Ahad, 26 Januari 2014

Bahasa Kesedihan

Seseorang meninggalkan notanya di meja.

Catatan itu tertulis:

"Saya tidak lagi suka dengan semua ini. Ia kelihatan hodoh dan terasa bodoh untuk menyapa kejahilan yang berdebu tebal dengan kekotoran yang didatangkan oleh tiupan angin walau sudah diturunkan hujan untuk membersihkan debu yang mengotorkan jejak saya selama ini.

Mungkin bayu boleh disapa, upayakah saya memintal mu wahai bayu untuk dijadikan penjara?

Mungkin debu boleh ditanya, upayakah saya dirikan sebuah penjara dari kotoran debu mu?

Mungkin pada titis air boleh ditanya, sediakah andai saya lingkarkan sebuah penjara dari pusaran aliran arus gelombang mu?

Mungkin pada tanah pasir dan batuan menanti pertanyaan saya, bolehkah dibina batu menjadi dinding buat mendirikan sebuah penjara dari kandungan granit karst malah bitumen mu?

Mungkin bahang api juga sedia mengkubukan sebuah penjara dengan bentuk yang lebih bersistem?

Untuk apa didirikan penjara?

Satu suara menerjah lembut ke telinga ku?

Saya mahu menjarakan tipu perdaya muslihat dan persona.


Setelah terbinanya sebuah penjara dengan saksi-saksi bisu walau pun bermata!"


Saya menyimpan catatan itu. Entah siapa penulisnya. Entah telah berpusara atau masih bernyawa.

Sebuah kekecewaan yang mendalam disuarakan dengan puitis apakah teriring dengan airmata atau marah yang bernyala. Tidak dapat saya pastikan. Namun saya memahami bahawa bahasanya itu adalah bahasa kesedihan.


Sabtu, 18 Januari 2014

Lupa Terlupa Pelupa dan Dilupakan.


Apabila saya semakin sering dengan tidak sengaja menjadi pelupa dan terlupa, saya tidak kisah jika saya dilupakan.

Saya tidak kisah.


Itulah sebabnya semua menjadi bisu.


Namun kita terlupa bicara Nabi Khidir kepada para pencari ilmu :


"Wahai pencari ilmu, sesungguhnya orang yang berkata-kata lebih berasa bosan dibandingkan dengan orang yang mendengar. Hati ibarat bejana lihatlah apa yang diisi di dalam bejana itu."



Dek kerana makanan halal itu amanah, muslimin di tanah air pasti akan dibicarakan di akhirat nanti, bila makanan yang tercemar diedar atau bila keuntungan darinya membuatkan kita khianah.



Betapa negara-negara kecil di Eropah meluaskan kemahiran pengurusan perbekalan sumber manusia, makanan dan tenaga setelah bidang teknologi unit-unit kecil kompenannya dikeluarkan oleh kebanyakan negara-negara ini.



Sains dan teknologi islam masih entah di mana pada dekad mellinium ini apabila masih Kesatuan Dagangan Islam dianjurkan untuk berkonflik dengan budaya seperti mana pada masa Namrud dan Babilion menjadi gelanggang perdebatan antara Aristotle dan Socrates.



Bagaimanakah dihentikan bagi hal apartheid setelah diketahui bahawa Luqmanul Hakim seorang lelaki berkulit hitam yang menjadi surah di dalam Al-Quran? 


Selesaikan sahaja hal-hal keduniaan mengenai persamaan hak dan kebebasan melalui Luqmanul Hakim.


Selesaikan melalui Vatican dan Canterbury Church terhadap lukisan dan wajah wanita yang menghiasi dinding-dinding bangunan ibadat mereka supaya tidak terkeliru siapakah Virgin Mary dan siapakah Maria, siapakah Magdalene supaya pasti tiada wujud pertindihan dengan wajah-wajah wanita-wanita pelacur.





Tidakkah kita terasa terlalu banyak ditemui ‘komponen inflamasi’ penyakit ketika ini?



Lalu bagaimanakah penguraian lemak binatang yang telah mati diolah semula untuk tujuan dagangan apabila konsep halal hanya didokumentasikan pada pasaran bukan mentaliti?



Inginku katakan bahawa daku tidak mengendahkan jika tiada sesiapa yang bersedia mengikutiku di mana hati ku sudah teringin mahu menyekat diriku dari diikuti.

Jumaat, 17 Januari 2014

Membisu Membuatkan Ku Bisu dan Dia Pun Lesu

Dahulu saya ada menitipkan pesanan kepada pemblog 'Masterpieces' yang tidak dikirimkan dan disimpan sahaja di dalam fail peribadi kira-kira tujuh tahun lalu.


Saya bertanya mengapakah radio yang dipancarkan ke televisyen, penyiar dan pengacaranya dikonsumerkan oleh media hiburan dan talian frekuensi tatkala mereka bergaji?

Adakah ini adalah tanda ketidakupayaan untuk mereka memakanismekan ciri-ciri keadilan terhadap wadah maklumat yang sebenarnya telah mulai dihayati milik kelebihan tersendiri tanpa menyedari bahawa tugas para penyampai info adalah juru pengintegrasi yang kebestarian minda dijulangkan oleh ketiadaan unsur taksub terhadap hanya sebelah pihak sahaja yakni memihak kepada pihak majikan yang membayar gaji mereka?


Masterpieces saya temui di Bandar Baru Bangi setelah kerap mengikuti tulisan-tulisan di blognya.

Namun setelah bertentang mata semuanya tidak terkeluar dan saya tidak tahu bagaimana mahu berbicara.


Kita tidak wajar hanya sedia mengendung bangsa sendiri sahaja di alaf globlalisasi ini andai mahu dengan jujur keglobalan dunia tanpa sempadan turut diakseskan keluasan geografinya oleh rakyat miskin yang saban alaf ditandai sebagai warga yang perlu disubsidikan setiap keperluan asas kehidupan mereka.

Benar bukan minda kelas bukan untuk dijenamakan juara tetapi bagaimana mahu menjadikan ia sebagai saluran pembudayaan untuk membebaskan hawa nafsu.

Mungkin menjadi lebih baik andai dikupas halusi bagaimanakah kesan tauhid dalam membenih ukhuwwah agar lahir sejahtera sosial?


Wanita yang saya temui itu sama seperti saya, kami hanya mesra di atas skrin eletronik.

Bertemu pada tahun ke dua kepulangan untuk bercuti masih tidak dapat dituturkan bualan-bualan yang tersimpan dan masih keramahan kami hanya di atas skrin pada jaluran internet.

Masa tidak dimanafaatkan dan kami tidak pernah berhubung lagi selepas pertemuan kali kedua itu malah kiriman pesanan ringkas hanya sekali dua dibalas dan panggilan telefon tidak pernah dijawab.

Sombong...duga yang meresap ke dalam emosi saya.


Peradaban adakah memaju dan memodenkan sikap sahaja tanpa  menghalusi budi dan jiwa untuk diserlah budaya sesuatu bangsa?

Dan bagaimana agamanya menyempurnakan kemuliaan syaksyiah dan peribadi diri insan itu?


Bagaimanakah keinginan untuk menzahirkan rasa silu untuk hanya berada di atas pagar sahaja tatkala amat memerlukan dilakukan pilihan terhadap menyatakan kebenaran atau menafikan kebenaran, adalah petanda lemah dan kerdilnya jiwa insan?

Jihad untuk bertoleransi sahajakah pada penegakan hukum-hukum Allah tetapi tegas pada peraturan-peraturan lemah manusia?

Benar bukan mukmin itu ciri identitinya adalah dicorakkan oleh hukum dan sifat yang tetap pada hukum agama adalah ia tidak berubah.


Lalu pertanyaan saya terhambur ke talian frekuensi yang gagal memahami bahasa saya.

Keberangkalian yang pasti kesemua kiriman pesanan ringkas itu telah dibuang begitu sahaja.