Sabtu, 27 Februari 2010

Khilaf Seorang Belia Lelaki !

Catatan ditujukan kepada anak yang bongsu, "our culture is put our trust on Allah not on people."


Catatan kepada rakan yang tidak dikenali.

"Saya bukan ahli kepada parti melayu bersekutu dan tidak pernah mengundi BN.Lalu mengapa berterusan mahu diperpanjangkan komunikasi ini?"

Senyuman ini tidak dilihatnya.

"Saudari tahu tentang catatan saya tentang konsep politik lebih tiga tahun yang lalu?

Sejarah terpaksa menerima kenyataan bahawa wujud dua konsep bersiasah iaitu bagi muslim wajar berniatkan mahu mentadbir urus dengan hukum-hukum dan peraturan Allah manakala satu lagi konsep ialah persaingan atau perebutan kuasa.

Ini bahasa yang mudah tanpa ilmiah dan tanpa taraf intelek kerana saya memang tidak berpendidikan tinggi. Upayakah saudari memahaminya?

Sejarah juga membingkiskan analisa bahawa mana-mana yang berkait dengan agama biar terserlah kebenarannya dan jujur pengamalnya mereka tetap akan didakwa sebagai ekstrim.

Bagaimana pula andai muslim yang berpengaruh yang mendapat pengiktirafan oleh badan-badan bukan Islam, akan dianggap apa pula ya?

Ulamak yang liberal?

Kemudian apabila didakwa pengganas kepada Taliban atau Al-Qaida piawai siapa pula yang diusung tanda?

Lebih baik tidak berterusan menyudutkan kajian intelektual yang upaya membingungkan pemikiran literal saudari.


Catatan kepada seorang saudara.

Jenis kejantanan apa yang mahu dipertontonkan dengan mencabul keperibadian catatan yang tidak sudi mahu diberikan kepada saudara?

Terdengar dia menjawab adakah kegilaan bola sepak di kalangan lelaki sungguh-sungguh menguji kewarasan?

Berhentilah membolakan minda!

Sila hentikan pencabulan maruah ini dengan hasrat mahu menggagalkan institusi Islam untuk dijadikan rujukan kerana kelemahan teknologi dan sains telah berjaya saudara saudara buktikan bahawa tanpa pegangan nilai-nilai agama siapa pun diri itu ia tetap akan digoyah oleh runtunan nafsu.

Keserasian roh itu tidak boleh dipaksa dan apabila tidak dipersetujui silalah mengundur diri.

Pakar Mata Telinga Dan Tekak?

"Sering ingin ku tanyakan bagaimanakah pembloggeran yang diaktifkan oleh kreatif minda beridea tidak dianggap sebagai business tetapi ditawarkan sebagai rangkaian percuma hanya bermatlamatkan interaktif membina hubungan?"

"Doktor mu tidak memberikan pilihan?"

"Ahhhhh! sekadar kesibukan sebagai perawat yang ditimbun oleh jadual tugas mengikut giliran yang disaratkan oleh panggilan ‘on call’,dia mengecualikan diri untuk berpakaian mudah dan ringkas sahaja, nasihatnya bukan kesemuanya perlu diberikan perhatian.Lebih dari itu pernah ditemui sehingga wujud pertanyaan apakah keperluannya seorang doktor muda bermini skirt di atas paras peha berada di sebuah hospital kerajaan."

"Benar? Di mana dikau temui?"

"Benar. Di salah sebuah hospital komsis milik institusi pendidikan tinggi di Jalan menuju selatan."

"Dikau tidak menipu?"

"Mata mungkin boleh dipejam jiwa bergelora siapa yang tahu."

"Mengapa tersenyum?"

"Ada kalanya pengiring pesakit ke hospital lebih bervirus jiwanya."

"Mengapa tertawa?"

"Mahu terus bersabar dengan senyuman."

"Katakanlah mengapa tertawa sendirian?"

"Ada kalanya panggilan telefon juga menjadikan ketara jiwa siapa yang lebih parah berbakteria."

"Daku tidak melihat perkaitannya."

"Pernah seseorang yang begitu penting di dalam hidup ku melarang untuk ku menghubunginya di talian di tempat kerjanya beralasan mahu membuktikan kebolehan anak bangsanya." Aduhai perut ku tiba-tiba berasa mual.

"Teruskan."

"Dan kini saranan agar digunakan kata kunci buat dihalang penghayatan tujuan perkongsian menjadikan minda bertali arus oleh agihan pengedaran isyarat dan salah komunikasi."

"Siapa sebenarnya di antara kelian yang berkhilaf faham dengan komunikasi?"

"Jika talian bimbit talian siberku tidak bersyarat diizinkan untuk sesiapa jua pun menggunakannya, melihat, membuka menyemak nama dan angka yang ku simpan, panggilan masuk dan keluar kiriman pesanan, sukarkah mahu dilihat siapa yang lebih telus?"

"Tidakkah Raqib dan Atiq membuat catatannya sendiri?Mengapa wajar dilukakan perasaan sendiri? Biarlah kesemua kebaikan dan kelemahan itu dirinya sendiri yang memeliharanya. Allah tidak pernah terabai untuk Melihat."

Jumaat, 26 Februari 2010

Tatkala Islam DiBenarkan Bersifat Komedi

Wajar apa mereka masih mengkomedikan cara hidup dan pilihan kita Ya Rasulullah SAW?

Mereka berada di pihak yang tertekan kerana meneruskan tradisi 'mendesignkan' keperluan-keperluan ummatMu yang sememangnya berubah-ubah kerana keadaan dan stuasi yang berterusan mahu dikuasai mereka telah dan akan terus melahirkan mujaddid-mujaddid yang kekal terus menterjemahkan keadilan dan kebenaran Islam.

Benarkah begitu Ya Rasulullah seperti yang sering dipesan dengan penuh tanggungjawab oleh mereka yang mencintaMu?

12 Rabiul Awal
Kamar jiwa nazak saat ini
Setasbih salam kasih menjadi bisu
Pana tidak terperi bila jasad itu melusuh lesu
Iman menjadi sifat komedi oleh dasar globalisasi?

Mari senyum kepada diri kita.

Khamis, 25 Februari 2010

Peti Yang Mematikan Suara?

Entah atas dasar apa wujud sifat keji yang didakap pada pagi ini oleh emosi diri tatkala mencuba membuka frekeunsi pada pagi ini.Benarkah kini gelagat mereka yang telah berusia kini melebihi anak muda?

Adakah atas dasar putaran lagu-lagunya yang sukar dijejak mesej isu yang terkandung di dalam senikatanya atau kerana iramanya yang tidak berjiwa tradisi klasik untuk unik kedengarannya?

Umpama serombong kapal yang mengeluarkan asap tebal untuk menjadi daya penolak kitaran angin setelah sauh dilontar layar dikembang masih pekat asap serombong kelihatan mencemar.

Begitulah yang dirasakan untuk beberapa hari kebelakangan ini.

Musykil itu mulai bermula tatkala melihat anak ke tiga semakin malas mahu ke sekolah. Hari ini masuk kali ke tiga dia tidak mahu ke sekolah. Mulanya dengan alasan tidak siap kerja yang diberikan. Kini dia jujur mengujar dia sendiri tidak tahu mengapa dia tidak mahu ke sekolah. Dikedapkan ujaran adiknya yang menyatakan keinginan mahu bersekolah di sekolah yang memakai sampin hijau, kini kemalasan abangnya meresahkan sukma ini.

“Mus,usahkita membanding diri dengan orang lain. Kelemahan dan kekuatan itu kita sendiri yang membinanya. Apabila ada peluang tidak digunakan itu salah sendiri. Namun bukan semua kita diperlukan menjadi doktor, jurutera,peguam, pensyarah, guru, pelakon, penyanyi, pemuzik, pengarang, polis, tentera, juruhebah, menteri, jurugegas, kerani, buruh, pencuci, tukang sapu, ustaz atau ahli sukan. Tidak begitu realitinya. Kerana itu agama amat perlu difahami bila di dalam fekah kita wujud dua tuntutan yakni fardhu ain dan fardhu kifayah. Meluhurkan rohani kita untuk tidak berkeluh kesah. Apabila sudah ada doktor tidak perlulah kesemua pelajar yang berada di sekolah mesti masuk universiti dan menjadi doktor. Itu fardhu kifayahnya.Fardhu ainnya ialah Mus tahu tuntutan rukun-rukun Iman dan rukun Islam bukannya Rukun Negara semata-mata. Kita miliki kesucian jiwa dan akal kerana sifat thaharah itu kesuciannya masih di dalam lingkaran kalimah tauhid. Faham!”

Mulai suara mahu meninggi apabila laungan azan tidak dilihat mahu diterokai sama oleh remaja sebagai sebahagian pakej membina keluasan ilmu amali yang menggunakan suara yang lunak dengan disiplin kualiti tertentu untuk layak menjadi muazzin.

“Muazzin bukan jawatan professional agaknya.”

Jauh di sudut fikir kami sudah mulai terasa bagaimana bola sepak telah mengundang sesuatu yang tidak upaya dibendung oleh anak yang ini. Saat ini ingin digempur sasar telahan minda yang didepani oleh warga-warga yang cenderung untuk menjadikan gelanggang medan sebagai arena kelas pembelajaran.

“Belajar di padang setelah gelanggang demi gelanggang dipersaingkan?”

“Ia lebih baik menjadi antara pilihan sebagai ganti hiburan.”

Aktiviti sukan menjadi antara seni hiburan yang harus sifatnya selagi mana ia tidak menjadikan kelalaian sehingga solat bagi muslim ditinggalkan.Isu masa seperti mana tidak wajar bulan Ramadhan menjadi bulan yang diwujudkan jadual siri perlawanan mana-mana kejuaraan liga lantaran ia bulan ibadah muslim yang semakin kurang dimanafaatkan. Aktiviti sukan tidak wajar mempertaruhkan perjudian atau pertaruhan yang haram untuk diagihkan keuntungannya di kalangan mereka yang muslim.

“Biasalah masa di padang mereka memaki hamun dan mencarut apabila wujud rasa tidak puas hati..”

“Itu yang wajar membezakan kekuatan seseorang. Sabar adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan andai tidak wujud kekuatan. Keterlaluan mempertaruhkan kekuatan fizikal kekuatan batin mudah mahu diabaikan. Ini yang salah Mus.”

Musykil ini kelihatannya akan dipaksa berpanjangan oleh suara pengaut keuntungan.

Rabu, 24 Februari 2010

Semi Porno Pentrapi Minda?

Sesi terapi di tengah malam kini mulai dideklamasikan di masa senja

Keliru yang mengundang tatkala masa-masa perdana itu piawaiannya harus kepada keluarga

Terasa hiba saat pelacuran menggawang ke pelusuk minda

Dipelaminkan denyut serentak dengan bacaan indeks di bursa

Aduhai

Semi porno yang di angkasakan dengan percuma pada litar kuasa

Sesudah tamat kelas-kelas pemustajaban mimpi-mimpi Amerika

Yurannya ku bayar dengan darah robekan kemusnahan moral dan rasa di jiwa

Kerana tiada sesen yang upaya disaguhatikan sebagai cendera mata

Kasihan belas dengan kesan penanggungan hebat derita manusia dengan status hamba

Laksana bebola yang diputar di dalam sangkar untuk dikocok sebelum dibaca angka

Buat diterapikan kegagalan misi membasmi kemiskinan dan mengekalkan keamanan benua.

Ahad, 21 Februari 2010

Sanubari Yang Tidak Statik

"Perkakasan ini telah menjauhkan hubungan di antara generasi."

"Bukan kesemua usia upaya mengaplikasikan capaian ini."

Laungan di sanubari yang paling dalam memeritkan jiwa.

Status-status rendah di dalam sosial telah diabaikan secara berterusan apabila sukar dipisahkan bahawa sains dan teknologi telah menjadi cara untuk dipertahankan sesuatu pengaruh ke atas dunia melalui pemikiran.

Wajar disuakan pertanyaan siapakah yang wajar mewakili muslimin dalam mengusahakan keamanan dan pembangunan kejayaan perhubungan apabila pendominasian masih diterma baharukan oleh sistem yang sama?

Apakah tidak wujud pembaziran di dalam agih guna tenaga dan pengurusan sumber dari diri alam dan manusia?

Sejauh mana pengaplikasian perkakasan ini membantu dihuraikan pembuangan sumber dari jana tenaga bebas yang tidak diatur selia dengan hikmah etika apabila diberdayakan semula kemungkinan-kemungkinan sel-sel utama pengecasan tenaga diperlukan untuk pengaliran ubah daya bagi ciptaan-ciptaan yang berinovasi?

Siapa kini yang dilarutkan oleh pembuangan perantaraan bahasa berpengetahuan kita?

Marhaen?

Rakyat miskin?

Minoriti elit?

Adakah jenama-jenama seperti Sony Ericsson, Black atau Blue Berry, Nokia malah LG juga Samsung sedia menjadikan bahasa kita sebagai pilihan bahasa untuk diaplikasikan fungsi-fungsi penawarannya yang direka khusus bagi menaikkan harga model sesuatu jenama perkakasan eletronik?

"Marahmu masih berlarutan.Bagaimanakah upaya dibantu agar ianya tidak mengundang cela di hatimu?"

"Emosionalkah daku saat ini tatkala interaksi yang dibina ini dikau war-warkan sebagai perkongsian bijak untuk digalas makna persefahaman demi membina idea baru untuk berkomunikasi adalah di dalam bahasa rasmi tanah airku?"

"Dikau tidak memahami makna pemberian lesen."

"Syyyyyyyyyyyysssssss,"dengus mendesar tidak terluah.Gagalkah pengilmiahan yang membudayakan pengetahuan untuk dilansungkan keprofesionalan kelansungan interaksi budaya sebagai seni asli berkarya untuk kemandirian berperibadi tatkala bahasaku entah di mana ditempatkannya.

Wajahnya yang dibayangkan di minda terasa ingin ditujah adakah untuk bertaraf dunia maka kita kini harus melangkah sekujur minda dan pemikiran jati asli bangsa sendiri? Bangsa siapa pula yang mahu diakui menjadi dewa untuk dipuji puja?

"Dikau terlalu bersikap patriotik,"senyuman sinisnya semakin memualkan.

"Namun daku tidak bersikap perkauman sepertimu!"

Semakin rimas untuk melayani bualan-bualan santai itu. Dia tidak peka maksud ku yang mahukan matlamat penggunaan perkakasan mesti dirujuk kepada keperluan penggunaan yang mahu dimanafaatkan.

Apakah seorang kanak-kanak memerlukan jenama model yang berharga lebih 1000 pada nilai wang tatkala perkakasan telekomunikasi wajar lebih terarah hanya untuk kemudahan perhubungan?

Misalan yang lain apakah model-model kamera matlamatnya untuk penggunaan pelaporan atau sebagai bingkisan rakaman kenang-kenangan untuk disimpan? Tidak keterlaluan apabila wujud hasrat generasi kini yang mahu menggunakan kamera poloraid yang berharga kurang 100 pada nilai wang tetapi sifat mudah diproses ‘advancenya’ menjadi sasar kepuasan untuk dihadami makna perkongsian pada masa dan ketika yang singkat terhadap rakaman kenangan.

Penggunaan perkakasan bagaimanakah mengupayakan pembinaan budaya asli berperibadi tatkala pembaziran guna wang menjadi inti hakikat beriman pada agama?

Wujudkah agama yang menggalakkan pembaziran?

Wajarkah anak-anak kecil diasuh bimbing untuk mengetahui perbezaan penggunaan kelengkapan ketenteraan bagi tujuan keamanan berbanding digunakan untuk memenuhi kesahihan entiti kita sebagai bangsa yang dicemuh kerana sifat permusuhan itu adalah atas dasar membinasakan mereka yang didakwa musuh?

Anak-anak kita wajar tahu bagaimanakah ciri yang upaya dianggap sebagai musuh kepada kita?

“Rasul SAW telah dikirimkan dengan daging kambing yang siap dibakar tetapi telah juga dilumurkan dengan racun. Kekasih Allah SAW tidak melihat pengirim daging ini sebagai musuh baginda walau pun pengirim itu seorang wanita yahudi. Baginda mengagihkan daging beracun itu untuk dimakan bersama-sama. Atas keistimewaan Rasul sebagai Kekasih Allah (Tuhan kepada alam dan isinya ini) daging itu memberitahu bahawa ianya beracun.”

Apabila kita tidak mengetahui tidak sedar bahawa wujud rahsia-rahsia yang sengaja direncanakan ke atas kita upaya yang bagaimanakah kita mengenal musuh tatkala di dalam kitab-kitab wahyu langit telah menjelaskannya.


Menerusi pembacaan telah dibantu uruskan sifat-sifat pemusnah kepada manusia dan alam sejak dekad-dekad yang lalu dan sehingga kini.

Pengemaskinikan masa yang berjadual di tangan saudara-saudari(pihak yang dianggap berkepentingan untuk pempromosian medan interaktif eletronik) bagaimana saudara saudari mengambilnya sebagai amanah?

Bagaimana kesediaan saudara saudari menerima hakikat bahawa di pihak jabatan penyiaran telekomunikasi media seranta yang menjadi kawalan kepada sebaran massa telah menjadi antara punca generasi teralpa dan bersikap neutral untuk memahami kewajipan mereka bertanah air dan berwarga.

Teman 'udaraku' itu sepanjang petang dan malam ini tidak bersuara.Digantikan oleh wajah-wajah jelita menawan yang berwawancara di skrin LCD.

Mindaku tidak berada di bawah kawalan 'remote control'.

Usahlah Beremosi

"Merenung ke angkasa rumput yang dipijak usah dilupa."

"Apa maknanya?"

"Mengapakah radio yang dipancarkan ke televisyen dan disatelitkan di internet penyampai-penyampainya seperti mengkonsumerkan diri walau pun bermajikan?"

Senyum lagi.

"Adakah ini adalah tanda ketidakupayaan untuk mereka memekanismekan ciri-ciri keadilan terhadap wadah maklumat yang sebenarnya telah mulai dihayati milik kelebihan tersendiri tanpa menyedari bahawa tugas para penyampai info adalah juru pengintegrasi yang kebestarian minda dijulangkan oleh ketiadaan unsur taksub terhadap hanya sebelah pihak sahaja."

Jelingannya menawan.

"Kita tidak wajar hanya sedia mengendung bangsa sendiri sahaja di alaf globlalisasi ini andai mahu dengan jujur keglobalan dunia tanpa sempadan turut diakseskan keluasan geografinya oleh rakyat miskin yang saban alaf ditandai sebagai warga yang perlu disubsidikan setiap keperluan asas kehidupan mereka."

"Keuntungan mesti dikawal."

"Setelah dihadami pengswastaan sebenarnya menghubungkan dagangan dengan pengaruh?"

"Daku sedar minda dan pemikiran bukan untuk dijenamakan kejuaraannya tetapi bagaimana mahu menjadikan ia sebagai saluran pembudayaan untuk membebaskan hawa nafsu?"

"Mungkin menjadi lebih baik andai dikupas halusi bagaimanakah kesan tauhid dalam membenih ukhuwwah agar lahir kesejahteraan di dalam sosial?"

Kini dia hanya menuliskan pertanyaan-pertanyaan itu di helaian kertas setelah kamar itu kian sepi oleh tiadanya sambutan untuk diendahkan isu-isu kecil itu.

Peradaban adakah memaju dan memodenkan sikap sahaja tanpa menghalusi budi dan jiwa untuk diserlah budaya sesuatu bangsa dan bagaimana agamanya menyempurnakan kemuliaan syaksyiah dan peribadi diri insan itu?

Bagaimanakah keinginan untuk menzahirkan rasa silu untuk hanya berada di atas pagar sahaja tatkala amat memerlukan dilakukan pilihan terhadap menyatakan kebenaran atau menafikan kebenaran, adalah petanda lemah dan kerdilnya jiwa insan?

Jihad untuk bertoleransi sahajakah pada penegakan hukum-hukum Allah tetapi tegas pada peraturan-peraturan lemah manusia?

Benar bukan mukmin itu ciri identitinya adalah dicorakkan oleh hukum dan sifat yang tetap pada hukum agama adalah ia tidak berubah.

Spontan isi kerumitan mindanya mengimbas nama-nama seperti Zurjy Zedan.

"Amat terasa terlalu banyak ditemui ‘komponen inflamasi’ penyakit.Lalu bagaimanakah penguraian lemak binatang yang telah mati diolah semula untuk tujuan dagangan apabila konsep halal hanya didokumentasikan pada pasaran bukan mentaliti?"

Wanita itu mengetap bibirnya dengan lukisan wajah yang beremosi.

"Bagaimanakah pendominasian politik akan meningkatkan kadar kemunduran dan buta minda di kalangan rakyat miskin yang lebih mudah ditawarkan upah yang murah oleh ketidakfahaman bahawa kepentingan-kepentingan mereka tidak terbela berbanding dengan mereka yang miliki sandaran kekuatan politik yang menggunakan setiap saluran untuk mengukuhkan kuasa? Begitukah yang mahu dikau dakwakan?"

Terzahir kesedaran politik di kalangan anak alaf ini masih belum boleh dibanggakan lantaran penularan budaya takut masih terzahir.

Jumaat, 19 Februari 2010

Keluhkah Saat Gusar Sarat Terhidrat?

Tulisan yang dimemokan itu tersingkap di atas meja.

WARKAH BUAT ORANG-ORANG KAYA DI SANA SINI

Adakah wang judi dan pertaruhan juga diambil kira untuk ditakrif terkaya?

Bagaimana dengan wang tunggakan yang dimiliki oleh rakyat, adakah ‘bail out- bail out’ itu dianggap pinjaman tanpa berbayar?

Atau wujud pemberian faedah tunggakan ke atas pencarum-pencarum yang tidak mengetahui bahawa simpanan mereka telah digunakan sebagai wang pendahuluan ke atas tunggakan-tunggakan hutang yang bertahun-tahun tidak dibayar?

Jika sesebuah kerajaan itu berniaga sejauh manakah keseluruhan ahli parti itu menikmati keuntungannya yang wajar tidak di takrifkan sebagai perkhidmatan asas yang sewajarnya diberikan oleh sebuah kerajaan?

Bagaimana pula tentang rakyat yang tidak menjadi ahli kepada parti kerajaan adakah kemudahan-kemudahan asas kehidupan itu dijadikan sebagai perkhidmatan ehsan di mana hak mereka diabaikan begitu sahaja terhadap kekayaan pendapatan negara yang wajar diagihkan?


Kemudian sejalur cahaya suram tertera di jendela.

F,

WAJARKAH GURINDAM PENYAIR KELUHNYA SARAT GUSAR DIHIDRAT?

Tatkala warga seni kian gusar oleh hilang ruang hubungan
Tegar puan kian mengurang khayalan?
Telaah tuan kian mengirai gambaran?
Tegah siapa yang dijunjung tersadung dihalaman?
Curang siapa yang sukatnya terbuang oleh hilang pertimbangan?
Mahunya apa tatkala tafsir selarasnya dek akal namun dipimpin fikiran?
Usirnya ke mana tatkala tamsilannya terluah kepentingan?

Percuma itu hanya lakaran bibir marhaen yang punah oleh cinta?
Keramat kuasa santunnya kerap siaga
Rayu dek cumbu untuk kilau panahan mulia
Tatkala
Rentak rait itu Sang Sahaya mendapat nama!

Siapa yang mahu digalas penghisabannya
Siapa yang mahu diiring jejak-jejak keinsafannya
Tatkala jasad bernyawa tanggungjawab menjadi hitungannya.

Gara-Gara Apa Ini?

Menduniakan kesejagatan adakah bermakna dengan mengganggu kebebasan kita dengan tujuan komersial?

Tidak faham soalan.

Adakah dengan mengkelabukan paparan di skrin lap top Toshiba catatan di microsoft words ini, acara memetakan lokasi menerusi GPS dari saluran digital untuk dijadikan pelayaran siber dan penggunaan telefon bimbit sebagai sasar umpan diteruskan?

Itu seperti usaha mengeksploitasi.

Benarkah begitu?

Mungkin mereka mahu dikau tukarkan jenama telefon bimbitmu itu agar stor penyimpanan catatan peribadimu itu upaya dipindahkan hak miliknya?

Di manakah bezanya Sony Ericsson dengan Nokia atau LG dengan Motorola?

Menurutmu di manakah persamaan di antara sebiji 'epal' dengan sebiji 'limau' atau 'oren'? Begitukah?

Lebih ku telekkan piawaian siapa yang akan mengawal usaha-usaha dan dasar-dasar bagi menghijaukan dunia ini apabila ia tanpa Islam.

Mengapa talian TMNet masih beroperasi tatkala pengguna-penggunanya tidak lagi berada di sana? Itukah maksudmu memgenai bil-bil yang tertunggak?

Gerhanakah wawasan oleh pukulan rebana gegendang taridra hadhari?

Menyindir atau mengumpat?

Bagaimana dikau membandingkan di antara wanita lemah dengan lelaki yang tamak?

Isnin, 15 Februari 2010

Tahun Baru Dengan Etika Lama?

Setiap Isnin telah menjadi rutin yang menghangat menjalari seluruh minda. Ia menjadi racun tatkala disemak semula catatan-catatan lama di email-email peribadi.

Entah bagaimana dihilangkan nama saya sebagai pengutus email ini.

Sabar, perlahan diujarkan kepada hati.

Kepada sesiapa yang telah memadamkan nama saya sebagai pengirim email ini sila pamerkan makna keberanian yang dimiliki.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

RE: BERBAHASA MELAYU‏
From: (Unknown) BAGAIMANA DIHILANGKAN NAMA SAYA

Monday, February 12, 2007 4:40:47 PM

To: (DIRAHSIAKAN TETAPI IA KEPADA WANITA)


Hello,

Ada keharusan memberi maklum balas terhadap isu yang menarik iaitu bahasa.

Frekuensi di sini memberi imbangan kritis bersama sederhana,bukan sahaja gelombang pemancarnya bahkan pancaran satelite juga memandukan kesegaran kebernasan menjalinkan indera akal minda untuk berinteraksi dengan indera jiwa untuk menajamkan ilusi merasa.

(Pendapat ini telah berbeza beberapa tahun kebelakangan ini dan saat ini ia telah menjadikan kehilangan hak milik harta intelek upaya dipertanggungjawabkan ke atas paduan satelit dan orbit sebagai interaktif telekomunikasi di bawah seliaan jaringan siber tempatan juga antarbangsa di mana signal kaedah transimasi isyarat digitalnya dilupuskan oleh ID maya.

Bagaimana stesyen pemancar mencadangkan berlakunya interaksi tatkala menciptakan suasana harmoni menerusi irama tanpa mata dapat memandang?

Pasti menggunakan rasa, dari mana sumbernya.. pendengaran.. siapa yang menguasainya.. kita.. siapa pula yang menganugerahnya...
Kepada saya, Allah tuhan yang memberi bahasa untuk diusahakan pemahamannya agar manusia dapat mengungguli keadilan dan kejujuran tanpa perlu berasa bimbang.

Saya juga mengikuti program dari bahasa Perancis biarpun tidak memahami sepatah pun pengucapannya dengan niat supaya anak-anak memahami bahawa bahasa itu menunjukkan bukti bahawa perbezaan itu mewajarkan sikap saling menghormati menghargai insan lain yang tidak sama agama,bangsa,budaya dan bahasa dengan kita.

Melalui sedikit prasangka pun akan meleraikan keadilan Islam kerana menerusi perlindungan yang diberikan oleh undang-undang Islam (buat masa ini tidak terlihat model untuk diteladani kerana itu sesama yang beragama dengan saya kerap terkeliru), dilarang untuk menzalimi antara manusia, memberikan hak untuk merasa persamaan tanpa perlu yang ada terasa dipinggirkan, bahasa yang sama di rantau sebelah sini akarnya membudayakan perpaduan namun... jujur untuk diakui keyakinan untuk berdiri sendiri tanpa dibayangi masih membuka ruang menyumbang kekeliruan...bahasa upaya membentuk sikap kendiri yang berbangga dengan wajah peribadi sendiri yang identitinya adalah warisan untuk generasi kemudian..mungkin inilah kedamaian yang terasa di sini..

(Pendirian kembali berbeza tatkala orientasi bahasa di sini lebih merujuk kepada keperluan berkomunikasi oleh hadir ramainya tenaga pekerja dari luar - sehingga terzahir bahasa arab tidak menjadi keutamaan untuk memekanismekan semula pembentukan kemanusiaan yang luhur akhlak dan moralnya)

"Wahai manusia sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan,dan telah Kami jadikan kamu berjenis bangsa dan berkabilah agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang termulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa(beriman).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Sedar."

Terima kasih menjadi teman berfikir saya untuk semua di frekuensi anda yang tidak pernah dilakukan di tempat asal saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agaknya apabila sumber asal catatan ini telah diterjemahkan ke bahasa yang lain apakah sama maksud dan maknanya?

Tiba-tiba pencarian di google menambah radang di minda apabila bahasa Malaysia dijadikan sebagai rujukan bagi bahasa rasmi tanah air.

Semenjak bila?

Sabtu, 13 Februari 2010

Valentine Bukan Budaya Islam- Dihormati Kerana Islam Menghormati Kebebasan

Warkah Buat Ahmad Mustaqim dan komuniti antara bangsanya.

Apabila kita berkongsi idea saudari perlu tahu idea saya ialah dari sudut fikrah saya sebagai seorang Islam yang tidak kesemua itu perlu dibina dengan penggunaan konsep semata-mata tetapi idea yang bertitik tolak dari anutan kepercayaan menerima Islam bukan sebagai agama semata-mata tetapi juga sebagai cara berfikir yang membentuk keseluruhan cara hidup saya.

Saudari perlu tahu hidup ini bukan mesti diselarikan dengan tema yang dikehendaki oleh sesiapa selain dari diri kita sendiri yang menetukannya dan bagi muslim setiap keperluan aktivitinya adalah ibadah. Islam itu membentuk pengertian ini.

Bagaimana saudari memahami erti kesempurnaan mungkin tidak sama kepada orang lain.

Selagi kita upaya melihat dengan mata sendiri, mendengar dengan telinga sendiri, bersuara dengan mulut sendiri, berfikir dengan fikiran sendiri tidak adil apabila penolakan dianggap sesuatu yang upaya merendahkan diri kita.

Kini kesihatan dianggap modal baru untuk aktiviti ekonomi namun hakikatnya kesihatan itu murah harganya apabila kita tidak merokok/menghisap dadah, tidak minum arak dan mengamalkan cara hidup yang sihat dengan mempunyai seorang sahaja pasangan intim menerusi pernikahan.

Adakah cara hidup muslim perlu dimusuhi apabila ia tidak memenuhi piawaian nilaian barat?

Kita menerima hakikat arak adalah minuman harian barat namun barat wajar menghormati muslim tidak minum arak. Apabila wujud di kalangan kami yang meminum arak tidak boleh ia dijadikan ukuran untuk menilaikan keseluruhan masyarakat muslim dan agama mereka.

Arak kepada kami menghilangkan kewarasan berfikir selain merisikokan penyakit.

Kami menerima hakikat perjudian amalan lazim dari barat dan sesetengah masyarakat di timur namun kami tidak boleh mendapatkan pendapatan dengan cara berjudi.

Judi menjadikan rezeki hilang barakah – barakah maknanya sudah tidak ‘bersih’ kerana mendapatkannya dengan cara kurang usaha dan mungkin wujud penipuan dan muslihat yang menghilangkan makna ‘bersih’ tadi.Namun apabila ada di kalangan kami yang berjudi mereka tidak wajar mewakili kami yang memilih untuk tidak berjudi.

Kami faham budaya bertukar pasangan dan bebas sex di kalangan saudari tetapi ia dilarang dan tidak dibenarkan kami melakukannya tanpa pernikahan/perkahwinan.

Hubungan sesama jenis juga difahami sebagai antara cara hidup masyarakat barat namun ia tidak dibenarkan berlaku di kalangan kami yang muslim dan apabila ada di antara kami melakukannya ia adalah tanda mereka memilih dalam keadaan tidak benar-benar memahami hukum dan larangan di dalam agama kami.

Risiko oleh jangkitan penyakit kelamin dan kecelaruan keturunan sesuatu yang mesti dipelihara oleh kami bagi memastikan institusi kekeluargaan itu sebagai harta peribadi yang kami miliki untuk sama-sama bertanggungjawab di dalam memelihara sosial dan kesinambungan keturunan manusia di dunia membawa ke akhirat.
Kasih sayang kepada kami menyumberkan perlindungan akhlak/moral dan cara kami bersusila.

Apabila kritikan dilihat dari berbagai sudut ia sebenarnya membawa kepada perhubungan yakni komunikasi dan mahu atau tidak, perlu dilihat realiti bagaimana kekeliruan dan kecurigaan telah dibenarkan menjadi hala tuju kita bersikap dan bertindak.

Memusuhi Islam satu kerugian kepada dunia.

Jumaat, 12 Februari 2010

"Bangsat"

Minda yang berkata-kata tidak ia bersuara lalu tatkala membaca usah berkhilaf duga.

‘Bangsat’ itu adakah memberi makna?

Penunjuk kamus mengata ia sejenis dengan kutu yang busuk bila terhidu.

Kamus juga mengujar ia adalah orang yang jahat kerana suka menipu.

Tanda makna di kamus juga mendakwa ia orang yang tidak berdarjat merantau musafir yang hidupnya mengembara tanpa tuju yang tentu.

Minda ku menista ia menjijikkan pabila terlekat pada profesional syarikat korporat menjadi ‘bangsat’ jesteru minda yang terupaya dinggeriskan sehingga diperhambakan oleh penyiaran di syarikat-syarikat yang menjadi ‘rakan kongsi’ untuk nekad mahu berpasca kapitaliskan kudrat makramat buat disangga keruntuhan peradaban etika dek khianat.

Dan ‘bangsat-bangsat’ itu mewakili setiap etnik di dunia ini yang diwajahkan dengan kesempurnaan idea pemusnahan pemikiran yang telah dikuasai oleh penawaran wang sehingga tidak upaya mengumpul semula kebengkarapan yang kini mulai menjangkiti dunia.

Siapakah penebus maruah kemuflisan ini di antara warga-warga dunia yang berbangsa?

Siapakah di antara bangsa-bangsa ini upaya mengubah dasar-dasar hipokrasi yang mendiskriminasi tatkala terus dinafi teladan muslimin yang akan mengubah dunia tanpa peperangan atau misi keamanan yang berbala sordadukan tentera?

Bagaimanakah kepelbagaian irama cinta menebus ketandusan erti terbetik khabar bahawa genetik kemanusiaan disengajakan berreka bentukkan galakan bebas hubungan buat generasi muslim menerusi interaksi hiburan?

“Bangsatkah” wujud terasa tatkala keliru terharu bilamana celaru pada nasab dek tidak ketahuan sah wali watak-watak utama?

Sedang menjejak ‘bangsat’ di dalam diri.

Rabu, 10 Februari 2010

Minda Kita Milik Orang?

Terkejut melihat paparan sejarah yang ditinggalkan oleh pelayar terakhir lap top kami yakni anak bongsu kami yang berusia 10 tahun.

Suapan kata ‘sex’ dan gambaran ‘Family Guy’ sindiran barat ke atas ketoleransian kreatif minda beridea menerusi siri kartun selain paparan video separuh lucah menjadi alasan mengapa penggantian kepada siri-siri yang lebih beretika diperlukan menjadi tawaran kepada media Timur/media Asia/media muslim untuk diketengahkan.

Alasan:
Bagaimanakah kesan pengaksessan seumpama ini menatijahkan kecacatan anak-anak untuk berperibadi?

Bagaimana pula pengaruh mimikan komedi diransang untuk menjadi interaksi apabila ia tidak menserasikan komunikasi?

Bagaimanakah keterlaluan pendedahan unsur-unsur ghairah tidak akan menularkan pembinaan sikap negetif yang menimbulkan masalah kepada aktiviti dan kegiatan peribadi seseorang di usia remaja dan dewasanya yang menimbulkan ketagihan?

Jenayah siber dan kesan pendidikan jiwa ke atasnya menjadi tanggung-jawab masyarakat perkampungan siber yang melantunkan penyebaran komunikasi menerusi jari mengetikakan nilai moral.

Siapakah pengkarya yang melahirkan idea mengiklankan iklan-iklan syahwat di rangkaian hubungan yang mempertalikan sifat profesional setelah gagal melindungi pelayar-pelayarnya dari dieksploitasikan bakat dan minat mereka di dalam pengkaryaan?

Apakah mereka bukan antara penyumbang untuk membina peradaban yang lebih berwibawa?

Memindahkan ghairah bernafsu kepada watak-watak kartun setelah bualan ‘fuck ass hole shit mother fucker bitch’ kekal menjadi basahan lidah remaja-remaja masa kini, pinjaman secara tradisi generasi terdahulu masyarakat Holly/Bolly Wood sesuatu yang wajar mendapat penilaian semula kepada kewarasan minda dalam menangani kesan pembudayaan yang bagaimanakah mahu dibekalkan oleh tamadun berpengetahuan melalui pendidikan menerusi radas-radas yang menjadi alat memantulkan kemodenan zaman?

Apakah senikata seni bicara malah aksi lucah masih mahu berperanan mengubah dunia?

Catatan 26-02-2009 ini menyegarkan semula minda yang 'dibangsatkan' oleh interaksi khianat semalam.

Isnin, 8 Februari 2010

Simpati Rasa

Semalam kami ke acara pameran mempromosi makanan sajian hotel dan restoren terkenal di sini sempena pelancaran bulan budaya arab yang turut menjadi budaya negara-negara di Teluk.

Lantaran memilih hujung tahun sebagai percutian tahunan di tanah air beberapa acara utama yang dilansungkan di sini tidak berjaya kami ikuti di antaranya ialah upacara rasmi pembukaan Muzium Seni Islam yang menjadi tarikan baru memercukan Doha sebagai persinggahan yang wajar diberikan perhatian dan siri pelancaran minggu filem yang merasmikan usaha secara bersama karyawan seni ke arah mewujudkan keamanan di Teluk bagi mengorentasikan pengakhiran dijadikan wilayah Teluk sebagai medan peperangan baru di mellinium ini (tambahan pandangan peribadi).Sebelum itu kami juga tidak menyertai acara rasmi penajaan Doha sebagai tuan rumah bagi acara Sukan Asia 2006 yang dianggap permulaan penerimaan negara-negara kecil sebagai penaja acara sukan antarabangsa.

Acara promosian makanan sajian hotel dan restoren ini sungguh mengujakan kami apabila harga tawaran makanan hotel taraf lima bintang ditawarkan dengan harga tidak melebihi 15 riyal sepinggan.Risotto dengan harga 15 riyal? Terbayang wajah-wajah yang kelaparan oleh catuan makanan yang disumbangkan atas nama kebajikan menjadi girang andai makanan-makanan ini dijadikan hidangan buat mereka.

Bagaimana pula nilai makanan yang ditawarkan dengan harga petrol?
Pastinya kualitinya bertaraf lebih lima bintang.Sejuk alunan bayu utara oleh dingin salji memendamkan lahar hangat yang disimpul erat di dalam hati

Menikmati kelazatan sajian risotto dan ‘noodle’ yang lazat melupakan kami tentang kesejukan yang mencengkam kulit oleh ruang medan seleranya yang diletakkan secara terbuka.Makanan panas segera menjadi sejuk. Acara yang julung kali diadakan ini wajar dipilih pada masa yang berada di luar lingkaran musim-musim dingin.

Lantaran itu irama merdu yang dipersembahkan tidak upaya dinikmati oleh dingin yang memesrai ke seluruh tulang temulang kami.

Satu sikap warga di sini yang disukai ialah tidak mudah mengambil peduli apakah acara-acara mereka mendapat tempat atau perhatian masyarakat setempat kerana lazimnya penganjur mengetahui matlamat dan sasaran untuk diabaikan ramai atau tidak kunjungan ke acara yang dilansungkan.

Mereka sedia ada memiliki sokongan yang diperlukan kerana mesej penyampaian penerangan maklumat dalam bentuk pengiklanan menjadi isu utama apakah dimanafaatkan ruang yang diaplikasikan semaksimumnya atau dibiarkan ia terbazir tanpa upaya dibina kesempatan yang wajar dikreatifkan sifat alamiahnya.

Satu ketika pertunjukkan bunga api yang cantik sebaran lakaran bebunganya yang dicorak oleh belerang di udara tiada penonton yang menyaksikannya. Ujian duga sebaran yang diinformasikan kelihatannya tidak berjaya lantaran kumpulan sasar penggunanya masih di bawah reaksi separa sedar.

Wacana projek-projek kajian masih ditender dengan percuma namun melumanyankan prosesnya.Kembali minda ditekan tanpa wujud simpati rasa.

Ahad, 7 Februari 2010

Biologi Alam

Lantaran purnama dan mentari saling dinteraksi
Sinis disangsi pabila jari-jari yang menari
Diucap dakwa tidak berentiti.

Tatkala mentari disanding tanpa purnama yang menyeri
Gundah ditelah saat jari-jari diarah berhenti
Diusir, ungkapan paling bistari?

Andai kata purnama digelapkan oleh malam yang menanti
Suriakah yang perlu ditabur rampaian wangian sari?
Atau dilindungikah bebintang yang sinarnya dipagari kilau iri?

Lagak purnama tersilau dek sinar mentari
Bersimpuh silu gemawan memerhati
Kewujudan sesuatu entiti tidak mulia bila dinafi.

Sabtu, 6 Februari 2010

Selingan

Satu soalan wujud di selingan minda yang terencam oleh krisis dalaman.

Ada berapa jenis bola yang mahu diberikan gelanggang.

Rutin wajib kaum lelaki berkejaran oleh hanya sebiji bolakah yang mahu diujarkan?

Soalan tadi bertanya ada berapa jenis bola yang mahu diberikan gelanggang?

1- Bola Sepak
2- Bola Tangan
3- Bola Amerika
4- Bola Ragbi
5- Bola Takraw
6- Bola Lonjong
7- Bola Kecil
8- Bola Besar (?) / Bola Dan Kayu Pemukul / Bola Dengan Kayu Panjang Dan Meja
9- Bola Keranjang
10- Bola Tampar
11- Bola Lisut
12- Bola Baling

Maknanya ada kumpulan yang diperlukan untuk mengarak bola-bola itu?

Di mana mikrofon?

Mikrofon itu hanya menimbulkan sentimen untuk dikorbankan semangat.

Memusuhi mikrofon pula?

Bagaimanakah pelarian dan mangsa peperangan tidak memiliki ‘team’ walau pun jumlah penduduk dunia sukar diturunkan peningkatannya sehingga kebajikan diperlukan pendanaannya oleh taburan kemiskinan pada wilayah bumi yang berisiko oleh bencana semula jadi juga yang ditentukan oleh ‘fahaman ideologi ketenteraan’ dengan lain perkataan bencana yang terwujud oleh perencanaan dari kitaran tenaga yang disosialkan taburannya tetapi masih dikawal/dicatu keluasan penggunaannya?"

Mereka bukan bola. Itu saja ok.

Khamis, 4 Februari 2010

Karenah Anak-Anak

Pengaplikasian saya terhadap maksud interaksi siber yang tidak perlu disalahgunakan.

Dan berikut adalah bukti salah guna interaksi ini yang turut melibatkan anak saya.


Date: Wed, 6 Jan 2010 05:20:35 -0800
To: hilman_1998@hotmail.com
From: notification+kr4mm4sbxawa@facebookmail.com
Subject: Nana Samir menambah anda sebagai rakan di Facebook...

Hai Ahmad,

"AYA GET UR ASS ON MESSEGER"

Nana Samir tambah anda sebagai rakan di Facebook. Kami perlu pengesahan samada anda kenal Nana untuk anda menjadi rakannya di Facebook.


Nana Samir

Terima Kasih,

Pasukan Facebook

Untuk mengesahkan Nana sebagai rakan:
Tambah Rakan
Untuk mengesahkan permintaan menjadi rakan ini, ikut pautan di bawah:
http://www.facebook.com/n/?reqs.php&mid=1ae8b51G5af32400fe2aG1fb375G2
Mesej ini ditujukan kepada hilman_1998@hotmail.com. Ingin mengawal emel mana anda terima daripada Facebook?

-------------------------------------------------------------------------------------

Pada 03-02-2010 email anak saya dapat dipantau dan telah dibalas dengan menggunakan emailnya.

--Forwarded Message Attachment--
From: hilman_1998@hotmail.com
To: noreply@facebookmail.com
Subject: RE: Nana Samir menambah anda sebagai rakan di Facebook...
Date: Thu, 4 Feb 2010 12:57:12 +0000


Salam Hormat.

Ahmad Hilman bukan seorang lelaki dewasa dan tolong padamkan namanya dari menjadi pautan di face book saudari.
Saya telah memulai pemantauan ke atas email ini bermula 3-02-2010.

Ibu Ahmad Hilman boleh diutusi di thanaif@gmail.com.

Harap maklum.

Terima kasih.


-------------------------------------------------------------------------------------
Pernyataan dari postmastermail.

From: postmaster@mail.hotmail.com
To: hilman_1998@hotmail.com
Date: Thu, 4 Feb 2010 04:57:12 -0800
Subject: Delivery Status Notification (Failure)

This is an automatically generated Delivery Status Notification.

Delivery to the following recipients failed.

noreply@facebookmail.com

____________________________________________________________________________________

Dan telah dibalas begini.

Pemantauan tuan/puan tidak mengecewakan saya namun saya kecewa apabila gagal melakukan tanggungjawab memelihara keselamatan anak saya dari 'kejujuran' saudara-saudari kerana dia masih berada di bawah umur 12 tahun.

Dia seorang kanak-kanak yang tidak layak membuat keputusan dan saudara-saudari dihormati kerana dianggap berpendidikan malah berpengetahuan untuk diberi kepercayaan memimpin adik-adik saudara/ri yang masih belum matang untuk memikirkan nilai-nilai baik dan buruk.

Tetapi seandainya saudar/ri memasuki email saya atau menjadi penggerak bersama di face book untuk 'mengambil secara tidak berhak' catatan-catatan blog saya atau catatan dari pesanan ringkas di talian telefon hala kad prabayar - ia tidak dimaafkan dan saya meminta dikembalikan hak pemilikan saya yang tidak pernah mendapat kebenaran untuk dipergunakannya dengan apa cara sekali pun.

Harap maklum.

_____________________________________________________________________________________

Satu lagi email yang dibalas yang tidak difahami maksud yang tersurat.


Nabeel Ahmad Chaumun menulis komen pada gambar diri anda di Facebook...‏
From: Facebook (notification+kr4mm4sbxawa@facebookmail.com)
Sent: Thursday, 4 Feb, 2010 1: 15 PM
To: Ahmad Hilman (hilman_1998@hotmail.com)

Nabeel telah memberi komen pada gambar anda.

"pooooor anwar can never chew gum ever again."

Ciri-ciri baru: Balas emel ini untuk memberi komen terhadap foto ini.

Untuk melihat jaluran komen tersebut, sila ikutan pautan di bawah:


Tujuan paparan ini bagi diwaraskan kemunasabahan untuk laman-laman interaktif internet bertanggungjawab memikirkan pelayar-pelayar muda di bawah usia agar tidak terdedah kepada pertembungan sentimen pendiskriminasian yang bersifat perkauman dan kaedah untuk dididik menghormati hak-hak intelek pada Akta Hak Cipta komputer.

Pelanggaran hakcipta juga bermaksud tidak wujud persetujuan atau lesen pemilik hakcipta untuk menjual atau menyewa atau mengedar bagi maksud dagangan dan pameran kepada awam yang memudratkan pemilik asal hakcipta itu.

Rabu, 3 Februari 2010

Tidak Sedia Berkait Dan Terkait

Kami berada di pelayaran darat semalam.

Ombak pepasir di gurun buat pertama kalinya membuat kami teruja dengan skil pemanduan warga asli negara ini.

Sikap ‘brutal’ kebanyakan pemandu mereka di jalan raya mungkinkah dibentuk oleh kemahiran yang dirahsiakan kecekapannya atau keangkuhan yang mengimejkan roman wajah kebanyakkan mereka mungkinkah dibina oleh ego diri yang menyembunyikan nilai ketoleransian yang tidak sepenuhnya dimanafaatkan sebaliknya hampir dibenarkan pengeksploitasian ke atas sifat pemurah mereka?

Berkenderaan sendiri ke pinggiran hujung gurun di persisiran ‘In Land Sea’ Khor Al Adaid tidak upaya menikmati pengalaman bagaimana rupa bumi dan pembentukan toponya menjadikan perjalanan yang memakan masa hanya sepuluh minit bertukar menjadi lebih empat puluh minit dengan keperluan diamati kepantasan masa merubah berbanding mengikuti pakej safari secara berkonvoi.

Proses alam yang dinatijahkan oleh angin menjadikan segar sebagai tenaga ceria kepada hydrid eletro kami yang menurun tatkala terhentak-hentak oleh kepantasan kenderaan menahan graviti tatkala menuruni dan menaiki cerun-cerun bukit pasir yang lembut namun kehalusan pepasirnya berupaya dimampatkan oleh gerakan tayar yang telah dikurangkan tekanan anginnya bagi diberikan keanjalan cengkaman.

Polisi persekitaran kami saat itu ialah bertenang dan melontarkan kengerian dengan jeritan juga ucapan zikrullah. Satu saat pemandu pacuan kenderaan kami gagal menaiki semula cerun dan waktu itu didoakan agar kenderaan tidak terbalik dan berasa kecemasan itu pengiring keinsafan terhadap akhir-akhir hayat bagi mereka yang menemui ajalnya di dalam kemalangan jalan raya.

Kemajuan nuklear apakah perlu disempitkan pada penggunaan senjata sahaja tatkala hydro eletrik semakin menjana kekayaan baru yang didominasikan sepenuhnya oleh negara-negara maju?

Sukarkah melihat adakah negara kita negara yang maju?

Maju oleh apa kategorinya?

Hutang?

Maju oleh mudahnya perniagaan mata wang dimonopoli?

Majukah apabila jarak yang semakin jauh di antara negara kaya dan negara miskin semakin terzahir?

Majukah tatkala sukar ditelah bagaimana kadar kemiskinan, kebuluran, wabak pindahan virus dan buta huruf ditangani dengan adil oleh kekayaan muka bumi milik sesetengah golongan yang masih terlena?

Sukar ditelah tentang memakenismekan masyarakat dunia sebagai pengguna apabila pendapatan perkapita masih di takuk lama buat sesetengah negara.
Dan mereka kelihatannya berpuas hati atau kerana sememangnya mereka tidak berperihatin kepada realiti?

Benarkah?

Isnin, 1 Februari 2010

Mati Itu Bukan Ketewasan !

"Mengapa tersenyum?"

"Kian terbuka satu demi satu jendela rahsia."

"Benarkah?"

"Ya"

"Rumahmu tidak berjendela tidak juga berpintu bagaimana boleh dibuka?"

"Inilah sebabnya daku mahu pulang. Tidak betah berada di sini lagi."

"Dikau mencari Persatuan Muslimin Se dunia dan diujarkan dahulu di sinilah pintu yang berada benar-benar di tengah-tengah benua. Lalu apa yang digundahkan lagi?"

"Daku masih mencari jurubicara roh kemanusiaan yang berjiwa insan sesudah Amerika dan sekutunya mengakui dan mengesahkan mereka bukan lagi pejuang kemanusiaan dengan menafikan hak-hak kebebasan untuk diadili hanya berakibatkan oleh pra sangka curiga yang melampaui batas sempadannya."

"Benar, mencaci mencerca dan menyumpah hanya menzahirkan rupa sebenar diri kita."

"Dikau perlu tahu kelonglaian kota-kota peninggalan jejak solihin dalam mengaslikan kejatian diri berperibadi warganya. Ketidak bermayaan ini diadili dengan timbangan mata tatkala rohani sudah parah oleh sunyi tiupan amanah, iman bukan sendaan, usaha bukan tarungan, semangat bukan api-apian, keinginan bukan diatur susunkan, tanggungjawab bukan pula ditunding dipatuh mentaati untuk tidak berani wujud sanggahan."

"Siapakah yang rugi dengan keadaan seperti ini?"

"Yang kaya akan terus menyukat keuntungan dengan tidak beretika yang miskin pula masih terus bersuara walau tanpa pembela apalah yang mahu dimuliakan."

"Terlalu bencikan dikau dengan wajah-wajah itu?"

"Tatkala Allah mengasihi seorang hambaNya, di antara malaikat akan saling membisik ke seluruh alam agar turut hambaNya itu dikasihi oleh apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Begitu juga tatkala seorang hambaNya dimurkai akan saling membisiklah kebencian itu dari satu malaikat ke malaikat yang lainnya sehingga seluruh isi alam turut merasakan kebencian itu."

"Bersabarlah dengan kebencian yang sukar dikau uruskan itu."

"Kelemahan ini memurungkan hati."

"Benar kenyataannya bahawa manusia itu lemah. Zaman telah menjadi semakin payah tatkala agama sudah mulai mundur dan lemah oleh iman yang rendah, peluang begitu mencurah tetapi kita semakin kesempitan masa yang terarah, tugas biar semakin cerah kita bersua ladungan rasuah, usia pula singkat dengan terbatas kudrah, ujian pula tetap menziarah ajal bukan semakin jauh bahkan semakin berkurang sedetik semakin hampir bersebati ke tanah, lantas patuh dan taat sewajarnya lebih kepada Allah."

"Lama mana dikau mahu begini?"

"Rembulan ku kini satelit, suria ku pada talian komunikasi berdenyutkan frekuensi, tenaga ku diperkuli dengan aib abdi, apalah yang ada menjadi peribadi saat dentuman tawaran-tawaran hanya ulian oleh kemunduran tertakluk pada kerugian persengketaan, apalah yang ada lagi untuk disimpan menjadi pemilikan."

"Bersabarlah. Bertindaklah dengan qalbu mu yang dikau pelihara ikhlas untuk bertawakkal kepada Allah. Dikau sedar tentang ini kerana dikau tidak miliki kepentingan dan kerana itu dikau upaya menzahirkan matlamat mu."

"Tidak wajar ini menjadikan hadirnya kecemburuan kerana pemikiran ku ini adalah perpustakaan diri."

"Pusat koleksi mu bukankah ibadah?"

"Mengapa dikau tersenyum?"

"Pahala sentiasa dijadikan sasaran buat ku setelah untung di cerakinkan berbahagi perkongsiannya."

"Mengapa pula dikau yang tersenyum?"

"Dianjurkan adab berbeza pendapat berkongsi kuasa menerusi politik agar tidak berpecah di antara warga namun persempadanan pula menjadi cabang untuk berstrategi."

"Berbanggalah bahawa dikau tidak menggunakan kemanusiaan sebagai benteng keamanan yang menjadi polisi ketenteraan sehingga perlu dihentikan oleh kesengsaraan dan kematian warga yang tidak berdosa."

"Polis dunia itu mahkota milik Amerika sahaja yang tidak perlu direbutkan dengan embargo sebagai dasar bermoral untuk lesen pemusnahan secara bersistem."

"Benar, setelah orbit satelit dijadikan interaktif telekomunikasi di bawah senggaraan seliaan jaringan siber lokal dan signal gelombang,dunia adalah penjara terbesar di masa hadapan."

"Transimasi isyarat digital kaedah penggunaannya murah bagi menjadi sumber baru tenaga yang kian didominasikan oleh kepupusannya."

"Balasan alam ke atas amanah yang dikhianati."

"Bertuah bagi mereka yang mengetahui cara menghargai usia walau dihitung dengan kiraan angka."

"Senyumlah."

Kematian itu bukan kekalahan.

Hotmail Dari Microsoft Yang Memalukan

Email saya di hotmail masih lagi tidak boleh dibuka sebagai penanda ia dicerobohi tanpa bermaruah.