Khamis, 20 Oktober 2011

Adakah 'Orang Miskin' Memilikki Bangunan Tinggi?

(sejak hampir enam tahun lalu dicari jenis huruf bagi mewakili wanita melayu muslim namun masih tidak ditemui setelah leelawadee hanya dikhususkan buat Thailand)


Lalu kejahilan quraisy yang masih dierat kuat oleh buku-buku menerbitkan persoalan di minda benarkah telah dibantu untuk membenarkan para pengembala kambing dan unta berada di gedung-gedung bagi menzahirkan akhir zaman lebih wajar diposisikan imejnya berbanding mellinium?


Masyarakat dunia dibina oleh sistem.

Dilahirkan oleh sistem.

Diaktifkan oleh sistem.

Didilemmakan oleh sistem.

Dikonflikkan oleh sistem.

Dibahagiakan oleh sistem.

Disengsarakan oleh sistem.
(relevanlah pula dengan buku online Yahudi Menggenggam Dunia yang masih berdikit-dikit ditelaah)


Lazim yang gagal diusir tertanya sistem siapa yang menjadi rujukan kita selama ini?

Dengan bahasa yang lebih mudah untuk difahami perumpamaan ini disimbolkan seperti ini :
Apakah kegunaan dan fungsi otak jiwa @ pemikiran berbanding sebuah khutubkhanah?


Menyimpan buku membaca buku mencari buku menelaah buku menterjemah buku meminjam buku mengaudit buku dilakukan di perpustakaan dan kedai-kedai buku.


Di manakah diletakkan otak, pemikiran dan minda?

Wang?


Apakah wajar akal dibelenggu oleh tuntutan sistem?


Apakah sistem yang membentuk masyarakat?


Terlihatkah ciri kedajjalan yang kita miliki tatkala membenarkan sifat pembuli pembohong penipu penyamuan pencuri menjadi sifat yang membina diri anda?


Bagaimanakah kita terus gagal untuk penerusan memilih jenis huruf yang digunakan bagi mewakili diri seorang wanita melayu yang muslim?


Siapa yang bergoyang kaki mendapat untung?

Hackers? Pengawal trafik di angkasa? Para penghibur?

Jerkahan suara thanaif amat menyakitkan hati.


tejathanaif apakah dikau menyedari mengapa wujud sesetengah pengurus keewangan syarikat tidak mempunyai simpanan tunai tatkala mereka menjadi pengurus yang mengaudit belanjawan keewangan syarikat merangka dasar bentangan belanjawan syarikat dengan anggaran angka yang tepat untuk memperolehi imbangan penyata yang diperlukan pada setiap akhir tahun, tetapi mereka tidak mampu menggarap aplikasikan pengetahuan pengalaman kemahiran kelayakan mereka di dalam realiti kehidupan peribadi malah bersedia berstatuskan penghutang?


Apakah tawaran berhutang menjadi tema kepada pendidikan bukan dihasilkan oleh sistem yang membentuk masyarakat untuk tidak beragama?


Dikau mahu khalayak seperti ini menjadi teladan?


thanaif!

Adakah lantaran dinafikan masa hadapanmu ialah akhirat berbeza dari tuntutan masa hadapan ciptaan bangsawan semakin lampas bicaramu?


Mungkin ada benarnya tejathanaif, setelah dikau mencemuh dan mempersendakan dengan berbagai usaha bagi mematikan semangat dan keinginan saya untuk berjaya.


Ayuh tersenyumlah tejathanaif atas laras sekularisme mu yang menjadi syarat-syarat sehingga
menterjemahkan apakah tamadun dajjal akan mencabar kepentingan mellinium atau akhir zaman dan peradabannya...

Khamis, 6 Oktober 2011

Nama Ku Memberi Masalah?

Mengapa tidak suka pada nama sendiri?


Dahulu masyarakat di kampung pernah memikirkan satu kaedah di mana anak-anak yang sering menangis atau mengalami demam yang berpanjangan, dianjurkan oleh orang-orang tua agar ditukarkan nama asal anak itu dengan nama timangan.


Ini berikutan didakwa nama yang diberikan itu tidak sesuai untuk nama anak tersebut.


Waktu itu saya masih kecil dan turut melihat realiti apa yang disebutkan di atas di dalam masyarakat kampung nenekanda saya di Kampung Terentang Kuala Pilah Negeri Sembilan.


Saya mentertawakan dan merasa tidak logik.


Sehinggalah berlaku kepada saya sewaktu berusia sekitar (tidak diingati) waktu saya ditawarkan untuk menjadi guru ganti sandaran.


Setiap penjawat yang ditawarkan jawatan dengan kerajaan perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh dan x ray bagi membuktiknannya sihat tanpa mengidap penyakit yang merbahaya dan berjangkit.


Bersama dengan seorang rakan kami menunggu nombor giliran dipanggil di bahagian pesakit luar di Hospital Besar Kuala Lumpur.


Baru secicah menduduki kerusi yang disediakan,nama saya dipanggil untuk masuk bertemu doktor.Saya berasa pelik kerana baru sahaja tiba di hospital.


Setelah menjalani kesemua ujian yang diperlukan doktor wanita yang berketurunan india menyemak surat tawaran dari Jabatan Pelajaran Selangor dengan borang pengesahan pesakit dan dia telah menunjukkan rasa yang tidak senang dengan membulatkan matanya dengan sedikit perasaan marah.


‘Awak tidak tahukah nama awak siapa?’


‘Saya masuk kerana jururawat itu memanggil nama saya.Memang itu nama saya.’


Jururawat itu juga menunjukkan reaksi yang sama dengan doktor itu.


‘Awak tidak lihatkah nama yang ada di surat ini?’ Dia menunjukkan surat pengesahan pesakit.


‘Misi (nurse) tidak menunjukkan surat itu. Bagaimana saya boleh melihatnya.’


Saya membantah kerana jelas jururawat dan juga doktor tersebut mengabaikan maklumat dan biodata saya di surat tawaran dan surat pengesahan pesakit.

(terfikir apakah kini pengabaian di sudut kelemahan diri dan teknikal itu andai sering dimaafkan menjadikan penyalahgunaan biodata dan butiran maklumat sedia menjadi kelaziman?)


Saya didewasakan dengan proses membantah dan memprotes kerana sering diabaikan oleh alasan-alasan yang sukar dimengertikan.


Doktor dan jururawat itu menjadikan saya mangsa untuk berasa bersalah di atas kelemahan kemanusiaan mereka.

Nama pada surat tawaran itu dieja Lelawati binti Mohd Ali dan nama di surat pengesahan pesakit dieja Leelawathy d/o (daughter of -------- tidak diingat lagi)


Kebetulan pada surat kelahiran saya di muka hadapan pendaftaran nama saya dieja seperti nama yang terdapat di surat tawaran dan di muka surat belakangnya dieja Leelawathy ejaan nama gadis india.


Sejak itu saya tidak suka menggunakan nama asal yang diberikan oleh arwah abah dan bertindak menukarnya sendiri menjadi Nurlaila binti Mohd Ali.


Saya cuba menukar nama itu di mahkamah tetapi menurut Pesuruh Jaya Sumpah di Mahkamah Rendah Klang (Selangor) penukaran nama perlu melakukan akuan bersumpah untuk ditukarkan nama ini pada sijil kelahiran dan nombor kad pengenalan dengan kadar kos yang tidak mampu ditanggung kerana saya ketika itu seorang penganggur.

Dan saya telah memulakan penggunaan nama pena tejathanaif@thanaif sekitar awal 2006 dengan beberapa pembuktian yang dirakamkan dari kiriman email.


Selain itu saya juga pernah menggunakan nama samaran seperti Mustar Haniff, Thespian Gulf, nlma_126, thrall_throes, teja, thanaif_56, twinpeaks_56 di samping pernah untuk beberapa waktu menggunakan nama zalisa_56 pada kata kunci (password Blogger kerana tidak tahu mengisi maklumat di blog.spot.com) selain nama pena yang digunakan di siber, thanaif, tejathanaif, teja thanaif, tejathanaif thanaif yang digunakan setelah menyedari nama pena teja thanaif, thanaif, tejathanaif disalahgunakan sewaktu laptop-laptop peribadi kegunaan rumah ‘diuruskan tanpa sepenuhnya di dalam pengetahuan tt’ sehingga telah menimbulkan beberapa masalah dan kerumitan yang tidak difahami asal sumber dan alasan ianya terjadi.


Tertanya juga adakah mesin dan radas eletronik ini juga miliki sifat korup seperti para pengendali hasil dari pengurusan ahli poitik yang korup kerana menjadi kroni para pelabur yang memiliki modal?


(Baru perasan Blogger tidak membenarkan gambar dimuat naikkan di blog ini - guna sistem apa blogspot.com?)

Rabu, 5 Oktober 2011

Bunga?

Dear Rana Sarsar,

As you realized i am not so good in english langusge.

I will write to you using my own language, bahasa melayu (bahasa malaysia)


Sesungguhnya wajar dinyatakan dengan tegas kepada kebanykan mereka bahawa di antara kita saling tidak mengenali, tidak pernah wujud interaksi secara realiti, tidak wujud keinginan untuk saling mengenali malah sejak kebelakangan ini wujud perasaan untuk saling berbenci.


Adakah saudari pernah menerima catatan pesanan ringkas dari seseorang sejak 2006 sehingga kini yang menggunakan bahasa asing yang bukan bahasa inggeris,bukan bahasa arab,bukan bahasa tamil, bukan bahasa urdu, bukan bahasa tamil, bukan bahasa mandarin, bukan bahasa jepun, bukan bahasa korea, bukan bahasa tagalog, bukan bahasa latin, bukan bahasa jerman, bukan bahasa bangladesh, bukan bahasa nepal, bukan bahasa sri lanka, bukan bahasa perancis, bukan bahasa hebrew, bukan bahasa yang lazimnya digunakan di Teluk.


Saya percaya saudari ada menerimanya di atas ujaran memahami makna bagaimana dihadami proses 'perkongsian' idea tetapi bukan untuk dipergunakan sewenang-wenangnya tanpa etika.


Kebanyakan wanita kini berhadapan dengan realiti bahawa masyarakat moden hari ini yang begitu dekat dan hampir dengan agamanya atau mereka yang tidak beragama meletakkan beberapa sekatan dan syarat yang ketat andai persoalan wanita mahu diberikan perhatian.


Antaranya ialah paras wajah mesti sempurna mengikut pandangan mata.


Mata diberikan sepenuh kuasa untuk menjadi hakim dan diminta saudari menyorot semula mengenai kesahihan bahawa adakah perencanaan yang sedang diperbaharui kini perancangannya adalah bagi ' memperkosa' Amerika Selatan dan Afrika menerusi agenda menjadikan warna kulit sebagai prosesnya.


Bagaimanakah berdaya hubungan komunikasi dijalinkan pada litar aliran selari yang terbuka sepenuhnya di angkasa dikawal dan dikendalikan mengikut sempadan jika benar wujud persempadanan antara lokasi di angkasa?


P/S :
Bolehkah saudari menjelaskan tidak berpakaian di khalayak itu sebahagian dari makna kebebsan sebagai cara berasasi?

Selasa, 4 Oktober 2011

Tatkala Anak Ku Dewasa

Tatkala anakku dewasa


Ingin dia ku pakaikan budaya


Nipis sutera mengukir rupa


Agar berjalannya membusungkan dada


Agar dia bersantun dengan punggong menyegar mata


Agar dia tertib oleh tepat kiraan angka


Agar peka nampak susuk saiznya


Agar kepalanya sering kelihatan berbeza


Satu hari ada kalanya ada alas sutera berpin mutiara


Ada satu minggu pula inai keemasan berkilat di rambutnya


Satu hari ada kalanya di bahu dagu anak ku akan terlihat cekak emas perak atau suasa


Dengan busungan dadanya tiada rahsia.


Aduhai


Tatkala anakku menjadi dewasa.