Khamis, 22 September 2011

Tahniah Untuk Siapa Dek?

Waktu itu dia masih kecil.


Andai diminta ke kedai tidak boleh diberi wang melebihi lima ringgit (itu dahulu tetapi dibandingkan dengan masa ini apakah yang upaya ditawarkan oleh wang sejumlah ini?)


Apakah nasib bagi mereka yang tidak berpendapatan atau yang sepenuhnya pendapatan mereka ditentukan oleh nilai keuntungan bagi pasaran semasa komoditi-komoditi di bursa dagangan?


Bimbang wang tidak berbaki dan banyak barang bermakna sarat beban badan kecil itu akan menggalas.


“Di kedai tidak banyak barang jualan,mak. Bukan seperti pasaraya di bandar yang sarat dipenuhi anika pilihan, memandang pun hampir gelap mata, tidak tahu apa yang diutamakan, bil akan panjang tersenarai barang yang ditawan oleh pandangan,” suara kakak yang tengah menggema rasa.


“Sepatutnya kita yang serba daif dengan makanan ala kadar bergilir nasi berkuah cair, bilis diperah air asam ikan asin yang kekadang ada ulat lantaran lama dijeruk pekasam, amat memerlukan rantaian makanan penyubur kesihatan. Badan kerdil tercungap mencari hela pernafasan ke kedai cuma yang ada barang-barang tanpa tanda harga, tidak diketahui bila tarikh luputnya juga tidak tertera isi sukat halal boleh dimakan atau sekadar gambar untuk diiklankan,” kakak yang sulong yang sudah kerap berulang alik ke bandar menambahkan gema di ruang kecil bilik tamu.


Memiliki enam orang anak perempuan dan Haniff anak bongsu menjadi harapan keluarga ini meletakkan keberanian biarpun usianya masih belum mampu memahami apa-apa selain menjadi perantara antara emak yang matang oleh usia dan pengalaman dengan kakak-kakaknya yang masih muda remaja mencari ruang menimba pengetahuan.


“Mak beri dua ringgit sudah mencukupi.Tepung cuma seringgit dua puluh sen. Bakinya Haniff pulangkan.”


Tekanan ekonomi amat dirasai oleh keluarga yang sudah tidak mempunyai ketua rumah tangga ini.


Peristiwa dari peredaran zaman tidak pernah melintasi fikiran mereka bahawa ia akan mempengaruhi keseluruhan kehidupan ibu tua dan anak-anaknya.


Dapor kayu tidak memerlukan balang gas yang harganya membolehkan ayam menjadi hidangan mengukirkan senyum di bibir anak-anak yang tidak pernah merungut biarpun menu tengahari dan malamnya hanyalah jemput-jemput kosong yang bercampur garam sahaja.


Mereka tidak miliki kamar tamu yang hebat dengan sentuhan hiasan dalaman langsir baldu ungu atau permaidani halus sulaman tangan yang dibawa dengan kapal terbang yang dibentangkan buat alasan kerusi dan perabot antik ukiran besi sebagai penanda laras taraf kebiasaan diukur untuk dinilai piawaian.


Peti frekuensi atau peti pantulan orang-orangan juga tidak ada di rumah itu, apa lagi maklumat dan informasi saluran telekomunikasi tidak pernah diperlukan oleh keluarga ini lantaran zamannya sahaja bermillenium baru tetapi aktiviti hidup dan wajah penghuninya masih dicorakkan oleh pemikiran lama yang semakin usang peradabannya tatkala hikmah dan sanggah disepakati cara menghadapinya adalah dengan kekuatan tanpa perseimbangan suara manusia dengan keinsafan.


Dan paling membingungkan hanya dengan bicara VETO sahaja semua makna peradaban kemodenan masyarakat intelek yang berkemajuan upaya menjadikan nilai-nilai demokrasi diletakkan di kaki.

Rabu, 21 September 2011

Selasa, 13 September 2011

Selalukah Kita Sama Tetapi Tidak Serupa

Apakah mungkin pemalsuan informasi menjadi sifat yang membina masyarakat?


Di kalangan siapa teman ku?


Di kalangan masyarakat moden yang semakin aktif memberdayakan fungsi komunikasi angkasa yang tidak bersempadan.


Apakah langkauan tanpa sempadan itu turut bermaksud masyarakat tidak memerlukan etika yang menjadi sebahagian dari cara bermoral apabila sememangnya kita berperadaban?


Apakah peradaban itu tidak ada budayanya?

Apakah kemodenan itu tidak ada asas untuk beretika?

Apakah kemajuan itu hanya sejajar pada pembangunan pasarana tanpa pembangunan kemanusiaan dan keinsanan?


Mahu mu bertanya kepada siapa soalan ini?


Tuan Trump.


Soalannya?


Apakah gesaan untuk menjadi kaya tidak memerlukan etika? Begitu sekalikah wang mahu dijadikan penguasa yang bersifat berkuasa?


Bukankah telah dikau ketahui bahawa sistem sekular telah melahirkan masyarakat sekular yang sifat binannya ialah kebendaan.


Terpegun seketika.


Masyarakat sekular inikah yang sedang dibinakan sifat insan ke atasnya?


Cubalah dikau bersabar thanaif.


Masih ada soalan ingin ku tanyakan pada sadari-saudari mu yang gigih berkecimpung melestarikan fesyen dengan persembahan seni kreatif, mengapakah bintang-bintang balapan dari peserta lelakinya kelihatan lebih beretika di dalam berpakaian?


Ya, benar semakin ramai yang sedia berseluar panjang di samping semakin terserlah bintang balapan wanita dari eropah timur yang kelihatan selesa berseluar panjang semasa beraksi di balapan. Malah bintang-bintang balapan yang saling bergemerlapan di kalangan lelakinya semakin kelihatan selesa berseluar melebihi paras lutut.


Apakah sememangnya seni berpakaian ini tidak lagi memerlukan penyertaan bintang balapan muslim bagi mengketengahkan etika pada ruang membina sokongan dan penglibatan yang bersifat kekeluargaan?


Medan balapan memulakan sentuhan dan garapan yang mempersonakan oleh keberdayaan yang menyerikan bintang-bintangnya yang berupaya mempamerkan keashikkan oleh hasrat bagi memuliakan manusia sebagai insan yang diindahkan oleh rasa kebersamaan untuk meraikan persefahaman bahawa pada perbezaan itu ada keperluan untuk saling memahami bukan didiskriminasi.


Sekarang ini dikau sudah memahami impak dari perbuatan didiskriminasi? Sudah fahamkah diri mu bagaimana perasaan dan cara membina minda bagi mereka yag diabaikan dan ditindas?


Apakah yang dikau upaya menduga pada warna kulit yang putih dan berambut perang serba 'blonde'?


Terlalu istimewa?


Dikau mengajar dan mengasuh untuk bermotivasi oleh motif dan tindakan. Dikau mengkaedahkan seni bualan diri bagi membina semangat harmoni tetapi padah yang dikau bawakan kepada masyarakat yang berbilang bangsa dan pendirian adalah tuntutan berkompromi dan berdiplomasi tatkala dikau merompak menyamun merampas mendominasi memanipulasi sehingga menjadi imej selari dikau berdiri dan membentuk masyarakat mu yang sebenarnya mempunyai kelemahan dan perlukan trapi bagi membina kekuatan.


Dikau wajar menyedari keadaan tidak selalunya berpihak kepada diri mu.

Jumaat, 9 September 2011

Siapa R Pada Mu ?


Catatan ini dibuat pada 4/Febuary/2011


Sambil merenung fikir tatkala mendengar isu paparan laporan media di sini saya tertanya apakah asas pengetahuan islam wartawan-wartawan di wilayah ini sangat terhad?



'Kecacatan' syaksiah tidak lagi menggusarkan saya apabila melihat wajah-wajah pan arab yang memenuhi kaca lcd plasma televisyen tetapi tatkala mereka dengan penuh seni wibawa diri mulai mengutarakan keliberalan Islam minda saya tersadung luka.


 
Berkali-kali saya kirimkan pesanan ringkas bertanya soalan yang sama adakah liberalisme dan pluralisme itu sudah menjadi sasar arahnya?



Tidakkah dia menyedari semakin terbukti kelemahan berbanding kekuatan sistem sekular yang masih menjadi pegangannya itu?



Saya tidak tahu sejauh mana penerimaannya terhadapa persoalan siapakah sebenarnya yang merencanakan untuk arab memimpin?


Dunia barat?



Rakan dagangan?


R bertanya tidakkah saya rasa gentar berhadapan dengan kemarahan masyarakat arab nanti?


Perlahan dikatakan mereka tidak tahu bahasa penulisan saya kerana itu sepenuh kesalahan fahaman jika timbul wajar sepenuhnya diletakkan di atas bahu penterjemah yang tidak pernah saya lantik bagi mewakili saya.


Masih perlahan suara R berkata benarkah dunia arab diminta memimpin tatkala keharmonian dari kestabilan politik dan ekonomi lebih cenderung melihat Asia Tenggara sebagai pilihan yang diperhatikan?


Benar kata R, apabila nilai pengguna muslim yang melebihi ratusan juta berada di situ mengapakah dipandang ke Timur Tengah...


Berapa jutakah komposisi kelahiran muslim di Mesir / di Bahrrain / di Oman / di Qatar / di UAE / di Yamen / di Saudi Arabia / di Jordan / di Syria / di Iraq / di Kuwait sehingga mereka memerlukan tenaga pekerja asing untuk membangunkan negara mereka?


Ini isu saya R jika benar mahu diwaraskan permainan Tuan-Tuan Jutawan untuk dikekalkan hayat dan tempuh persaingan yang disengajakan ini.


Saat itu saya berada di Praha dan waktu itu menghalusi ungkapan-ungkapan bicara Encil Peter Demetz yang dicurahkannya di dalam Prague In Danger yang digabung kaitkan dengan susunan bicara penjelasan dari Encik Stephen Klimczuk dan Encik Gerald Warner of Craigenmaddie.


Adakah England dan Amerika tercabar apabila ada di antara negara-negara Eropa kekal tidak melihat keperluan menjadikan English sebagai bahasa pilihan utama?


Seperti saya terlihat wajah-wajah jelita itu memasamkan wajah mereka.


Masih ada soalan yang saya simpan di dalam lipatan hati tatkala mengikuti irama-irama putaran penyampai-penyampai radio yang sempat diikuti.


Jumlah interaksi radio bagi mubaligh Kristian melebihi puluhan ribu di angkasa menerusi gelombang sederhana frekuensi.


Apa perkaitan mu thanaif?


Apabila mendominasikan sumber-sumber berita kita menggagalkan Mellinium untuk dilalui.


Dikau masih tidak sedia menerima pelaburan itu adalah semata-mata dengan memiliki saham?


R menyatakan dengan tiba-tiba...