabila potensi dan kecenderungan dan minat serta bakat lahiriah mereka sebagai pemimpin sepenuhnya digenggam untuk mempunyai kebersamaan keberadaannya dengan nilai persamaan mu apabila mereka diminta mengulangi untuk mengitar edar perjuangan mengenai diskriminasi yang masih kekal isu dan persoalannya apabila kepimpinan ahli-ahli syurga dikekalkan tidak mendapat tempat di hati mereka oleh indahnya lakaran ukiran dan reka bentuk 'design' bagi memperolehi ciri kepimpinan ahli neraka.'

'Terlukakah minda mu thanaif? Terguriskah hati mu?'

'Dikau berasa marah dan membenci sikap konservetif sikap feudalism sikap yang dianggap usang dan ia perlu diganti namun sikap moden pada ciri pembinaan diri dan membentuk rupa berdirinya kita semakin menjauhi fitrah bahawa dunia ini akhirnya berealiti apabila ia menuju ke akhirat.'

'Apakah memperkatakan dan mengaitkan semuanya dengan akhirat kita perlu menolak dan memusnahkan dunia, thanaif?'

'Bukan begitu maksud saya!'

Permusuhan sengketa pergaduhan kebencian yang bersifat ekstrimis yang masyarakat mu mahu kekalkan ke atas tanah-tanah yang miliki tuan, tanah-tanah yang miliki kekayaan sumber yang miliki had sempadannya, tanah-tanah yang dicerobohi yang kita rosakkan nilai asli ia diwujudkan dari sifat galian kandungan uraiannya, selama manakah wajar menjadikan sesama kita sering membenci dasar kepimpinan sesetengah negara yang sedia ada dan yang masih diatur susun untuk menjadi kuasa utama dunia?

'Masih adakah lagi thanaif?'

Benarkah dikau mengorientasikan simbol dan perlambangan untuk membina imej yang gagal menerusi interaksi facebook?

'Mengapa?'

Kelihatannya dilansungkan satu keadaan yang membolehkan imaginasi direalitikan namun hakikatnya lakonan tanpa sutradara ini walau pun berskrip yang baik tetap gagal memberikan ciri persamaan kepada kehidupan berfitrah manusia yakni menerusi perkahwinan yang sah sahaja sebuah institusi kekeluargaan itu memperolehi roh hidup berkeluarga. Ianya tidak semata-mata diasaskan oleh rasa cinta dan kasih sayang seperti yang dikau terma syaratkan selama ini ke atas dunia bagi mengkancahkan makna kedamaian dan keamanan.

'Masihkah bulan cinta ku dipertikaikan thanaif tatkala ia hanya berbaki antara empat dan lima hari sahaja lagi?'

Isu yang wajar dikau hurai dengan jelas dan terangkan kepada saya ialah adakah membunuh diri juga wajar dianggap sebagai kebebasan dan hak yang tidak boleh dihalang kerana ia hak kebebasan untuk memilih bagi setiap manusia?

Wang adalah segala-galanyaa buat masyarakat mu teja dan R walau pun ia bermakna ia akan memiskinkan pihak tertentu yang tidak tahu menahu tentang sifat khianat yang diberikan untuk mereka berada di dalam lingkarannya.

Adakah dikau masih berasa dikau adil?
Adakah dikau masih berasa dikau saksama?

'Ke manakah dikau mahu pergi thanaif?'

Kali ini saya mahu keluar dari belenggu yang dirantaikan untuk langkah-langkah saya dan biarkan saya sendiri menentukan apa yang saya ingin fokuskan.

'Selain itu?'

Saya termanggu untuk bertanyakan mengenai impak dan kesan 'hadhari' kepada dunia hiburan tatkala medium antarabangsa gagal menghadami sifat berhibur bagi muslim sehingga kegagalan ini mencemarkan makna berhibur mukmin menjelangnya hari pembalasan yakni akhirat.

Saya tegas berpendirian bahawa adalah salah untuk membenarkan masyarakat Filipina atau Thailand atau Cina atau sekufu dengannya menggalas amanah dan tanggungjawab ummat kerana bangsa melayu muslim yang mukmin tidak seramai generasi 'wedlock' yang telah dilahirkan oleh bangsa dari negara ini yang terzahir seperti dituntut kelahirannya bagi menjadi buruh untuk pasaran dunia seperti mana bangsa di benua kecil Asia yang pernah dilakukan ke atas bangsa afrika.

'Dikau keterlaluan thanaif.'

Baik. Mari dikau bantu menghuraikan mengapa 'generasi wedlock' ini diwujudkan? Anak-anak tanpa bapa yang dapat dpastikan begiu banyak dilahirkan di serata benua tanpa mengecualikan di negara-negara Teluk.

Mengapa wujud keadaan seperti ini?

Apakah tidak wajar diminta agar setiap bangsa tidak menyenaraikan bangsa mereka sebagai ciri yang mempunyai banyak generasi dan masyarakat 'wedlock'?

Ia memalukan jiwa raga saya teja dan R kerana kemiskinan kelian tidak kelian sedari walau pun kelian mahu menaja kasih sayang cinta dan kedamaian.

Saya sudah lama menilai makna cinta dan kasih sayang yang diwar-warkan oleh mu yang saya yakin dari khalayak yahudi dan nasrani kerana kelian tahu saya inginkan pembinaan hubungan bukan permusuhan.

'Free' dan mission' tajaan mu sudah melewati kurun-kurun yang wajar ditinggalkan falsafah sudut yang membina kebebasan masyarakat mu.

Tidakkah dikau berhadapan dengan kemusnahan kesan dari nilai kebebasan dan hak yang sekian lamanya menjadi tema perjuangan mu? Dan menjelang akhirat yang akan memunculkan alamnya bagaimanakah akan kita letakkan diri kita dan keluarga, ibu bapa kaum kerabat handai dan taulan? Apakah berkroni dan mengamalkan sikap nepotisme kepada syurga masih menterjemahkan kemunduran menjelaskan kemiskinan ku?

'Apa yang dikau lakukan ke atas Kitab Suci mu thanaif?'

Dikau hanya mahukan idea pada sisi ekonomi politik sosial budaya susila adat resam demokrasi sains dan teknologi mengikut zaman yang dilalui oleh Kitab Taurat yang hanya sesuai pada zaman itu tatkala Al Quran saya mempunyai rahsia yang masih kekal keasliannya sejak ia diturunkan ke bumi oleh Tuhan melalui malaikat tatkala masyarakat mu memperkatakan tentang 'super natural super power' yang sebenarnya tidak dimiliki oleh mana-mana manusia.

Apabila dikau tidak beriman dengan alam ghaib tatkala menerawang fokus ke angkasa ia seesuatu yang sukar dijelaskan betapa ruginya dikau kerana pintu-pintu syurga berada di atas angkasa.

Apabila dikau mahu mengimejkan malaikat tanpa mahu memahami hakikat para malaikat itu bersumber dari cahaya yang suci yang memiliki kepantasan kelajuan yang sukar dicatatankan apakah wajar saya membina hubungan dengan mu lagi?

Apabila dikau kekal masih mahu menerima hakikat bahawa 'Jesus' dan 'Messiah' sebagai bukan penyelamat dan bukan nabi apakah yang dikau perlukan dari saya lagi?

Bolehkah saya pergi dari sini?

Rabu, 22 Februari 2012

Mengapa Sering Berujar 'Bangsat'


Tatkala berkekalan catatan saya hilang dan dipadam setelah diubah dari fail dokumen microsoft word, notepad dan fail usb, saya sudah tidak mempercayai sesiapa lagi.

Karenah khalayak seni yang mendakwa penyelamat tetapi mengambil kesempatan membuatkan saya semakin ingin berada jauh dari dunia fantasi imaginasi hanya berdasarkan mimpi tatkala saya tidak memerlukan mimpi-mimpi saya ditenun dan dianyam oleh mereka yang saya tidak kenali.

Sia-sia memberikan mu kepercayaan tatkala saya masih berusaha membina kepercayaan.


Saya terdengar dia meminta diluahkan segalanya untuk dia lebih memahami kesukaran saya.



Dikau mempermainkan nama pena ku thanaif dan tejathanaif.

Saya Lelawati binti Mohd Ali tidak pernah membeli nama thanaif@tejathanaif sebagai nama domain kerana saya tidak layak berbuat demikian lantaran tidak menganggotai mana-mana pertubuhan, organisasi atau menjawat apa-apa jawatan  profesional di mana-mana jabatan atau institusi kerajaan atau swasta yang telah ditetapkan untuk menjadi syarat utama oleh penawaran penggunaan nama domain.


Dengan sendirinya ia bermakna saya tidak terlibat dengan apa-apa projek yang bersifat kebajikan atau kemanusiaan kerana tidak mempunyai kelayakan untuk dibenarkan berbuat demikian.


Saya tidak pernah mengisi borang maklumat yang diperlukan bagi menggunakan nama domain thanaif@tejathanaif walaupun telah memilih dan menyemak kegunaan nama thanaif@tejathanaif di Qatar Domain Registered yang saya amat peka bahawa laman websitenya hanyalah kawalan capaian komunikasi yang dikendalikan secara tidak serius.


Saya menyedari lokasi GPS IP laptop saya telah ditukar dan diubah pada waktu-waktu tertentu tanpa sepenuhnya dibantu untuk diperbetulkan oleh pihak yang bertanggungjawab semenjak kami mendiami Matar Qadeem.

Saya tidak berkongsi nama pena thanaif@tejathanaif yang mula dicipta seawal Febuari/Mac 2006.

Saya tidak berminat dengan medan hiburan.

Saya mendengar radio kerana ia membantu penguasaan bahasa inggeris setelah saya tidak membaca akhbar.

Saya menonton televisyen dan filem kerana hanya mahu meluangkan masa memahami kehendak anak-anak yang menjadikan radas dan peralatan eletronik sebagai cara berhubung dengan dunia di luar lingkaran keluarga mereka.

Memahami mengapa mereka perlu mendengar lagu dan mengapa jenis-jensi tertentu irama itu dipilih untuk didengari menjadikan saya berinteraksi dengan beberapa juruhebuh di radio Q untuk disampaikan isu-isu mengenai keperluan dan kehendak muslim adalah berbeza dan perlu dihormati keberlainannya.

Dan kewujudan lelaki-lelaki 'jalang' di medan interaksi frekuensi telah menjadi penderaan yang disengajakan oleh pihak tertentu.

Saya menggunakan sepenuhnya bahasa rasmi negara saya kerana menyedari pemilihan jenis huruf di Microsoft Word tidak dapat membangunkan identiti diri saya sebagai wanita melayu yang muslim berasal dari Malaysia (Klang Selangor)  kerana berada di negara Teluk di mana isu identiti amat jelas kepelbagaian etniknya yang sepenuhnya didominasi oleh arab nasrani, arab yahudi, arab syiah, arab atheis, arab zarathusta di samping arab muslim sunni yang kian dimajmukkan oleh kepelbagaian kerakyatan berkhidmat di sini.


Saya cuba membina bukan menjalin  hubungan.

Isu yang paling utama ialah masalah terjemahan di dalam bahasa amat-amat melukakan minda saya kerana dengan sebab inilah antaranya ummah tidak upaya diisi pembangunannya walau pun zaman dan kurun melahirkan generasi demi generasi kesan dari salah informasi dan maklumat oleh kesalahan makna terjemahan.


Saya tidak mahu membina hubungan dengan lelaki bukan mahram.

Prinsip ini masih belum berubah.

Saya tidak terlibat dengan permainan siber.





Adakah boleh dijelaskan bagaimana wujud tiga aplikasi bagi nama suami saya pada modem broadband kegunaan peribadi di rumah kami?




Khamis, 16 Februari 2012

Keraguan


Apakah yang menjadikan bangsa dari keturunanmu perlu membunuh diri?

Saya ingin bertanya padanya yang sering memerhatikan pelayaran gelombang saya secara berahsia.


Adakah mereka perlu tewas pada persaingan yang sengaja diwujudkan agar wujud pemonopolian hanya oleh faktor usia, ketidak bolehan untuk dipamerkan tubuh kerana sudah tidak upaya menghairahkan, ketidak serasian oleh perbezaan stuasi yang melingkari zaman, ketiadaan penyenaraian untuk memasukki ranking kepopularan, ketiadaan kelulusan, ketiadaan paras persona dan inikah dimaksudkan sebagai peradaban moden?


Adakah dikau masih menyatakan wanita negaraku begitu mudah diletakkan di bawah pengaruh lelaki mereka?


Bukankah negara mu mempunyai bilangan yang tinggi rakyat yang membunuh diri?


Dia diam. Mungkin dia hanya memerlukan isu-isu besar untuk diberi perhatian. 


Adakah negara yang ingin menjadi pemangkin kepada pengisian pembangunan ummat  perlu mempunyai dana dan tabung serta yayasan kebajikan?  


Jesteru itu  saya sedikit ingin mencabarnyamengapakah keutamaan sangat diberikan kepada pengidap kanser?

Adakah semua kita mati atas sebab kanser?

Tatkala jenis makanan yang dimakan diberikan piawaian standart sihat kita masih menjadikan  tembakau sebagai hak peribadi, saat kita menjalani rutin kesihatan spiritual untuk ketenangan rohani kita masih dilazimkan dengan alkohol sebagai budaya yang menjadi entiti agama yang tidak boleh dihapuskan, tatkala kita menguji pewarna pada bahan pengawet, sumber gelatin dari lemak khinzir yang miliki parasite antara unsur utama digunakan untuk pengekalan kesegaran makanan yang diproses, tatkala disaintifikkan mengenai penulenan air untuk kecergasan fizikal oleh kadar alir darah memerlukan kecukupan seratus peratus air bagi disenyawakan janin kandungan coliform dan escherichi coli menjadi sifat lazim kandungan air.


Lantas dia wajar menerima bahawa saya tidak lagi mahu menjadikan kanser sebagai prioriti untuk dikisahkan mengenai kecekalan, keazaman, ketabahan, kekuatan dan keberanian!

Sebagaimana HIV – apa perlunya ia diberikan prioriti lagi tatkala galakan sokongan dan dorongan untuk pembiakannya diberikan jaminan oleh undang-undang antarabangsa?


Inikah alasanmu menolak warna merah jambu hitam dan putih dan warna-warna pelangi?


Tidakkah makanan dan piawaian standartnya ditentukan oleh status?

Siapakah yang dikau motivasikan? Orang miskin?


Saya semakin bosan apabila dikau sengaja memberikan tekanan untuk idea baru dan pada masa yang sama menjadikan ia permainan dan adalah keterlaluan dikau meletakkan catatan saya untuk dipersenda, diperlawakkan, dikomedikan dan dianimekan.


Salahkah jika saya melihat penduplikasian nama pada jalur interaksi mu ini sebagai kegagalan mu menyekat kelahiran yang tinggi tatkala terzahir kelahiran yang tinggi seperti sengaja disekat melalui persengketaan.

Mengapa siber dan interaksimu sedia mengeksploitasi sehingga daku kehilangan banyak catatan berharga yang dikumpul sejak sekian lamanya?
 

Khamis, 9 Februari 2012

'Have A Nice Day'

Membuka catatan Haniff menemukan beberapa catatan tambahan saat melayani bualan seseorang semalam (8/2/2012)


Bagaimanakah isu-isu keamanan dan permasalahan ekonomi mendewasakan makna hubungan antarabangsa tatkala mengambil sikap dari makna peristiwa Nakhbah.


Radio itu masih tuli walaupun ianya tidak bisu. Lantas saya bertanya adakah masyarakat atau kepimpinan dunia masih kekal mahukan holly wood menaja isu-isu ummat?


Radio itu tetap tuli malah semakin pekun.


Sehingga rasa mahu 'dibunuh' sahaja kesempatan yang selalu disambar secara rakus oleh khalayak yang tidak pernah untuk menghormati perbezaan di antara mereka yang menjadi penyokong atau peminat lakonan, arahan, gubahan, lukisan, rekaan, tulisan khalayak yang digelar seniman dan artis tatkala banyak minda yang lelah kekal dimanipulasi oleh keinginan mereka untuk kekal popular.




Apakah yang diketahui oleh pemenang anugerah Globe atau setaraf dengannya terhadap peminat mereka yang beragama Islam yang tidak sedia melihat buah dada dan ponggong artis kesukaan mereka?


Adakah khalayak ini tidak sedar bahawa ranking kepopularan mereka juga dipengaruhi oleh peminat mereka yang beragama islam yang sering dipersendakan oleh pengacara komedia dari siri komedi dan 'talk show' yang ada di antaranya telah lanjut usia tetapi masih kelihatan pelik apabila masih mempersoalkan tentang beza cara hidup oleh pegangan nilai agama, budaya dan bahasa bangsa di negara-negara yang berbeza?




Bukankah Hollywood itu sudah terlalu tua usianya?


Apakah hubungan yang dibina olehnya masih di kalangan mereka sahaja pada saat dan ketika begitu mudah interaksi dan hubungan komunikasi dijalinkan?


Minda saya berujar lazimnya kita hanya nampak Cina Jepun Korea sahaja dan kini India.


Saya tersenyum seorang.


Masihkah terasa mahu 'membunuh'?


Ada cara lain?


Entah, saya tidak tahu jika ada cara lain tetapi khalayak ini juga ada yang boleh digolongkan sebagai penjenayah. Menipu di dalam berkarya.




Bagaimana pula distabilkan harga komoditi, memadaikah cita rasa dan gaya hidup di Hollywood memberi impak kepada kita?




Samalah soalan itu bagaimanakah kewujudan undang-undang antarabangsa masih tidak mampu mengecualikan bangunan ibdah dari dicabuli oleh keganasan? Tiada jawapan walaupun banyak tindakan.


Minda saya masih bermonolog sendirian.




Adakah Raja Thitis mewariskan zuriatnya untuk terus memunahkan bangunan ibdah?


Nah wahai bangsa yahudi, bukan muslim yang merobohkan bangunan ibdat mu satu ketika lalu tetapi bangsa eropah.


Mahukah Jurusalem membisu pada sejarah yang benar-benar berlaku?


Mahukah dikau mempelajari sejarah sebagaimana daku memahami sejarah?




Sediakah dikau memahami betapa marahnya diriku apabila jalur nasab keluarga ku dikelirukan sebegitu rupa? Mustahil tejathanaif@thanaif mempunyai hampir enam puluh ribu waris keturunan tatkala usia ku hanya empat puluh lapan tahun.




Rabu, 8 Februari 2012

Kekasih ku Kekasih Allah- Rasulullah SAW


Wanita ku dikau harus tahu saya memerlukan ‘kebebasan’  mencatat bukan dikronikan dengan  majikan mu. Saya seorang yang bebas tidak terikat dengan mu.




Dia tidak tahu membaca catatan saya dan menjadi lebih buruk kesemua catatan saya dibacanya hanya melalui bantuan mesin terjemahan yang disediakan oleh google chrome.


Akhirnya saya bertengkar dengan beberapa 'orang udara' yang tidak dikenali.




Puncanya ialah Bulan Memperingati Kekasih buat saya bermula esok ( 12 Rabiul Awal 1433) iaitu meraikan seorang ahli syurga yang menjadi kekasih kepada Pencipta manusia.




Catatan di dalam bahasa inggeris :


Muslim do not have to celebrate Hari Kekasih.


I am challenging you on Febuary as a courtesan month when  all media cronies being circle by the prostitute love  which is not prohibit by religion which wants people to know the road to the heaven according those who have a habit to follow the path of hell.


Sekali ini bahang kemarahan antara kami sukar diredakan. 





Saya mencabar Febuari sebagai bulan persundalan sekiranya media kroni dilingkari sepenuhnya oleh cinta yang dilarang oleh agama bagi menjejaki jalan ke syurga buat mereka yang suka dan gemar melangkahi jejak neraka.



Ya Rasulullah,

Mereka di sini tidak mengetahui tarikh barakah 12 Rabiul Awwal 1433 meski sangat tinggi ketepatan menghitung jarak dan masa ...



Tiba-tiba ingin ku cabar makna cinta nya Kekasih ku,

Apalah yang mahu dibesarkan imej lelaki yang dikau mahu berkongsi impian dengan mu itu tatkala Kekasih ku Muhammad bin Abdullah SAW lebih menempati di seluruh jiwa ku sehingga sukar untuk memahami bagaimana dikau masih mahu membandingkan antara ahli syurga dengan lelaki yang masih belum diketahui petempatannya di akhirat nanti.


Bulan Febuari mu ku ungkapkan sebagai musim-musim kecemburuan mu

Musim kegusaran mu terhadap hakikat cinta dan menyintai

Apalah makna cinta mu andai ia hanya untuk mengindahkan mata

Apalah erti cinta mu andai ianya hanya untuk dibelai jiwa

Apalah perumpamaan cinta mu bilamana ianya hanya untuk naluri fitrah nafsu yang perlu diberahikan sehingga kurang diri mu untuk berasa malu

Apalah bandingan cinta mu tatkala merindu itu hanya pada emosi yang luhurnya perlukan bukti


Ya cinta mu perlukan tanda – sebentuk cincin bukan intan bukan emas walau ke duanya berharga

Cinta mu dimahalkan oleh tanda harga tatkala kurang semusim upaya cinta itu terlerai memisahkan makna dua hati sejiwa rasa

Cinta mu tanpa cahaya tatkala beban sukma disamakan dengan paras beban hutang dek kerana cinta

Cinta mu upaya suram seketika bilamana ia perlu dokongan musim-musim peralihan untuk membungakan cinta setelah menyemai dan membenihi rasa itu

Cinta ku cinta yang tidak terucap
Cinta ku cinta yang tidak pernah berjawab
Cinta ku digenangi air mata
Cinta ku dihimpit kerinduan yang melara
Cinta ku digelorai oleh kesakitan
Cinta penuh rahsia ini direlungi kehinaan
Melimpah rasa.










Berhadapan Dengan Broker



Terfikir mengapakah masih watak wanita muslim dijadikan senda komedi oleh wanita-wanita dan lelaki-lelaki pengacara di televisyen yang diklafikasikan sebagai komedian di kalangan masyarakat arab menerusi slot paparan televisyen mereka.


Apakah perkaitan lurah dada wanita Iran dengan pemimpin mereka? 
(Damn you Mr Jay Leno...maybe you should retire and  give your microphone to others)

Begitulah sengsara batin saya saat menonton televisyen yang ditaja oleh TV Samsung yang kami tonton dari kaca skrin Sony Bravia.

Itu bualan sendiri lebih enam bulan lalu.


Dan semalam menerusia skrin Sony Bravia kami terkejut dengan sikap bias laporan dari Al Jazeera versi di dalam bahasa inggeris yang memimikkan Presien Syria berdoa untuk memperolehi kekuatan tatkala rakyatnya berhadapan dengan kekejamnannya.


Saya mulai ingin mengujar apakah dengan berlututnya Pope maka generasi 'wedlock' berjaya ditangani?




Begitulah sengsaranya batin saya saat melalui proses berfikiran kritikal yang diminta oleh minda.



Sebenarnya tt menyokong andai Miss Condeleza Rice menjadi calon Presiden pada masanya... tetapi warga kulit hitam Afrikan Amerika yang bertali arus dari Mesir berkompromi untuk bangsa mereka dengan dokongan pelobian Arab.

Kemudian melihat Madame Sarah Palin yang kurang dilihat karismanya tetapi upaya merapatkan jurang perbezaan pendirian telah membuat keputusan yang jelas menzahirkan Amerika tidak berdaya diubah oleh dua parti yang mendominasi sejak ratusan tahun lalu.


Apakah perubahan dilakukan dengan kesediaan menubuhkan parti baru tatkala ke dua parti yang mendominasi masih diwadahkan dengan dasar dan sistem yang lapuk walau pun dibawa oleh muka-muka baru?

Kaum pemilik modal masih gagal menjiwai pemikiran rakyat awam walau pun berjaya memenuhi kehendak rakyat awam.

Jika tt warga Amerika dia tidak akan memilih untuk mengekalkan presiden yang sedia ada.

Alih sumber tenaga tidak wajar menjadikan pendapatan petani yang mendepani perubahan suhu keilangan tanah untuk dijadikan sebagai cara pencarian sumber baru tatkala digesa mahu dikurangkan jumlah kepadatan penduduk dengan keupayaan dirintis pengklonan sel DNA ....


Paling buruk apabila semua ini menjadikan kita sedia diibaratkan sebagai buah catur untuk dibolehkan bersifat dengan sifat King Queen Sordadu dan dua sifat buah catur lagi.


Siapa buah catur itu? Mahu mengaku?

Sabtu, 4 Februari 2012

Saya Tidak Suka 'Mereka' R.


26/1/2012

0643 pagi

 

Seseorang bertanyakan pandangan saya mengenai sekolah anak-anak saya di Doha. 


Saya tidak pasti mahu menjawab secara jujur atau berkata bohong R, kerana tidak adil untuk menyatakannya tatkala saya lansung tidak mengambil tahu mengenainya selain menyiapkan keperluan anak-anak saya untuk ke sekolah dan memastikan mereka menyiapkan kerja sekolah di samping mendengar pengalaman hari-hari persekolahan mereka.

 

Mahukah dikau mendengar kesimpulan yang saya diperolehi, R?


Penilaian yang sangat rendah terhadap sekolah mereka disebabkan banyak faktor:


1- Sikap pengurusan yang tidak peka pada kehendak dan keperluan pelajar berbanding sensetif kepada kehendak dan kepentingan sumber memperolehi keewangan.

 

2-  Kelemahan guru-guru yang tidak mengenali beza budaya, beza sosial dan beza anutan kepercayaan pelajar.

 

                         3-  Persekitaran yang tidak bersifat kondusif (ini                              tidak boleh dielakkan kerana keluasan                                        agak terhad)

                              

 

4-  Sistem disiplin yang tidak difahami oleh pelajar.

 

 

5-  Pihak pengurusan sedia berkhianah kepada urusan keewangan yang diperolehi oleh pelajar (sedia menggunakan wang pelajar tanpa meminta kebenaran)

 

6-  Guru-guru tidak benar-benar bersedia berhadapan dengan keantarabangsaan pelajar yang mempunyai berbagai kerakyatan.

 

 

7-  Masalah kefasihan pembunyian lafaz dan laras kata sesetengah guru-guru tidak difahami oleh pelajar.

 

8-  Pihak pengurusan dari kumpulan sokongan keterlaluan diberikan hak yang adakalanya menekan pelajar.

 

 

9-  Merokok menjadi budaya bersama di antara guru dan pelajar serta kaki tangan sokongan.  


Moral tidak menjadi sebahagian dari pendidikan di sekolah mereka kerana tidak ada pendisplinan dari sudut etika berpakaian sehingga kelihatan ketiadaan penyertaan Kementerian atau Jabatan Pendidikan Qatar memberi garis panduan yang upaya melihat dasar  dan sistem pendidikan negara ini sendiri sebagai sebuah negara muslim.


10-  Guru mempunyai tempuh yang dihadkan oleh ikatan kontrak memberi kesan kepada kelas-kelas yang akan menduduki peperiksaan.

 

11- Walau pun kebanyakan guru-guru mempunyai kelulusan pada peringkat master (didakwa oleh pelajar) mereka seperti tidak tahu mengajar kerana tidak upaya membezakan keupayaan di antara pelajar bijak dan pertengahan, lemah dan perlukan perhatian.

 

12- Adakah mengajar di kelas (di sekolah) sama seperti mana menjadi tutor di kolej dan universiti?

 

13- Di Malaysia kekuatan guru-guru kami kebanyakannya diperolehi dari Maktab-Maktab Perguruan. Adakah wujud Maktab Perguruan di Qatar?

 

 

Umumnya guru-guru dari kerakyatan England lebih digemari oleh pelajar.

 

14- Harga makanan di cafeteria/kantin dan mutunya mungkin perlu mendapat perhatian.

 

15-  Wujud perbezaan yang ketara dari sudut fizikal sekolah-sekolah di kawasan Al Mamoura membawa ke Al Sadd, di mana sekolah antarabangsa di bawah kelolaan England (Iran/Pakistan/India) kelihatan ‘terperosok’  manakala sekolah-sekolah antarabangsa di bawah kelolaan Amerika dilokasikan di kawasan bercirikan kemewahan.

 

Ia bukan hal saya R, tetapi rata-ratanya sekolah dan kedutaan dan kediaman bagi rakyat Amerika diistimewakan. Mungkin masyarakat di sini menyukai negara ini.

 

Keadilan juga tidak mampu dilakukan oleh pendidikan.

 

16-  Pendominasian oleh keperluan mendapatkan keuntungan dari pendidikan amat-amat merugikan masyarakat Qatar sendiri kerana ia tidak membawa banyak kemanafaatan berbanding kerugian pada masa, tenaga dan wang.

 

17- Adakah masa hadapan Qatar akan sepenuhnya ditandakan oleh dasar negara barat apabila nilai persamaan sistem masih dikitar agih dan dipinda mengikut Amerika dan England selain Eropah?

 

Saya tidak tahu R kerana saya tidak berinteraksi dengan mereka selama ini. Impaknya kepada saya ialah : 


BAGAIMANAKAH UPAYA BEBAN PINJAMAN KEEWANGAN PENDIDIKAN DIGALAS SENDIRI KE BAHU PELAJAR DALAM KETERPAKSAAN MEMBANTU AGAR IBU BAPA TIDAK DIBEBANKAN DENGAN HUTANG PINJAMAN APABILA KEBANYAKAN IBU BAPA MEMULAKAN TEMPUH PERSARAAN?


Saya tidak pasti R, adakah ini juga akan menjadikankan saya dengan mereka kekal berkonflik?


Ingin saya ketahui adakah kami upaya mewujudkan satu perlaksaan sistem yang membolehkan tanggungan pendidikan tidak menjadi alasan anak-anak kami tidak berminat meneruskan pelajaran mereka R, tetapi mereka yang mengawal medium  ini bukan khalayak yang tepat untuk saya luahkan rasa minda.

 

Bagaimanakah diselesaikan/disolusikan tatkala terzahir Tuan Puan di sini lebih memerlukan lulusan yang berijazah, upayakah dijadikan universiti seperti sekolah yang wajib dimasuki oleh setiap rakyat agar mendapat jaminan pendidikan tidak dijadikan perniagaan yang dikomersialkan, R?


Saya tidak tahu dan saya kurang menyukai mereka yang bertindak mahu mengawal penginteraksian ini lalu saya semskin kurang sedia mahu terus berbcara.